The first 200 lines.
Keyakinan, karisma, daya tarikan.
Saya mampu tawarkan semuanya jika anda undi saya jadi ketua pelajar.
- Apa yang saya boleh jayakan? - Charlie?
- Ketua pelajar tahun lepas berjanji… - Awak okey?
Tak, tapi dah lambat nak tarik diri.
Ucapan awak bagus.
Budak ragbi tetap undi awak walaupun awak teruk.
Semua orang akan gelakkan saya.
Awak bijak. Awak kuat.
Awak dah harungi yang lebih sukar daripada berucap.
Seterusnya,
Charlie Spring.
Pergilah.
Hai, semua. Nama saya Charlie.
Mungkin ramai yang kenal saya sebab saya antara pelajar yang mengaku gay.
Dulu saya takut kalau orang tahu saya gay
sebab saya ingat budak lain akan buli saya.
Saya memang dibuli.
Mereka panggil saya dengan nama kesat, tolak saya, buat saya takut ke sekolah
dan buat saya rasa saya yang bermasalah.
Tapi saya tak salah.
- Dia bagus. - Ya.
Masalahnya ialah budaya buli di sekolah ini.
Lelaki bergelut dengan kesihatan mental kerana suka pendam perasaan.
Lelaki anggap semuanya gurauan dan berpura-pura okey.
Kononnya tak kisah diejek, diketawakan,
ditendang, ditumbuk, padahal semua itu menakutkan
dan macam sial.
Saya nak jadi ketua pelajar untuk hapuskan budaya buli di Truham.
Saya nak basmi homofobia yang buat saya merana.
Saya nak semua pelajar rasa selamat, tak kira siapa pun anda.
Jika itulah harapan anda, saya harap anda undi saya.
Charlie!
Syabas!
Charlie!
SOKONG MARCUS PRESCOTT UNDI HARRY GREENE
CHARLIE SPRING SEBAGAI KETUA PELAJAR "BIJAK DAN BAIK" - KAWAN-KAWANNYA
- Undi Charlie. - Gunakan suara anda.
- Undi Charlie Spring untuk banteras buli. - Undi Charlie Spring.
Undi ketua pelajar.
Baiklah.
- Nah. - Boleh angkat sebelah sana?
UNDI CHARLIE
KERTAS UNDI KETUA PELAJAR CHARLIE SPRING
Baiklah, saat yang dinanti-nantikan.
Ketua pelajar tahun ini
dengan 61% undian,
Charlie Spring.
Berjaya!
Syabas, Charlie.
Kawan-kawan, dipersilakan ketua pelajar Truham Grammar!
- Okey. - Hei. Hai.
- Hai. - Charlie!
- Hei. - Hei.
- Kenapa dia makin kacak? -Awak macam kena ubat guna-guna.
Saya bangga dengannya.
Tumpang lalu.
Saya nak suruh kira undi semula.
Dia tak bangkitkan isu penting. Dia tak cakap tentang kantin.
- Sabar. - Biarlah.
Saya rasa saya mungkin suka…
- Tapi kalau saya biseksual? - Tak apa.
Dah jumpa.
Sahar kata dia tak datang. Dia dapat idea buat lagu baru.
Dia nak cuti tahun depan untuk fokus pada muzik.
Saya rasa nak ambil cuti jugalah.
Ya? Tak pergi universiti?
Biarlah dulu.
Hei.
Mari menari.
Awak okey?
Peliklah tahun depan tanpa awak.
Ya, saya tahu.
Macam mana kamu kenal?
Dulu kami daripada tiga geng berbeza,
tapi selepas pergi ke Paris, kami jadi kawan baik.
Cantiknya. Nak masuk sini? Wah, menariknya.
Saya nak hias rumah begini.
Awak tak kena ejek?
Kadang-kadang. Tapi saya tak kisah pun.
Baguslah awak tak peduli orang rasa awak pelik.
Baguslah.
Awak lari macam siput!
Macam siput?
Lari!
Laju lagi!
Saya larilah!
Kamu buat apa?
Kamu comellah.
Anjing awak cakar pintu.
MUSIM LURUH
Nah.
Mari sini.
Awak boleh ajar budak dua tahun main ragbi,
saya jadi ahli sejarah terkenal, rumah kita menghadap sungai.
Harapnya buku awak laris
sebab gaji jurulatih kanak-kanak bukannya besar.
Kita pergi ke kelab gay, balik rumah,
tidur bersama dan pagi esoknya, awak buatkan pankek.
Rancangan awak menarik.
Saya nak letak Universiti Leeds sebagai pilihan utama.
Bandarnya menarik.
Pasukan ragbi mereka bagus.
Saya boleh bayangkan saya belajar di sana.
Awak takut nak beritahu?
Memanglah. Leeds jauh.
Lima jam perjalanan.
Saya boleh belajar memandu atau naik kereta api.
Kecilnya kita dulu.
Memang pun.
Awak tahu saya tak suka ragbi, bukan?
Saya tahu awak tak minat sangat tapi…
Nick, saya sertai pasukan ragbi sebab saya suka awak.
Rindu saya tak nanti?
Rindulah sikit.
- Betulkah awak nak berhenti, Charlie? - Ya. Maaf.
KENYATAAN PERIBADI PRASISWAZAH NICHOLAS NELSON
SAYA
SAYA KAPTEN RAGBI.
SAYA PELAJAR YANG BAIK.
SAYA TAK TAHU APA YANG SAYA BUAT DENGAN HIDUP SAYA.
SAYA TEMAN LELAKI YANG BAIK.
KAFE RAINY DAY
Latte untuk Patrick?
Terima kasih.
HAI, KERJA OKEY?
David ada di rumah.
Kenapa David ada?
Dia putus dengan Jess, jadi dia balik sini.
Untunglah Jess, tapi saya benci David balik.
Tak apalah.
Tapi awak jadi cemas.
Kenapalah dia tak berambus dari hidup awak?
Entahlah…
Hubungan kami rumit.
Saya bukan nak seks.
Saya boleh tolong buat esei.
Kita boleh jalan-jalan, duduk di tepi sungai.
- Atau berbual. - Tak.
Tak, saya cuma nak…
Tak sesuai kalau David ada di rumah.
Kita buat diam-diam.
Saya gembira awak datang.
Awak nak…
- Saya boleh… - Biar saya buat.
Tunggu. Dah kunci pintu?
Alamak.
Maaflah.
Tak apa.
Suatu hari nanti, kita akan ada rumah sendiri.
Tengok saya.
Ada tak?
Tak.
Ya, saya okey. Saya ada di…
Ya.
Betul, saya tak kisah.
Biar saya pandu. Takkanlah nak suruh awak?
Saya terima anugerah pemain terbaik di kem ragbi semasa saya berumur 12 tahun
dan meraih trofi semangat kesukanan pada usia 14 tahun.
Saya bukan hanya kapten pasukan ragbi,
saya juga sangat kacak dan mempunyai…
Hei.
Okey, tapi biarlah saya puji betapa baik, berani dan bijaknya awak.
Mungkin awak patut cari kerja sambilan atau kerja sukarela.
Ya, mungkin juga.
Ragbi bukannya tak bagus,
tapi awak perlukan aktiviti luar sekolah.
Nanti barulah awak sedar betapa hebatnya awak.
PAPAN KOMUNITI PELAJAR
Hei. Awak okey?
Awak nak cakap dengan saya?
Remaja kuira rasa keseorangan dan takut.
Terutamanya di sekolah satu jantina.
Mereka jadi sasaran pembuli, susah nak cari kawan.
Pelajar kuira mencari sokongan pelajar senior dan guru.
Masalahnya, nanti orang lain pun nak tiru.
Sekolah kita tak pernah ada kelab untuk kumpulan sosial.
Ini boleh jadi kelab pertama.
Saya tak boleh janji sekarang.
Tunggu beberapa bulan sebelum kita bincang semula.
MUSIM SEJUK
Dia ada misai.
Saya ada jurulatih baru di utara.
Saya juga ajar budak meluncur ais. Memang menghiburkan.
Dia berlatih untuk kelayakan Olimpik Musim Sejuk.
Seriuslah?
Ceritanya panjang, tapi pendek kata begitulah.
- Awak balik hujung minggu ini saja? - Ya.
Dah tiga bulan saya tak jumpa Tori.
- Mencabar juga bunyinya. - Tapi kami okey.
Kami masing-masing ada hidup sendiri. Apabila kami bersama, jadilah begini…
Tapi apabila berjauhan, jadilah begini…
Lagipun, telefon wujud.
Awak perlu siapkan sebab saya dah pening.
Pegang hujungnya, biar saya…
Hei.
Kenapa? Apa yang berlaku?
Saya mimpi awak mati.
Apa?
Maaf, saya…
No comments yet. Be the first to leave one.