The first 200 lines.
Manor Magik
Hei.
Hanya ahli silap mata yang dibenarkan masuk.
Maaf, saya dalam perjalanan keluar dari kelas silap mata...
dan saya dengar bunyi tembakan.
Maaf, awak pun tahu peraturannya.
Bilik latihan adalah kawasan larangan termasuk untuk para pelajar.
Ya, sudah tentu. Maaf.
Magik
Tongkat
Helah tangan licik
Pemindahan palsu syiling atau objek
Boleh saya bantu?
Rasanya, saya patut berada di sini.
Saya Reed, wartawan jenayah baru.
Hai, saya Tess. Editor teka silang kata.
Selamat berkenalan.
Tess Harper yang bijaksana. Saya amat berbesar hati.
Perkataan bijaksana itu melampau.
Jangan begitu, awak selesaikan teka silang kata dan jenayah.
- Kerja awak juga mengagumkan. - Mengagumkan boleh diterima.
Terima kasih.
- Ada masalah? - Biar saya simpan.
Terima kasih.
Maaf, itu pokok kawan saya, Harris.
Saya ada dengar tentang dia.
Dia kedengaran seperti seorang lelaki yang hebat.
Ya, dia kawan baik saya.
- Maaf. - Tak apa.
- Ini untuk awak. - Terima kasih, Josephine. Ini Reed.
Dia akan ambil alih ruang Detik Jenayah.
Ini pembantu saya yang berani, Josephine.
- Hai, selamat berkenalan. - Selamat berkenalan.
Manor Magik telefon. Meja muat untuk lapan orang.
Jadi awak boleh jemput seorang lagi tetamu.
Manor Magik?
Bukankah perlu jadi ahli untuk masuk ke sana?
Ataupun pelajar. Saya ambil kelas silap mata.
Ia untuk teka silang kata yang saya buat tentang silap mata.
Saya fikir tempat itu menarik untuk sambut hari jadi saya...
selepas kelas saya malam ini.
Selamat hari jadi. Bunyinya memang menyeronokkan.
Saya memang teringin nak pergi ke Manor Magik.
Awak nak sertai kami?
Saya tak nak paksa.
Tidaklah. Awak boleh sertai kami.
Terima kasih. Seronok bunyinya.
Biar saya telefon mereka.
Terima kasih.
Manor Magik
Tunjukkan penonton satu bola.
Ataupun...
bola itu sebenarnya ada dua.
Penggunaan objek salinan penting untuk memperdaya.
Penonton nampak satu bola.
Ahli silap mata, sorokkan satu lagi secara rahsia.
Hasilnya...
ia boleh berubah tempat.
Maafkan saya sebentar.
Apa lagi masalahnya?
- Sangat hebat. - Cuma satu bantuan.
Adakah permintaan itu terlalu banyak?
Baiklah, saya takkan bantu lagi selepas ini.
Saya takkan minta bantuan lagi. Terima kasih.
- Bagus, saya rasa awak dah pandai. - Bagus.
Okey.
Bianca.
Ambilkan gelas dari dapur.
- Baiklah. - Terima kasih.
Bagus.
- Tengok itu. - Tess, mari sini.
En. Drexler, saya akan layan awak sebentar lagi.
Kalau awak boleh tunggu.
- Itu pun gadis ulang tahun. - Hai!
Hai, sayang. Selamat hari jadi.
Terima kasih.
Mak cik masih ingat awak panggil ahli silap mata...
untuk hari jadi ke-10 awak.
Kali ini awak dapat tempah seluruh Manor Magik.
Mak cik dah sediakan tempat duduk awak di situ.
- Tempat duduk tetamu kehormat. - Bagusnya.
Terima kasih sebab datang.
Mak cik teringin nak tahu tentang tempat ini...
sejak awak mula belajar di sini.
Mak cik tak sempat beritahu awak.
Mak cik pergi ke majlis amal untuk Manor Magik minggu lepas...
di rumah kawan mak cik, Ethel Matthews.
Mereka mengumpulkan dana untuk Muzium Magik.
Helo.
Hai, Logan.
- Hai. - Gembira awak dapat datang.
Terima kasih menjemput saya. Mak cik awak yang jemput saya.
Ini hadiah untuk gadis yang menyambut ulang tahun.
Awak tak perlu bawa hadiah.
Jangan terlalu teruja. Awak belum buka lagi.
Baiknya awak.
Teka silang kata?
Saya rasa awak tak suka.
- Ia amat cantik. - Tak, saya amat menyukainya.
- Okey, saya boleh bernafas. - Bagus.
Di sini ada mesin poligraf?
Jangan merepek, gelang ini sangat comel.
- Biar saya bantu. - Terima kasih, boleh juga.
Itu dia.
- Terima kasih. - Selamat hari jadi.
- Amboi, terima kasih. - Bunga.
Cantiknya.
- Awak nampak... - Apa khabar? Saya Logan.
- Hei, salam perkenalan. - Saya Reed.
Ini Detektif Logan O'Connor daripada NYPD.
Detektif? Baguslah.
Pasti kita akan jumpa nanti.
Reed wartawan jenayah baru kami. Dia baru mula bekerja hari ini.
- Tahniah. - Terima kasih.
Macam mana kelas awak?
- Kelas apa? - Saya belajar silap mata di sini.
- Di sini? - Helah jarak dekat, tangan licik.
Awak terkejut?
Tak, awak cuma mengejutkan sebab tiada kejutan pada diri awak.
Mari minum. Selamat hari jadi.
- Mari minum dan terima kasih. - Selamat hari jadi.
- Mari minum. - Gembira jumpa awak.
Selamat datang hadirin sekalian...
ke Manor Magik.
Di sini setiap langsir baldu menyembunyikan satu rahsia.
Dibina pada tahun 1921...
ia adalah kedai minuman keras haram semasa Zaman Larangan.
Ini dia.
Apa isi peti itu?
Sesuatu yang saya sedang usahakan.
Kita dah sedia?
Masa untuk buat persembahan.
Malam ini...
kita akan lihat silap mata sebenar daripada Alistair Luar Biasa...
serta pembantunya yang hebat, Bianca.
- Ya! - Terima kasih, Bianca.
Hadirin sekalian...
garis pemisah antara realiti dan ilusi amat halus dan bahaya.
Bahaya itu dicipta oleh keyakinan kita...
berdasarkan pemahaman kita...
tentang kejadian di depan mata.
Kita ingat kita tahu apa yang akan berlaku seterusnya.
Jadi helah silap mata sebenarnya amat mudah.
Ia adalah kesudahan yang mengejutkan.
Boleh saya dapatkan sukarela?
Terima kasih kerana menawarkan diri. Silakan ikut saya naik ke pentas.
- Siapa nama awak? - Josephine.
Josephine, saya nak awak pandang tepat ke dalam mata saya.
- Okey. - Okey.
Saya nak awak ceritakan sesuatu yang istimewa tentang jam awak.
Sebelum itu...
angkat tangan awak dan tunjukkan kepada semua orang.
- Semua orang nampak jam dia? - Ya.
Okey, Josephine.
Ceritakan sesuatu yang istimewa tentang jam awak.
Ia bantu saya pergi kerja tepat pada masanya.
Dia lewat datang kerja setiap hari.
Saya nak awak beritahu saya masa yang tepat.
Josephine, adakah jam awak hilang?
Jangan risau, kami akan dapatkannya semula.
Satu, dua, tiga.
Sekarang pukul berapa?
- Apa? - Macam mana...
Macam mana dia buat begitu?
Beri tepukan kepada Josephine.
Syabas.
Dia tak apa-apa?
Oh, Tuhan.
Ini adalah pistol .357 kaliber.
Senjata ini boleh membawa maut.
Saya akan serahkannya kepada pembantu saya, Bianca.
Ini adalah peluru bagi pistol .357 kaliber.
Saya nak sukarelawan daripada penonton...
untuk tulis apa saja yang dia nak.
Rasanya ada orang sambut hari jadi pada hari ini.
- Dia di sini. - Jangan.
Silakan.
Pergilah.
Terima kasih sebab menyertai kami. Siapa nama awak?
- Tess Harper. - Tess Harper.
Tess Harper, saya nak awak tulis apa-apa saja pada peluru ini.
Okey.
- Bagus. - Ya.
- Awak tulis TH, bukan? - Ya.
Terima kasih, Tess Harper. Sila berikan tepukan.
Sekarang...
buat kali pertama...
saya akan buat pertunjukan tangkap peluru yang terkenal.
Helah ini amat berbahaya...
dan 12 orang maut semasa mencubanya.
Pembantu saya, Bianca...
akan tembak peluru hidup terus ke arah saya.
Saya akan tangkap dengan gigi saya.
- Okey. - Okey.
Saya akan isi pistol ini dengan peluru.
Bianca...
akan tembak peluru...
melalui kepingan kaca ini yang akan pecah.
Saya pula akan tangkap dengan mulut.
Tolong jangan lakukan helah ini di rumah.
No comments yet. Be the first to leave one.