Go! Go! Loser Ranger!

Go! Go! Loser Ranger! (戦隊大失格)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Go Go Loser Ranger S01 COMPLETE DSNP WEB-DL AAC2 0 H 264-VARYG
A Commentary by tedi
Retail Hotstar | 12 eps Resync for DSNP

Tags

webdl
Published on: 2024-06-30
Downloads: 62
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 193 lines.

GO! GO! LOSER RANGER!

Ini kubu terapung gergasi yang muncul entah dari mana.

Seribu meter dari tanah.

Kemunculannya menandakan permulaan perang yang tak berpenghujung

antara manusia dan raksasa.

PUSAT PERINTAH RAKSASA KUBU TERAPUNG

PENJAGA BIRU

PENJAGA HIJAU

PENJAGA MERAH JAMBU

PENJAGA KUNING

PENJAGA MERAH

Kami Renjer Naga Agung, Penjaga Naga!

Penjaga Naga lawan Tentera Raksasa Keji!

Dah 13 tahun sejak pertarungan bermula

dan Pertarungan Ahad terus menarik ramai penonton.

Pertarungan sengit apa yang menanti kita hari ini?

Saya tak sabar nak tahu!

Renjer-renjer nampaknya dalam keadaan berjaga-jaga

di tengah keterujaan dan ketegangan!

Pakar raksasa meramalkan

tentera raksasa ada kemungkinan akan gunakan senjata rahsia mereka

dalam pertarungan hari ini!

Wah! Penjaga Merah datang untuk menyapa semua orang dulu!

Terima kasih banyak!

Zum dekat!

Dia menjaga peminatnya dengan baik.

Seperti yang dijangka daripada ketua Ranger Force.

- Ketua Penjaga Naga yang boleh diharap! - Tolong jangan tolak, okey?

Adakah kita akan saksikan teknik terunggulnya, Libasan Naga, hari ini?

Seperti biasa, kita serahkan masa depan manusia kepada mereka minggu ini.

Tentera Raksasa pula masih belum kelihatan.

Apa yang mereka buat di kubu terapung yang jauh itu...

Awak ke sini untuk saksikan pertarungan?

Tempat ini akan jadi medan perang tak lama lagi.

Kami akan buat yang terbaik untuk menjaga keselamatan awak!

Namun jika awak tetap nak tengok walaupun berisiko,

silakan.

PEMERAH

Tolonglah...

Risiko? Dah bertahun-tahun tiada kematian orang awam, bukan?

Cakap begitu adalah sebahagian daripada protokol kami.

Apa?

Mengagumkan.

Awak berdua masih muda, tapi dah sertai Ranger Force.

Awak juga boleh!

Ranger Force sentiasa mencari orang baru!

- Tolonglah! Sertailah kami! - Hei, awak terlalu dekat! Terlalu dekat!

KAMI SEDANG MEREKRUT! PENJAGA NAGA

Saya, sertai Ranger Force?

Tak susah pun.

Namun sama ada awak akan jadi macam mereka, itu lain cerita.

Selebihnya terserah kepada awak.

Baiklah. Sila ikut sini.

LINTASAN JALAN BAWAH KUBU TERAPUNG, DAERAH PERTAMA BANDAR AMANOGAWA

Buat gaya kemenangan.

PEJUANG ATAU DIKENALI SEBAGAI "DUSTER"

HARIMAU UL-TORA

Raksasa dah sampai!

Mereka memang tak serik, bukan? Mereka asyik kembali!

Kami takkan kalah! Pergi sajalah!

- Pergi! - Pergi!

Aduh, sakitnya!

Aduh!

Itu pun kamu, raksasa!

Apa?

Jadi, awak datang.

Kami takkan biarkan awak buat sesuka hati awak.

Planet ini milik manusia!

Kami akan lindunginya daripada orang macam awak!

Kamilah...

- Penjaga Naga! - ...Penjaga Naga!

PENJAGA MERAH PENJAGA MERAH JAMBU

PENJAGA NAGA

Saya raksasa yang dilahirkan daripada dendam

seluruh harimau di dunia ini.

Penghuni darat yang dungu akan dapat balasan setimpal!

Sebagai permulaan, saya akan ubah semua haiwan berbelang harimau

dan jadikan dunia ini huru-hara!

Berani awak! Apa-apa saja kecuali itu!

Tengok apa, penghuni darat?

Ini bukan zoo!

Serang mereka, Duster! Kerjakan mereka cukup-cukup!

Aduhai!

Berhenti!

Saya yang akan uruskan awak.

Sakurama, bawa penonton ke tempat yang selamat.

Baiklah, Suzukiri!

- Mari. Ikut sini. - Terima kasih!

Ayuh! Kenapa?

Itu saja kemampuan kamu, Penjaga Naga?

Raksasa ini lebih kuat daripada raksasa lain yang kita pernah lawan!

Ia sangat kuat.

Jika awak mahu beradu kekuatan,

saya, Penjaga Hijau, akan jadi lawan awak!

Hei, tunggu! Itu terlalu besar!

Rasakan! Macam mana, raksasa?

KEKUATAN YANG HEBAT!

Perlukan lebih daripada itu untuk bunuh raksasa!

Kenapa mereka tak gunakan Artifak Agung?

Saya takkan mati. Saya abadi!

Bertukar! Tora Tora Toransform!

- Lari! - Baik!

Apa? Ini tak mungkin benar!

Raksasa itu sangat kuat...

Mungkin kita betul-betul akan mati kali ini.

Ia terlalu kuat...

Jangan kalah, Penjaga Naga!

Bangun!

Letupkan raksasa-raksasa itu!

Tak mungkin kami akan kalah.

Selagi ada orang untuk dilindungi,

kami akan bangkit, tak kira berapa kali pun!

Alamak! Mereka dah gunakan Artifak Agung!

Berkumpul, Duster yang terselamat!

Kita akan guna cara klasik kali ini.

Selepas mereka lancarkan Pelancar Naga, faham?

Mereka akan letupkan kita ke kubu

dan kita akan bina semula diri kita, bukan?

Saya tak sabar nak dengar ucapan kekalahan awak kali ini.

Apa saya nak buat sekarang? Saya belum fikirkan ucapan!

Macam mana dengan "Saya akan ingat ini"?

Itulah yang akan dikatakan raksasa. Bunyinya hebat, bukan?

Tolonglah. Itu terlalu klise, D.

Nanti, Fighter D?

Saya sangka awak tak bekerja hari ini!

Ya.

Apa maksud awak, "Ya"? Apa awak buat di sini?

Apa?

- Nafas Naga! - Nafas Naga!

Alamak, habislah! Kukuhkan benteng pertahanan kita!

Saya dah penat dengan semua ini.

Saya dah bosan dengan lakonan ini.

Tunggu! Hei, D! Jangan pergi!

Tunggu! Kita hampir selesai!

- Tembak! - Tembak!

Saya dah bosan dengan kepura-puraan ini.

Dah selesai. Sekarang, iklan!

SEJAM SEBELUM ITU

Habislah kita kali ini!

Saya tak boleh fikirkan apa-apa.

Jangan putus asa!

Tak kira apa pun,

kita perlu fikirkan raksasa untuk minggu ini!

RAKSASA MINGGU INI

Tak mungkin kita boleh fikirkan idea baru setiap minggu!

Saya dah tak ada idea!

Macamlah saya peduli. Saya nak tidur sekejap.

Penjaga Naga lawan Tentera Raksasa Keji!

Dah 13 tahun sejak pertarungan bermula

dan Pertarungan Ahad terus menarik ramai penonton.

Hei, nampaknya suasana di arena semakin meriah.

Kita lihat jika dia cakap apa-apa yang boleh jadi petunjuk.

Pakar raksasa meramalkan bahawa tentera raksasa

ada kemungkinan akan gunakan senjata rahsia mereka...

Tak! Tiada apa-apa langsung!

Pertarungan selama 13 tahun? Tolonglah!

Kenapa kita terlibat dalam masalah ini?

Namun siapa sangka ini akan berlaku kepada kita?

Kubu terapung runtuh dalam masa setahun

dan semua bos kita terkorban bersamanya.

Kita cuma Duster. Apa yang askar berjalan kaki seperti kita boleh buat?

Nanti. Bos kita telah dihapuskan. Jadi, kenapa kita masih hidup?

Siapa tahu? Mungkin mereka takut kerana kita terlalu ramai.

Wah! Penjaga Merah datang untuk menyapa semua orang dulu!

Tunggu, ini bukan masa untuk berbual!

Baiklah, saya akan fikirkan sesuatu!

- Fighter G! - Fighter G!

Macam mana dengan ini? Raksasa yang sangat kuat dengan otot membonjol!

Wah!

Ia nampak kuat!

Ditolak.

Kenapa?

Saya dah cakap sebelum ini.

Idea abstrak tak meninggalkan kesan yang kekal pada penonton!

Ia akan kalah sebaik saja melangkah ke pentas!

Raksasa itu patut ada motif.

Awak kejam, Fighter A.

Jika awak terlalu fikirkan perinciannya, kita tak akan sempat!

Aduhai!

Kita tak akan berdepan masalah ini jika bos kita masih hidup!

Tak guna fikirkan benda yang dah tiada!

Kita perlu uruskannya sendiri!

- Fighter L! - Fighter L!

Macam mana dengan ini? Kucing raksasa yang comel!

Penghuni darat pasti menyukainya. Ia akan jadi sangat popular!

Kenapa awak mahu mereka menyukainya?

Kita sepatutnya cipta raksasa besar yang menakutkan kanak-kanak!

Ada kelegaan emosi selepas tewaskan raksasa yang menakutkan!

Kalau begitu, kita boleh mengubahnya menjadi singa...

Kita pernah buat singa tujuh tahun lalu!

Harimau.

- Apa? - Apa?

Saya pasti kita belum buat harimau lagi.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left