Remember

Remember (리멤버)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

리멤버 아들의 전쟁 Remember E07 160801 720p-WITH-iPOP
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tags

720p
720
Published on: 2016-02-11
Downloads: 28
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Saya tanya sekali lagi.

Dari mana awak dapat duit itu?

Awak gunakan timbalan pengarah untuk dapatkan wang, bukan?

Apa yang mak awak akan kata...

...kalau dia tahu apa yang awak lakukan?

Bantahan, Yang Arif.

Peguam, tolong berhenti.

Awak fikir mak awak...

...mahu dibedah dengan menggunakan duit ini?

- Peguam. - Kim Ha Na.

Betulkah lelaki dalam video itu...

...adalah timbalan pengarah?

Jawab soalan saya!

Timbalan pengarah...

...tak bersalah.

Dia tak buat salah...

...dengan saya.

Saya minta maaf.

Saya hanya...

Hanya ini saja caranya.

Hari ini di Mahkamah Seoul...

...berlangsung perbicaraan gangguan seksual melibatkan...

...Timbalan Pengarah Insurans Il Ho dan dia didapati...

...tidak bersalah.

Encik Kang telah dituduh atas gangguan seksual...

Saya betul-betul minta maaf, tuan.

Perkara ini...

...tak akan mencemarkan nama Kyu Man, bukan?

Peguam Park dan saya akan uruskan segala-galanya.

Ulang sekali lagi.

Timbalan pengarah...

...didapati tidak bersalah.

Siapa yang buat perbicaraan jadi begini?

Bawa peguam tak guna itu ke mari sekarang juga.

Bawa dia ke mari sekarang!

Abang.

Apa ini?

Pengarah Nam Kyu Man.

Awak kenal saya, bukan?

Kyu Man, siapa dia ini?

Saya peguam yang mewakili timbalan pengarah...

...Seo Jin Woo.

Saya ada dengar cerita tentang perbicaraan hari ini.

Tak sangka orang semuda awak ada kemahiran begini.

Atau awak sekadar bernasib baik?

Ini adalah satu pujian.

Dalam mahkamah, umur tak penting.

Nasib baik ada dia yang...

...menyelamatkan imej syarikat

Macam mana saya patut balas jasa awak?

Patutkah kita berikan dia satu jawatan di firma kita?

Terima kasih sajalah.

Saya ada firma saya sendiri.

Maafkan saya...

...pengarah.

Awak dah banyak minum. Apa kata kita pulang saja?

Marilah.

Ya.

Pengarah Nam Kyu Man.

Dah empat tahun tak jumpa...

...tapi sekarang...

...awak nak balik pula.

Kalau awak nak sangat jumpa saya...

...datanglah melawat di pejabat saya.

Lepas ini...

...kita akan berjumpa di mahkamah.

Sebab...

...saya akan buat awak berdiri di sana.

Saya pasti...

...akan bunuh budak tak guna itu.

Tapi apa awak akan buat kalau rancangan awak...

...memakan diri awak sendiri?

Awak kata dia yang merosakkan perbicaraan timbalan pengarah.

Susah payah saya dapatkan peluang ini.

Awak fikir...

...siapa yang cipta peluang itu?

Pengerusi yang buat semuanya.

Apa yang awak kata?

Ini semua rancangan pengerusi...

...untuk menjatuhkan timbalan pengarah.

Kenapa ayah nak buat begitu? Bukankah ayah mengagumi dia?

Betul, tapi...

...ayah awak simpan dia...

...sebab dia pandai bekerja.

Pengerusi...

...kerja siang dan malam...

...supaya dia...

...boleh serahkan syarikat itu...

...kepada awak.

Awak patut fikir dalam-dalam...

...sebelum bertindak.

Dong Ho.

Mari kita pergi minum.

Hari ini...

...saya jumpa dengan Nam Kyu Man.

Macam mana?

Dia datang cari awakkah?

Taklah. Jumpa secara kebetulan.

Ini baru saja permulaannya.

Dah lama saya nantikan hari ini.

Tapi ayah...

...ayah tak ingat saya pun.

Kalau saya cuba buat ayah ingat semula...

...mungkin ayah akan lebih sengsara.

Sebenarnya ingatan...

...akan tinggal dalam...

...hati dan bukannya dalam kepala.

Walaupun ayah awak tak ingat...

...tapi dalam hati dia...

...dia tetap mengingati awak.

Percayalah.

Dulu Abang Yong Pil pernah menyanyikan satu lagu.

Abang Yong Pil?

Bukan satu dua lagu yang dia nyanyi.

Di manakah hutan di dunia ini

Di manakah tasik

Tiada siapa...

...yang memberitahu

Awak...

...begini disebabkan budak Jin Woo itukah?

Tapi...

...Jin Woo betul-betul dah kenakan Nam Kyu Man.

Apa awak kata?

Nam Kyu Man...

...dia naik gila dan kata nak bunuh Jin Woo...

...nasib baik saya sempat hentikannya.

Kenapa...

...awak hentikan Nam Kyu Man?

Awak patut hentikan Jin Woo.

Sebab budak itu nak selamatkan ayahnya...

...macam mana saya nak halang dia?

Dong Ho.

Awak jangan lupa satu perkara ini.

Tak kisah apa yang terjadi, musuh keluarga Nam adalah...

...musuh awak dan saya juga.

Pengerusi kerja siang dan malam...

...supaya dia...

...boleh serahkan syarikat itu...

...kepada awak.

Benarkah kes perbicaraan timbalan pengarah, ayah yang...

Ayah dah terima surat peletakan jawatan timbalan pengarah.

Anggaplah ini tugas awak sebagai pengarah.

- Baiklah, ayah. - Orang...

...patut digunakan sebagai alat.

Kalau dah lama guna ia akan rosak juga.

Awak mesti selalu tukar alat itu...

...dengan yang baru.

Baiklah.

Saya akan ingat pesan ayah.

Awak jangan rapat sangat dengan Seo Jin Woo.

Kenapa?

Sejak bila abang ambil tahu tentang saya?

Awak ingat abang tak tahu apa rancangan dia?

Saya juga peguam dan saya tahu apa yang saya lihat.

Jin Woo seorang yang jujur dan berkebolehan.

Abang ingat bukan apa yang ayah selalu beritahu?

"'Jangan sesekali hilang kawalan."'

Saya dah janji nak berikan ini sebagai bayaran.

Dalam ini terkandung semua...

...dana haram berkaitan Syarikat Insurans Il Ho.

Apa...

...yang awak nak lakukan sekarang?

Saya patut tinggalkan negara ini.

Kalau penat lelah saya selama 30 tahun di Il Ho berakhir dengan...

...pengkhianatan, jadi tak ada apa yang perlu saya kesalkan.

Tapi bagus juga.

Selama saya bekerja, saya tak dapat lihat anak saya membesar.

Sekarang saya nak jadi ayah...

...dan suami yang baik.

Saya telefon lepas nampak kain rentang.

Betulkah yang awak nampak ayah saya?

Berapa kali saya nak cakap?

Saya biasanya tidur awal dan...

...bangun pada pukul 2:00 pagi...

...dan pergi mengutip barang-barang yang boleh dikitarkan semula.

Jadi memang saya yakin saya ada nampak dia.

Macam mana...

...pak cik boleh ingat sampai sekarang?

Sebab saya rasa dia lain daripada yang lain.

Dia ada membawa beg kertas...

...dan mundar-mandir sekitar kampung.

Nampak seperti orang tak betul.

Tapi kenapa...

...tak telefon saya awal-awal?

Saya pergi ke rumah anak lelaki saya.

Tak tahu pula perbicaraan masih belum berakhir.

Tapi...

...berapa awak nak bayar saya?

(Majlis Menandatangani Kontrak Rakan Perniagaan)

Harap kita boleh jadi rakan perniagaan yang baik.

Awak tak akan menyesali keputusan ini.

Syarikat Insurans Il Ho akan jadi rakan sepanjang hidup awak...

...dan lebih dari sekadar rakan perniagaan.

- Saya harap begitulah. - Terima kasih.

- Selamat jalan. - Selamat jalan.

- Selamat tinggal, terima kasih. - Hei.

Agaknya kenapa saya tak sabar-sabar nak tanda tangan kontrak ini?

Tambahan pula dengan semua wartawan-wartawan ini.

Awak nak berusaha bersungguh-sungguh?

Awak ini bodohkah?

More Malay subtitles for Remember

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left