The first 200 lines.
Saya Pendakwa Raya Lee In Ah.
Tuan pengerusi.
Dialah yang bertugas untuk perbicaraan Tuan Nam Kyu Man.
Pendakwa Raya Tak.
Kenapa Pendakwa Raya Lee In Ah boleh ada di sini?
Bukankah awak mahu tukar pendakwa raya untuk sesi ketiga?
Sayalah pendakwa raya yang bertugas untuk perbicaraan kes Nam Kyu Man.
Saya akan lakukan tugas saya dengan baik.
Pendakwa Raya Tak.
Apa sebenarnya yang berlaku ini?
Tugas Pendakwa Raya Tak bersama Kumpulan Il Ho sampai di sini saja.
Saya memang tak sabar nak keluar dari sini.
Baru sekarang hati saya lega.
Pendakwa Raya Tak.
Berani awak buat begini pada kami?
Tak guna!
Seo Jin Woo!
Awak ada di sini.
Awak dah tengok...
...video yang saya hantar itu?
Ya, dah tengok. Siaplah awak.
Bila tengok awak marah begini...
...awak dah tengoklah itu.
Ya, saya dah tengoklah!
Awak ingat ini akan mengubah apa-apakah?
Saya tak salah apa-apa. Apa awak nak buat sekarang?
Orang ramai yang tengok video itu akan jawab semua persoalan awak.
Awak lihat sajalah...
...dan terima hukuman mengikut undang-undang.
Awak...
...masih belum tengok macam mana saya gunakan undang-undang?
Taklah, saya dah tengok semuanya.
Tapi paling penting sekali...
...bukan awak yang berada di atas undang-undang...
...tapi kebenaran.
Awak bolehkah ingat perkara sebenar? Awak itu sakitlah.
Awak ingat nama awak sendiri sudah cukup baik.
Walaupun saya lupa siapa diri saya...
...saya tak akan lupa apa yang berlaku...
...pada ayah saya selama ini.
Jumpa di mahkamah nanti, Nam Kyu Man.
Tak akan!
Saya tak akan ke mahkamah, budak tak guna!
Tak guna!
Tak guna betullah!
Jadi...
...maknanya saya dah jatuh...
...dalam perangkap awak?
Tak sangka awak ini seorang yang menarik.
Ramai orang cakap begitu.
Saya bukanlah pendakwa raya yang bagus pada nama saja.
Awak ingat saya akan jatuh dengan perangkap begini?
Apa sebenarnya yang awak mahu?
Kebenaran yang selama ini awak sembunyikan dengan wang...
...kami akan dedahkan dan itulah matlamat kami.
Saya pun nak tahu...
...apa wajah sebenar kami.
Awak akan lihat...
...tak lama lagi di mahkamah.
Permainan awak semua...
...sudah berakhir.
Awak patut beritahu saya lebih awal.
Kecil hati saya.
Maaflah.
Saya rasa macam nak tumbuk muka awak...
...tapi saya bersabar saja.
Saya perlu buat awak fikir begitu...
...supaya Nam Il Ho tak mengesyaki saya.
Yalah.
Awak tak tahu...
...betapa loyanya tekak saya ini semata-mata nak ambil hati dia.
Mestilah saya tahu.
Betul juga.
Minumlah.
Minum!
Apa perasaan awak lepas pakai baju pendakwa raya semula?
Saya Lee In Ah.
Saya cadangkan dia kerana dia memang layak.
Dialah junior saya yang sangat bersungguh-sungguh dalam kerjanya.
Pendakwa Raya Tak...
...berjaya masuk ke Kumpulan Il Ho disebabkan oleh awak, bukan?
Saya banyak menyusahkan dia kerana saya kurang berpengalaman...
...dan selalu berfikir terlalu banyak.
Saya rasa masalah besar kalau pendakwa raya asyik...
...bergantung kepada ketua mereka saja.
Saya harap...
...lepas ini saya dapat melihat potensi sebenar awak.
Saya akan lakukan yang terbaik.
Entahlah. Masih belum tahu.
Kenapa nak risau pula? Pesuruhjaya pendakwa sokong awaklah.
Saya tak nak susahkan jabatan pendakwa raya lagi.
Saya juga tak nak mendakwa orang yang tak sepatutnya.
Bukan jabatan yang menjadi masalah...
...tapi orang-orangnya.
Awak patut lihat muka Hong Moo Seok bila dia terkejut tengok saya.
Kenapa?
Mari sini.
Awak akan buat lebih baik daripada orang lain.
Saya tak sabar nak tengok.
- Tengok apa? - Nak tengok macam mana...
...awak bekerja dengan semangat dan sikap menyibuk awak itu.
Sekarang awak patut kembangkan sayap dan lakukan apa yang awak percaya.
Tuan pengerusi.
Perkara ini lebih besar dari yang kita jangkakan.
Ini baru pertama kalikah kita hadapi kes begini?
Tukarkan Pendakwa Raya Lee In Ah dan juga hakim yang lain.
Video Pengarah Nam Kyu Man sudah tersebar...
...dan semua orang cuba menyelamatkan diri sendiri.
Jadi maksud awak, awak tak ada cara lain lagi?
Ya, tuan pengerusi.
Perbicaraan perlu diteruskan...
...dengan pendakwa raya dan peguam yang ditetapkan.
Itu saja awak boleh buat?
Tuan pengerusi...
...pandangan orang ramai tak berapa baik sekarang.
Kita perlu cari jalan untuk alihkan perhatian mereka.
Apa kata kalau tuan alihkan perhatian orang ramai dahulu...
...sebelum ambil langkah yang lain?
Jadi awak mahu saya terlibat secara langsung?
Sekurang-kurangnya kita akan dapat undi simpati...
...jika seorang ayah terlibat dalam situasi begini.
Kalaulah...
...dia ada kesedaran diri, mesti dia akan letak jawatan.
Tak akan seorang pembunuh mahu jadi pengerusi pula?
Kita masih belum tahu. Mungkin video itu direka.
Awak masih tak tahukah?
Mesti Nam Kyu Man bunuh dia.
Semua orang tahu dia itu memang jahat.
Tahniah.
Hebat.
Betul jawapan awak.
Memang saya yang bunuh dia.
Pengerusi...
Awak nak lari ke mana?
Lif dah sampai, marilah naik bersama.
Mari.
- Aduh. - Saya...
Maafkan saya, tuan.
Saya bersalah.
Kenapa?
Awak tak puas hati dengan saya, bukan?
Kita bincang dalam bilik sayalah.
Tak perlu...
Tak ada apa-apa yang saya tak puas hati.
Tak ada?
Tapi nak buat macam mana?
Tiba-tiba saya tak puas hati dengan awak.
Saya...
Maafkan saya.
Tolonglah lepaskan saya. Kali ini saja.
Hei.
Hei.
Lihat sini.
Saya ini pembunuh, bukan?
Jadi tak kisahlah kalau saya bunuh seorang lagi?
Apa kata...
...saya pukul awak hari ini?
Pembunuh?
Awak kata saya pembunuh?
Biar saya jadi pembunuh.
Budak tak guna!
Maafkan saya.
Apa? Pembunuh? Matilah!
Siapa kata saya pembunuh?
Manalah saya tahu orang boleh mati semudah itu?
Video pengakuan sudah tersebar ke seluruh dunia...
...dan tak lama lagi, perbicaraan semula akan diadakan.
Mesti mereka sedang kelam-kabut sekarang.
Walaupun pihak lawan ialah Nam Il Ho dan Nam Kyu Man...
...bukan mudah untuk mereka mengubah situasi sekarang.
Buat masa ini kita berjaya bawa Nam Kyu Man ke mahkamah.
Sekarang kita hanya perlukan saksi untuk beri keterangan.
Bukankah Penyiasat Kwak sudah cukup untuk menjadi saksi?
Saya perlukan seorang lagi.
Seseorang yang tahu tentang kes ini lebih daripada orang lain.
Orang yang paling rapat dengan Nam Kyu Man...
...ialah Setiausaha An Soo Beom.
Ini bukanlah mustahil kalau kita dapatkan dia melalui Hakim Kang.
Saya dengar awak akan gantikan Pendakwa Raya Chae.
Saya fikir dalam perbicaraan kali ini...
...saya nak dedahkan semua bukti berkaitan jenayah Nam Kyu Man.
Kita perlu tamatkan segalanya.
Jadi...
Awak cakaplah.
Saya nak minta tolong awak untuk bawa An Soo Beom...
...sebagai saksi kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon.
Walaupun bukan mudah...
...saya akan cuba berbincang dengan Soo Beom.
Panggilan anda tidak dapat disambungkan...
Tolong...
Tolong...
Tolong saya.
Tolong saya.
Ada orang di sini.
Tolong...
Kenapa tak mati saja?
Maafkan saya.
Saya tak boleh hentikan video keganasan tuan daripada tersebar...
...tapi saya berjaya pujuk dia supaya tidak saman tuan.
Tuan tidak akan ke mahkamah kerana kes ini.
No comments yet. Be the first to leave one.