The first 185 lines.
Tolong!
Lepaskan saya!
Jangan main-main! Jangan main-main dengan saya.
Tolong lepaskan saya.
Hei!
Tolonglah...
Penduduk Kampung Paya Datuk, Melaka terkejut
dengan penemuan mayat lelaki yang dicampak dalam tong simen.
Mangsa dikenali sebagai Seth Mohd Adam Bin Seth Abdul Ghani
- dipercayai mati akibat luka tikaman - Tidak...
- di beberapa bahagian badan dan kepala. - Saya belum mati lagi!
Apa semua ini? Saya belum mati lagi!
Tolong!
Saya di sini, saya belum mati lagi! Tolong!
Tolong...
Helo, tolong...
Ya Allah... Kenapa ini terjadi? Kenapa?
Tolong...
Helo...
Tolong! Siapa di luar sana? Tolong buka pintu. Tolong!
Tolong!
Akses ditolak.
Akses ditolak.
Tolonglah!
Helo? Talian kecemasan 999. Boleh saya bantu? Helo?
Cik, helo? Tolong saya...
Tolong saya.
Saya terkurung di dalam bilik ini.
Saya tak tahu saya di mana.
Helo? Talian kecemasan 999. Boleh saya bantu?
Ya, saya boleh dengar.
Okey, dengar cakap saya.
Saya diculik. Saya dikurung di dalam bilik.
Saya tak tahu tempat ini di mana.
Dalam berita tadi, ia mengatakan saya dah mati.
Tapi saya belum mati lagi. Saya masih hidup.
Nama saya Seth Mohd Adam,
- saya masih hidup! - Encik?
Encik? Helo, encik dengar tak?
Helo? Saya tak dengar.
Helo? Boleh awak dengar saya bercakap? Helo?
Helo? Boleh awak dengar suara saya? Saya...
- - Helo?
Helo?
Helo, siapa ini?
- Saya Adam. - Adam?
Ya, saya Adam. Awak siapa?
Saya diberitahu untuk hubungi nombor ini jika mahu lokasi EMP-47.
- Tapi tiada siapa jawab tadi. - Saya tahu.
Tangan saya digari. Saya terkurung di dalam bilik.
Saya tak tahu di mana, tapi bilik ini nampak seperti bilik soal siasat.
Sekejap, awak pasti awak berada di dalam bilik soal siasat sekarang?
Baik, jika ia benar, awak di balai polis mana?
Saya tak tahu.
Cuma bilik ini macam bilik soal siasat.
Saya tak tahu di mana.
Sekejap. Siapa nama awak?
- Adam. Seth Mohd Adam. - Bin Seth Abdul Ghani?
Ya. Itu saya.
Seth Mohd Adam di talian. Suspek kita di talian.
Berikan saya lokasinya! Bergerak, semua! Bergerak sekarang!
Suspek? Apa maksud awak?
Helo?
Helo?
En. Adam, saya Inspektor Azizul daripada pasukan anti pengganas.
Pasukan saya sedang cuba mengesan lokasi awak sekarang, En. Adam.
Tapi sebelum itu, saya nak tahu apa yang terjadi sekarang?
Siapa yang kurung awak, En. Adam?
Boleh awak jelaskan kepada saya apa terjadi sebelum awak dikurung?
Saya memerlukan maklumat untuk membantu awak.
Saya tak boleh berfikir, kepala saya pening.
Kepala saya sakit.
Pasukan kami sedang menjejaki lokasi awak sekarang.
Berikan kami sedikit masa lagi.
Cuma saya nak tahu cip itu ada dengan awak sekarang, En. Adam?
Cip? Apa maksud awak?
- Cip EMP-47! -
Apa itu?
Apa ini?
Sudahlah, saya tak faham maksud awak!
Hei!
Helo, encik. Dengar cakap saya.
Saya tak tahu bagaimana saya boleh berada di sini.
Kenapa atau siapa yang bawa saya ke sini. Saya tak tahu.
Saya cuma tahu boleh keluarkan saya dari sini?
Tolong faham situasi saya, boleh?
En. Adam, dengar sini.
Tengah hari tadi, Konvoi Kembara Merdeka diletupkan.
Awak tahu Menteri Dalam Negeri,
Dato' Seri Kamarul Hussein, terkorban semasa letupan itu?
Apa kaitannya dengan saya?
Apa kaitannya dengan awak?
Awak yang sabotaj dan letupkan
Konvoi Kembara Merdeka.
Jangan cakap awak dah lupa!
Hei!
Boleh berhenti buat lawak?
Saya tiada masa nak layan lawak bodoh begini!
Apa kaitannya dengan saya?
Saya tak faham, saya tak tahu apa-apa tentang bom!
Apa motif saya untuk buat begitu?
Awak cakap apa, Adam?
Semasa saya tangkap awak tadi,
awak sendiri mengaku awak letupkan Konvoi Kembara Merdeka
dan bunuh Dato' Seri Kamarul Hussein.
Sekarang awak nak tukar cerita, kenapa?
Sekejap. Awak cakap awak dah tangkap saya?
Jadi kenapa saya di sini?
Awak tanya saya, Adam?
Tadi pasukan saya diserang oleh Lasykar Timur
semasa kami nak bawa awak ke Bukit Aman.
Mereka juga serang polis sebab nak selamatkan awak.
Sekejap. Lasykar Timur?
Pasukan pengganas itu?
Kenapa mereka nak selamatkan saya?
Sebab awak salah seorang daripada mereka.
Tolonglah, Adam.
Bukankah awak yang menyeludup cip EMP-47
dari Melaka minggu lepas? Betul tak?
Awak lupa apa yang terjadi di Melaka, Adam?
Melaka?
Melaka apa? Saya tak faham. Apa yang terjadi di Melaka?
Tolong!
Sebab orang macam awak,
bangsa kita dihina! Tahu tak?
Lepaskan dia, kasihanilah dia...
Pergilah!
Tak apa.
Sekejap!
- Nah, ambillah. Jangan mencuri. - Maaf.
Memalukan betul.
Kenapa awak beri dia duit?
Awak tahu orang seperti awak akan dibuli
jika awak buat begini?
Terima kasih, abang.
Hamzah.
Awak Hamzah, bukan?
Hamzah dari Sekolah Melawati.
Daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga, kita sekelas...
Saya Adam, Seth Mohd Adam.
- Siapa? - Seth Mohd Adam.
- Seth Mohd Adam? - Ya.
Seth Mohd Adam...
Adam!
Sudah lama kita tak jumpa!
Hei, awak nampak lain sekarang!
Apa khabar? Awak buat apa di sini?
Saya ada kerja di sini. Saya buat ulasan hotel.
Melihat-lihat tempat pelancongan.
Kemudian kamera saya dicuri tadi.
Habislah saya jika tak dapat cari kerja nanti.
Eva!
Sayang, kenapa awak lambat?
Sayang, saya nak perkenalkan kawan saya, Adam.
Teman wanita awak?
Rasanya dia akan sertai percutian kita.
- Nama saya Eva. - Adam.
Eva! Hamzah!
Ulasan... Begini, encik!
Saya dah ingat. Saya pergi ke Melaka untuk buat ulasan hotel.
Itu kerja saya.
Jika benar cakap awak,
boleh awak jelaskan bagaimana awak boleh balik ke KL
dengan cip EMP-47 itu?
Encik, tolong dengar cakap saya.
Saya langsung tak tahu apa-apa.
Saya tak tahu apa-apa tentang cip atau bom itu.
Tolong lepaskan saya dari sini. Kepala saya sangat sakit.
Tolonglah, saya tak boleh berfikir dengan betul.
Ya, saya memang nak bantu awak, Adam.
Tapi awak perlu faham situasi saya.
Awak yang patut faham situasi saya sekarang!
Tahu tak?
Encik, dengar sini.
Saya ulang sekali lagi.
Saya tak tahu apa-apa tentang cip atau bom itu.
Saya tak tahu.
Tolong dengar cakap saya.
Saya cuma tahu saya nak keluar dari sini.
Saya berani bersumpah dengan al-Quran.
Saya tak tahu. Tolonglah saya.
Ya, kami akan selamatkan awak, Adam.
Tapi berilah kami lokasi EMP-47 dahulu.
Pergi matilah!
Tak habis-habis EMP-47.
No comments yet. Be the first to leave one.