Season 1

Release info

[๐‚๐จ๐Ÿ๐Ÿ๐ž๐ž๐๐ซ๐ข๐ฌ๐จ๐ง] ๐’๐Ž๐”๐๐ƒ๐’ ๐Ž๐… ๐–๐ˆ๐๐“๐„๐‘ ๐’๐ŸŽ๐Ÿ๐„๐ŸŽ๐Ÿ ๐๐… ๐–๐„๐
A Commentary by Coffee_Prison
โ„๐”ผ๐•‹๐”ธ๐•€๐•ƒ โ„•๐”ผ๐•‹๐”ฝ๐•ƒ๐•€๐• >> ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ป *๐Ÿฑ๐Ÿฌ:๐Ÿญ๐Ÿณ

Tags

webdl
Published on: 2026-01-23
Downloads: 6
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

KEDAI DOBI OGAWA

THEE MICHELLE GUN ELEPHANT BLUE NYLON SHIRTS

JANUARI 2025

Boleh saya bantu?

Bunyi bisingโ€ฆ

- Bunyi bising? - Kebocoran bunyi dari fon telinga awak.

- Maaf. - Tak apa.

Awak suka Michelle?

- Ya. - Saya suka mereka juga.

- Ya? - Ya.

Saya juga ada koleksi puisi oleh Chiba. Mungkin ia bukan puisiโ€ฆ

Sebuah buku dengan lirik lagu.

Ada, ya?

- Tentu awak peminat tegar. - Ya.

- Ya? - Maaf kerana asyik ganggu awak.

- Masih kedengaran lagi? - Tak, bukan itu.

Saya perasan sesuatu selepas muzik awak tak kedengaran lagi.

Ya?

Kedai dobi layan diri ada bunyi latar belakang yang besar,

jika awak perlahankan, bunyi lain akan masuk.

Contohnya bunyi mesin pengering dan mesin basuh.

Jadi walaupun

saya kata ada kebocoran bunyi dari fon telinga awak,

saya sedar itu memang perkara biasa.

Maaf.

- Sayaโ€ฆ - Ya?

Beritahu saya kalau saya salah,

tapi rasanya sangkaan saya betul.

Boleh saya mainkan tanpa fon telinga?

- Silakan. - Bagus. Betul sangkaan saya.

Maaf, saya tak maksudkan untuk awak buat begitu.

Apa? Jadi sangkaan saya tak betul rupanya.

Saya nak cakap tak apa untuk bunyinya kembali ke tahap

- boleh kedengaran dari luar. - Saya faham.

Jadi yang mana? Kebocoran audio atau dipasang kuat-kuat?

Maknanya awak nak pasang kuat-kuat di pembesar suara?

Awak agak keterlaluan dan lucu, awak tahu?

Alang-alang saya nak mainkan, lebih baik saya mainkan dengan kuat.

Ya, bunyi latar belakang pun sungguh besar.

Tunggu, sekarang dah tengah malam.

Sebenarnya, ada sesuatu yang sudah lama mengganggu saya.

Bunyi diukur sebagai "kuat" dan "perlahan."

Ia tak diukur sebagai "besar" dan "kecil," tapi "kuat" dan "perlahan."

Betul. Saya asyik cakap besar dan kecil.

Ia kuat dan perlahan, ya?

Awak bekerja dalam industri muzik atau sebagainya?

Tidak. Saya seorang pereka fesyen rambut.

- Seorang pereka fesyen rambut? - Ya.

Mesin basuh di kedai rosak.

Jadi saya ke sini untuk membasuh setimbun tuala.

Begitu.

Jadi awak akan ke kedai untuk menyidaikannya?

Ya.

Saya guna mesin pengering, jadi saya hanya menggantungnya agar tak berkedut.

- Teruk juga sebab ada banyak tuala. - Ya.

Tapi saya dah biasa.

Begitu.

Ini rutin harian?

Ya, ini rutin harian.

Saya akan mainkan sekarang.

Tapi kenapa?

Kenapa?

Sebab saya ingin tahu.

- Ini dia. - Terima kasih.

Di sini.

- Masuklah. - Terima kasih.

- Buat seperti rumah sendiri. - Terima kasih.

Awak nak minum?

Tak apa, terima kasih.

- Saya ada alkohol juga. - Ya?

Kenapa awak terkejut?

- Awak suka minum? - Ya.

- Bir boleh? - Ya, boleh.

- Ini dia. - Terima kasih.

Seronok melihat?

Ia menyeronokkan

sebab ia pemandangan yang biasanya saya tak dapat lihat.

Pemandangan, ya?

Ini biasa bagi saya

jadi saya tak menganggapnya sebagai "pemandangan."

Begitu.

Kepada sesetengah orang, ini adalah "pemandangan," ya?

Awak tahu,

manusia boleh hidup paling lama, 100 tahun saja.

Itu bermakna

ada banyak lagi pemandangan kita takkan dapat lihat

dan orang kita takkan dapat jumpa, bukan?

Kemudian kita mati.

Benar.

Namun sebenarnya,

awak tak perlu pergi mana-mana istimewa

untuk mengalami perkara luar biasa di depan kita.

Ia hanya sama ada awak perasan atau tidak.

Itu sebabnya saya rasa saya mengalami saat istimewa sekarang.

Yaโ€ฆ

Ya?

Jadiโ€ฆ

Ini tak membosankan?

Awak menjalani hidup dengan sentiasa memikirkan hal seperti itu?

Saya bukannya sentiasa fikirkan benda-benda itu,

tapi mungkin saya lebih memikirkannya daripada kebanyakan orang.

Awak selalu ke kedai dobi layan diri?

Tak ada mesin basuh di rumah?

Saya ada satu di rumah.

- Tentulah. - Ya.

Itu soalan bodoh.

Mesin basuh rosak?

Tidak. Kadang-kadang saya saja nak pergi sana.

Ia seperti

pergi ke tempat mandi awam walaupun ada kolam mandi di rumah.

Saya suka suasana seperti itu.

Begitu.

Rasa sunyiโ€ฆ

Awak tak akan jumpa orang biasa di sana.

Apa maksud awak?

Ramai orang ada

mesin basuh di rumah, bukan?

Ya, agaknya.

Jadi ramai orang rasa tak perlu pergi ke kedai dobi layan diri.

Saya suka tempat-tempat seperti itu.

Begitu.

Awak ada tempat seperti itu?

Saya rasa tidak.

Tidak, ya?

Betul juga. Awak di sana sebab mesin basuh awak rosak.

Siapa nama awak?

Saya Yukio.

Yukio Saeki.

En. Saeki, awak salah seorang yang tidak perlukan kedai dobi layan diri.

Agaknya begitu.

Namun saya perlukannya hari ini.

Oh, awak perlukan bantuan?

Saya sudah hampir siap.

Awak nak minum?

Boleh?

- Nah. - Terima kasih.

Sila duduk.

Saya asyik mengikut awak?

Ya, awak memang asyik mengikut saya.

Jadi awak seseorang yang terlalu baik.

Jadi ini salah saya?

Ada kemungkinan saya mungkin bunuh awak, awak tahu.

Wah, awak menakutkan saya. Boleh awak pergi sekarang?

Awak boleh keringkan pakaian awak di balkoni.

Lebih baik jangan sidai pakaian dalam awak.

Tapi pakaian awak mungkin kedut.

Terima kasih.

Ini bermakna

awak akan bermalam?

Tidak, saya akan pulang.

Habis kenapa awak mengeringkan pakaian?

Saya akan datang esok untuk mengambilnya.

Awak akan kembali esok?

- Awak nampak marah. - Lebih daripada marah, saya takut.

Takut? Kenapa?

Awak begitu rapat dengan saya dalam masa yang singkat.

Hei, awak suka saya?

Awak sudah ada perasaan terhadap saya?

- Kenapa pula? - Saya minta maaf.

Saya betul-betul minta maaf. Jujurnya saya tak pernah alami sesuatu seperti ini.

Itu boleh difahami.

Saya pun tak pernah.

Awak boleh letak di atas meja.

Terima kasih.

Boleh saya tanya awak sesuatu?

Tanya apa?

Boleh saya tanya beberapa soalan?

Sebab saya tak tahu apa-apa tentang awak.

Apa awak akan buat dengan maklumat tentang saya?

Sebaik saja saya mengenali awak dengan lebih lagi? Saya takkan buat apa-apaโ€ฆ

Tapi itu akan memberi saya ketenteraman.

Apa akan awak buat sebaik saja awak rasa tenteram?

Apa awak saya buat bila rasa tenteram?

Saya akan fikir tentang itu bila saya sudah tenteram.

Soalan-soalan apa akan beri awak ketenteraman?

Seperti, "Awak ada teman lelaki?"

Begitulah.

Tapi pertama sekali, nama awakโ€ฆ

Betul. Saya tak tahu apa nama awak.

Kalau awak tahu saya tak ada teman lelaki dan nama saya,

awak akan rasa tenteram?

Ya, lebih daripada sekarang.

Apa awak akan lakukan? Sebaik saja awak rasa tenteram, awak nak cium?

Saya tak tahu. Tapi rasanya tidak.

Kenapa? Sebab awak tak tahu apa-apa tentang saya?

Itu juga,

tapi kita berjumpa untuk kali pertama hari ini dan kita tak bercinta pun.

Sebaik saja awak tenteram dan ini bukan kali pertama kita berjumpa,

kita mula bercinta, awak akan cium saya?

Mungkin.

Awak betul-betul menakutkan.

Baiklah, saya pergi sekarang.

Apa maksud awak?

Apa yang sedang berlaku?

Hei.

Ya?

Helo.

Terima kasih kerana benarkan saya masuk.

Nama saya Ayana Tsuchida. Saya tak ada teman lelaki.

- Cik Ayana Tsuchida. - Ya.

Sounds of Winter subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left