The first 200 lines.
Hujan lebat musim tengkujuh yang sedang melanda Singapura telah menyebabkan
banjir teruk yang meragut beratus-ratus nyawa,
manakala 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Sebuah dana telah ditubuhkan dan barangan keperluan dan makanan
telah diagihkan kepada mangsa akibat bencana alam ini.
Singapura kini berdepan dengan keadaan yang belum pernah dilalui.
Sedang pemerintah berusaha untuk mengatasi kesan daripada bencana alam ini,
negara ini dilanda pula pertempuran untuk rebut kawasan di antara
kumpulan-kumpulan samseng dan kadar jenayah yang semakin meningkat.
Pencuri!
Siapa buat bisnes seperti ini? Kau nak matikah?
Kau dengar tak?
WISKI LEDUK
Omar!
Omar, kau dah bangun atau belum?
- Omar! - Pintu tak kunci.
Selamat...
Omar!
Kau kenapa?
Belum mandi lagikah?
Apa masalah kau?
Rumah berhabuk seperti ini.
Bukalah sedikit.
Ini...
Aku bawa sarapan untuk kau.
Makan...
Boleh tak kau buka ini?
Kan elok ada matahari masuk.
Ya Allah.
Dengan rumah seperti ini...
Bagaimanalah kau boleh hidup di dalam ini, Omar?
Aku tak fahamlah. Aku dah cakap banyak kali, Omar.
Kahwin, ada orang jaga kau.
Kau tengok aku, ada orang jaga.
Penuh lagi ya? Bagus.
Ini botol baru atau botol lama?
Lama... Belum sentuh lagi.
Bagus.
Cara aku ini memang boleh menguji masalah kau.
Hari demi hari aku kagum dengan kau.
Dah, kau makan.
Segak sangatlah itu. Engkau dengan uniform baru.
Tak payah. Kau tak payah beritahu. Aku tahu aku memang segak.
- Mana uniform kau? - Itu.
Kau ini Omar...
Apa masalah kau?
Omar? Hari ini hari pertama kita.
Kita perlukan kerja kita. Penting untuk kita.
Jaga trafik itu bukan kerja kita, Yusof.
Ya, betul. Memang bukan kerja kita.
Tapi sekarang ini kau faham atau tak yang kita perlukan kerja ini.
Bukan lama pun, sementara saja.
Nanti Kapten Rajan bersihkan nama kita,
kita boleh balik kerja dulu.
Ini...
Orang kaya yang kena culik hari itu.
- Aku dengar kerja Bull. - Tak tahu, aku dah tak ambil tahu.
Lagipun kes itu Chen sudah ambil alih.
Itu kes kita.
Engkau yang dapatkan maklumat itu.
Chen itu kerja asal boleh.
Entah-entah kerana Chen, lelaki itu dah kena bunuh dah.
Cepatlah.
Cium sedikit saja, marilah.
Gatallah kolar ini.
Tolonglah, sedikit saja.
Lepaskan aku!
Hei!
Askar mabuk.
Lepaskan dia!
Ini bukan urusan kau.
Sebenarnya, ini jalan saya.
Jadi...
Ini urusan saya.
Pergi atau kilatkan kasut saya.
Ya, okey.
Hei!
Hei, Omar.
Ganasnya kau ini.
Mana?
Maaf.
- Kau tak apa-apa? - Aku tak apa-apa.
Kau fikir aku tak boleh jaga diri sendiri?
Mengacau.
Kau ini orang dah tolong, berlagak pula.
Suka hati kaulah.
Omar!
Letak balik barang itu.
Kacau saja.
Ewah!
Berlagak betul dia ini.
Kita biar saja dia mati tadi.
Beruntung Mat Salleh ini semua tak mati.
Tak berterima kasih pun dengan kita.
Budak perempuan itu yang buat mereka datang sini.
Entah-entah nak bunuh, nak kerat leher mereka.
Dah, mari.
Jangan apa-apakan bapa saya.
Tolonglah!
Kalau orang lain tahu aku ke sini,
anak kau akan aku bunuh.
Faham.
Cepat!
Telefon isteri kau.
Kau tahu kan apa yang kau mahu cakapkan.
Helo.
Helo, sayang. Ini aku.
Hei bos, awak pasti?
Ini kawasan Tropicana Dragonfly.
Kenapa? Kau takut pada pelacur?
Kalau kau mahu tengok suami kau hidup,
kau mesti beri aku wang.
Aku beri kau masa sehingga malam ini.
Kau simpan sahaja dia.
- Apa kau cakap? - Kau simpan sahaja dia.
Orang tua tak guna.
Pemabuk. Kaki perempuan.
Kaki judi.
Hisap candu pula itu.
Kau beri dia mati, aku lagi senang, lagi bagus.
Terima kasih.
Mari pergi!
Ini urusan polis.
Pelan-pelan.
Polis!
Ke tepi!
Polis dah sampai.
Kau tak guna!
Polis! Jangan bergerak!
Jangan bergerak! Polis! Jangan bergerak!
Jangan bergerak!
Yusof.
Tuan-tuan!
Tropicana layan semua pelanggan sama sahaja.
Hormatlah saya sikit.
Ini kawasan Dragonfly.
Hei! Aku tak kisah.
Ini urusan polis. Ke tepi.
Kau rempuh masuk tempat aku tak beri salam.
Tahu-tahu kau bertindak ganas lengkap dengan senjata kau.
Kau tak tahukah?
Di sini ada pertempuran untuk rebut kawasan.
Kami cuma nak pertahankan diri.
Aku kata ke tepi.
Dia di atas.
Ini benar-benar buat aku marah.
Apa aku nak buat bila polis dah tahu tentang ini sekarang?
Mungkin ada musuh dalam selimut di kalangan kita?
Atau ada pembelot yang bernasib baik.
Aku benar-benar minta maaf!
Maaf?
Bolehkah aku dapat balik duit aku dengan minta maaf?
Bunuh dia!
Mati!
Budak, sini.
- Cakap. - Cobra dah mati.
Bagaimana dia mati?
Ada orang tembak dia di kedai Muru.
- Beri bapa dan mama kau. - Terima kasih, pak cik.
Baliklah.
Selamat!
Bagi meraikan Cobra jadi ular tanpa kepala.
Mari.
Kenapa kau tak beritahu aku?
Beritahu atau tidak beritahu, kena pukul dengan perempuan buat malulah.
Jangan jadi polislah.
Hei! Jangan kurang ajar!
Kalau aku beritahu kau pun,
kau dengan budak-budak kau tak boleh selesaikan masalahlah.
- Kurang ajar pula. - Bikin kecoh lagi.
Sudah!
- Kapten! - Kapten!
Kau sepatutnya jaga trafik.
Kapten! Budak mentah ini perangkap kita.
Mereka ada maklumat tapi tak mahu kongsi.
Aku dah cuba kongsi cerita dengan kau
bila mula-mula kita dapat tahu tentang kes ini.
Tapi seperti biasalah. Kau mana nak layan?
Kau salahkan aku?
Bagaimana kau tahu yang orang tua itu nak pergi mana?
Lily tak nak kecoh di Tropicana, Kapten.
Memang dia layan Dark Horses dengan Snakes.
Tapi dia pun tak nak biarkan ada orang tebusan ada dalam kelab dia.
Siapa yang beritahu kau?
Budak Triple Niners, kapten.
Mereka pintas panggilan telefon.
Salah seorang daripada mereka kenal suara budak Dark Horse.
Jadi mereka cuai dan mereka beri banyak maklumat.
Operator telefon?
Mereka sepatutnya lapor semua kegiatan kepada kami.
- Yang mana satu? - Tak payah tahulah.
Dia tak pandang kau pun kau ini.
- Kapten! - Sudah!
- Chen. - Tuan.
Kau dan budak-budak kau pergi bersihkan diri.
Pergi bawa orang tua itu balik kepada isterinya.
Pergi.
Baik, tuan.
Kapten.
Sini!
No comments yet. Be the first to leave one.