The first 200 lines.
AGENT KIM REACTIVATED
EPISOD 1
Biar betul?
Alihkan kereta! Aku tak boleh lalu!
Ya Tuhan.
Jalan sajalah kalau nak cepat.
Laparnya. Bila makanan nak siap?
Betul. Lama sangat.
Bila makanan kami nak siap?
Kau mabuk!
Apa itu?
Celaka betul. Apa ini?
Hei, kau. Mari sini.
Alamak, dah pecah.
Tak guna betul. Mari sini.
Hei, aku panggil kau!
Kau nak ke mana?
Hei!
Kau ingat kau siapa?
Kau nak buat tuntutan insurans palsu?
Kalau langgar kereta orang,
kau patut melutut dan merayu minta maaf.
Ini kena ganti baru.
Tak tahulah berapa kosnya.
Tangan saya tak apa-apa,
jadi awak boleh pergi.
Wah, seriuslah.
Saya okey, jadi awak boleh pergi.
Biar betul?
Kau dah hilang akal?
Kau memang nak mati?
Apa?
Tengok apa?
Maafkan saya.
Saya minta maaf.
Dah terlambat.
Cakaplah lagi.
Ayuh, cepatlah. Kita dah lambat.
Mari pergi.
Marilah.
Maaf diterima.
Anggap saja dah selesai.
Wah, kau kerap bersenam?
- Tumbukan yang hebat. - Dia mati?
- Nak tutup guna selimut? - Sial betul!
AGENT KIM REACTIVATED
Selamat pagi!
Ada butang hilang.
- Tiada. - Awak pasti?
Biar saya sapu untuk awak.
Tak apa.
- Biar saya buat. - Terima kasih.
FASA MEMBERONTAK ANAK ANDA
KIM MIN-JI
KAWASAN LARANGAN
Min-ji, bangun.
MASUK TERUS, BURUK PADAHNYA
Min-ji.
Kim Min-ji, kamu dah lewat!
- Masa untuk sarapan… - Tak nak sarapan!
Saya menyusahkan ayah kalau tak sarapan?
Jangan senyum!
Kamu pelajar,
jadi kena makan sebelum pergi sekolah.
Kim Min-ji!
NOTIS SEKOLAH BORANG HUBUNGAN KECEMASAN
IBU: TIADA ADIK-BERADIK: TIADA
Hei, Min-ji.
Berikan nama seorang kawan rapat
dan nombor telefonnya.
Kim Min-ji!
Kang Hye-ryeong.
Nombornya 010-0610-6003.
Ayah dah isi borang. Makan sarapan dulu.
Saya dah lewat.
- Kad laporan… - Jangan tengok!
- Tahap lapan? Apa dah jadi? - Makin tinggi nombor, makin bagus.
- Ya? - Peraturan dah berubah.
Saya pernah cakap.
- Belajar baik-baik. - Okey.
Kang
Hye
ryeong.
DOBI
Min-ji!
Min-ji!
- Helo. - Hai.
Macam mana ayah awak?
- Kenapa? - Samseng-samseng itu…
Tak apalah.
Oh, ya. Awak tak nak ubah suai uniform?
Saya pakar ubah suai pakaian.
Tak apa. Saya mungkin akan berpindah lagi.
Bas saya dah sampai.
Apa?
Nikmati hari awak.
Aduhai, uniformnya sentiasa digosok dengan kemas.
En. Kim!
Awak tak apa-apa?
Awak nampak okey.
Samseng-samseng itu serang awak semalam.
Maaf sebab saya tak masuk campur.
Saya memang pengecut.
Saya pun akan buat begitu.
Ya Tuhan, En. Kim.
Awak patut gosok sut awak.
Sebab itu kena hantar ke kedai cucian kering.
Janganlah begini, awak tinggal di atas kedai saya.
Tercalar maruah saya.
Saya akan hantar nanti.
Saya boleh gosok sekejap saja. Mari masuk.
- Ayuh. - Bas dah nak sampai.
Biar saya gosok sut awak.
Tunggu.
En. Kim.
En. Kim!
Aduhai. Bapa borek, anak rintik.
Dua-dua pun sama.
Mereka tak pernah termakan pujukan saya.
Tunggu!
Terima kasih.
Maaf, beri laluan.
Jangan tolak!
Jangan lari. Nanti jatuh.
KEGANASAN SEKOLAH JANGAN BIARKAN, LINDUNGI MANGSA!
- Dah sarapan? - Ya, cikgu.
- Selamat pagi, cikgu. - Hei.
- Sapa begini. - Betul.
BANK SIMPANAN SANGSAENG
Helo, Pengurus Kim. Awak paling awal.
Helo.
BANK SIMPANAN PERMOHONAN PINJAMAN & PERTANYAAN
Pelanggan nombor 155.
CAJ KAD KORPORAT
SEOREUNG SDN. BHD. / SAJIAN CINA
PEMOHON: KANG HAK-SU BAHAGIAN: PERBENDAHARAAN
SEJARAH PERMOHONAN CUTI
Saya dah semak aset awak, dan…
Tuan.
Ada apa?
Ini caj kad korporat.
Tuan bayar 95,000 won untuk sajian Cina pada hari Rabu dua minggu lepas.
Jadi?
Tuan bercuti pada hari itu untuk ulang tahun perkahwinan.
Tiada resit, jadi mungkin ada kesilapan?
Pengurus Kim, awak makan ikan banyak sangat?
Apa?
Bagusnya ingatan awak.
Saya memang cuba makan banyak ikan. Saya paling suka makerel.
Berhenti makan makerel dan saury,
dan tak perlu ikut peraturan sangat.
Jadi lebih fleksibel.
Rekodkan sebagai bayaran makan malam syarikat.
Baik, tuan.
Saya akan rekodkan begitu.
Terima kasih kerana ingat ulang tahun perkahwinan saya.
Sama-sama.
Aduhai, geramnya.
SILA PERGI KE KAUNTER SEBELAH
Anggap saja dah selesai.
ALAT PERTAHANAN DIRI
Saya kena buat prapesanan dan beratur untuk pencuci mulut?
Pukul berapa mula?
- En. Kim. - Ya Tuhan, terkejutnya!
Ada apa, Sang-a?
Ada masalah? Kenapa tengok alat pertahanan diri?
Tiada apa-apa.
Sekejap, awak nak guna waktu malam
terhadap En. Kang?
En. Kang?
Mestilah tidak.
Bukan sebab itu.
Kejiranan saya rasa tak selamat sekarang.
Hei, Sang-a.
Ini macam berguna, betul?
Senang dibawa ke mana-mana dan nampak berkesan.
Untuk awak?
Rasanya ini untuk wanita.
Tak lama lagi hari jadi Min-ji.
Untuk hari jadi anak awak.
Berapa umur dia?
Menengah rendah.
Alat pertahanan diri untuk pelajar menengah…
Apa kata awak tanya apa dia nak?
Saya nak tanya,
tapi dia dah jarang bercakap dengan saya.
Dia asyik mengelak.
Nampaknya dia melalui fasa memberontak.
Jangan risau. Semua gadis sebaya dia melaluinya.
Mungkin lebih baik kalau mak dia ada.
Saya boleh tolong pilih hadiah.
- Betulkah? - Saya pun nak ke gedung serbaneka.
Kita pergi selepas kerja.
Tak perlulah…
Pukul enam tepat.
Hei, Kim Min-ji.
Min-ji.
Pinjam pakaian gim awak.
Hye-ryeong, awak tak pulangkan dulu, jadi saya yang kena cari awak.
Jangan begini, kita kawan. Saya merayu.
No comments yet. Be the first to leave one.