Release info

Crossword Mysteries A Puzzle To Die For 2019 WEB-DL HBOGO
A Commentary by tedi
Pure Retail HBO GO Not sync to any versions yet

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2023-10-15
Downloads: 14
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Stesen 8th Avenue

Tess Harper Selesaikanlah Sendiri

Rosak hari Ahad saya sebab awak.

Hei, Tess.

Apa petunjuk untuk 24 ke bawah?

Saya harap saya boleh bantu.

Tess, enam perkataan untuk permainan yang berpusingan.

Jawapannya tentu tenis.

Kenapa awak datang sini, Pierre?

Saya nak minum sambil menyelam.

Saya nak tunjukkan program untuk pertandingan teka silang kata.

Ia baru saja dicetak.

Hebat betul. Saya suka.

Saya juga nak hantar siaran media kita kepada editor acara.

Kalau begitu, marilah ikut saya.

Detektif O'Connor, apa yang dah berlaku?

Nama mangsa ialah Alan Nightingale.

Dia pemilik galeri ini.

Tukang cuci jumpa mayat dia pada pukul 6 pagi.

Sistem keselamatan galeri sedang dibaiki...

sebab itulah tiada rakaman dan penggeranya tak berfungsi.

Senanglah mereka nak buat kerja.

- Kerja orang dalam? - Mungkin juga.

Sistem keselamatan dikendalikan oleh pembantu bernama Carmichael.

Tapi dia sedang bercuti di Florida.

Kalau tuan tengok di atas, tuan boleh lihat jendela langit...

telah dibuka oleh penceroboh dan dia turun menggunakan tali.

Tentu dia cekap memanjat.

Tapi dia cuai kerana meninggalkan tali ini di sini.

Tentu dia tergesa-gesa.

Rasanya mangsa ditembak semasa dia menyaksikan rompakan ini.

Apa yang mereka ambil?

Mereka ambil ini, sebuah lukisan cat minyak.

The Third Duke of Dorset's Hunter with Groom and Dog .

- Panjang betul namanya. - Ya, betul.

Tapi ia amat bernilai.

Mangsa ada tiga luka tembakan, tapi cuma satu kelongsong ditemui.

Ini pula ditemui dalam poket belakangnya.

Mangsa suka baca horoskop?

Tidak, ini teka silang kata.

Malangnya dia tak dapat habiskan.

Ia ditemui dalam poket belakangnya.

Buat ujian DNA pada bingkai.

- Dah buat pun. - Pakaian mangsa.

- Jendela langit sekali. - Ya, jendela langit

Tali itu juga. Saya dah buat semuanya.

Saya juga perlukan waran untuk periksa rekod telefonnya.

Saya nak periksa pemanggil terakhir sebelum dia dibunuh.

Ada apa-apa lagi, tuan?

Ayah cuma nak bantu awak, Logan. Itu saja.

Saya pun nak bantu tuan juga.

Kerja kita dah selesai di sini.

- Saya nak ke makmal forensik. - Okey.

Saya nak pergi ke Sentinel dan bercakap dengan Harris.

Dia mungkin ada beberapa petunjuk.

- Bagus, teruskan. - Baiklah.

Seperkara lagi, detektif.

- Ya, tuan. - Adik awak nak jumpa hari Ahad ini.

Dia kata jangan bincang tentang kerja lagi kali ini...

dan abang awak akan bawa anak-anak dia sekali.

Kita jumpa nanti, ayah.

Baiklah.

Tugas rasmi terakhir saya sebagai ketua pertandingan.

Selepas itu, awaklah yang bertanggungjawab.

- Saya harap saya boleh pikul. - Sudah tentu boleh.

Awak peramah dan mahir buat teka silang kata.

Sejak lima tahun dulu, tiada satu pun...

teka silang kata saya yang awak tak tahu.

Lagipun, saya tetap akan bantu awak dengan pihak akhbar.

Awak patut relaks.

Relaks? Tolonglah.

Saya pun akan turut bertanding.

Nak makan bersama nanti?

Saya nak, tapi saya perlu jumpa mak cik saya.

Kita ada mesyuarat tengah hari nanti, bukan?

Ya, saya takkan lupa.

- Kita jumpa nanti. - Okey.

Selamat pagi, Harris.

Apa topik berita jenayah pagi ini?

Saya perlukan perkataan lain untuk "rasuah."

Rasuah?

Cuba "sogokan".

Siapa perlukan kamus bila saya ada awak di meja sebelah?

Jadi pertandingan itu akan bermula pada Ahad ini, bukan?

Ya, persaingan yang sengit.

Permainan kata dan sindiran jahat. Macam siasat satu kes jenayah.

Selamat pagi, Tess. Surat ini perlukan tandatangan awak.

Terima kasih, Josephine.

Ada satu kesilapan kecil.

Jangan risau, saya akan betulkan.

Okey.

Jadi Josephine pembantu awak atau sebaliknya?

Awak terlalu baik.

Dia budak baru. Dah lama nanti, dia okeylah.

Apa salahnya kalau kita berfikiran positif?

Jangan tanya saya. Saya tulis tentang kes jenayah.

Teka silang kata baru awak dah sedia untuk dicetak?

Sikit saja lagi, saya ada satu perkataan lapan huruf.

Huruf kedua O, huruf keenam R.

Korduroi

Curi tulang

Siap.

Buat macam biasa, bos kita datang.

Buat kerja pada saat akhir macam biasa, Tess?

Saya baru dapat laporan bulanan kita.

Langganan digital dah meningkat sebanyak lapan peratus.

Kajian menunjukkan ia hasil daripada teka silang kata kita.

Satu titik cerah di zaman percetakan yang suram.

Terima kasih.

- Tapi berita jenayah lebih menarik. - Ya.

Jenayah takkan pernah lupus.

Ada satu pembunuhan berlaku di sebuah galeri semalam.

Apa yang berlaku?

Sebuah lukisan telah dicuri daripada koleksi Nightingale.

Pemilik galeri itu telah dibunuh.

Nightingale?

Oh, Tuhan...

Mak cik saya ialah kawan pemilik galeri itu.

Alan Nightingale?

Saya tumpang simpati, Tess.

Mak Cik Candace, saya tumpang simpati tentang kawan mak cik.

Alan tolong jualkan satu lukisan untuk mak cik minggu lepas.

Dia sangat baik hati.

Dia suka berjenaka dan bercerita.

Dia seorang yang tegas bila berurus niaga.

Tapi...

dia memang baik hati.

Kami meminati opera dan seni.

Mak cik pernah pergi ke Met bersama Alan dan isterinya.

Bekas isteri.

- Bekas isteri? - Ya, Veronica namanya.

Mereka bercerai pada tahun lepas dan perceraian itu sangat bermasalah.

Mak cik cuba kekal berkawan dengan mereka, tapi sukar.

Apa kata kita pesan makanan dulu dan sambung semula nanti?

Boleh juga.

Terima kasih sebab datang ke sini.

Hei, sibuk betul hari ini.

Saya nak pesan satu kopi moka.

Biar saya buat tawaran yang lebih menarik.

Jawapan 34 melintang untuk sepotong bear claw .

Awak tahu saya tak boleh buat begitu.

Jangan risau, tiada sesiapa yang akan tahu.

Saya nak tolong, tapi saya tak boleh beri jawapannya.

Baiklah.

Orang lain tiada masa untuk dibazirkan.

Sabar adalah sifat yang baik.

Menepati masa pun sama.

Semoga hari awak baik.

Hai, beri saya kopi.

Harris bercakap dengan siapa di sana?

Rasanya dia seorang detektif.

Rasanya nilai lukisan itu sudah lebih daripada sejuta dolar.

Penceroboh itu masuk melalui jendela langit...

turun menggunakan tali dan curi lukisan itu pada waktu malam.

Kes ini ada kaitan dengan kecurian lukisan beberapa tahun lalu?

Entahlah, mungkin juga.

Tapi semua kes itu tak ganas.

Oh ya, apa perkembangan kes itu?

Saya telah ditarik untuk tulis tentang skandal Dewan Bandar Raya.

Yakah?

Jadi awak pernah dengar nama Alan Nightingale?

- Saya perlu periksa nota-nota saya. - Okey.

Boleh saya bantu awak?

- Saya? - Bukan, orang di belakang awak.

Tak, saya cuma nak pinjam stapler.

Stapler yang ada di atas meja itu dah rosakkah?

Ya.

Kita berjumpa lagi, Cik Sabar.

Ya, En. Menepati Masa.

- Hai. - Kamu berdua saling mengenali?

Tak juga.

Saya Detektif Logan O'Connor daripada jabatan homisid.

- Saya Tess Harper. - Dia editor teka silang kata kami.

Apa?

Awak sedang siasat kes Nightingale?

Ya, kenapa awak tanya?

Mak cik saya kenal dia dan mereka berdua agak rapat.

Mak cik saya rasa terkejut.

Saya harap awak dapat tangkap pelakunya.

Itulah niat saya.

Jadi apa tugas seorang editor teka silang kata?

Awak yang tulis semua teka silang kata itu?

Saya tulis sikit saja dan selebihnya saya sunting.

Saya takkan dapat tidur kalau saya yang tulis semuanya.

Kami terima teka silang kata daripada penyumbang di seluruh dunia...

yang nak menikmati keseronokan berteka silang kata.

Ramai juga yang minat rupanya.

Saya rasa tertarik nak tahu sebab...

Nightingale sukakan hasil kerja awak.

Kami jumpa satu teka silang kata Ahad Sentinel pada mayat dia.

Nightingale buat teka silang kata Ahad kami?

Dia isi bahagian melintang saja dalam tulisan berangkai.

Bahagian melintang saja? Dalam tulisan berangkai?

Itu sangat pelik.

Kenapa pula?

Awak tak minat teka silang kata, bukan?

Tak, saya terlalu sibuk untuk bermain.

Sayang sekali, teka silang kata dapat...

meningkatkan tahap intelektual kita.

Tapi mungkin awak lebih suka berfikiran sempit.

Crossword Mysteries: A Puzzle to Die For subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left