The first 200 lines.
Pernahkah anda terfikir
kenapa banyak perkara datang berpasangan?
Sama ada kawan-kawan
atau
kekasih.
Sebaik saja jumpa orang yang sesuai,
ia sentiasa berbaloi
untuk mengejar mereka.
Sepanjang hidup saya sebagai lelaki,
saya dah banyak bersama gadis.
- Ying. - Ya?
Jom tengok wayang selepas ini.
Saya ada kelas matematik nanti.
- Bagaimana dengan esok? - Ada kelas biologi.
- Lusa pula? - Lusa?
Fizik, kimia, pengajian sosial, sains, bahasa Inggeris
dan kelas matematik semula.
Laici.
Saya nampak gemuk. Kita ambil satu lagi gambar.
Ceri.
- Ceri. - Ceri.
Dah selesai? Jom makan.
Tunggu.
Mari ambil swafoto lagi.
Swafoto?
- Strawberi. - Strawberi.
Tak apalah, saya minta bil.
Sayang, apa patut kita pesan?
Awak nak makan apa?
- Apa-apa saja. - Awak nak aiskrim?
Ia menggemukkan.
- Roti bakar madu? - Manis sangat.
Ada puding, ais kisar dan krim paf.
Saya dah jemu dengannya.
Kalau begitu, awak nak makan apa?
Apa-apa saja.
Awak marah sayakah, Namwan?
Taklah!
Garang betul.
Kalau saya ada buat salah,
saya minta maaf.
Kenapa awak minta maaf? Saya kata saya tak marah.
Saya tak marahlah!
Jadi kenapa awak…
Diamlah.
Tapi semuanya tak serasi.
Jadi saya datang ke universiti dengan harapan mencari pasangan baru.
Saya tak pernah sangka
pasangan yang sesuai itu
adalah sangat berbeza daripada orang lain.
Uji bakat pasukan sorak sudah tamat,
tapi pencarian cinta saya masih diteruskan.
Muat tak kostum itu?
Kostum tahun ini agak ketat.
Ia betul-betul muatlah, Fang.
Baguslah.
Apa pun, saya baru sedar yang
saya mentor senior awak.
Betul.
Kenapa awak nak sertai pasukan sorak?
Sebenarnya
saya nak alami pengalaman hebat
dan cari kawan baru.
Baguslah. Oh, ya.
Ada orang beri awak surat.
Dahsyat betul. Baru masuk ke sini, tapi dah popular.
Tak payahlah mengusik.
Saya tak kisah tentang benda begitu.
Saya nak fokus kepada pelajaran dan aktiviti di sini.
Baguslah kalau begitu.
Minggu depan ada perjumpaan mentor dan menti.
Kita jumpa di sana nanti.
Saya nak buka surat ini.
Tine, saya tertarik kepada awak sejak majlis pengenalan itu.
Ada sesuatu yang saya nak beritahu awak.
Jumpa saya di padang bola.
Apa yang awak nak beritahu saya?
Saya tiada banyak masa.
Awak bercakap dengan sayakah?
Ya. Awak yang tulis surat ini, bukan?
Awak dah gilakah?
Awak ingat awak Tom Cruise?
Perasan betul.
Saya yang tulis.
Nama saya Green.
Saya pelajar kemanusiaan tahun pertama.
Ambillah.
Terima kasih.
Tine Teepakorn, pelajar undang-undang tahun pertama.
Saya sukakan awak.
Apa?
Akhirnya,
awak dah jumpa teman sejiwa awak.
Sudah-sudahlah ejek saya, Fong.
Awak homofobia?
Awak dah gilakah?
Saya ada ramai kawan gay ketika sekolah tinggi,
tapi takkan awak tak faham? Saya tak nak bersama mereka.
Beritahulah dia.
Saya dah beritahu pun.
Saya cakap yang saya sukakan perempuan.
Tapi tengoklah.
Dia kata dia sanggup buat apa saja untuk ubah fikiran saya.
Tak guna betul.
Dia betul-betul nekad.
- Siapa sokong Green? - Saya.
Tak guna punya Phuak.
Awak tak nampakkah saya tertekan?
Aduhai.
Bertenanglah, kawan.
Kalau awak tak layan dia,
lama-kelamaan, dia akan putus asa. Percayalah.
- Betul. - Yakah?
Sedap betul snek ini.
- Betul. - Sedaplah.
BANGUNAN PELBAGAI GUNA ASRAMA PELAJAR
Tine!
Saya dah sampai.
Naiklah.
Marilah. Mari kita pergi.
Marilah. Saya dah sedia.
Tine!
Tine, tunggu saya!
Cuba teka siapa yang saya jumpa pagi tadi?
- Siapa? - Siapa?
Green?
Ya. Dia datang untuk jemput saya di asrama.
Nasib baiklah dapat lari.
Macam mana awak tahu itu dia?
Tengok itu. Dia sedang menuju ke sini.
Tine.
Saya belikan awak soda Blue Hawaii, kegemaran awak.
Ambillah.
Minumlah.
"Saya mungkin tak indah di mata,
tapi indah dirasa."
Apa?
Terima kasih.
"Saya cintakan awak, Tine."
Awak nak apa-apa lagi, Tine?
Awak boleh ambil hati saya.
Tak guna betullah.
Alang-alang, buanglah air besar untuk saya sekali.
- Saya dah cakap dia memang nekad. - Sial.
Apa yang awak beritahu saya?
Awa kata dia akan mengalah kalau saya tak layan.
Sekarang apa pula?
Kamu mesti tolong saya cari jalan
untuk buang dia daripada hidup saya.
Saya ada idea.
Kalau tak boleh buang dia dengan cara baik,
- awak kenalah buat dengan cara kasar. - Betul.
- Cara kasar. - Cara kasar?
Ya.
Cara kasar itu…
macam main bola sepakkah?
Awak boleh sepak bola ke kepalanya.
Dia ini. Cubalah serius sikit.
Saya rasa besbol lagi bagus.
- Boleh pukul dengan kayu besbol. - Betul juga.
Nanti dia takut pula.
Betul.
Bagaimana dengan bola keranjang?
Itu pun boleh juga.
Tine.
Saya gembira awak ajak saya keluar berjalan-jalan,
tapi tempat ini…
Kenapa?
Tempat ini cantik.
Suasananya juga menarik.
Tiada apa yang cantik tentangnya.
Mari kita ke tempat lain, Tine.
Mari.
Kita tunggu sekejap. Tempat ini cantik.
Tengok itu, Green.
Apa?
Cantiknya.
Cantik tak?
Awak dengar orang bercakap?
Hei!
Budak tak guna. Buat apa di sini malam-malam buta?
Tengok orang bercinta
buat saya betul-betul benganglah.
Kalau tak nak ada yang patah tulang,
lebih baik kamu berpisah
dan berhentilah buat benda jijik ini.
Green, kita ikut saja cakap mereka
supaya tiada yang cedera.
Cuma berpisah saja.
- Betul. - Ya.
Tine, tunggu saya di sini.
Saya akan uruskan mereka.
Tak guna. Tunjuk berani pula.
Tunjuk berani…
Tunggu. Berhenti.
- Marilah. - Gilalah!
Awak Green atau John Wick?
- Dahsyat betul. - Sebenarnya,
saya pernah bertinju sikit.
- Tapi… - Ini bukan sikit.
No comments yet. Be the first to leave one.