The first 200 lines.
INI SEBUAH KISAH
INI SEBUAH SEJARAH
Avi!
Mak!
Mak!
Kita semua tahu kisah Pompeii, bukan?
Dua ribu tahun lalu,
pekan Rom yang sibuk di pantai Mediterranean
telah musnah sepenuhnya,
terkambus di bawah letusan gunung berapi Gunung Vesuvius.
Semuanya berlaku dengan sangat pantas,
nasib mereka telah pun terpahat.
Kisah Pompeii merupakan kisah kematian.
Namun, itu tak benar.
Pompeii tidak dikambus hidup-hidup serta-merta.
Sebenarnya ambil masa sehari untuk Pompeii dikebumikan dalam abu.
Satu hari
penuh mengerikan yang pernah dialami sesiapa di dunia ini.
Meskipun demikian, satu hari saja.
Satu peluang.
TERAWET DALAM ABU POMPEII
Bagaimana jika ada kisah lain untuk diceritakan?
Kisah kelangsungan hidup.
Saya akan cuba jejaki tiga orang sebenar.
Orang Rom sebenar yang mengharungi bencana ini pada hari itu.
Sebab mungkin kita tak tahu kisah Pompeii yang sebenar.
Jadi…
mari cuba sekali lagi, okey?
PUTAR SEMULA
TAHUN 79 MASIHI
Saya ingat saya melawat Pompeii buat kali pertama.
AMATUR PENGAJIAN KLASIK
Ia…
benar-benar…
luar biasa.
JULAI 1998
PERANCIS JERMAN
Musim panas 1998.
ITALI
Saya naik kereta api melalui Perancis ke Itali.
Percutian pertama saya tanpa orang dewasa.
JULAI 1998
Hanya saya dan dua orang kawan.
Kami menginap di asrama belia, berenang di Mediterranean
dan pastinya, makan banyak piza.
Tapi lawatan kami ke Pompeii…
yang mengubah segalanya.
Sebab di Pompeii,
kita boleh mengembara masa.
Seluruh bandar Rom,
terkambus berabad-abad,
terpelihara dengan sempurna.
Di seluruh tapak ini, terdapat acuan plaster orang Rom sebenar,
manusia sebenar yang menjadi patung di tempat mereka mati
dan setiap seorang meninggalkan kisah.
Kisah yang beri saya inspirasi
untuk belajar Latin, belajar dunia purba di universiti,
memulakan kerjaya lakonan.
Bawa yang lain imbas masa lalu.
Saya berusia 45 tahun sekarang
dan imej-imej semua orang yang mati di sana,
saya tak pernah lupa.
Jadi, saya kembali ke Pompeii untuk menceritakan kisah mereka.
Kini penyelidikan baru mendedahkan nama orang Rom sebenar
yang mengalami letusan itu…
GADIS GELANG AZIMAT
…dan beberapa orang yang terselamat.
GADIS PORTA NOLA MARCUS
Sekarang,
ada teknologi baru yang berkuasa,
sains termaju yang dibangunkan,
ia mampu menjejaki nama-nama yang melalui bencana itu.
Ia tak pernah digunakan atau dilihat sebelum ini.
Kita cukup bertuah kerana diberi akses eksklusif
buat kali pertama untuk melihat teknologi baru ini.
Lampiran Orang Selamat
Tunggu sekejap.
Hamparan lembaran ialah teknologi radikal baru?
Sudah tentu. Saya yang menciptanya.
Sekejap.
Saya belum perkenalkan
Profesor Steven Tuck.
Steven mengendalikan Projek Mangsa Terselamat Pompeii,
yang bertujuan menjejaki kisah hidup orang sebenar
yang mengalami letusan gunung berapi pada tahun 79 Masihi.
Mengagumkan, bukan?
Inskripsi dari seluruh dunia Rom ada dalam pangkalan data ini.
Steven, ia memang hebat, tapi saya rasa kita boleh…
Ia boleh lebih sinematik daripada lembaran hamparan, bukan?
MENCARI
Sangat mengagumkan, Hiddleston.
Saya pernah tonton beberapa filem Avengers.
Projek Mangsa Terselamat Pompeii direka
untuk mencari padanan dalam pangkalan data ini.
- Okey. - Matlamatnya, cari nama seseorang
yang berada di Pompeii sebelum letusan itu,
kemudian kami jumpa orang yang sama di komuniti lain.
Hasilnya, kami jumpa mangsa yang terselamat.
PADANAN 01
Ada padanan. Saya akan terjemahkan.
Tunggu. Sekejap. Biar saya cuba.
L. Avianius. Kami panggil Lucius.
Jadi, Lucius Avianius buka jalan ini
dengan duitnya sendiri.
Mengagumkan, Hiddleston
Saya belajar pengajian klasik di Universiti
Saya mengajar pengajian klasik
Saya faham.
Jadi, apa nasib Lucius Avianius?
Tarikh plak menunjukkan pada masa letusan,
Lucius Avianius mungkin sudah lama mati.
Namun, keturunannya masih ada,
termasuk seorang budak lelaki, mungkin remaja.
- Mungkin cucu lelaki? - Mungkin juga.
Inskripsi kedua sama dengan pinjaman hari gaji orang Rom.
Ia menunjukkan dalam satu generasi,
Avianius berubah daripada golongan elit kaya
menjadi golongan termiskin di Pompeii.
Inskripsi ketiga di sini menyarankan Avianius
menjadi perantis keluarga tukang besi tempatan.
Jadi, Avianius sebahagian daripada keluarga yang kaya…
KEMEROSOTAN KEWANGAN
…tapi mereka hilang segalanya.
Dia terpaksa bekerja di bengkel tukang besi biasa.
AVIANIUS - REMAJA - ORANG ROM
Rasanya saya dah jumpa orang Rom sebenar pertama
dan dia hanya budak.
Saya mahu bawa dia kembali dari masa silam.
Dia lebih daripada sekadar nota kaki dalam sejarah.
Lebih daripada butiran lembaran hamparan.
Dia seorang manusia.
Avianius.
Mari kembali ke hari itu pada tahun 79 Masihi
kerana
di Pompeii,
kita boleh merentas masa.
POMPEII, MASA KINI
POMPEII, 79 MASIHI
Bagi Avianius, ia cuma hari yang biasa.
PADA PAGI LETUSAN ITU
Mungkin dia berada di bengkel perantisan
tanpa mengetahui apa yang Vesuvius akan letuskan.
Okey, saat ini menentukan masa depan.
Ya? Ia menempa gangsa ini.
Mendalamnya.
Kita patut letak pada papan tanda di luar.
Marcus Masurius,
- menempa masa depan. - Baiklah.
Tunggu. Berhenti sekejap.
Steven, tunggu sekejap.
Siapa Marcus Masuri?
Ada beberapa artifak yang ditemukan.
Terutamanya penyodok yang dicap dengan nama keluarga Masuri.
Mereka keluarga tukang gangsa tempatan.
Mereka ada bengkel tempa di luar tembok kota.
- Di kawasan ini. - Baiklah. Wah.
Tapi yang penting, pada hari letusan itu,
Avianius bekerja di bengkel tempa…
BERHENTI SEKEJAP
…di luar bandar.
- Cubalah. Kamu boleh buat. - Okey.
Ya, bagus. Hati-hati.
Saya suruh kamu berhati-hati.
Sia-sia usaha berjam-jam.
- Ada gempa bumi. - Dengar sini.
Kamu perlu belajar bertanggungjawab.
Kamu perlu matang.
Mulakan dengan minta maaf.
Kamu nak ke mana?
Kenapa saya nak membesar jadi macam awak dan buat penyodok?
Sudah. Jangan buat perangai.
Awak bukan ayah saya.
Awak cuma tukang besi.
Hei.
Sudah. Janganlah begini.
Avianius, tunggu.
Avi.
Avianius masih remaja.
Sama macam kali pertama saya datang ke Pompeii.
Tapi jika saya mahu ceritakan apa yang berlaku kepada Avianius,
saya perlu gabungkan bukti sejarah
dengan pengalaman saya sebagai pelakon.
Saya perlu bayangkannya.
Saya akan ikut jejak langkahnya.
Berjalan di sampingnya.
Melihat jalan-jalan ini melalui matanya
untuk cuba mengisi jurang dalam rekod arkeologi.
Ini cara saya ceritakan kisah Avianius.
Seorang budak biasa
pada hari yang luar biasa.
Mak?
Mak, kenapa pintu tersekat?
Avi, berhenti.
Masuklah. Mari.
Mak, apa yang berlaku?
Lintah darat kembali, tapi tak apa. Semuanya baik saja.
Tunggu, Steven. Berhenti sekejap. Nampaknya mereka mungkin ada hutang.
BERHENTI SEKEJAP
Jadi, keluarga ini benar-benar dalam kesusahan.
Rasanya keadaan mereka lebih teruk.
No comments yet. Be the first to leave one.