Barbarian Invasion

Barbarian Invasion (野蛮人入侵)

Download Malay Subtitle

Release info

Barbarian Invasion 2021 CHINESE WEBRip NF
A Commentary by tedi
Retail NF | 1h 45m Fix common errors

Tags

webrip
web
BRip
Published on: 2023-08-21
Downloads: 9
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sedia?

- Ke kanan. - Kamera sedia!

Ke kanan, seinci ke kanan.

- Okey, dah sedia? - Sedia.

Sedia, mula!

Ibu, nak Hot Wheels!

Ibu, nak Hot Wheels!

Ibu...

Nak Hot Wheels!

Ibu, nak Hot Wheels!

Ibu!

Ibu nak pergi ke tandas, okey?

Sini!

Tolong ibu! Buat apa?

Masuk!

Yu Zhou, tunggu ibu!

Baik-baik, ya? Pegang sini.

Yu Zhou, tunggu!

Tunggu ibu.

Beri kepada kawan saya.

Serabutnya saya.

- Mujurlah awak setuju nak datang. - Bukan senang, tahu tak?

Dulu jumpa dia, dia setinggi ini saja.

Nenek dia baru buat pembedahan lutut.

Juilliard ada penggambaran di Jepun.

Sekejap.

Mari saya perkenalkan, ini Lee Yoon Moon.

- Hai. - Helo.

Ini Yu Zhou, si budak nakal.

Hai.

Ini pembantu saya, Cathy.

Okey, sekejap, ya?

Mari.

Nanti, ibu ambil beg.

Jom, Yu Zhou.

Jadi, apa projek rahsia kali ini?

Awak mesti penat.

Esok kita bincang.

Sewaktu Miyamoto Musashi tua dulu, ada pemain pedang muda cabar dia.

Ibu, cepatlah!

Mereka lawan di puncak bukit waktu petang.

Tapi Musashi muncul betul-betul sebelum matahari terbenam.

Marah pemuda itu.

Musashi membelakangi matahari.

Pada saat genting pertarungan itu,

dia biar cahaya matahari masuk mata pemuda itu.

Kemudian...

Bunuh pemuda itu serta-merta.

Tak adilnya.

Pedang itu segalanya bagi pemuda itu.

Bagi Musashi, segalanya dianggap pedang.

Matahari itu pedang.

Masa itu pedang.

Maksudnya?

Ibu, tangkap!

Maksudnya...

Sewaktu saya muda dulu, filem itu segalanya.

Dah berumur begini,

segalanya filem bagi saya.

Hidup itu sendiri sebuah filem.

Awak nak bikin filem macam Hong Sang-Soo?

Kita buat sesuatu yang seronoklah.

Kita bikin filem aksi.

Tidak...

Bourne Identity versi Asia Tenggara.

Pada permulaan filem ini, di Laut China Selatan...

sekumpulan nelayan selamatkan seorang perempuan yang terluka.

Perempuan itu hilang ingatan.

Dia tak kenal dirinya siapa atau tempat dia berada.

Tapi dia fasih pelbagai bahasa dan pandai bertarung.

- Inilah watak awak. - Apa?

Menarik.

Sekurang-kurangnya, saya tak jadi pelarian Burma atau pengantin Vietnam.

Tapi sekarang jaga anak pun susah, tahu?

Jom tengok tempat berlatih awak.

Bukan tadi nak makan tengah hari?

Kita tengok dulu tempat berlatih awak.

Itu Tuan Guru Loh.

Dia ajar seni bela diri Filipina.

Mereka belajar senjata panjang dulu, kemudian senjata pendek.

Akhir sekali, dengan tangan kosong.

Hei!

Awak siapa? Bagi sini!

Yu Zhou!

- Aduhai! - Maaf.

- Tuan Guru Loh! - Roger!

Maafkan saya.

Pergi simpan.

Sambung berlatih balik, semua.

Yu Zhou okey?

Roger, nak belajar kung fu mengambil masa.

Nak berpengalaman 10 tahun, kena berlatih 10 tahun.

Kalau nak dia jadi pakar kung fu dalam seminggu,

saya tak boleh bantu.

Itu namanya berlakon. Saya tak ajar.

Kalau ajar sebulan, macam mana?

Dia akan belajar sebanyak yang boleh.

Bab berlakon, pandai-pandailah dia nanti.

Boleh saya tengok dia menumbuk?

Ah Hoong, ambilkan satu pad.

Ah Hoong, berikan dia tali skip.

Yu Zhou!

- Bagi ibu. Jangan! - Tuan Guru Loh, macam inilah.

Kita mula esok. Kita bincang dulu tentang latihan.

Kalau begitu, kita mula esok. Dia kena datang setiap pagi pukul 9,00.

Dia akan belajar apa-apa saja saya ajar selama sebulan.

Awak nak saya berlatih di sini selama sebulan?

Bukankah awak kata nak perubahan dan bertukar angin?

Ini mustahil.

Masa saya minta awak belajar bahasa Burma,

tahan nafas dalam air, menari tiang...

Itu pun awak kata mustahil.

Kenapa suka pandang rendah diri sendiri?

Itu dulu.

Hei!

Dia patut dengar cakap awak, bukannya terbalik.

Kenapa awak biar dia kawal hidup awak?

Janganlah!

Saya akan berlakon.

Untuk adegan aksi, saya nak pelakon ganti.

Pelakon ganti?

Cuba fikir tentang publisiti kita.

Pelakon wanita yang menang anugerah,

kembali berlakon dalam filem aksi selepas perceraian mengejutnya.

Selepas tiga bulan berlatih seni bela diri,

beliau sendiri buat adegan aksi

tanpa pelakon ganti.

Nampak? Cuba serang.

Kosongkan belah tepi.

Satu, ke kanan, serang, dua.

Tarik balik. Ya, begitu.

Sekali lagi.

Berhenti. Berdepan dengan dia.

Saya nak awak serang sasaran awak iaitu kepala dia.

Jangan serang kalau tak ada sasaran.

Pastikan ada sasaran semasa menyerang. Faham?

Maaf, Tuan Guru Loh.

Semasa saya hamil dulu, apabila jalan-jalan,

orang akan datang sentuh perut saya.

Perut saya.

Seolah-olah sebaik saja kita jadi ibu, tubuh kita jadi milik orang sekeliling.

Pelik betul.

Saya paling tak suka kalau orang kata,

"Anak awak ini karya terbaik awak."

Rasa macam saya cuma saluran untuk dia muncul di dunia ini.

Tapi budak itu lahir daripada tubuh awak.

Maknanya saya ini cuma pencetak 3D.

Ada seorang genius hasilkan program cuma dengan sedikit pengaturcaraan.

- Yang ini, ya? - Ya.

Okey. Ibu pergi ke gim.

Kamu main dengan kakak, ya? Atau tengok televisyen, okey?

Ingatkan dia minum air. Dia selalu lupa.

Okey, boleh.

Lagi satu, kalau dia lapar, beri dia ini.

Tapi bukan sekarang.

Ini pula...

- Jangan biar dia ambil sendiri. - Okey.

Lagi satu, tingkap ini...

Dia boleh buka. Jangan biar dia panjat dan buka.

Okey.

Awak okey tak?

Okey, ibu keluar, ya.

Satu, dua, tiga.

Bagus, cuba serang lagi cepat.

Nak cuba?

Okey, cuba buat sendiri.

Tuan Pengarah Roger...

saya suka filem awak. Lebih-lebih lagi Bride Factory.

Memang terbaik!

Mana awak tengok?

Dulu saya belajar di Kuala Lumpur.

Kadang-kadang, saya tonton filem di Kelab Seni Filem.

Adegan Ah Noi larikan diri itu sangat menyentuh hati.

Itu dialah.

Ah Noi?

Dalam Ice Factory pun dia juga.

Helo?

Apa?

Okey, kami datang. Moon!

Moon, jom!

Yu Zhou hilang.

Maafkan saya, Moon. Dia lari semasa saya pergi ke tandas.

Maafkan saya!

- Ada nampak budak ini? - Tak nampaklah, kakak.

Moon!

Mari cari di pantai.

Moon!

20, 21, 22, 23...

Yu Zhou.

Mana Watermelon?

Itu Watermelon!

- Buat apa berhenti? - Ibu saya datang.

Nak sambung main tak?

- Awak pula. - Okey.

Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan...

Awak ibu dia?

Ya. Macam mana dia datang ke sini, ya?

Saya tak tahu.

Dua puluh lima, 26, 27...

Awak tarik tangan dia. Selepas itu, awak tangkap kepala dia.

Barbarian Invasion subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left