Kidnapped: Elizabeth Smart

Kidnapped: Elizabeth Smart

Download Malay Subtitle

Release info

[๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž๐๐ซ๐ข๐ฌ๐จ๐ง] ๐Š๐ข๐๐ง๐š๐ฉ๐ฉ๐ž๐: ๐„๐ฅ๐ข๐ณ๐š๐›๐ž๐ญ๐ก ๐’๐ฆ๐š๐ซ๐ญ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐๐… ๐–๐„๐
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ โ„•๐”ผ๐•‹๐”ฝ๐•ƒ๐•€๐• >> ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—Ÿ๐—ถ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ข๐˜€๐—บ๐—ฎ๐—ป

Tags

webdl
Published on: 2026-01-22
Downloads: 17
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Filem ini mengandungi gambaran penderaan seksual kanak-kanak bawah umur

yang mungkin mengganggu penonton.

PADA TAHUN 2002, ELIZABETH SMART BERUSIA 14 TAHUN

DICULIK DARI BILIKNYA KETIKA TIDUR

SATU-SATUNYA SAKSI IALAH ADIKNYA YANG BERUSIA 9 TAHUN, MARY KATHERINE

Jika Elizabeth mendengar sekarang, apa kamu mahu cakap, Mary Katherine?

Saya rindu dia dan saya nak dia tahu seluruh keluarga sayang dia.

Saya tertanya-tanya, kenapa orang culik Elizabeth?

Saya sembilan tahun semasa Elizabeth diculik.

Saya rindu kakak saya.

Dia kawan baik saya.

ADIK ELIZABETH

Saya rasa awak tanya saya jika saya sudah menerimanya?

Saya masih bergelut hingga sekarang.

5 JUN 2002

Pada malam itu, saya dan Elizabeth berdoa bersama

dan kami tidur.

Kemudian yang saya ingat,

ada lelaki di bilik tidur saya

yang beritahu Elizabeth dia akan dibunuh jika dia menjerit.

Saya jadi kaku.

Saya tak percaya ia sedang berlaku.

Akhirnya saya beranikan diri

untuk beritahu ibu bapa saya yang Elizabeth sudah tiada.

Ada lelaki datang dan culik dia.

Mimpi ngeri setiap ibu bapa.

Remaja Utah berusia 14 tahun

diculik dari biliknya ketika keluarganya tidur.

Bagaimana ia boleh berlaku di biliknya sendiri dalam komuniti mewah?

Di manakah Elizabeth Smart?

Kes ini menarik perhatian negara.

Pihak berkuasa melancarkan pencarian di seluruh negara.

Ia ada semua elemen filem Hollywood.

Kejutan aneh dan membingungkan malam ini.

Polis meneruskan tumpuan kepada ahli keluarganya.

Pihak berkuasa tak percaya kami bercakap benar.

Keluarga kami takkan serah saja kepada pihak berkuasa.

Ada seseorang di luar sana yang tahu sesuatu.

Saya dapat rasa dengan yakin bahawa Elizabeth masih di luar sana.

Saya perlu cari anak saya.

Kalau saya mahu cuba bebaskan diri, saya perlu pasti ia akan berjaya.

Saya akan buat apa saja

untuk lari.

Sebagai ayah, tugas kita adalah untuk melindungi anak kita

dan elakkan mereka daripada bahaya.

Tapi tidak, saya tak elakkan dia daripada bahaya.

Ia bermain dalam fikiran saya, berulang-ulang kali.

Saya ingat pada pukul 3.58,

Mary Katherine masuk ke bilik dan cakap ada orang culik Elizabeth.

Saya fikir, "Kamu cuma mimpi ngeri.

Elizabeth mesti ada di dalam rumah."

Tapi apabila kami periksa setiap bilik, kami jadi semakin risau.

Di dapur, saya nampak kasa dawai dipotong.

Tingkap terbuka luas.

Isteri saya menjerit, "Telefon 911!"

Pada 5 Jun, awal pagi,

alat kelui saya berbunyi.

Ada kes penculikan remaja perempuan

di Federal Heights.

Penculikan seorang kanak-kanak dari bilik tidur mereka

sangat jarang berlaku.

Jadi, saya tahu saya perlu bergegas ke sana.

Saya pergi ke tempat kejadian. Kapten saya beri taklimat.

Elizabeth Smart seorang remaja berusia 14 tahun

yang terlibat dalam muzik dan aktif di gerejanya.

Keluarganya kata dia diculik dari bilik tidur

pada tengah malam.

Tingkap terbuka.

Kasa dawai dipotong.

Kemudian di luar, ada orang letak kerusi berdekatan dinding.

Tanggapan awal saya, ini bukan kes yang akan berlarutan.

Kita akan dapat jawapan dalam 48 jam.

Saya salah.

Pada kira-kira pukul dua pagi tadi, berlaku kes penculikan

dari sebuah rumah di Federal Heights.

Berita ini menimbulkan ketakutan.

Dari Salt Lake City, saya Nicea DeGering, 7 News.

Saya ingat laporan pertama saya.

"Budak perempuan hilang di Federal Heights

selepas diculik dari bilik tidur pada tengah malam."

Saya terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut saya itu.

Federal Heights ialah salah satu kawasan paling mewah di Salt Lake City.

Rumah-rumahnya indah.

Gereja Mormon berkait rapat dalam komunitinya.

Anda tak sangka ada jenayah berlaku di sini.

Saya terfikir, adakah ini penculikan sebenar?

Saya dapat panggilan dan Ed kata, "Tolong datang dan bantu abang."

Saya ingat berjalan memasuki pintu depan.

Ed datang dan peluk saya.

Hatinya hancur dan dia tak dapat kawal perasaan.

Elizabeth, kalau kamu di luar sana,

kami sedang buat semua yang termampu untuk cari kamu.

Kami sayang kamu.

Kami mahu kamu pulang dengan selamat.

Ibu Elizabeth, Lois,

berada di bilik depan dikelilingi keluarga dan kawan-kawan.

Ia sangat menyayat hati

melihat dia mengerang dan menangis.

"Mana anak saya?"

8 JAM SEJAK PENCULIKAN

Dari awal, kami sediakan bilik telefon untuk menerima tip.

Kami terima lebih kurang 40,000 maklumat daripada orang awam.

Jadi, beratus-ratus penyiasat dipanggil untuk membentuk pasukan.

Tak perlulah susah-susah nak gayakan saya,

takkan membantu pun.

Kami pergi ke sekolahnya untuk jumpa kawan-kawan Elizabeth.

Siasatan kami mendapati tiada teman lelaki,

tiada pergaulan mencurigakan atau dadah.

Elizabeth Smart cuma remaja Mormon berusia 14 tahun yang biasa,

hidup normal di kejiranan yang baik.

Semua orang kenal Elizabeth di kawasan itu.

Pada pukul 4.30, komuniti di situ sudah memulakan pencarian.

Ada sesiapa tahu CPR atau panjat batu?

Komuniti kami sangat kukuh,

jadi semua orang sanggup tinggalkan apa yang mereka buat dan mencari.

Kenapa bantu mencari?

Saya sayang Ed dan Lois, mereka keluarga yang hebat.

Suami saya yang kacak.

SUARA LOIS SMART

Rumah kami terletak di atas bukit.

Kegembiraan dan kebahagiaan kami.

Saya, Lois dan keluarga kami sudah lapan tahun tinggal di sana.

Kami ada enam orang anak. Empat lelaki, dua perempuan.

Hai, mak.

Hai, Elizabeth.

Elizabeth anak perempuan sulung kami.

Dia suka bersaing, terutamanya dengan adik-beradik lelakinya.

Dia memiliki semangat yang sangat kuat dalam dirinya sejak dulu.

HARI KE-2

Pemburuan di seluruh negara bermula hari ini, Khamis, 6 Jun.

Pencarian diteruskan untuk remaja Utah yang diculik, Elizabeth Smart.

Seorang remaja diculik dari tempat yang paling selamat untuknya.

Polis Salt Lake City mengumumkan ganjaran.

Suku juta dolar jika Elizabeth pulang dengan selamat.

Respons media sangat luar biasa.

CBS News, Salt Lake City.

- Fox News. - NBC News.

Jadi, ada tekanan terhadap jabatan polis

untuk menyelesaikan kes dengan cepat.

Namun, tidak banyak bukti yang ada.

Tapi kami ada saksi penculikan ituโ€ฆ

Adik Elizabeth Smart yang berusia 9 tahun, Mary Katherine.

Saya cuma 9 tahun, saya tak faham apa yang sedang berlaku.

Saya cuma tahu kakak saya hilang dan saya sangat takut.

Kami buat semuanya bersama.

Saya nak jadi macam dia.

Kami bergaduh kerana saya suka sepahkan barang.

Tapi jika ada peluang untuk luangkan masa dengannya,

saya takkan lepaskan.

Mary Katherine mungkin penting dalam usaha mencari Elizabeth.

Sesiapa yang ada memori traumatik akan menghasilkan kesan memori tertentu.

Jadi, kami mahu temu bual dia dalam persekitaran selamat dan terkawal.

Lelaki itu kata, "Diam.

Kalau kau menjerit, aku tembak. Kalau kau tak menjerit, kau selamat."

Kamu pernah dengar suaranya?

Ya.

Boleh beritahu di mana kamu dengar suaranya?

Tak, saya tak ingat.

Mary Katherine mengatakan bahawa dia pernah mendengar suara itu.

Dia tak tahu suara siapa, tapi ia suara yang dia biasa dengar.

Tanggapan pertama melihat keluarga Smart,

mereka nampak seperti keluarga yang bahagia.

Tapi dari segi statistik, selalunya,

pelaku jenayah jenis ini ialah ibu bapa atau ahli keluarga mangsa.

Jadi, kami mula menyiasat mereka dengan teliti.

Kami bawa ahli keluarga Smart masuk.

Kami buat temu bual mendalam.

Ada beberapa perkara timbul yang membuatkan kami curiga.

Saya diberitahu penggera telah ditutup secara tidak sengaja.

Tingkap pula,

ketika saya melihatnya pada pagi pertama,

tiada kesan calar di dinding luar.

Kalau kita pijak kerusi, mesti ada kesan calar.

Saya tak nampak.

Penilaian awal saya mengatakan ini bukan cara penculik masuk.

Mungkin ia dipalsukan.

Ada orang potong kasa dawai, tapi dia tidak masuk melalui tingkap.

Jadi, kami periksa rumah itu.

Kami mencari petunjuk jika ada kejadian buruk menimpa Elizabeth.

Ada mayatkah di rumah itu?

Kami ada anjing pemburu yang bagus.

Nama anjing itu JJ. Kami yakin dengannya.

Anjing itu mengesan bau Elizabeth.

Keluar ke belakang dan memasuki kawasan hutan.

Anjing itu mengikut jejak bau sehingga ke hujung jalan mati

dan bau itu hilang.

Saya buat andaian

bahawa dia mungkin dibawa pergi dengan kenderaan.

Ada petunjuk bahawa ini mungkin angkara orang dalam.

Polis mengesahkan mereka ambil 12 komputer daripada keluarga.

Kami soal polis bertalu-talu.

Keluarganya buat? Polis siasat keluarga itu?

Saya ucapkan terima kasih atas bantuan anda.

Saya amat menghargainya.

Saya tahu ia memerlukan usaha semua pihak untuk mencarinya.

Sangat sukar untuk bayangkan seseorang masuk dan culik dia.

Saya akan buat apa saja agar dia kembali ke pangkuan saya.

Pada mulanya kita dapat rasa kehibaan Ed dan Lois Smart,

tapi kemudian ia berubah.

Orang menonton Ed di televisyen semasa dia bercakap

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left