The first 200 lines.
Selamat sejahtera, tuan.
Selamat datang, tuan.
Selamat datang ke kolej kami, tuan.
Nama saya
En. Papa Rao.
Saya pengetua baharu kolej ini.
Selain itu,
saya juga dikenali dengan nama lain.
Harimau Mangalore...
Harimau!
Pada tahun 2002,
di Kolej Belagavi American,
sebuah pergaduhan tercetus.
Di satu pihak, ada pelajar dengan 1,000 senjata.
Satu lagi hanya ada satu senjata.
Siapa yang bertarung dengan satu senjata itu?
Sayalah orangnya.
Hebatnya.
Diam!
Saya halau semua orang.
Saya dengar, rusuhan selalu berlaku di kolej ini.
Ia takkan berlaku lagi.
Saya takkan benarkan.
Jaga-jaga!
Kalungkan bunga kepada dia.
Tuan, jangan bangun.
Mereka nak kalungkan bunga lagikah?
Tuan!
Itu anak Ahli Dewan, Vikith Reddy.
Dia bermusuhan dengan saudara Gajendra,
Nagendra dan Surenda.
Apa semua ini?
Tuan, mereka selalu bergaduh dua kali seminggu.
Jika ini perkara biasa buat mereka,
saya akan hentikan mereka.
Diam!
Lihat? Semua diam selepas saya menjerit.
Tuan,
ia bukan sebab jeritan tuan.
Habis itu?
Semua diam kerana mereka dah sampai.
Siapa?
Dua saudara Gajendra,
Rajendra dan Vijendra.
Selamat sejahtera, tuan.
Kata orang, ibu bapa yang melahirkan kita.
Tapi guru menjadi panduan hidup.
Itu yang Gajendra selalu beritahu kami.
Kami minta maaf bagi pihak saudara kami.
Harap tuan terima cek kosong ini.
Saya akan bertanggungjawab atas segala kerosakan.
Bagus!
Selama ini, tiada orang berjaya mengagumkan saya.
Tapi, buat pertama kalinya,
adab, rasa rendah diri dan budaya kamu
buat saya kagum. Saya sukakannya.
Saudara awak boleh ikut awak balik.
- Terima kasih, tuan. - Teruskan.
Gembiranya saya.
Saya sangat gembira.
Tuan,
jangan cepat sangat menilai.
Tuan boleh percayakan ahli politik,
tapi tuan tak boleh percayakan orang seperti mereka.
Saya ingat mereka datang untuk lawan bagi pihak saudara mereka.
Rupa-rupanya, mereka datang nak bawa saudara mereka balik.
Kamu tak rasa ini kelakar?
Hei, mereka pukul kamu?
Mereka bersalam dengan saya dan beri saya cek.
Sekarang, mereka hampir langgar saya!
- Di mana saya boleh cari mereka? - Mereka tinggal bersama.
Di mana rumah mereka?
Di pasar.
Ini rumah mereka?
Tuan.
Itu Gajendra.
Makanlah puas-puas.
- Surendra. - Ya?
Hidangkan ketam kepada mereka.
Okey, Gajendra.
Hidangkan juga nasi dan ayam cili.
Sepatutnya ada pertandingan antara pelayan dan tetamu.
Baiknya dia.
Dia beri makanan kepada semua orang.
Mereka dihidangkan makan yang sedap-sedap,
tapi kenapa mereka menangis?
Makanan itu terlalu pedaskah?
Bukan sebab makanan pedas, tapi sebab kedahsyatan mereka.
Kamu menikmati makanan tadi?
Ya, Gajendra.
Cheluva.
Ya, Gajendra?
Tutup pintu pagar.
Okey.
Apa semua ini?
Dia beri makanan kepada mereka.
Sekarang, dia belasah mereka?
Itu memang gaya dia.
Kini, akhbar asyik laporkan tentang sampah, jenayah dan keganasan!
Apa dah berlaku di tanah air Gandhi ini?
Saya tak boleh berdiam diri lagi.
Saya akan adukan perkara ini kepada pegawai daerah.
Pusing dan pandang sana.
Orang yang menikmati perlawanan ini bagaikan sedang menonton kriket
ialah pegawai daerah.
Enam!
Rakan sepermainan Gajendra.
Apa?
Pegawai daerah ialah kawan dia?
Kawan baik dia.
Hei, Gaja, perlawanan hari ini sangat hebat!
Untuk perlawanan seterusnya...
Awak juga akan jadi pengadil perlawanan seterusnya!
Yakah?
Saya pinjamkan duit dengan kadar faedah yang tinggi.
Dia menipu petani semasa menimbang berat sayur.
Dia pula asyik usik perempuan.
Semua orang di sini buat jenayah.
Tapi saya tak faham logik awak.
Kenapa awak beri kami makan, kemudian belasah kami?
Begini.
Kalau nak berdepan dengan saya,
awak perlulah berani.
Kalau dah kenyang, barulah awak boleh bertarung, bukan?
- Ya, Gajendra. - Daging kambing meningkatkan tenaga.
- Awak nampak penat. - Ya, Gajendra.
Hei, hidangkan lagi untuk dia.
Sekali lagi? Tidak!
Tidak! Mari kita pergi dari sini!
Jika saya nampak orang yang sama lagi,
saya terpaksa uruskan pengebumian kamu.
En. Gajendra.
Saya datang untuk tangkap saudara awak kerana memulakan pergaduhan di kolej.
Kenapa awak ketawa begitu?
Hei, Chari.
Bantahan, Yang Arif.
Maaf! Inspektor.
Bantahan, Inspektor.
Hujah pertama.
Seekor gagak sekali pun perlukan kebenaran saya sebelum bertenggek di rumah ini!
Hujah kedua.
Nyamuk pun perlu minta izin saya sebelum gigit mereka!
Hujah ketiga.
Dengar sini, En. Peguam.
Saya takkan buat perkara seteruk itu!
Awak tahu yang mereka pukul itu siapa?
Anak ahli politik.
Maknanya, dia dapat layanan khaskah?
Kita buat ikut undang-undang.
Mereka saudara Gajendra.
Atas kesalahan memukul dan menyebabkan anak Ahli Dewan dimasukkan ke hospital,
ini ikat jamin ke atas mereka. Ambillah.
Bukankah kita patut sediakan payung sebelum hujan?
Sebab itu, kami dah sediakan ikat jamin sebelum pukul seseorang.
Jadi, sila pergi.
Gajendra.
- Apa? - Patutkah kita robohkan saja rumah ini,
bina mahkamah di tingkat atas dan balai polis di tingkat bawah?
Kita duduk di tingkat satu.
- Kenapa? - Saya bosan ulang-alik ke balai polis.
Hai.
Siapa kamu? Kamu nampak macam bukan dari sini.
- Kami datang nak jumpa awak... - Virat Kohli ada di sini?
Virat Kohli?
Kami fikir dia tinggal di sini. Nampaknya, kami tersalah alamat.
Kamu datang dari jauh. Apa kata kita makan tengah hari bersama?
Tidak!
Hei, Odeya
Ayuh, Odeya
Dia bagaikan petir, baik kau berundur
Dia bagaikan petir, baik kau berundur
Kalau tak berani, baik kau pergi
Dia telah tiba
Hei, Odeya
Ayuhlah, wahai Odeya
Turunkan senjatamu
Tunduk hormat kepadanya
Kalau gentar, minumlah air
Minta pertolongannya
Apabila dia berjanji
Ia sentiasa dipenuhi
Dia melindungi orang yang meminta pertolongannya
Hei, Odeya
Ayuhlah, Odeya
Orang menamakan anak mereka sempena namanya
Kata-katanya adalah undang-undang di sini
Parang pun hilang kawalan apabila dia melontarnya
Lihatlah pandangannya yang penuh membara
Dia bagaikan kapak yang perkasa
Jika dia memukulmu, malang sekali nasibmu
Dia bagaikan petir
Dia bintang yang bersinar
Apabila dia berjanji
Ia sentiasa dipenuhi
Dia melindungi orang yang meminta pertolongannya
Hei, Odeya
Ayuhlah, Odeya
Hei, Odeya
Ayuhlah, Odeya
Hei, Odeya
No comments yet. Be the first to leave one.