The first 200 lines.
Awak mesti tak sangka, bukan?
Satu hari nanti awak akan memancing dengan ketua mafia, macam saya.
Saya kalau boleh pusing balik waktu,
saya akan doa banyak-banyak supaya saya tak jumpa dengan pak cik.
Tapi itu semua dah terlambat.
Awak tetap akan jadi pembawa waris saya.
- Pewaris? - Pewaris saya.
Okey, pewaris pak cik,
tapi dia akan tetap ikut jejak saya, jadi ustaz.
Mana boleh begitu?
Dia ini akan ikut jejak saya. Saya dah tentukan dia jadi mafia.
Suka-suka hati saja nak tentukan masa depan anak orang.
Dia ini akan jadi ustaz, pak cik.
Ini, yang dalam perut dia ini, cucu saya.
Saya ada hak nak tentukan dia nak jadi apa.
- Dia akan jadi mafia, macam saya. - Ustaz.
- Mafia. - Ustaz.
- Mafia. - Al-Fadhil Ustaz!
- Al-Mulus Mafia. - Al…
Puteri. Tengok, mafia nak keluar.
Ustaz? Ustaz nak keluar?
Ayah.
- Ayah dah tak ada. - Apa?
Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun.
Tapi doktor, bukan dia ada sebulan lagi? Ini tak sampai sebulan lagi.
Saya doktor, bukan Tuhan.
Memang Chief meninggal sebab kanser dia.
Dia tak boleh nak bertahan lagi.
Allahu Akbar.
Tak sempat saya nak membacakan syahadah di telinga ayah.
Ayah sempat.
Ayah sempat mengucap sebelum meninggal.
La ilaha illallah.
La ilaha illallah.
La ilaha illallah.
- Ayah. - Chief.
- Ayah. - Chief. Bangun, Chief.
- Ayah! - Chief. Bangun, Chief.
Kenapa tak ada orang baca Yasin?
Kenapa tak ada orang baca Yasin?
Baca surah Yasin, telefon ambulans atau apa-apa.
Saya dah suruh mereka untuk buat semua benda itu,
tapi ada orang degil dan tak izinkan.
Chief Zack cakap, dia tak nak sesiapa pun uruskan jenazah dia.
Dan dia pesan, dia nak Chief Ustaz yang
uruskan semuanya sampai ke liang lahad.
Tak apa, kalau begitu.
Budi.
Tolong saya untuk uruskan jenazah arwah bapa mentua saya ini.
Baik, Chief Ustaz.
Takdir malukan saya sekali lagi.
Dia tipu saya!
Sudah, Haji. Sabar.
Nak mengamuk, tak guna. Takdir dah pergi.
Sebab itu saya kena ajar dia cukup-cukup.
Dia ingat saya dengan anak saya ini apa? Tunggul?
Kayu? Tak ada perasaan?
- Haji, nak pergi mana? - Awak ikut saya, Mat Saje.
Haji Dam!
Cuba bawa bertenang. Bersabar.
- Jangan buat kerja gila, boleh tak? - Saya memang dah gila!
Saya dah gila dengan perangai anak awak yang seorang itu.
Haji Dam, tolong.
Terima yang Takdir itu tak ada jodoh dengan Murni.
Senang saja awak cakap, Jah.
Dulu anak awak itu yang tergila-gilakan anak saya.
Sekarang ini apabila saya dah terima dia,
macam ini cara dia balas saya?
Ingat kami ini tak ada perasaan?
Haji Dam, tolong Haji Dam.
Takdir itu satu-satunya anak saya. Saya merayu pada Haji.
Jika dah tahu dia satu-satunya anak awak, kenapa awak tak ajar dia
cara beradab?
Jangan suka-suka mainkan perasaan orang.
Sekarang saya nak ajar anak awak itu.
Tolong, Haji. Bertenang, Haji. Ingat Allah, Haji. Ingat Allah.
Kamu semua jangan halang saya.
Semua jangan halang saya!
Sudah!
Tak payah nak gaduh lagi tentang benda ini.
Sebab Takdir itu, dia dah kahwin lain.
Astaghfirullahalazim.
Murni, Takdir kahwin dengan siapa?
Anak saya kahwin dengan siapa?
Serius, Murni?
Murni!
Doktor?
Adakah betul Chief Zack mati sebab dah sampai waktu dia?
Ya, betul. Chief Zack mati sebab kanser dia.
Kenapa awak dengan Takdir macam tak percaya saya?
Saya cuma nak kepastian.
Okey.
Doktor.
Kalau saya tahu doktor bersubahat dengan dua ekor syaitan itu,
saya tak akan lepaskan doktor.
Chief Ustaz.
Saya balik dulu, ya.
Puan Melissa, saya bawa puan balik dulu.
Melissa, hei.
Jangan menangis, meratap begini.
Lagi berat nisab untuk arwah.
Apa yang arwah perlukan sekarang ini…
adalah doa seorang anak dan amalan-amalan kita.
Okey.
Ayah.
Saya nak pergi dah.
Saya nak balik dah sekarang.
Nanti kalau ada malaikat itu datang,
jawab ya.
Saya dah berikan jawapan tadi.
Ayah jawab baik-baik, dengan elok.
Saya tahu ayah boleh jawab.
Ayah dah belajar banyak. Pasti ayah boleh.
Insya-Allah.
Okey, saya balik dulu.
Assalamualaikum.
Ini Cekodok kegemaran bapa awak, tapi mana dia?
Tak nampak pun.
Ada di dalam bilik. Tak keluar langsung dari siang tadi.
Murni, saya nak tanya.
Apa yang awak cakap siang tadi itu, semuanya betul?
Ya, betul.
Tapi macam mana pula awak boleh tahu?
Saya ini mak dia sendiri pun tak tahu.
Takdir tak pernah cakap apa-apa pun.
Bukan ini yang awak nak?
Nak apa pula?
Tak payah nak pura-pura terkejut. Pura-pura rasa bersalah.
Memang dari dulu awak tak suka saya ini jadi menantu awak.
Jadi sekarang memang dah sah, menantu awak, orang lain.
Buat apa nak sedih lagi?
Ya Allah, Murni. Jangan cakap saya begitu.
Ya, saya akui.
Memang saya ini pernah berdoa supaya Allah
temukan Takdir dengan orang lain,
tapi saya tak sangka pula doa saya itu Allah makbulkan.
Entah-entah,
awak dah lama tahu yang Takdir itu memang dah kahwin dengan orang lain, bukan?
Tak, Allah. Murni, jangan tuduh saya begitu.
Sedih hati saya. Saya memang tak tahu apa-apa.
Sumpah, saya memang tak tahu apa-apa, Murni.
Takdir pun memang tak pernah cerita apa-apa dengan saya.
Tak apa, Cik Nur. Nanti awak balik, ya.
Assalamualaikum.
Waalaikumusalam.
Habis itu, siapa nak tutup pintu?
Tidak. Khaty, bawa sini.
- Awak dah minum banyak. - Awak!
- Khaty, awak tahu tak? - Apa?
Saya nak beritahu awak, okey.
Dalam hidup saya,
ini kali pertama saya tengok isteri
mabuk selepas suami dia mati.
Ya, Allah!
Hei.
Begini kamu raikan pemergian arwah?
- Budi, mari duduk sini. - Ya, duduk.
- Hei! Kenapa tutup? - Hei, apa masalah awak ini?
Kalau awak nak meratap pasal pemergian Chief Zack itu,
tolong pergi!
Tapi tak payah awak nak kawal saya.
- Ini emosi saya. Ini cara saya meratap. - Sedih.
- Hei, Budi. - Budi!
Beri balik. Telefon mahal itu. Beri balik.
Awak nak balik benda ini?
- Ya, nak. - Nak.
Saya boleh beri,
tapi lepas saya cakap satu benda ini.
Apa?
Saya nak puan arahkan semua orang-orang kita
untuk menghadap Chief Ustaz esok.
Kita kena adakan perjumpaan.
Arah?
Hei.
Awak arahkan puan?
Ya.
Sebagai orang kanan Chief Ustaz, saya arahkan puan
untuk panggil semua budak-budak kita,
sebab Chief Ustaz tak ada akses dengan mereka.
Budi. Awak tahu, bukan?
Awak ini pengawal rumah ini,
dan saya ini puan. Puan.
Walaupun saya ini pengawal,
tapi saya kena menurut perintah arwah Chief Zack,
untuk bantu Chief Ustaz.
Jadi esok kita wajib adakan perjumpaan
dengan orang-orang kita.
Budi. Awak memang berlagak, bukan?
Acah saja. Awak berlagak.
Saya tak kisah awak nak cakap saya berlagak atau apa,
tapi saya dah janji dengan arwah Chief
untuk setia dengan Chief Ustaz,
dan saya tak akan khianati dia.
Khaty.
Khianat?
Hei, awak ini memang cari pasal dengan saya atau apa?
Awak tak puas hati dengan saya?
- Kenapa? Awak terasa atau apa? - Apa?
Awak berdua, janganlah nak gaduh,
tapi kalau kamu berdua nak gaduh juga,
No comments yet. Be the first to leave one.