The first 200 lines.
Awak berdiri di depan permaisuri Tujuh Kerajaan
dengan naga Kerajaan Targaryen.
Bukan pilihan saya!
Apa yang awak nak?
Saya nak belajar cara menunggang naga.
Dan berkhidmat kepada permaisuri saya.
Tuanku.
Awak tunduk dengan cepat untuk seorang yang baru naik.
Naga ini yang datang kepada saya, bukan saya datang kepadanya.
Saya bermandi peluh berkhidmat untuk kerajaan Velaryon.
Saya nampak biasa saja, tapi banyak yang saya tahu dalam berkhidmat.
Jika dewa pilih saya untuk galas tugas yang lebih besar
takkan saya nak tolak?
Berdiri.
Siapa ibu bapa awak?
Mak saya pembuat kapal.
Ayah saya
bukan orang penting.
Nenek moyang awak? Ada dari Kerajaan Targaryen?
Keluarga kami tak simpan rekod susur-galur, tuanku.
Siapa nama awak?
Addam. Dari Hull.
Awak telah buat sesuatu
yang saya rasa mustahil
Addam dari Hull.
Saya gembira dengannya.
Awak rasa awak boleh bawa ia ke Dragonstone?
Saya boleh cuba.
Sepanjang hidup saya
saya telah berusaha untuk berkhidmat kepada rumah dan kerajaan.
Sekarang semua itu tiada makna.
Kita diketepikan.
Atau dibenci.
Tuanku akan ada parut
tapi ia boleh disembunyikan.
Tiada apa yang suci di sini.
Saya nak keluar, Ser Rickard.
Keluar?
Ke Kingswood, saya rasa.
Saya akan minta pelayan sediakan rombongan.
Tak perlu rombongan.
- Kalau begitu, pembantu. - Tak perlu pembantu.
Hanya awak.
Ini untuk apa? Blok atau sangkar burung gagak?
Tembok.
Putera pemangku raja sangat bertimbang rasa.
Mereka mulakan rusuhan.
Nampaknya keadilan telah ditegakkan.
Saya ada terima berita penting.
Ada khabar angin yang ada orang nampak naga Seasmoke
bersama penunggang.
Berita yang penting.
Sekarang awak nak beritahu dan memenangi hati Putera Aemond.
Sebenarnya saya nak minta nasihat awak, Lord Larys
kerana awak selalu tahu tentang khabar angin.
Tunduk kepada Putera Pemangku Raja Aemond Targaryen.
Tapi ini khabar angin awak, Lord Jasper, bukan saya.
Kalau awak rasa ia berharga, mungkin awak boleh beritahu
dan memenangi hati Aemond sendiri.
Awak akan tinggalkan jubah putih untuk jubah hitam
dan berkhidmat di Tembok.
Siapa penunggang itu?
Saya tak pasti.
Tapi tentu Lady Rhaena. Dari dulu dia mahukan naga.
Ya, tapi dia pernah cuba semasa umur 14 tahun.
Naga Seasmoke hampir makan dia. Siapa lagi?
Ya, tak ramai.
Mana awak dengar khabar angin ini?
Pekerja saya.
Dia dengar daripada penasihat
yang dengar daripada ayahnya, seorang nelayan
rakan sekapalnya kata dia nampak.
Awak boleh beritahu berita ini kepada putera pemangku raja
tapi mungkin ini khabar angin yang patut sampai sendiri.
Permaisuri tak apa-apa.
Bagaimana dengan penunggang itu? Kita tahu siapa dia?
Nampaknya dia pembuat kapal
yang bekerja dengan awak, tuan penasihat.
Orang biasa?
Dengan segala hormat kepada pekerja awak, Lord Corlys
orang biasa tak boleh menunggang naga.
Pencuri itu dah ditangkap?
Permaisuri arahkan dia kekal di sini sebagai tetamu.
Dia mahu penunggang itu diajar cara menunggang naga
dan saya patut ajar dia High Valyria.
Kita tak tahu apa-apa tentang dia, kecuali dia orang biasa.
Apa pendapat awak, Tuan Penasihat?
Kita tunggu jawapan permaisuri sebelum membuat apa-apa keputusan.
Di mana permaisuri?
Permaisuri beritahu yang dia takkan hadir.
Jadi dia berkhidmat kepada tuanku, bukan dirinya sendiri.
Bertuahnya.
Bertuah? Atau mengarah?
Seasmoke pilih dia. Tentu dia ada darah Targaryen.
Naga itu dapat mengesannya. Akan ada yang lain.
Kita akan ada penunggang untuk Vermithor dan Silverwing.
Tuanku percayakan dia?
Saya ada pilihankah? Dia ada naga.
Tanpa dia, saya hanya ada Syrax
yang mungkin akan serang Aemond sekali lagi.
Persoalannya ialah di mana nak cari.
Darah Targaryen tak kuat untuk Ser Steffon Darklyn.
Kalau saya boleh jumpa orang yang keturunannya lebih dekat...
Maaf, tuanku.
Tapi lebih baik tuanku cari
di bawah tilam dan di dalam longgokan kayu.
Saya pernah bekerja di rumah pelacuran
tempat di mana putera-putera Targaryen berseronok.
Paling kurang 80 keturunan luar nikah mereka yang saya tahu.
Tentu ada lebih lagi, mungkin di Dragonstone juga
anak luar nikah dalam kerajaan tuanku.
Maksud awak orang biasa.
Mereka berkhidmat kepada tuanku sebagai bangsawan, atau lebih lagi.
Tapi dalam keluarga bangsawan, ada perjanjian lama.
Ada penghormatan.
Adik-beradik tiri tuanku, Aegon dan Aemond
keturunan raja sebenar, berperang dengan tuanku untuk takhta
mereka terikat dengan penghormatan?
Pembuat kapal berikrar untuk berkhidmat kepada tuanku
sementara adik-adik tuanku nak jatuhkan tuanku.
Kepentingan telah berubah, tuanku.
Kenapa tak terima saja?
Selama 20 tahun, tuan-tuan kerajaan hina anak-anak saya di belakang saya.
Kalau begitu
mari kita bina tentera anak-anak luar nikah.
Tuan.
Tuan?
Awak dah mendapat nama.
Saya nak berhenti daripada menjadi
pembuat kapal yang berkhidmat untuk awak.
Ramai orang yang baik dan kuat yang boleh gantikan tempat saya.
Saya benarkan.
Syabas.
Lord Tully dah jawab seruan dan bawa tentera Riverlands, tuanku.
Takziah atas kematian datuk awak.
Tapi mahkota ucap tahniah atas kenaikan awak sebagai ketua kerajaan
dan tuan utama Riverlands. Sungguh mulia, tahniah.
Saya tak buat apa-apa.
Tapi awak ada di sini, itu yang penting.
Tuanku pantas menghalau saya sebelum ini.
Awak tiada guna bagi saya ketika itu. Tapi sekarang...
Saya dah ada hos besar saya.
Awak perlu buat keputusan.
Saya pasti awak tahu apa keputusan yang betul.
Maaf, tuanku.
Saya tiada pengalaman dalam hal begini, seperti tuanku kata
tapi saya nampak tuanku ada masalah besar sekarang
kerana biadab atas nama permaisuri.
Awak di pihak siapa?
Riverlands disatukan dengan perjanjian.
Kerajaan Tully telah bersumpah kepada Raja Viserys.
Kami iktiraf kekuasaan waris sebenar, Permaisuri Rhaenyra
dan tuanku sebagai raja permaisuri.
Bagus.
Kita pergi jumpa pengikut awak
dan awak angkat sepanduk untuk berperang.
Itu mungkin sukar, tuanku.
Tapi...
Saya dengar mereka akan tunduk
apabila Kerajaan Tully isytiharkan kesetiaannya.
Betul, tapi belum pasti
mereka akan ikut saya, kerana saya masih baru.
Ada satu lagi masalah.
Mereka tak suka tuanku.
Mereka tak perlu suka saya. Mereka cuma perlu berlawan.
Tuanku, tuan, tentera Riverlands menunggu.
Kita tak boleh tangguh lagi.
Ayuh, Lord Oscar.
Fajar tiba selepas kegelapan.
Tuan baru, permulaan baru.
Mari kita lupakan semua peristiwa buruk.
Selamat datang, tuan-tuan.
Terima kasih kerana menjawab seruan saya.
Saya tak seperti datuk saya
tapi saya nak bermula dengan baik dan teruskan dari situ.
Baik.
Satu perkara yang pasti.
Orang Riverlands menghormati cara lama dan mematuhi tradisi.
Inilah tradisi.
Grover Tully dah meninggal, Lord Oscar menggantikan tempatnya.
Kamu dipanggil ke sini untuk bersumpah kesetiaan kepadanya
dan sebagai pemegang sepanduk, patuh arahannya.
Arahan apa?
Dia telah menyerahkan kerajaannya dan kerajaan awak kepada saya.
Lord Oscar, selama turun-temurun kita dibimbing
oleh penilaian keturunan awak.
Kenapa sekarang kita perlu ikut orang yang lebih muda daripada anak saya
dan awak bersekutu dengan orang yang menganiaya
orang tak bersalah untuk capai matlamatnya?
Saya cuma buat apa yang perlu, tuan.
Perkenalkan, ini pengkhianat, Amos Bracken dan anaknya.
Awak juga mengkhianati kerajaan awak, Willem Blackwood.
Saya tersinggung, Lord Piper. Saya mengaku saya muda.
Dan saya tak suka Daemon Targaryen.
Dia menghina dirinya dan mahkota dengan perangai begini.
Tapi dengan tiada pengalaman untuk membimbing saya
cara terbaik membatalkan sumpah datuk saya kepada Raja Viserys
semasa dia menamakan Rhaenyra sebagai warisnya.
Saya tak nampak sebab untuk ketepikan kesetiaan
walaupun saya rasa sangat jijik dengan wakilnya, tuan putera.
No comments yet. Be the first to leave one.