The first 200 lines.
Sekarang ini, kita perlu capai matlamat yang sama, betul tak?
Biar saya buat demonstrasi perubatan guna rekod pesakit saya yang lalu.
Susah mereka nak bersetuju kalau hanya ada rekod-rekod saja.
Kalaupun rekod tersebut didedahkan kepada umum,
mereka akan menuntut kamu hasilkan penawar yang kamu gunakan.
Itulah yang saya nak.
Apa?
Jangan kataβ¦
Selama ini penawar itu memang ada pada kamu?
Ya.
Saksi-saksi telah berikan keterangan bertentangan, bukan?
Dah tentu.
Siapa saja yang sanggup ambil rawatan tak diiktirafβ¦
Dan terus pulih begitu saja?
Bila itu berlaku, kita mula tertanya jika sistem undang-undangβ¦
Sebenarnya bermasalah kerana menuruti kehendak tertuduh.
Habislah. Semua jadi tak kena.
Satu pun tak seperti yang dirancang dalam perbicaraan ini.
Nama saya akan tercemar teruk sebab Pendakwa Raya Cha.
Tak guna betul.
Hei, Min Gyeong, awak kenal Pendakwa Raya Cha, bukan?
Tadi pertama kali jumpa di mahkamah. Selama ini cuma di media sosial.
Resume dia hebat, orangnya pun cantik.
Ditambah pula keluarga dia kaya.
Mungkin itu punca diaβ¦
Begitu berani mati.
Itu bukan berani mati. Memang perangai dia biadab.
Tapi tetap kena akui, dia memang agak hebat.
Agak hebat, konon.
Dah sekian lama kamu tak berjumpa ayah kamu,
tak ada menyapa ayah kamu,
berpura-pura gembira nampak ayah pun tiada?
Saya dah cakap, bukan?
Saya dah cakap jangan datang sini, walau apa pun jadi.
Kalau ada orang nampak saya bersama ayah,
nanti tiba-tiba ada khabar angin, dan saya memangβ¦
Saya nak kata yang saya takkan dapat buat kerja saya.
Aduhai, budak bertuah ini.
Suka sangat buat hidup sendiri jadi susah.
Kenapa nak peduli apa yang orang lain fikir?
Tak boleh ke seorang ayahβ¦
Nak jenguk anaknya sendiri?
Tak boleh ke?
Masalahnya sekarang, ayah bukan macam ayah orang lain.
Saya perlu masuk pejabat. Cakaplah sebab apa ayah datang.
Boleh cakap apa saja selain suruh saya masuk bekerja di syarikat.
Macam mana kalau itu saja yang ayah nak cakap?
Bagi ayah,
biarkan anak sendiri bantu orang dalam kesusahan ituβ¦
Iebih baik untuk nama syarikat, betul tak?
Bila masa pula ayah pernah paksa kamu hidup demi ayah?
Jadi, kenapa ayah asyik ajak saya sertai syarikat itu?
Sebab ayah ini risaukan kamu! Diri kamu itu.
Baru sekarang?
Yalah. Kamu tak perlu bekerja di syarikat.
Tapi dengan satu syarat.
Tarik diri daripada kes ini.
Ya?
Hei.
Ada apa tiba-tiba awak datang sini? Tak telefon dulu pun.
Itulahβ¦
Ini rekod perubatan pesakit yang defendan rawat,
dan saya berharapβ¦
Awak boleh tengok dulu.
Apa yang awak fikirkan, jadi peguam untuk lelaki macam itu?
Sebahagiannya untuk Min Seo. Dan jugaβ¦
Saya perlukan yuran guaman untuk bayar bil hospital Min Seo.
Saya dah pesan jangan percayakan lelaki itu.
Saya tahulah.
Tapi kalau betulβ¦
Lee Woo Gyeom dapat sembuhkan pesakit yang tiada harapan,
- mungkin Min Seo kita⦠- Sudahlah, berhenti cakap!
Awak baru saja kena tipu!
Sanggup nak serahkan Min Seo kita pada pembunuh macam dia?
Saya ini seorang doktor!
Jangan buat keputusan pasal Min Seo tanpa saya! Tolonglah!
Dalam episod Bicara Hal Semasa iniβ¦
Beliau merupakan pendakwa raya yang menahan Lee Seong Gon,
pesalah hukuman mati terakhir di Korea Selatan.
Kami jemput Wakil Rakyat Baek Sang Hwa
bagi membincangkan isu hukuman mati.
- Wakil Rakyat Baek, selamat datang. - Terima kasih menjemput saya.
Wakil Rakyat Baek?
Apa pendapat awak? Itu rancangan hebat, bukan?
Jadi, Wakil Rakyat Baek tawarkan hukuman mati dalam manifesto dia,
dan awak pula buat rundingan untuk nyawa Lee Woo Gyeom.
Inilah perkara sebenar yang berlaku.
Kita perlu membuka jalan untuk dia menuju kemenangan,
supaya boleh menang perbicaraan ini. Nampak?
Tapi kalau dia nak gunakan isu ini sebagai modal politik,
keputusan mahkamah saja tak cukup, bukan?
Apa? Kamu ada cadangan lebih baik?
Wakil Rakyat, awak patut muncul dalam rancangan TV.
Rancangan TV?
- Rancangan apa? - Tahu Bicara Hal Semasa, bukan?
Kerana kes Lee Woo Gyeom yang saya tengah uruskan sekarang,
mereka nak buat kupasan khas hukuman mati.
Rasanya awaklah orang yang paling tepat untuk sertai mereka.
Saya? Kenapa saya pula?
Awak tak lupa, bukan?
Tahanan akhir yang tunggu hukuman mati, Lee Seong Gon.
Apa? Lee Seong Gon?
Si banduan itu. Saya dah penjarakan dia masa jadi pendakwa raya.
Itu tujuannya.
Wujudkan perkaitan antara Lee Seong Gon dan Lee Woo Gyeom.
Pelaksanaan hukum mati pertama sejak dua puluh lapan tahun.
Siapa lagi pakar yang paling sesuai selain awak?
Bila awak dapat tarik sokongan orang terhadap hukuman mati di TV,
itu pasti jadi pemacu hebat untuk kempen pilihan raya awak.
Maksud awak, kegagalan laksanakan hukuman mati langgar undang-undang?
Betul itu.
Menurut undang-undang,
sesiapa yang kena hukum mati mesti dihukum dalam tempoh enam bulan.
Perkara itu termaktub secara jelas.
Kegagalan melaksanakannya tepat pada waktunya,
bermakna Kementerian Kehakiman melanggar undang-undang.
Dan itu merupakan kecuaian tanggungjawab.
Kalau kita meneliti kes lalu, bukan ke ada kes bermotif politikβ¦
- Maaf, awak kena tengok ini. - Yang buat individu tak bersalahβ¦
Dijatuhkan hukuman mati?
Untuk pembunuh seperti Lee Woo Gyeom,
kalau kita tak menghukum dia sebagaimana yang sepatutnya,
siapa yang akan takut pada undang-undang,
dan siapa yang nak beri keadilan kepada mangsa-mangsa ini?
Saya faham, Wakil Rakyat Baek, tapiβ¦
Bukan ke itu boleh mengubahnya menjadi hukuman balas dendam?
Hukuman mati bukanlah pembalasan dendam, tapi keadilan.
Pelaksanaan keadilan yang muktamad.
- Ini disebut keadilan tertinggi? - Betul.
Masalah sebenar ialahβ¦
Bila hak penjenayah yang patut dijadikan teladan dipertahankan,
dan lebih teruk, ada yang menyokong serta membela penjenayah keji ini.
Itulah masalahnya.
Nampaknya awak menyerang peguam bela Lee Woo Gyeom.
Tujuh belas orang telah dibunuh.
Awak tahu tak betapa diaβ¦
Memperlekehkan polis dan pendakwaan ketika siasatan?
Membela penjenayah sebegituβ¦
Bukan kerja orang waras.
- Memang gila, itulah kenyataannya. - Wakil Rakyat. Tuan?
Satu lagi perkara, saya dengar peguam itu baru bercerai.
Awak tahu pepatah,
"Betulkan rumah sendiri sebelum cuba betulkan dunia"?
Tiba-tiba dia berhenti kerja tetap di firma guamanβ¦
Dan membela penjenayah kejam.
Jadi, tak peliklah kalau hidup keluarganya kacau-bilau.
Dia buat macam itu lagi. Melampau betul. Oh Tuhan.
Peguam bagi pihak pembelaan,
kalau tengah tonton ini, dengar baik-baik. Ya?
Hentikan cerita pasal Lee Woo Gyeom kononnya menyelamatkan orangβ¦
Dan undurkan diri dari kes ini segera!
Dalam Bicara Hal Semasa malam tadi, Wakil Rakyat Baek Sang Hwaβ¦
- Undurkan diri, peguam bela! - Sangat menyokong hukuman mati,
- menuntut ia wajib dilaksanakan. - Undurkan diri, peguam bela!
Selepas dia tujukan kata-kata pada Park Han Jun, peguam Lee Woo Gyeom,
dan klip jerit "Undurkan diri" kini tersebar luas di media sosial.
("Dia dah bercerai." Serangan peribadi)
(Sohor Kini Dua, "Benar ke dia penjawat awam?")
(Peguam yang biar orang jahat terlepas.)
(Teruk sangat negara ini. Kena berpindah dari Korea?)
(Bongkar duit yang masuk ke poket Park Han Jun.)
Peguam Park.
Jangan risau. Ini tak jejaskan langsung perbicaraan.
Memang. Mereka pengecut, tak berani cakap depan awak.
Cuma pandai merungut dari jauh saja. Betul tak?
Ada juga saya nampak beberapa komen positif.
- Awak dah buat dengan hebat. - Terima kasih, tuan.
Pendakwa Raya Cha. Masuklah.
Duduklah.
Oh Tuhan.
Baiklah, kamu berdua, perkenalkan diri.
Jom kita makan sama-sama. Ya?
Pendakwa Raya Cha.
Untuk temu bual TV itu,
Ketua Pyo di sini banyak beri petunjuk bernas.
Saya Pyo Kang Won.
Pendakwa Raya, boleh saya andaikan sekarang kita sepasukan?
Saya Cha Yi Yeon. Selamat berkenalan.
Baguslah.
Apa pula ini sekarang?
Aduhai, selalu saja menelefon ketika saya baru nak makan.
Tunggu sebentar. Ya?
- Makanlah dulu. - Ya, tuan.
- Ya, tuan. - Helo?
Menteri Hong.
Hei. Saya tengah makan sekarang.
Awak yang cipta imej wakil rakyat itu untuk rancangan tersebut?
Ya, pendakwa raya. Nampak menghiburkan, bukan?
Awak rasa itu menghiburkan?
Saya tak rela nak tengok sebab nampak menyedihkan sangat.
- Apa? - Kalau awak rasa itu gurauan,
patutnya saya mengesyorkan awak untuk tonton rancangan komedi.
Dengar ini,
pendakwa raya, mungkin kamu ini muda lagi nak faham,
tapi semua yang kami tunjuk di TV itu sebenarnya satu strategi.
Kalau cuma bercakap tentang hukuman mati,
mesti membosankan nak tarik perhatian orang muda.
Dan "strategi" awak itu dengan memperlekehkan peguam bela?
Hasilnya video wakil rakyat itu dapat lebih lima juta tontonan.
Kalau cuma nakkan tontonan, patutnya bekerjasama dengan Penggiat Youtube.
No comments yet. Be the first to leave one.