The first 200 lines.
911. Apa kecemasan anda?
Ada orang datang dari belakang dan tolak saya ke dinding
dan cekik saya
dan dia kata mampuslah saya kali ini.
Saya cuba lari, dia tarik saya. Dia cengkam rambut saya dan himpit saya.
Bekas kekasih suami saya mengugut untuk rogol saya dan bunuh anak saya.
MEL BAHARU
KAU RAMPAS HIDUP AKU
KAU AKAN TANGGUNG AKIBATNYA
…kes menghendap yang pelik dan ganas.
Polis kata seorang wanita menggunakan iklan dalam talian
untuk takutkan wanita lain.
HANTAR - DIHANTAR
Dia hantar satu lagi e-mel.
MEL BAHARU
JAGA-JAGA
Dia datang ke tempat kerja saya. Dia tahu rupa saya.
KAU AKAN MATI
MATI
Macam mana nak lawan perempuan ini? Apa patut kami buat?
KAU TAKKAN DAPAT LARI DARIPADA AKU
MEL BAHARU
ANAHEIM DIPINGGIR LOS ANGELES
Saya ada dua hasrat.
Pertama, saya harap semua ini tak berlaku.
Hasrat kedua saya,
saya nak semua orang bercakap benar
tentang kejadian dalam cerita ini.
Pada tahun 2016, saya dah Ian dah berkawan hampir 20 tahun.
Kami bekerja bersama di Disneyland.
Ibunya berpindah ke negeri lain,
maka saya jadi tempat dia bergantung.
Saya ingat kami banyak ketawa
dan berseronok setiap kali saya bersama dia.
Sikapnya memang begitu.
Apabila dia berpeluang
untuk mohon menjadi anggota Perkhidmatan Marsyal AS,
Ian sangat teruja.
Marsyal AS mewakili Jabatan Keadilan.
Dia pindahkan banduan dari satu penjara ke penjara lain
dan dia juga bertanggungjawab melindungi hakim persekutuan.
Jadi, ia kerja yang penting.
Ian sememangnya seseorang yang saya percaya sepenuh hati.
Ramai orang persoalkan
hubungan saya dan Ian,
tapi kami hanya berkawan
dan tiada hubungan romantik.
Jadi, apabila dia bertemu Angela,
saya sangat gembira.
Ian dah lama mahu berkahwin dan ada anak.
Dia sangat teruja sebab Angela juga mahukan perkara yang sama.
Kami bertemu di Starbucks di Anaheim.
SUARA IAN DIAZ
Kami terus serasi.
Jadi, dia pindah ke kondominium saya.
Daphne, nak tengok kamera?
Boleh tengok kamera?
Senyumannya pun… Senyumannya menawan.
Dia sangat baik.
Selepas dua hingga tiga minggu, saya melamarnya.
Sebab dia ada segala ciri wanita yang saya mahu.
Jadi, selepas beberapa bulan berkenalan,
Ian dan Angela mula tinggal bersama,
berkahwin dan menunggu kelahiran kembar.
Ian sangat teruja kerana dia dah lama nak jadi ayah.
MEI 2016
Waktu itu, kami sedang makan malam
dan Ian beritahu saya yang Angela sering terima e-mel…
MEL BAHARU
…daripada seseorang yang bernama "Lilithistruth".
PEREMPUAN JAHAT, KEJAM
Ia ada unsur-unsur kitab Bible.
ULAR - SYAITAN - PENDOSA
Ia bersifat mengancam.
KAU EVE DIA
KAU HARUS MATI
ANGELA CONNELL
KAU TAK PEDULIKAN AMARAN AKU
AWAS
KEBENARAN
LILITHNYA
Kami tak tahu apa itu Lilith. Kami kena cari dalam Google.
Ada legenda mengatakan Adam ada isteri sebelum Eve bernama Lilith.
Dia dihalau dari Taman Eden
kerana dia enggan tunduk kepada Adam.
Lilith ialah wanita jahat dan kejam
yang berzina dengan Syaitan dan melahirkan keturunan makhluk jahat.
Lilith berubah menjadi setan jahat untuk membalas dendam
dengan menculik dan membunuh bayi baru lahir pada waktu malam.
Ian sangat takut.
Saya sangat takut. Saya tak tahu apa puncanya.
Angela sangat marah.
Setelah beberapa lama, Angela kata
ada orang menghendap-hendap di luar kondominium mereka.
Dia tak nampak orangnya,
tapi dia rasa tak tenteram.
MEL BAHARU
HELO ANGELA
MARI MAIN SATU PERMAINAN!
MEL BAHARU
AKU PERHATIKAN KAU BERJALAN
SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE KONDOMINIUM KAU
Siapa yang buat begini?
IAN TAK CINTAKAN KAU
KAU RAMPAS HIDUP AKU
KAU RAMPAS RUMAH BERHARGA AKU
Empat bulan sebelum kenal Angela,
Ian berpisah dengan bekas kekasihnya, Michelle.
Perpisahan mereka tak mudah
sebab dia masih tinggal di kondominium milik mereka berdua.
Saya tak benci Michelle. Tak pernah benci dia.
Saya cuma nak lupakan dia.
Tapi kami terikat dengan kondominium itu dan saya nak selesaikannya.
Kami berdua terfikir benda yang sama iaitu…
Alamak.
Michelle yang hantar semua e-mel itu.
MEL BAHARU
HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH
NIKMATILAH MALAM TERAKHIR KAU RASA SELAMAT
KAU AKAN MATI
MICHELLE (BEKAS TUNANG IAN)
Mereka rasa mereka perlu laporkan kepada polis.
RAKAMAN KAMERA BADAN POLIS 3 JUN 2016
Saya terima laporan semalam. Saya nak periksa keadaan hari ini.
Saya dapat e-mel daripada dia lagi.
Dia datang ke pejabat saya dan tahu rupa saya.
Dia tahu pakaian saya malam tadi dengan terperinci.
Sama ada saya selamat di rumah,
saya tahu saya okey di sini, atau ambil risiko dan pergi kerja.
Saya tak tahu kemampuannya. Kami tak pernah jumpa.
Saya berdepan misteri.
Gadis di pejabat syerif kata,
saya kena hubungi mereka lagi dan minta perlindungan kecemasan.
Jadi, ya.
Awak tahu
yang Arahan Perlindungan Kecemasan biasanya untuk kes penderaan domestik?
Dia boleh ditangkap, tapi dia belum dapat surat perintah mahkamah.
Ini ugutan jenayah, tapi tak boleh bertindak selagi dia tak ditahan.
- Baiklah. Terima kasih banyak. - Sama-sama. Moga awak dapat…
Ian dan Angela risau
kerana polis Anaheim tiada sebab kukuh untuk tahan Michelle.
Pada waktu itu, hubungan Ian dan Angela masih baru
dan mereka terpaksa lalui pengalaman yang begitu luar biasa,
itu tak normal.
Saya bersimpati dengan mereka.
Saya takut. Saya sangat takut sebab saya tak tahu rancangannya.
Jadi, kami pergi ke balai polis dan failkan perintah perlindungan.
Saya tawarkan diri untuk serah dokumen itu kepada Michelle.
Saya gementar.
Ini surat mahkamah.
Tapi saya sangat berharap ia akan menamatkannya
dan semuanya akan reda.
MEL BAHARU
Tapi ia tak berhenti.
HELO ANGELA
BATALKAN PERINTAH PERLINDUNGAN
E-mel itu masih dihantar.
ATAU KAU AKAN TERUS MERANA
HANTAR
Ancaman masih diterima.
DAN TENGOK DIA
MATI
4 JUN 2016
Jadi, Ian dan Angela hubungi polis sekali lagi.
Penghantar Polis Anaheim.
Hai, saya pernah buat beberapa laporan tentang perintah perlindungan.
Ia dah diserahkan kepada orang yang saya tak mahu dekati saya.
Dia masih hantar e-mel dengan ugutan gila dan ganas
serta ancaman bunuh.
Dia buat begitu
selepas polis datang ke rumahnya untuk beri surat mahkamah.
Sejam kemudian, saya dapat lagi e-mel dahsyat
dengan gambar yang amat mengerikan.
Peguam saya nasihatkan supaya hubungi polis lagi
dan minta dia ditahan sebab perkara ini dah lama berlarutan
dan jelas dia langgar perintah mahkamah.
Nama puan?
Angela, nama keluarga saya Diaz, D-I-A-Z.
Okey, saya akan minta mereka datang.
Masuklah, semua.
Nama saya Ian. Ini Angela.
E-mel ini ada gambar kepala orang dipenggal,
janin yang digugurkan, janin dipenggal.
Kalian kumpulan polis ketiga yang datang ke sini.
- Malam ini? - Sepanjang minggu ini.
Ini perintah perlindungan dan bukti penyerahan.
Okey.
Dah berapa lama awak kenal dia?
Kami bercinta dua tahun
dan berpisah pada bulan Ogos.
Sekarang, kami dah tak berhubung.
Semasa dengan dia, pernah nampak dia bertindak ganas?
Dia pernah bawa pisau masuk ke dalam tandas itu…
Dia gila.
…dan kata ada ketika dia rasa nak bunuh diri sendiri.
Dia ugut untuk bakar rumah ini dan mereka berdua sekali.
Seminggu sebelum dia pergi, dia sangat beremosi…
Ini Ogos tahun lepas?
Ya, Ogos tahun lepas, seminggu sebelum dia pergi.
Pada minggu terakhir Ogos, dia kata sambil menangis dan mengamuk,
No comments yet. Be the first to leave one.