Remember

Remember (리멤버)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

리멤버 아들의전쟁RememberE01-E20 END 720p-WITH-iPOP
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

720p
720
Published on: 2016-03-06
Downloads: 46
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Pengerusi Nam Kyu Man.

Jin Woo, helikopter Kumpulan Il Ho...

...minta kebenaran untuk berlepas.

Baiklah.

Awak nak pergi bekerja di luar negarakah?

Budak tak guna ini muncul lagi.

Habislah awak hari ini.

Cubalah tangkap saya.

Hei, tak guna!

Saya belum naik lagilah!

Awak kena bawa sayalah!

Mana boleh pergi tanpa saya?

Turunlah!

Hei, tak guna!

Turun semulalah. Turun!

Saya suruh awak turun balik!

Awak mesti sangat sibuk...

...tak kiralah sebagai pendakwa raya atau peguam.

Senjata sebenar yang digunakan...

...dalam kes pembunuhan pelajar Kolej Seochon telah dikemukakan.

Habis itu?

Ada cap jari awak pada pembuka wain itu.

Benda ini rupanya.

Bukankah kes ini sudah berakhir?

Kenapa asyik ganggu saya ini? Bukannya awak tak ada kerja lain.

Nam Kyu Man.

Awak cuba nak main-mainkan Pendakwa Raya Koreakah?

Tak kisahlah pendakwa raya atau apa pun...

...saya tak akan kata apa-apa tanpa Peguam Hong.

Nam Kyu Man sudah ditangkap...

...apa awak nak buat sekarang?

Saya nak serah diri.

Betul, walaupun ini arahan Nam Kyu Man...

...dan tanpa kerelaan...

...dosa tetap dosa.

Saya nak tebus kesalahan...

...sebelum saya dibicarakan.

Soo Beom.

Kalau awak serah diri, hukuman mungkin akan diringankan.

Saya nak tengok...

...muka Nam Kyu Man...

...sebelum saya menyerah diri.

Awak tertangkap kerana...

...pendakwa raya sudah bersedia dari awal.

Sebab itulah ayah suruh helikopter itu pergi.

Walaupun tuan boleh terlepas ke China...

...tapi Interpol akan dapat tangkap tuan semula.

Ayah.

Apa akan terjadi pada saya sekarang ini?

Perbicaraan sesi ketiga masih ada.

Orang-orang tak guna yang dah makan duit ayah itu...

...ayah tak akan biarkan mereka begitu saja.

Saya akan gunakan apa juga cara...

...untuk lepaskan tuan dari sini.

Dia tak nampak macam anak orang kaya.

Tapi Keluarga Nam...

...memang pandai lari dan menyembunyikan diri...

...bila mereka terdesak.

Mereka masih fikir undang-undang berada...

...di tangan mereka.

Saya dan Peguam Seo akan dedahkan semua kesalahan...

...Nam Kyu Man dalam sesi perbicaraan terakhir nanti.

Jadi saya dan Pendakwa Raya Tak kenalah bersedia...

...untuk mencari dan menangkap Nam Il Ho, bukan?

Ya, saya tak rasa mereka akan berdiam diri.

Pengerusi Nam pasti sedang sibuk sekarang.

Ini Timbalan Menteri Jang?

Tolong datang ke rumah saya nanti.

Saya yang beritahu mereka abang akan lari ke luar negara...

...menggunakan bot.

Awak?

Apa awak cuba buat ini?

Kalau dah bunuh orang, dia mesti terima hukuman.

Kenapa pula awak pandai-pandai buat keputusan ini?

Sebab saya juga seorang pendakwa raya.

Saya cuma nak perkara ini sebelum saya pergi.

Abang jadi begitu...

...semuanya salah ayah.

- Berani awak kata ayah... - Satu lagi...

...saya pergi dari sini sebab ayah dan abang fikir...

...mengambil nyawa manusia itu bukan satu kesalahan.

Selamat tinggal.

Yeo Kyung! Hei.

Hei.

Dalam perbicaraan ketiga nanti...

...Setiausaha An akan bantu kita.

Dia banyak membantu...

...masa perbicaraan semula...

...dan perbicaraan Nam Kyu Man.

Ini rekod pemindahan wang oleh Nam Kyu Man...

...dan ini pula akaun bank dengan nama palsu.

Ini pula bukti transaksi duit Nam Kyu Man...

...dipindahkan ke atas akaun palsu di Filipina.

Tapi kalau kita...

...nak dia dijatuhkan hukuman dalam perbicaraan kali ini...

...kita perlukan saksi selain Setiausaha An.

Bukankah saya dah tunaikan janji saya?

Saya suka betul bila tengok Nam Kyu Man jadi begitu.

Disebabkan video awak itu tersebar...

...semua orang lupa kes saya.

Masih belum cukup.

Kalau awak keluar dari sini...

...awak dah bersedia nak berdepan dengan Nam Kyu Man?

Apa maksud awak?

Dia akan bunuh awak...

...sebaik saja dia terlepas.

Kalau awak tak nak dia datang dekat dengan awak...

...kita kena jatuhkan dia sampai ke akhirnya.

Awak nak suruh saya beri keterangan?

Ya.

Dengan cara ini...

...kita boleh biar dia meringkuk dalam penjara.

Timbalan Menteri Jang.

Perbicaraan kali ini agak membimbangkan saya.

Awak perlu lakukan sesuatu.

Saya rasa kali ini agak sukar, tuan pengerusi.

Sebab semua mata dan telinga rakyat tertumpu pada kes ini.

Awak fikir kenapa selama ini saya beri duit belanja pada awak?

Untuk masa-masa macam inilah.

- Tuan pengerusi. - Peguam Hong.

Awak ada rekod...

...berapa banyak wang yang dia terima, bukan?

Ya.

Saya akan bermesyuarat...

...bersama hakim mahkamah tinggi nanti.

Pastikan...

...semuanya berjalan dengan lancar.

Soo Beom.

Nasib baiklah awak datang.

Awak tahu hari perbicaraan saya tak lama lagi, bukan?

Ya.

Awak berilah keterangan bagi pihak saya nanti.

Awak beritahu keterangan yang awak beri pada Seo Jin Woo itu...

...adalah palsu.

Kyu Man.

Saya...

...akan beri awak satu bilion dolar.

Saya akan serah diri.

Awak nak serah diri?

Hei.

Awak nak khianati saya lepas itu serah diri?

Kyu Man.

Awak tahu tak...

...bila burung masih hidup, ia yang makan semut.

Tapi...

...kalau burung itu mati...

...semut yang akan makan burung.

Apa awak merepek ini?

Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada nasib manusia.

Awak tinggallah baik-baik di sana.

Ini nasihat terakhir saya sebagai seorang kawan.

Jangan merepek.

Orang macam awak nak beri nasihat pada saya?

Sekarang baru saya faham, orang yang buat saya sunyi...

...adalah kawan, bukannya musuh.

Selama ini saya rasa sunyi.

Saya harap awak gembira.

Kawanku.

Orang gila.

Awak ingat awak seorang saja yang sunyi?

Ya.

Tuan pengerusi, hakim yang baru akan mengadili sesi kali ini.

Jangan biarkan mereka tikam belakang kita lagi.

Saya pasti.

Nampaknya Timbalan Menteri Jang memang menggunakan pengaruhnya.

Mereka semua itu tak berguna.

Lepas kes ini selesai...

...tukar semua orang-orang ini.

Baiklah, tuan pengerusi.

Bubarkan Kumpulan Il Ho!

Bubarkan Kumpulan Il Ho!

Gantung sampai mati!

Gantung sampai mati!

Bubarkan Kumpulan Il Ho!

Bubarkan!

Bodoh betullah mereka ini.

Hei.

Awak ingat saya akan dikenakan hukuman mati disebabkan mereka ini?

Itu Nam Kyu Man. Pembunuh itu, Nam Kyu Man!

Budak tak guna!

Budak tak guna!

Jeritlah sepuas hati awak.

Budak tak guna!

Budak tak guna!

Aduh.

Siapa yang baling itu?

Nak mati sangatkah?

Tak guna!

Awak nak mati?

Hei.

Hei, awak!

Awak baling, bukan?

Saya nampaklah!

Siaplah awak!

Awaklah yang baling!

Budak tak guna!

Tak guna!

In Ah.

Terima kasih kerana berjuang bersama saya selama ini.

Saya dah banyak menyusahkan awak.

More Malay subtitles for Remember

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left