The first 180 lines.
SYARIKAT PEMINDAHAN BOB
Okey. Apa yang mustahak sangat?
Nampak macam permainan pelik.
"Permainan untuk mereka yang mencari
jalan untuk meninggalkan dunia mereka."
Hebatnya!
Saya nak main. Jom main.
Tolonglah.
Ada banyak lagi perkara lain yang kita boleh buat.
Ya? Sebutkan satu.
Okey, kita boleh ke kawasan kejiranan
dan cari kawan.
Takkanlah kita nak jadi budak baru selama-lamanya.
Judy?
Peter?
Mak nak keluar.
Apa kata kamu pergi ke kejiranan
dan cuba cari kawan?
Takkanlah kamu nak jadi budak baru selama-lamanya.
Okey, kita main.
Apa awak perlu buat?
Baling dadu dan bergerak. Mudah.
Tunggu. "Jumanji beri petunjuk
untuk bantu pemain melengkapkan giliran mereka."
Apa maksudnya?
Siapa kisah?
Saya nak baling dadu.
Hebatnya.
Mainan magnet.
Judy.
Peter!
Judy?
Peter!
Judy!
JERNIH SEPERTI AIS TAPI BERBALOI
Jernih seperti ais, tapi berbaloi.
Hei!
Peter!
Peter!
Saya dah cakap tunggu, tapi awak degil.
Apa yang berlaku? Kita di mana?
Jumanji.
Jangan bergerak. Mungkin ia akan pergi,
seperti beruang.
Letup.
Letupkan semua menjadi...
Terima kasih kerana selamatkan kami.
Sama-sama.
Biar saya perkenalkan diri.
Saya Van Pelt.
Ikut saya.
Jangan bercakap.
BERDASARKAN BUKU OLEH CHRIS VAN ALLSBURG
Melampau!
Pengotor!
Pergi, tak guna!
Awak boleh bercakap.
Beritahu siapa awak
dan kenapa awak berada di hutan
bercakap dengan makhluk berkutu itu?
Tempat ini berbau macam belakang gajah.
Peter, jangan jadi kurang ajar!
Memang betul pun.
Jawab soalan itu!
Begini.
Saya Judy dan ini adik saya, Peter.
Tolong ingat
saya tak percaya apa yang saya katakan ini.
Permainan yang bawa kami ke sini.
Permainan?
Ya. Permainan Jumanji.
Peter baling dadu dan ia beri petunjuk,
tiba-tiba saja, kami berada di sini.
Petunjuk, awak kata?
Menariknya.
Ya. Apa itu?
Sesuatu...
jernih seperti ais, tapi berbaloi.
Saya tak nampak petunjuk.
Apa yang awak cakap?
Sebab awak terlalu sibuk baling dadu
daripada dengar peraturannya.
Jadi awaklah
ratu serba tahu dalam permainan
tiba-tiba?
Saya tahu lebih daripada awak, En. Bengap.
Yakah? Saya tak nampak awak selamatkan kita daripada binatang buas.
Awak dipecat!
Saya akan jadikan En. Van Pelt sebagai kakak saya mulai saat ini.
Peter, ini tak nyata.
Kita berhalusinasi atau sesuatu.
Ini cuma permainan.
Jumanji bukan permainan!
- Tolong! - Tolong!
- Lepaskan saya... - Lari! Keluar!
Anjing kurap!
Rasakan, tak guna!
Saya akan kejar kamu.
Lepaskan saya!
Lepaskan tangan kotor awak,
penjahat.
Ayuh. Dia memang patut kena begitu.
Nama saya Alan.
Cakap.
Siapa awak dan bagaimana awak sampai ke sini?
Saya Bonnie. Dia pula Clyde.
Awak bunuh Van Pelt!
Tidak. Mungkin tak.
Kalau saya kata Jumanji permainan,
awak nak cederakan kami?
Apa?
Jumanji. Ia permainan, bukan?
Satu-satunya permainan di sini.
Masa rehat dah tamat.
Tak guna.
Awak orang baru, biar saya beritahu
beberapa fakta penting.
Satu, Van Pelt ialah penjahat yang teruk dan jahat.
Dua, saya seorang pahlawan yang gagah perkasa.
Hati-hati dengan tumbuhan di sini.
Bunga malam boleh tahan lagi.
Bunga siang yang beracun.
Jom, dan perhatikan adik awak.
Awak tak perlu perhatikan saya.
Saya boleh keluar dari itu.
Yalah. Betul.
Cepatlah.
Jangan pergi jauh dari saya, semuanya akan baik-baik saja...
secara teorinya.
Saya pun hampir tak selamat.
Ada tak sesuatu di sini yang tak cuba bunuh awak?
Tidak.
Boleh berenang?
Perlukah kami buat begitu?
Ya. Jika awak terus melintasi jambatan
awak akan diserang harimau kumbang.
Jika awak cuba berenang menyeberangi sungai, buaya.
Melintasi separuh jambatan dan menuruni air terjun
adalah satu-satunya cara.
Hebat.
Jaga tangan dan kaki awak di dalam bakul pada setiap masa.
Awak nak bawa kami ke mana?
Rumah.
Beginikah cara kita pulang?
Saya rasa begitu.
Kita selamat untuk sementara waktu.
Ada soalan?
Clyde? Bonnie?
Ya. Kapak itu untuk apa?
Jangan tanya.
Itulah gunanya kapak.
Wah.
Awak mesti dah banyak kali bermain Jumanji.
Sekali sahaja, tapi saya terperangkap di sini.
Sampai pun...
rumah.
JANGAN DEKATI GUA ALAN!
Okey, ini bukan Hotel Ritz,
tapi bolehlah tahan, bukan?
Awak bergurau? Tempat ini luar biasa.
Seperti kubu terbaik di dunia.
Wah! Tengok semua benda hebat ini.
Jangan ambil. Itu biadab!
Alan, berapa lama awak berada di sini...
sebenarnya?
Dua puluh tiga tahun, lima bulan, dua minggu, empat hari
dan itu bukan mainan saya.
Ia milik budak-budak lain yang main Jumanji,
tapi tak selamat.
Ini kejiranan yang sukar.
Awak tak dapat selesaikan petunjuk
dan selesaikan giliran awak?
Petunjuk? Apa yang awak cakap?
Nampak? Bukan saya seorang saja.
Saya bercakap tentang Jumanji!
Awak membaling dadu, ia beri petunjuk,
awak fikirkannya, selesaikan giliran dan pulang ke rumah.
Saya rasalah.
Ia beri petunjuk?
Saya tak tahu ia beri petunjuk.
No comments yet. Be the first to leave one.