血战青龙寨

血战青龙寨

Download Malay Subtitle

Release info

[𝗖𝗼𝗳𝗳𝗲𝗲𝗣𝗿𝗶𝘀𝗼𝗻] 𝗧𝗛𝗘 𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟 𝗕𝗔𝗧𝗧𝗟𝗘 (𝟮𝟬𝟮𝟲) 𝗶𝗤𝗬 𝗪𝗘𝗕
A Commentary by Coffee_Prison
ℝ𝔼𝕋𝔸𝕀𝕃 𝕚ℚ𝕀𝕐𝕀

Tags

webdl
official_release
Published on: 2026-05-20
Downloads: 11
Hearing Impaired: No
FPS: 25

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Pada awal selepas pembebasan,

aktiviti penyamun berleluasa di beberapa kawasan selatan China.

Mereka membakar secara sengaja, merompak

dan membunuh rakyat secara kejam,

melakukan banyak kejahatan.

Demi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda rakyat,

pihak pusat parti telah membuat

keputusan peringkat tertinggi yang tegas

dan mengeluarkan arahan penting

untuk menghapuskan penyamun dengan tegas.

Sebahagian daripada pasukan utama.

Tentera Pembebasan Rakyat China

telah pergi ke kawasan tersebut

untuk menjalankan gerakan menghapuskan penyamun.

Jangan bergerak.

Kena siapa,

dia akan dipilih.

Tak kena, ketua.

Ketua, awak baling.

Dah kena!

Hebatnya ketua!

Sayang!

Cepat, kan?

Sayang!

Awak ini dasar orang jahat!

[Ketua ateh Benteng Naga Hijau, Serigala Hala Gunung]

Jangan bergerak!

Mari, abang ateh.

Biadab!

Ada adab tak?

Sebagai penyamun, awak pun kena belajar menghormati orang.

Faham tak?

Ya, abang ateh.

Mari, ketua kampung.

Mari hisap rokok, jangan marah.

Lebih daripada 10 orang saudara kami

telah dibunuh oleh Tentera Pembebasan.

Siapa yang berikan maklumat

kepada pihak Tentera Pembebasan?

Hari ini, saya mesti

mencari orang tak guna ini keluar!

Tuan,

kami benar-benar tak berikan maklumat.

Tolong lepaskan kami.

Abang ateh, ketua andak dah datang.

[Ketua andak Benteng Naga Hijau, Tie Yanzhi]

Kak andak.

Ateh.

Saya menangkap beberapa orang yang terlepas.

Awak uruskan sendiri.

Saya baik hati, tak boleh melihat darah.

Kerja kotor dan penat ini,

tak perlu menyusahkan kak andak.

Saya tanya kali terakhir.

Siapa yang berikan maklumat

kepada pihak Tentera Pembebasan?

Tak nak cakap, kan?

Tuan, jangan bunuh saya.

Mereka enggan cakap.

Jangan salahkan saya.

Kamu melakukan perkara yang kejam ini,

tak takut dapat balasan tuhan?

Awak dengar baik-baik.

Di kawasan Sanwanli,

Benteng Naga Hijau ialah penguasa!

Ya!

Kerat orang ini hidup-hidup.

Marilah.

Ya.

Marilah.

Bergerak!

Awak rupanya.

Pergi matilah!

Cepat lari!

Begitu ramai orang.

[Ketua lang Benteng Naga Hijau, Xiang Tian]

Cepat selamatkan rakyat yang cedera!

Ya!

Ateh!

Berundur!

Ateh!

Yanzhi.

Ayuh!

Berhenti melawan!

Cepat menyerah diri!

Jangan lawan lagi!

Saya menyerah diri.

Saya menyerah diri.

Kepung dia!

Jangan bergerak!

Sekarang,

awak percaya ada balasan tuhan?

Awak ingat dah menang

dengan bunuh saya?

Ketua saya, Si Buta Long

ialah penguasa di sekitar Sanwanli.

Suatu hari nanti,

dia akan bunuh kamu semua.

Buka pintu!

Buka pintu!

Abang lang dan Kak Yanzhi sudah pulang!

Perlahan-lahan.

Mari, duduk sini.

Hati-hati.

Kain kasa, alkohol, ubat hemostatik.

Cepat pergi ambil!

Ya!

Abang lang, apa yang berlaku?

Mari, duduk dulu.

Kami diserang

di Kampung Mingshan.

Lebih 200 orang Tentera Pembebasan datang menyerbu.

Ateh dan lebih 30 orang saudara

semua dah mati.

[Ketua anjang Benteng Naga Hijau, Jin Gang]

Tentera Pembebasan begitu kuat?

Awak cepat lapor kepada ketua long.

Saya rawat dia dulu.

Kenapa awak terpegun di sini?

Cepat pergi!

Saya pergi sekarang.

Jangan tinggalkan saya, Hu.

Mak!

Bangunlah!

Jangan tinggalkan saya.

Kamu berperikemanusiaan tak?

Semua ini nyawa manusia.

Macam mana kamu sampai hati melakukannya?

Di dunia ini, pembunuhan asyik berlaku.

Berapa nilai nyawa manusia?

Mari, pukullah.

Mari, pukullah.

Tentera Pembebasan ialah pasukan rakyat.

Takkan mendera tawanan,

tapi juga takkan melepaskan

setiap orang yang berbuat jahat.

Selepas perbicaraan, tunggulah dihukum mati.

[Ketua Long Benteng Naga Hijau, Si Buta Long]

Ketua long.

Saya bersalah, saya patut mati.

Ketua long.

Ketua long.

Saya bersalah.

Teruklah, ketua long!

Ketua long.

Teruklah!

Tentera Pembebasan menyerbu Sanwanli

dan membunuh ateh.

Tentera Pembebasan memang serius kali ini.

Kampung Huxi terletak di sini.

Kapten, penasihat.

Komrad Xiang Yang.

Walaupun pertempuran kali ini menang

dan menyelamatkan Kampung Mingshan,

saki-baki penyamun masih mengancam

para penduduk di Sanwanli.

Pihak atasan dah berikan arahan terbaharu.

Kita mesti mengambil alih.

Kampung Huxi dalam lima hari.

Kampung Huxi

terletak di tempat persimpangan

tiga cabang anak Sungai Yuanjiang.

Ia merupakan sistem pengangkutan yang paling penting di Sanwanli,

juga tempat penting bagi Benteng Naga Hijau dapat sumber bekalan.

Benteng Naga Hijau sentiasa

menguasai jalan utama ini.

Ini bukan saja menyekat semua kapal dagang,

malah menghalang laluan perbarisan tentera kita.

Rasanya

penyamun dah lama memasang perangkap di sini.

Kalau bertindak terburu-buru,

kecederaan dan kematian akan bertambah teruk.

Kenal diri dan musuh,

malah takkan dikalahkan.

Komrad Xiang Yang,

Kampung Huxi ialah kampung halaman awak?

Ya.

Lapor kapten.

Ramai orang awam datang nak jumpa kapten.

Komrad Tentera Pembebasan.

Pak cik.

Pak cik ini...

Semua ini

penghargaan daripada penduduk kampung kami.

Tuan sila terima.

Pak cik,

terima kasih atas niat baik pak cik.

Kampung ini baru diserang penyamun,

kamu perlukan ini untuk membina semula rumah.

Semua ini tanaman kami sendiri,

tak bernilai pun.

Kamu masih tinggal di sini untuk menghapuskan penyamun.

Kami harapkan kamu untuk melindungi kami.

Terimalah!

Penduduk sekalian,

kami ada disiplin.

Memang tak boleh terima.

Penduduk sekalian,

kami memang tak boleh terima.

Semua penduduk...

血战青龙寨 subtitles in other languages

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left