The first 200 lines.
SEBELUM INI, CNA MEREKOD KEHIDUPAN BANDUAN
DI DALAM PENJARA MAKSIMUM
SEPANJANG SETAHUN LEPAS,
KAMI KEMBALI UNTUK MENJEJAK SEMULA KEHIDUPAN MEREKA
EPISOD SATU BERSEDIA UNTUK DIBEBASKAN
SEBELUM INI...
Bagi saya seluar awak.
Semasa diperiksa, saya perlu berbogel.
Saya selalu bandingkan diri saya dengan pelacur.
Agak memalukan.
B1 ialah institusi keselamatan maksimum.
Ia juga menempatkan banduan yang menerima program intervensi keganasan.
Saya tak boleh hubungi mak pun
kerana abang tiri saya.
Jika sesuatu berlaku kepada dia, bagaimana saya boleh maafkan diri?
Saya akan bunuh diri. Saya tamatkan saja hidup saya.
Saya ditahan kerana mengedar dadah.
Saya ingat saya akan mati.
Kemudian saya jumpa kaunselor. Dia beritahu saya,
"Mereka putuskan untuk beri awak tawaran."
Boon Keng, awak akan menjalani penilaian kesesuaian
untuk program berasaskan komuniti.
Tuan, boleh peluk awak?
- Tak apa. Buat terbaik, ya? - Baik.
Mereka tangkap semasa saya sedang buat tatu.
Tarikh pembebasan saya dilanjutkan kepada 21 hari
dan empat kali sebatan.
INSTITUSI B1 PENJARA MAKSIMUM
BILIK SIANG 4
Kawalan Alpha boleh buka Tiga Bravo Bilik Siang Empat,
Tiga Bravo tepi ke halaman terbuka. Tango.
Ada seseorang nak cari pasal dengan saya.
Cari pasal dengan saya secara tak langsung seperti menjerit, menghina.
Walaupun dia tak sebut nama, tapi ketika itu,
semua tahu dia tuju kepada siapa.
Jadi, saya beritahu diri sendiri supaya bertahan.
Saya akan sertai program berasaskan komuniti.
Jadi, saya akan buat terbaik untuk elak masalah
supaya saya tak jejaskan peluang untuk sertai program itu.
Program ini lepaskan anda lebih awal
untuk menjalani hukuman anda di luar.
Anda akan lebih bebas.
Program berasaskan komuniti ialah skim
yang membolehkan pesalah yang sesuai menjalani
hukuman akhir mereka dalam komuniti.
Mereka boleh buat di rumah,
di rumah pertengahan atau di pusat pelepasan kerja.
Bulan lepas, saya telah ke panel penempatan program ini
untuk temu duga dengan penguasa.
Dia beri dua pilihan.
Satu Skim Pelepasan Kerja, satu lagi Rumah Pertengahan.
Dia tanya nak yang mana, saya jawab saya nak Rumah Pertengahan.
Sebab sebelum ini saya pernah ke sana, jadi saya lebih suka ke sana.
Tapi, beberapa hari lagi saya akan dipindah ke B4.
Akan ada kursus berbeza untuk kami bersedia keluar
ke program berasaskan komuniti saya.
GRACESON, 37 PENAHANAN KEEMPAT
MEMBAWA SENJATA, PENGAMBILAN DADAH, UGUTAN JENAYAH
MENUNGGU PEMINDAHAN KE PUSAT PRA-PELEPASAN, B4
LAPAN BULAN LAGI UNTUK DIBEBASKAN
MULA SEMULA
INSTITUSI B4 PUSAT PRA-PELEPASAN
PEMULIHAN
Jadi, dalam Kelompok B, Institusi B4 adalah Pusat Pra-Pelepasan.
MEMPERBAHARUI
Banduan akan melalui program yang menjurus kepada idea bahawa
mereka akan sertai masyarakat semula dalam masa terdekat
dan juga menyediakan mereka untuk penempatan pekerjaan.
David, boleh buka 623? 623.
Okey, Boon Keng.
Hari ini awak akan berpindah ke B4 untuk program pra-pelepasan awak.
- Okey. - Awak boleh kemas barang.
Okey, mari ikut saya.
BOON KENG, 35 PENAHANAN KEEMPAT
CURI, PENGAMBILAN DADAH,
JENAYAH PECAH AMANAH, MELANGGAR PERINTAH PERLINDUNGAN DIRI
PERPINDAHAN KE PUSAT PRA-PELEPASAN, B4
EMPAT BULAN LAGI UNTUK DIBEBASKAN
Beberapa bulan lepas, saya dipilih
untuk program dua bulan SKP,
yang bermaksud Skim Pelepasan Kerja.
Skim Pelepasan Kerja membolehkan banduan untuk keluar bekerja pada siang hari
dan kembali ke Pusat Pelepasan Kerja pada sebelah malam.
Jadi, sebelum saya ke SKP,
saya perlu sertai beberapa program di B4.
Sebab itu saya perlu berpindah.
- Ini kepunyaan... - Perpustakaan sini.
Okey, jadi tak boleh bawa apabila awak berpindah.
- Jadi saya ambil semula semua buku ini. - Okey.
Bagi banduan dipindahkan, mereka dibenarkan
untuk bawa tiga set pakaian mereka,
selimut mereka dan beberapa barangan peribadi mereka.
Jadi, apa saja barangan bukan milik mereka,
yang mana dipinjam dari institusi kami,
ia perlu dikembalikan kepada kami sebelum mereka dipindah ke institusi lain.
Jadi, saya perlu periksa jika ada barang tersembunyi di sini
dan juga sebarang poket tambahan.
Mereka boleh jahit poket kecil di dalam untuk sembunyikan barangan.
Awak yang lukis?
Ya, hanya ini.
Semua ini petikan motivasi.
Jadi, Boon Keng, awak tak sepatutnya ada semua ini, okey?
Tapi apa pun, kandungannya positif. Tapi, saya masih perlu dapatkan kelulusan.
Okey. Terima kasih, sarjan.
Jadi, sebaik dapat kelulusan, saya akan maklum jika awak boleh bawa bersama.
Okey. Terima kasih, sarjan.
Okey, Sharmil, pindahan kosong satu.
Boon Keng, jom.
Okey, saya pergi dulu semua.
- Okey! - Okey, selamat tinggal!
Mari. Ayuh, Keng.
- Di luar lebih mencabar. - Ya.
Jadi, awak perlu lebih bersabar. Tapi, awak boleh buat.
Harapnya begitu.
BILIK SIANG 4
Graceson, awak akan ke B4 hari ini.
Bersedia untuk dipindahkan.
Okey, sarjan.
Kawalan Alpha. Boleh buka Sel 4119.
Jom, Graceson. Keluarkan barang awak.
Kami periksa dulu sebelum awak dipindahkan.
Okey.
Awak boleh mula dengan tunjuk buku perpustakaan awak.
Buku perpustakaan ialah tiga buku ini.
Jadi asasnya, kami mencari sebarang barangan tak dibenarkan.
Apa saja seperti pesanan bertulis,
di mana dia kongsi sebarang maklumat dia dapat di sini
kepada banduan di B4.
Atau sebarang barangan tajam seperti jarum yang dia boleh bawa ke institusi lain.
- Ini ialah penanda buku. - Penanda buku.
Pen awak?
Tiga gambar awak sekali.
Tiga gambar.
Jadi, apa saja dalam kad barangan, awak boleh bawa bersama.
Jadi, semua barang bukan di dalam kad barangan awak,
saya akan rampas.
Jadi, kad barangan pada asasnya ialah kad rekod
untuk apa yang banduan ada di dalam sel mereka
selain barangan diberi oleh penjara.
Mereka ada barangan peribadi mereka, sebarang ubat, seperti
alat sedut ini, mereka boleh catat dalam kad barangan ini.
Jadi, ini barangan yang saya akan rampas.
Awak boleh kemas barang dan bersedia untuk pindah ke B4.
- Okey. - Okey.
Itu sesuatu yang setiap banduan dalam penjara paling tak suka.
Banyak barang dirampas.
Kami jadi sangat marah, tapi tak boleh buat apa-apa.
Saya tak sabar nak ke B4. Dah lama tunggu.
Dengan pergi ke sana akan memulakan perjalanan saya untuk dibebaskan.
Untuk program berasaskan komuniti ini,
saya sebenarnya tak sangka akan dapat.
Sebab saya ada kesalahan besar sebelum ini, seperti bertatu.
Jadi, saya ingat mungkin sebab semua kes saya ganas,
saya sangka saya mungkin tak layak.
- Hei. - Hei!
- Apa khabar? - Apa khabar?
Hei!
Akhirnya, kita jumpa lagi.
Mereka cakap awak dah pergi.
- Belum lagi. - Hebatlah!
Awak apa khabar?
Okey, semua, saya tahu kamu gembira. Bertenang.
Saya akan periksa dahulu.
Ang Graceson.
- Ya, tuan. - Nombor banduan?
- 2-4-3-5-4-2019. - Okey.
- Tian Boon Keng. - Ya.
- Nombor banduan? - 2-5-9-1-3.
Okey, terima kasih. Hari ini hari yang penting untuk kamu berdua.
Kamu akan ke Pusat Pra-Pelepasan Institusi B4 untuk latihan vokasional.
Kamu berdua ada sebarang isu atau aduan?
- Tak, tuan. - Tiada.
Saya doakan terbaik di B4 untuk kamu.
- Okey, jaga diri. - Terima kasih, tuan.
INSTITUSI B4 PUSAT PRA-PELEPASAN
Alicia kepada Shoukry. Boleh tolong bukakan pelungsur hadapan?
Di Institusi B4, di sini kami menempatkan banduan
yang menghampiri penghujung pemenjaraan mereka.
Kami percaya persekitaran fizikal memainkan peranan sangat penting
dalam membantu mereka membentuk pemikiran.
Dinding kami dicat dengan mural
dan petikan inspirasi dalam pelbagai bahasa.
CINTA ITU IBARAT CAHAYA TERANG.
IA BUKAN SAHAJA MENCERAHKAN MASA DEPAN ORANG LAIN TAPI MEREKA YANG RINDUKAN RUMAH
Jadi, selain daripada infrastruktur fizikal berbeza,
Pusat Pra-Pelepasan di sini tawarkan barangan sangat berbeza
daripada unit pemulihan yang lain.
Di bawah Sistem Keistimewaan Progresif,
kami lebih menumpukan kepada barangan "pelepasan".
Jadi, barangan seperti dompet dan kasut bertutup.
Jadi, apa kita harapkan ialah bila banduan dibebaskan,
mereka boleh bawa bersama barangan seperti dompet,
untuk bantu mereka mulakan hidup baharu.
SISTEM KEISTIMEWAAN PROGRESIF
MATA YANG DIPEROLEHI UNTUK KELAKUAN YANG BAIK
BOLEH DITUKAR DENGAN KEISTIMEWAAN ATAU BARANGAN TAMBAHAN.
MEMPERBAHARUI
Sehingga ke hujung meja biru.
- Graceson dan Boon Keng. Okey. - Ya, tuan!
- Kamu berdua dari B1, betul? - Ya.
No comments yet. Be the first to leave one.