The first 200 lines.
Julia, tolonglah.
Saya ini teman lelaki awak.
Kita bincanglah.
Saya berhak tahu perasaan awak!
Daripada berdiam begini,
lebih baik awak berterus terang!
Tunggu saya. Kita bincang.
Sial! Julia!
- Julia. - Ada orang jatuh!
- Tolong dia! - Panggil ambulans!
Julia!
Julia, kenapa sanggup awak buat begini?
Semua berundur?
Semua berundur? Caj!
- Semua berundur? - Sedia!
Caj!
- Sejuknya di sini! - Tolong aku!
Aku nak balik!
Aku nak balik!
Gelapnya! Tolong selamatkan kami!
Aku tak jumpa jalan. Aku kena balik!
- Kasihani kami! - Tolong ampunkan kami!
Aku tak nak tinggal di sini! Aku nak hidup!
Kita di mana?
Sakitnya!
- Kasihani kami! - Kasihani kami!
Awak memang kuat, awak tahu tak?
Pada saya, ini betul-betul satu keajaiban.
Serius, tubuh awak jatuh teruk.
Dengan semua pembedahan itu lagi.
Saya sangka saya takkan selamat.
Yakah?
Jangan risau sekarang.
Yang penting, awak sembuh.
Rehat dulu. Nanti sambung semula apabila dah kuat.
Terima kasih.
Makโฆ
ENAM BULAN KEMUDIAN
Keadaan Julia semakin baik.
Kami akan balik hari ini.
Terima kasih, nak.
Mak sangat sayangkan kamu berdua.
Jangan lupa itu.
Mia, lap air mata kamu.
Kamu kena kuat untuk Julia sekarang!
Kami perlukan mak di sini.
Tolonglah, jangan begini.
Mak pun menderita di sini!
Mak pun bersedih dengan keadaan kakak kamu!
Saya faham, mak.
Macam yang mak selalu pesan, bukan?
Hidup berjauhan memang menyakitkan!
Mak perlu pergi dulu, ya?
Selamat tinggal!
Saya akan kembali, okey?
Memanggil Dr. Osbourne.
Sila hadir ke bilik kecemasan.
- Kau milik kami! - Kau tak boleh lari!
Kami mahukan kau!
Dia milik aku! Jangan sentuh dia!
- Aku mahu tubuh kau! - Jiwa kau dah terkutuk!
Kau tak boleh lari, perempuan!
Serahkan tubuh kau!
- Jiwa kau akan menderita bersama kami! - Kau akan hancur di sini!
Kau akan dihukum selamanya!
Serahkan tubuh kau!
Kakak okey?
Kakak bermimpi?
Kakak jalan dulu. Saya ambil barang kita.
Berikan kepada kakakโฆ
Perempuan jahat!
Aku akan ikut kau! Aku mahu tubuh kau!
Kau tak boleh lari!
Kami mahukan kau!
Aku mahu hidup semula dan menebus dosa membunuh anak aku.
Aku perlukan tubuh kau.
Kau akan dihukum selamanya!
Salve, awak rupanya. Maaf, saya sangka tadiโฆ
- Apa khabar? - Saya okey.
Awak pula?
Juliaโฆ
Ya?
Tolong jangan buat begitu lagi.
Itu satu dosa.
Saya tahu, Salve.
Apabila seseorang dah jatuh terlalu dalam,
akalnya mudah hilang arah.
Berpeganglah pada Tuhan. Bersabarlah, Julia!
Apa yang menimpanya?
Jangkitan bakteria.
Mereka kata harapannya tipis.
Kenapa dengan tangan awak?
Saya dijangkiti ruam Freddie!
Dia terlalu manja!
Baiklah, saya di sini saja.
Kami nak tidur sekejap, saya dan yang gatal ini!
- Baik. - Terima kasih.
Terima kasih.
Jom pergi.
ART VIBE ARTIS HARAPAN TAHUN INI!
Serahkan tubuh kau.
Tubuh kau masih segar!
Aku mahu hidup semula!
Aku mahu balas dendam!
Mereka yang menyeksa dan mencederakan aku mesti menanggung akibat!
Serahkan tubuh kau!
Mereka biarkan aku mereput dalam penjara sedangkan aku tak bersalah!
Aku mahu kembali dan buktikan kebenaran!
Kakak nak pindah tak?
Tempat ini terlalu banyak kenangan pahit.
Perubahan suasana mungkin baik untuk kakak.
Saya boleh bantu kakak pindah.
Tak apa, kakak nak fikirkan dulu.
Sementara itu, tinggallah dengan kakak, okey? Temani kakak.
Saya akan tinggal dengan kakak.
Baiklah.
Jangan tinggalkan kakak.
Saya takkan tinggalkan kakak. Berehatlah.
Duduk di sini, okey?
Mia, awak nak tahu kenapa kakak buat begitu?
Kakak sendiri sukar nak jelaskan.
Mungkin pada masa itu
kakak cuma nak menghentikan penderitaan kakak.
Semuanya terasa buntu.
Buntu apa?
Tengok sekeliling kakak!
Kakak jurugambar yang hebat!
Ramai mengagumi hasil kerja kakak.
Kakak berbakat, itu satu anugerah!
Kakak mewarisi bakat ayah, pandai menilai gambar yang indah.
Saya cemburu akan itu.
Kalau kakak perasan,
saya langsung tiada bakat seni!
Awak betul.
Kakak sedar perbuatan kakak itu pentingkan diri.
Kakak janji, kakak takkan buat lagi.
Kakak.
Kalau boleh saya tanya, apa yang berlaku antara kakak dengan Robee?
Bukankah kamu berdua baik-baik saja? Adakah dia sebabnya?
Bukanlah.
Dia tiada kena-mengena.
Robee orang yang baik, Mia.
Dia terpaksa pergi ke Australia dan terpaksa tinggalkan kakak.
Kakak yang tak waras. Kakak hilang kawalan.
Kakak macam kaca pecah yang tak boleh dibaiki.
Robee tahu tentang itu.
Saya Julia Santo Domingo.
Beberapa bulan kebelakangan ini
sangat sukar.
Saya pernah berdepan dengan kematian.
Tapi saya kembali hidup.
Adakah itu rasa putus asa?
Kekosongan?
Kesunyian.
Saya tahu saya dah buang hidup saya sendiri.
Danโฆ
Sekarang saya sedar itu satu kesilapan besar.
Sekarang kau bersendirian. Kau akan jadi milik aku!
Aku datang untuk kau!
Jangan kacau dia! Kau pedofil gila!
Perempuan hina! Kau akan menderita di neraka!
Tolong aku.
Aku mahu balas dendam!
Julia!
- Salve! - Apa kekecohan ini?
Saya dengar bunyi bising dari koridor!
Maaf, saya ganggu awakkah?
Tempat ini terasa tak tenang, Julia.
Kenapa kamu ada di sini?
Anjing menyusahkan!
Macam mana kamu masuk?
Kencing lagi, ya?
Maafkan kami, Julia. Kami pergi sekarang.
- Ayuh! - Terima kasih, Salve.
Jom balik, jom!
CINTA, HIDUP, PERCAYA, BERHARAP
Mia,
kakak rasa macam dah tak waras!
Kakak dengar macam-macam benda.
Itu biasa, kak.
Jangan fikir bukan-bukan.
Saya bukan doktor, tapi bagi saya, itu memang biasa.
Mungkin kesan trauma yang kakak alami. Maksud saya,
baru berapa lama? Baru enam bulan!
Itu normal, kak.
Harap begitu.
Kakak keliru.
Kakak harap ini sekadar klinikal.
Kakak harap tiada apa yang serius.
Ia akan berlalu. Jangan risau.
Oh ya, macam mana pameran foto kakak?
Alamak, yalah!
Sekejap, kakak kena baiki itu!
Tak lama lagi, bukan?
Jangan risau, kakak akan siapkan.
Awak tahu itu penting, bukan?
Mungkin kakak perlukan model potret untuk pameran itu.
- Ya! - Betul?
Ya, semuanya jelas,
cuma muka awak saja kabur.
No comments yet. Be the first to leave one.