Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—›๐—จ๐— ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—–๐—˜ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) ๐—ก๐—™๐—ซ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
โ„•๐”ผ๐•‹๐”ฝ๐•ƒ๐•€๐• >> ๐Ÿ˜๐Ÿš๐•™ ๐Ÿ˜๐Ÿ™๐•ž ๐Ÿ๐Ÿ›๐•ค (๐—›๐—ฎ๐˜‡๐—น๐—ฒ๐—ฒ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป)

Tags

webdl
Published on: 2026-06-04
Downloads: 2
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Okey, sila ikut sini.

Silakan duduk.

Maew, boleh tolong cetak?

Maaf, doktor.

Titik kecil yang ini?

Yang ini.

Titik kecil ini bayi puan.

Titik hitam kecil ini?

Ya, itu saiz janin lima minggu.

Puan kata puan ada ambil ubat tidur?

Puan kena elakkan.

Baiklah.

Kalau puan tertekan dan susah tidur,

cuba buat senaman ringan.

Berjalan atas pengisar injakan.

Pergi berenang.

Badan puan akan lepaskan endorfin.

Endorfin itu ibarat ubat.

Ubat yang akan buat puan tenang dan mudah tidur.

Puan kena jaga emosi juga, ya.

Ceria-ceria saja selalu.

Kalau puan tertekan, bayi juga akan tertekan.

Bayi boleh dengar dari dalam.

Macam kapal selam.

Okey.

Tunggu sekejap.

- Kita nak duduk di mana? - Geram nak cakap.

- Kereta pun ada, bukan? Semua ada. - Aduhai.

- Aduhai. - Banyak. Terlampau banyak.

- Saya dah sebut dalam banyak rancangan. - Ya.

Kerap juga saya cakap.

Saya kata negara kita akan teruk bertahun-tahun. Betul cakap saya.

Ini bukan soal ramalan. Memang tak dapat dielakkan.

Tak boleh hindar.

Dua minggu lalu mereka kata ekonomi akan merosot tahun depan.

- Biar saya jelaskan. - Baiklah.

Saya juga ada kejutan pada penghujung nanti.

- Memang baru? - Tak pernah sebut dalam rancangan lain.

- Ini dia. - Ya.

Ini yang akan menghancurkan kita. Awak akan jadi orang pertama dengar.

Ekonomi memang dijangka merosot. Kita tak boleh buat apa-apa.

Jurang terus melebar.

Golongan kaya akan terus selamat.

Selebihnya akan ditinggalkan mati.

Pemisahan total.

- Tak apa. Kita mati mencuba sama-sama. - Ya.

- Kita berjuang hingga tiada yang tinggal. - Ya.

Kita akan jatuh sama-sama.

Belum lagi soal banjir.

Orang kata banjir akan berulang.

- Kerajaan tak buat apa-apa. - Ya.

Pam air tak pernah cukup.

Mereka tak beli lagi. Mereka kata tak ada bajet.

Ini soal kepentingan diri.

Pencapaian terlalu kecil bagi mereka.

Bahagian utara akan terus dilanda banjir.

- Mereka belum sedar. - Ya.

Ada yang fikir ia akan berlalu.

- Tapi akan banjir lagi. - Ya.

Beberapa hari lepas, selatan banjir.

Banjir dah surut, jadi tak perlu hantar bantuan.

Tapi ia akan terus berulang.

Guru Bee berkongsi ramalan mengejutkan berkenaan krisis kesihatan.

Eksklusif dalam rancangan ini, beliau dedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Bermula tahun depan,

akan ada lonjakan penyakit yang besar dan tak dapat dihentikan.

Penyakit baharu akan terus muncul.

Kebangkitan penyakit.

Manusia akan tanggung akibat tindakan mereka.

Dua perkara tidak akan dapat dielakkan jika kita tidak bersedia.

Akan ada rasuah dan kerugian besar.

Tiada siapa yang akan bertanggungjawab.

Bagi seseorang sehebat awak, Orn,

bagaimana awak tafsir kejayaan?

"KEJAYAAN ADALAH BERGERAK DARIPADA KEGAGALAN KE KEGAGALAN"

Saya masih belum benar-benar faham

maksud kejayaan dalam dunia perniagaan.

Menjalankan perniagaan bermakna mengambil risiko setiap hari.

Setiap hari membawa cabaran yang berbeza.

Covid contoh yang jelas.

Tidak pernah ada sehari saya bangun tanpa risiko.

Hari ini mungkin saya berjaya,

tetapi esok saya boleh jatuh muflis.

Tahun ini jualan mungkin tinggi,

tetapi tahun depan belum tentu.

- Kita perlu hadapi satu demi satu. - Sila ikut sini.

- Jika masalah sentiasa ada? - Ini kerusi-kerusi kosong.

- Bagaimana mahu rasa gembira berniaga? - Fren, temu duga.

Saya suka selesaikan masalah.

- Tenn, bilik mesyuarat dua? - Ya, jom.

Saya menikmati cabaran baharu setiap hari.

Jadi, bagaimana awak melihat diri awakโ€ฆ

Keluarga saya membesarkan saya dengan sikap berdikari.

Sebenarnya saya pernah bekerja di Thailand selama tiga hingga empat tahun.

Kemudian saya rasa Thailand bukan tempat saya.

Jadi saya mencari di sekitar Asia Tenggara tempat untuk bekerja.

Kemudian,

ketika berusia 27 tahun,

saya bekerja di Singapura.

Faedah di sana memang baik.

Semuanya baik di sana.

Sejujurnya, banyak syarikat mahukan awak.

Termasuklah kami.

Kalau gaji bukan masalah bagi awak,

ada perkara lain yang merisaukan awak?

Saya nak tahu tentang faedah.

Maksud awak insurans kesihatan atau dana simpanan pekerja?

Sebenarnya saya maksudkan

pemilikan saham pekerja dan insentif.

Syarikat ada sediakan?

Dari segi saham, tidak.

Kami tak sediakan pemilikan saham pekerja.

Kalau begitu, saya nak fikirkan dulu.

Nanti saya hubungi semula.

- Terima kasih banyak. - Ya, terima kasih.

Budak zaman sekarang sangat agresif.

Dengan pilihan yang dia ada,

dia mungkin tak pilih kita.

Belajar di luar negara, fasih bahasa Inggerisโ€ฆ

Dia boleh pilih kerja.

Dia siap minta pemilikan saham.

Siapa yang tak nak hantar anak belajar di luar negara?

Maaf, Fren.

Jak tanya mana June.

Okey.

Dia belum masuk kerja?

Helo.

- Hei, Mai. - Ya?

Dah berapa hari June tak datang?

Dah dua hari.

TARIK NAFAS 4 SAAT, TAHAN 7 SAAT, HEMBUS 8 SAAT.

Nampaknya dia dah lari.

Macam Ning dan Aoy hampir nak berhenti dulu.

Deja vu.

Jak tahu berapa kos pengambilan staf baru?

HR bukan bufet manusia.

Serius, awak patut bercakap dengan dia.

Kalau kita terus biarkan saja,

maksudnya dia boleh buat apa saja.

Nanti saya jumpa dia, saya cakap.

JUNE, SEBULAN LALU: AKU TAK TAHU APA AKU BUAT DI SINI

Helo, Jak.

Helo.

Fren.

Boleh awak keluar?

Saya nak bercakap.

Awak tak nak minta maaf pada saya?

Saya minta maaf.

Nak saya jelaskan cara kerja saya lagi?

Saya faham. Tak perlu jelaskan.

Sebenarnya,

saya berkawan dengan ramai pemburu bakat.

Awak nak mereka tolong?

Tak apa.

Okey.

Awak nak turun?

Apa KPI bagi HR di sini?

Maaf, saya lupa.

Tiga puluh hari.

Tiga puluh hari.

Okey.

Harapnya tak lama macam sebelum ini.

Ya.

TAK DIJAWAB

JAK BALING KERTAS KE MUKA SAYA.

BOLEH SURUH DIA MINTA MAAF?

SABARLAH.

KALAU KITA BERSATU, SEMUA AKAN OKEY.

ULANG TAHUN KE-10 SEDEKAD REKA BENTUK

Mari kita berlatih.

Helo, saya Thame.

Seperti semua sedia maklum, syarikat kami menjual peralatan keselamatan,

daripada kamera CCTV hingga sistem keselamatan.

Izinkan saya memperkenalkan teknologi baharu.

Mari kita lihat.

Dalam dunia yang semakin berbahayaโ€ฆ

Rompi Kalis Tikaman Ultra Nipis.

Dihasilkan dengan teknologi gentian karbon baharu.

Sangat nipis, kurang daripada satu sentimeter.

Sesuai dipakai setiap hari.

Reka bentuk tanpa sambungan, sesuai dengan pakaian kasual,

tanpa rasa tidak selesa.

Yang lebih penting, ia boleh selamatkan nyawa pegawai.

Lebih-lebih lagi sekarang, apa sahaja boleh dijadikan senjata.

Terima kasih.

Mantap. Saya suka.

Demonstrasi tikaman itu sudah cukup jelas.

Jangan guna istilah teknikal.

Gentian karbon dan sebagainya.

Mereka takkan faham.

Masukkan sahaja berita

pegawai yang ditikam hingga mati ketika bertugas.

Cari yang ngeri, yang sedang hangat diperkatakan.

Satu lagi perkara. Bersedia untuk mabuk.

Mereka kuat minum.

Bersedia.

Perjanjian ini boleh mengubah hidup.

Kenapa?

Nutt ada hubungan dengan pihak polis,

mereka mungkin beli secara pukal.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left