Wonder Man

Wonder Man

Download Indonesian Subtitle

Season 1

Release info

[π‚π¨πŸπŸπžπžππ«π’π¬π¨π§] π–πŽππƒπ„π‘ πŒπ€π π’πŸŽπŸπ„πŸŽπŸ‘ 𝐃𝐒𝐍𝐏 𝐖𝐄𝐁
A Commentary by Coffee_Prison
π‘«π’–π’“π’‚π’”π’Š : πŸ‘πŸ:πŸ“πŸ’ || π‘Ίπ’–π’ƒπ’•π’Šπ’•π’π’† π‘Ήπ’†π’•π’‚π’Šπ’ 𝑫𝑺𝑡+ || *π‘ͺπ’“π’†π’…π’Šπ’• 𝒕𝒐 𝘏𝘒π˜₯π˜ͺ (π‘·π’†π’π’†π’“π’‹π’†π’Žπ’‚π’‰) || ΰͺ‘ΰ±Ώα₯£Ι‘ოɑ𝗍 π–¬ΰ±Ώπ“£π—ˆπ“£π—π—ˆπ“£

Tags

webdl
Published on: 2026-01-28
Downloads: 206
Hearing Impaired: No
FPS: 24

Indonesian subtitle preview

The first 200 lines.

Sebelum Ini Dalam Wonder Man

Kenapa nak bincangkannya lagi? Saya dihakimi dan dipenjara.

Tempoh hukuman belum habis. Awak ada dua pilihan.

Kembali ke penjara atau bekerja

untuk Jabatan Kawalan…

Kedua. Pilihan kedua. Terima kasih.

Awak rasa awak boleh rapat dengan dia?

Bukankah itu kereta American Horror Story?

Maaf. Pelakon tambahan tak boleh naik.

Ketua rancangan hubungi.

Dia nak buang watak awak.

Saya nak awak pakai ini.

Cari komputernya, letakkan ini di atas komputernya,

dan saya akan uruskan dari jauh.

Saya tak patut biarkan mereka sendirian. Saya tahu itu.

Saya rasa tak berdaya selepas bapa mereka pergi.

Saya tak boleh ada di semua tempat.

Tolong tarik nafas dan hembus dengan kuat.

Awak pasti dia di dalam ketika api mula merebak?

Dia di dalam biliknya ketika itu.

Pihak bomba masuk ikut dapur untuk selamatkan dia.

Saya terus hubungi 911 selepas terbau asap.

Syukur kepada Tuhan.

Ada apa?

Apa yang dia sedang buat?

Tak apa. Tunggu saja.

Puan Williams, anak awak tiada tanda-tanda dia terhidu asap.

Dia tak batuk atau ada kesan bakar.

Iritasi kulit pun tiada.

Dia seorang budak berumur 13 tahun yang sihat.

- Jadi, semua okey? - Ya, semua okey.

Kita boleh buat X-ray dada, tapi saya tak rasa itu perlu.

Baguslah!

Awak patut berhati-hati menggunakan dapur sendirian.

Api itu bermula dari dapur, bukan?

Ya.

Terima kasih.

Terima kasih banyak!

Ancaman kuasa luar biasa.

Itu yang diarahkan.

Lindungi negara ini daripada ancaman kuasa luar biasa.

Masa Kini

Kita dah cukup staf lelaki dan perempuan.

Sumber-sumber.

Kita juga ada penjara keselamatan tinggi yang mahal dan canggih.

Kita dah ada semuanya untuk berbakti kepada negara.

Tapi kita ada satu masalah. Kamu tahu apa masalahnya?

Penjara kita baru separuh penuh.

Separuh penuh!

Pejabat Bajet Kongres asyik memerhatikan kita,

meneliti berapa banyak duit pembayar cukai yang kita guna.

Bajet setiap pejabat sudah dipotong

20 peratus atau lebih, di pejabat Los Angeles.

Setiap dari kita perlu analisa sendiri

apa yang kamu dah sumbangkan.

Apa khabar, semua? Ini satu cerita

Permulaan baharu untukku, Young Z!

Lihatlah Pops, sebagai ayah, dia okey

Dia cuma tertekan Sebab ini hari pertama persekolahan

Orang cakap "Awas, ada orang jahat di luar sana"

Tapi aku tetap keluar Sertai pasukan bola sepak Amerika

Permainan yang kasar Tapi itu lumrahnya

Bertemankan sedikit habuk Dan sedikit kulapuk

Keadaan tak begitu teruk Di bahagian lain…

Banyak betul pita kendiri.

Saya setuju.

Ini yang kita tahu.

Kami dapat laporan polis tentang api dapur ketika Simon berumur 13 tahun.

Kami dapat tahu tentang letupan tandas mudah alih di set The Rookie.

Dengan bantuan awak dan pemacu keras Simon,

kita dapat tahu Simon ada di sana ketika itu.

- Hampir cukup. - Awak pasti dia berbahaya?

Bagi saya, dia cuma seorang yang berjiwa sensitif.

- Saya akan sertakan itu, Trevor. - Itu pendapat saya.

Esok hari jadi ibu Simon.

Simon akan ke pesta hari jadi di Pacoima.

Saya nak awak pergi dengan memakai alat rakaman tersembunyi.

Tanya keluarganya tentang kebakaran itu.

Cari apa-apa yang berguna.

Rasa macam kita dah melampaui batas.

Kalau tak nak, kembali ke penjara.

- Bukan itu perjanjiannya. - Sekarang, ya.

Awak dah jadi lembut, dan saya tak nak buang masa.

Dapatkan sesuatu yang berguna atau kita selesai di sini.

Gembira bertemu awak, Puan Williams.

Kalau Von Kovak masih memilih calon,

mungkin kita boleh hubunginya untuk tanya…

Simon, ia begitu sibuk di sini.

SAYA BUKAN MACAM BOS Sayalah Bos

Teka siapa bakal masuk? Adik-beradik Manning.

Mereka masuk bersama.

Kalau ada kontroversi dengan Eli, saya tak mahu bertanggungjawab

- untuk beban itu. - Semoga berjaya. Saya di sini

tak fikir tentang bagaimana indahnya hidup bila dipanggil balik oleh Von Kovak.

Kalau ada apa-apa, awak yang pertama akan tahu,

melainkan awak hubungi saya lagi, dan saya takkan cakap apa-apa.

- Itu tak lucu. - Bagus, sebab saya serius.

Dengar, kalau mereka tak panggil balik untuk sesi kedua, mereka yang teruk…

Buat filem yang teruk yang awak takkan mahu sertai.

Ya.

Lagipun, kerja pelakon bukan tentang cari kerja.

Awak cuma perlu berlakon.

Awak boleh berlakon bila-bila masa.

Awak betul.

Saya patut berhenti minta kebenaran.

Kalau saya tak dapat, saya boleh…

Buat sesuatu sendiri.

Filem pendek, pementasan…

Pementasan. Ya. "Pementasan yang penting."

Teater ialah lakonan sejati.

"Bergolaklah perutmu sehingga penuh!

"Semburkan, api.

"Hamburkan, hujan.

"Hujan, angin, guruh, api bukanlah puteri-puteriku!

"Aku tidak menuduhmu, wahai unsur-unsur, dengan kezaliman.

"Aku tak kurniakanmu kerajaan, mahupun memanggilmu anakku!

"Kamu tiada hutang denganku!"

"Lepaskan kepuasanmu yang mengerikan itu!"

Boleh tahan.

Awak tahu baris ini?

"Mungkin ada betulnya kata-kata Casey,

"Mungkin seseorang tiada jiwa sendiri. Hanya…

"Secebis kecil dari jiwa yang besar.

"Satu jiwa yang sangat besar milik semua orang."

"Kalau begitu…"

"Kalau begitu, tak mengapa."

"Aku ada di sekeliling, dalam kegelapan.

"Aku ada di mana sahaja.

"Setiap apa yang kau pandang.

"Di mana ada perselisihan antara orang lapar, aku ada.

"Di mana polis pukul orang, aku ada…

"Dalam kertas, ia nampak macam tiada apa-apa."

"Permulaannya, biasa sahaja, agak melucukan."

"Sekadar denyutan nadi."

"Basun dan hon baset, berbunyi seperti akordion berkarat.

"Tapi, di atas semua itu, ada bunyi obo.

"Hanya satu not, teguh berbunyi,

"sehinggalah bunyi klarinet muncul dan memaniskannya…"

"Menjadi rangkaian yang sangat menyenangkan."

"Ini bukan gubahan oleh monyet yang buat persembahan.

"Ini muzik yang tak pernah aku dengar sebelum ini."

"Penuh kerinduan,"

"kerinduan yang tak mungkin dipenuhi,

"yang membuatkanku menggeletar."

"Rasanya seperti terdengar suara Tuhan."

- Maaf. - Tak mengapa.

Syabas, saya ucapkan.

Terima kasih.

Saya pergi dulu.

Saya perlu ke Pacoima untuk sambutan hari jadi ibu saya.

Sambutan hari jadi di Pacoima? Menarik betul!

Awak rasa itu menarik?

Saya tak pernah ke Pacoima.

Saya membesar di sana, jadi saya tahu awak tak rugi apa-apa.

Ia macam Cleveland dengan pokok palma.

Saya tak pernah ke Cleveland. Boleh saya ikut?

Bagus juga ada pengantara.

Di sana cuma ada mak cik-mak cik

dan sepupu yang bercerita sengsaranya membesar di Haiti.

Saya pengantara yang baik.

Bagus.

Keluarga saya tak tahu saya dipecat dari American Horror Story.

Jadi… tolong jangan sebut tentangnya.

Seperti lirik lagu Belinda Carlisle, "Mulut kami terkunci."

MINYAK PACOIMA

Hei.

Selamat hari jadi, Mummi.

Maaf, lambat.

Kamu datang tepat pada masanya.

Ini Trevor, kawan pelakon saya.

Gembira jumpa awak, Puan Williams.

Seronok berjumpa kawan sekerja Simon.

Saya suka gaya awak.

Harap awak tak kisah saya datang tanpa diundang.

Tak mengapa. Kawan sentiasa dialu-alukan.

Anak saya, Eric, baru ubah suai dapur sebagai hadiah hari jadi.

Awak takkan percaya perubahannya.

Dia tak pernah tengok yang sebelumnya.

Awak boleh nampak perubahannya.

Ibu beritahu semua orang tentang filem American Horror Story awak.

Ia bukan filem, Mummi, ia siri TV.

Ia rancangan yang terkenal!

Semua orang gereja teruja bila dengar kamu akan masuk YouTube!

Semua media penstriman dipanggil "YouTube".

Simon membesar di sini?

Simon dilahirkan dalam rumah ini.

Saya tak lahir dalam rumah.

Dia faham maksud ibu.

Eric! Adik awak dah sampai!

Hei.

Ada kesesakan lalu lintas?

Tak.

Ada bawa krim putar?

- Saya boleh pergi beli. - Saya minta buat satu benda.

Siapa perlukan krim putar kalau kita ada kek?

- Terima kasih. - Betul. Kek pun sudah cukup.

Kenapa awak nampak macam kenal?

Trevor Slattery. Graduan Akademi Seni Drama Diraja.

Pernah berlakon beberapa watak di West End.

Awak Mandarin, bukan?

More Indonesian subtitles for Wonder Man

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle β€” sync, quality, typos.500 characters left