The first 200 lines.
PERISIKAN
MANUSIA
HUMINT
PENGUMPULAN RISIKAN MELALUI SUMBER MANUSIA
MAHADOR, ASIA TENGGARA
Soo Rin, ini saya.
Pakai baju awak.
Bacaan vitalnya stabil.
Terima kasih sebab bertahan.
Apa ini?
Hadiah biasa saja.
Wah, ini kali pertama saya terima hadiah ketika bekerja.
Tapiโฆ
Terima kasih.
Saya betul-betul
boleh bebas hari ini?
Dua jam selepas saya keluar,
pasukan bantuan akan datang untuk ambil awak.
Sebelum awak bebas, kami perlu dapatkan testimoni awak
buat kali terakhir.
Awak boleh buat, bukan?
Pada asalnya,
saya dihantar ke Rusia sebagai penjana mata wang asing.
Penjana mata wang asing
mesti tinggalkan keluarga di tanah air.
Jadi, saya tinggalkan anak dan suami
untuk bekerja di Vladivostok
dan menerima latihan.
Pada satu hari,
semasa saya bekerja di sebuah restoran,
Keselamatan Negara buat serbuan
dan saya diarahkan untuk dihantar pulang.
Mereka kata
saya akan menaiki kapal yang akan berlayar ke Pelabuhan Rajin.
Tapi tiba-tibaโฆ
Beberapa orang Rusia
bawa saya pergi.
Bangsat Rusia itu layan saya macam alat mainan mereka
dan mereka juga rakam video.
Mereka juga
suntik sesuatu seperti bingdu ke dalam badan saya.
" Bingdu " disebut, tuan.
Minta dia sahkan itu dadah.
Kita perlu sahkan agar operasi pembebasannya boleh diluluskan.
Apa sebenarnya bingdu ?
Di negara kami,
kami gelar dadah syabu sebagai bingdu .
Jadiโฆ
Saya cuba bertahan, berurusan dengan lelaki
yang saya tak ingat muka mereka.
Tanpa disedari,
saya telah dibawa ke China.
Hei, kita perlukan lebih maklumat tentang dadah itu.
Bila dos pertamanya, dan siapa yang berikan?
Kita dapat maklumat laluan pemerdagangan manusia.
Itu tak penting.
Minta dia cakap tentang dadah.
Tuan! Saya akan buat apa saja!
- Keluarkan saya! - Apa ini? Halang dia!
Tolong keluarkan sayaโฆ Tidak!
Boleh hantar bantuan dulu?
Awak keluar dulu. Kita dah dapat semua maklumat.
Apa? Kita akan keluarkan dia hari ini.
Operasi ini tak dapat kebenaran, jadi bajet belum diluluskan.
Sebaik saja kita dapat dana dengan maklumat ini, kita akanโฆ
Keluar saja dari sana dulu!
Ini sajaโฆ
Yang terbaik kita mampu buat?
Dengar baik-baik.
Ada sedikit gangguan dalam komunikasi,
- tapi saya akan betulkanโฆ - Tolonglah!
Tolong jangan tinggalkan saya!
Saya nak pulang ke pangkuan keluarga saya!
Okey.
Awak akan dedahkan pasukan. Keluar sekarang!
Saya akan bayar lebih.
Jangan bertindak.
Keluar.
Anak gampang!
Hei, bangsat Korea Selatan!
Kau dah dapat apa kau nak dan kau tinggalkan aku?
Tunaikan janji kau!
Tolong jangan tinggalkan aku!
Tolonglah!
Jangan tinggalkan akuโฆ
Tolonglah!
Tolonglah!
Hentikan!
Saya minta maaf!
Saya minta maaf. Janganlah!
Saya kata jangan bertindak! Keluar sekarang!
Soo Rin, bertahan.
Pengurus Zo.
Awak tak keluarkan pistol, bukan?
Kalau tembakan dilepaskan, tiada patah balik.
PERKHIDMATAN PERISIKAN NEGARA RUMAH SELAMAT, MAHADOR
Periksa anak mata.
Tiada tindak balas.
Soo Rin.
Soo Rin, sedarlah.
Sambungkan dia pada monitor.
Tepuan oksigen rendah.
Berikan oksigen.
Kenapa? Tak jumpa salur darah?
Salur darahnya dah rosak. Saya periksa kakinya.
Kenapa? Apa yang berlaku?
Dia alami fibrilasi ventrikel. Ambil defibrilator.
Mulakan CPR.
Cas pada 150 joule.
Buat kejutan sekarang. Ke tepi!
Sedia.
Cas pada 200 joule.
Buat kejutan sekarang. Ke tepi!
Sedia.
Sekali lagi. Berundur!
Tiada denyutan.
Apa maksud awak? Tidak, sekejap.
Apa lagi kita boleh buat? Pihak atasan tak nak luluskan.
Dia takkan bertahan lama, walaupun kita berjaya keluarkan dia.
Kalau kita tunaikan janji,
Kim Soo Rin takkan mati.
Dia percayakan kita.
Kepercayaan tak wujud dalam bidang ini.
Kita cuma gunakan satu sama lain untuk hidup.
Itu sebahagian tugas.
Biasakan diri.
Kita boleh anggap kematian sebagai perkara biasa?
Tiada sesiapa yang terus terbiasa.
Kita menyesuaikan diri.
PERKHIDMATAN PERISIKAN NEGARA REPUBLIK KOREA
Pengurus Zo, ini kali pertama pemberi maklumat awak mati?
Ya, kali pertama, tapi dia hadapinya dengan baik.
Pasti awak terkejut.
Tapi atas usaha Cik Kim Soo Rin,
kita dapat gambaran yang jelas.
Kita boleh kaitkan kes ini secara langsung dengan rangkaian pengedaran dadah
di kawasan pusat akademi Daechi-dong.
"Korea Utara mengedarkan dadah kepada golongan remaja kita,
cuba merosakkan generasi masa depan Republik Korea."
Ada beberapa testimoni
berkaitan dadah daripada pembelot Korea Utara.
Kesan dadah juga ditemukan pada tubuh Kim Soo Rinโฆ
Operasi HUMINT ini menunjukkan
jenayah pemerdagangan manusia antarabangsa menyasarkan wanita Korea Utara.
Hei, Pengurus Zo.
Tak apa. Teruskan.
Mereka diberi dadah dan didagangkan
dari Rusia dan China ke Eropah, Asia Tenggara dan Afrika Selatan.
Ramai wanita yang didagangkan dihantar dari Vladivostok.
Testimoni menunjukkan Keselamatan Negara Korea Utara terlibat,
jadi kami syak penglibatan konsulat.
Ini maklumat terkini
daripada pasukan Rusia berkenaan mafia Vladivostok.
CARTA ORGANISASI MAFIA VLADIVOSTOK
Wah.
Ini kes yang bagus.
Dengan hubungan Korea Utara dan Rusia yang kini semakin rapat,
AS dan China pun berasa gelisah.
Bayangkan kita dapat mengawal situasi
jenayah antarabangsa yang berlaku di sempadan mereka.
Ketua Jung, uruskan laporan.
Pengurus Zo, berangkat ke Vladivostok segera.
VLADIVOSTOK, RUSIA
RESTORAN ARIRANG
Selamat datang.
Sila tanggalkan kot.
Kali pertama datang?
Selamat datang.
Di sini!
Helo.
Awak sampai awal.
Tidak, baru saja.
Awak tak penat?
Saya okey.
Mereka nampak macam orang berada, jadi layan mereka dengan baik.
Selamat datang.
Ini kali pertama kami datang.
Apa yang bagus?
Encik dari Selatan?
Awak enggan melayan orang Korea Selatan?
Negara kita berpecah dah cukup menyedihkan.
Takkan sajikan makanan perlu ada batasan?
Mari sini.
Kawan saya ini memiliki perniagaan farmaseutikal besar.
Kalau saya layan dia dengan baik malam ini,
saya boleh dapat untung besar.
CHAE SEON HWA
Cik Chae Seon Hwa?
Baiklah.
Hari ini, saya serahkan kepada awak dan ikut semua saranan awak.
Saya akan berikan layanan terbaik supaya perniagaan encik berkembang.
LIMA BULAN KEMUDIAN
SUNGAI TUMEN WILAYAH FANGCHUAN, SEMPADAN KOREA UTARA-CHINA-RUSIA
Kalau kamu tak berwaspada, kamu akan jadi begitu juga.
Tapi ini wilayah Rusia, bukan China.
Polis Keselamatan Awam China sangat tegas kebelakangan ini.
Lebih selamat untuk seseorang dari Rusia bawa kamu masuk ke China.
Jangan buat masalah. Bertahan!
Bos! Bingdu .
Ini baharu. Yang terbaik.
No comments yet. Be the first to leave one.