The first 111 lines.
Jangan buat naga marah
King Lear babak 1 adegan 1
Nama saya Jackson Norris.
Ini hari yang paling penting dalam kerjaya saya.
Temu bual terakhir bersama banduan terkenal di Amerika.
Lelaki yang disangka pengganas digelar Mandarin...
...rupanya hanyalah seorang pelakon.
Setakat ini, dia mengelak untuk menjawab soalan saya...
...dan tak tahu apa-apa tentang tujuan temu bual saya.
Malah, dia tak tahu apa-apa tentang semua perkara.
Dia cuma tahu dia selebriti makin popular.
Dia datang.
Sekarang, seluruh dunia tahu namanya.
Trevor!
Ini peluang terakhir saya untuk dedahkan penipuannya,...
...bersemuka dengan dia, soal tentang masa silamnya...
...untuk dedahkan kebenaran.
Sebab kita perlu tahu,...
...siapa Trevor Slattery?
Aduhai. Teruknya, tak macam The Ritz.
Hei, berhenti!
Hei!
En. Slattery, awak patut tunggu saya.
Waktu makan di sini tak selamat untuk selebriti macam awak.
Herman, kita nak makan dengan siapa tengah hari ini?
Pembunuh bersiri? Pedofil? Ahli kongsi gelap menyeronokkan.
Ingat, awak ada temu bual dengan En. Norris pukul 3:00.
Kalaulah ibu saya dapat tengok dokumentari saya.
Awak patut buat temu bual eksklusif dengan 60 Minutes.
Saya dah cakap, saya takkan bekerja dengan CBS lagi.
Sekejap. Herman, mana susu coklat saya?
Maaf, saya pergi ambil.
Alang-alang awak di sana, tolong tengokkan jika ada kale.
Baiklah.
Oh!
Alamak.
Awak dah kotorkan jumpsut saya.
Bertenang.
Awak tahu apa saya nak sekarang?
Autograf?
Saya nak orang ramai dapat apa yang mereka mahukan.
Mayat awak terlentang di atas papan.
Hei, penagih.
Ada apa?
Oh, peminat saya.
Mengalah sajalah.
Awak bukan Mandarin, Slattery.
Malah, awak bukan penjenayah.
Sebaliknya, Dave.
Jika pelakon menghayati watak, dia akan menjadi wataknya...
...atau wataknya menjadi dirinya.
En. Slattery?
Saya dan yang lain nak tengok kalau awak boleh...
Boleh buat suara itu.
Fletcher, ia bukan sesuatu yang saya boleh terus buat.
Saya bukannya patung awak.
Baiklah.
Kau takkan sedar kehadiran aku.
Oh!
Nampak? Saya dah cakap.
Saya dah kata, dia akan buat. Terima kasih.
- Saya rasa seram sejuk. - Terima kasih.
- Seram sejuk! - Terima kasih.
Oh! Susu coklat saya.
Pemasa
Kita mula apabila awak dah sedia.
Pemanasan vokal. Tabiat sejak berlakon teater.
Waktu awak mula berlakon dulu, mesti awak tak pernah terfikir...
...awak akan berada di tempat begini.
Boleh tahan juga. Pijak orang lain...
...boleh buat saya dapat layanan VIP.
Nampaknya, awak selesa di sini.
Ada sesetengah benda yang saya rindu.
Ketamine, tentunya.
Burung.
Tapi saya boleh bertahan.
Kita semua pernah pergi ke kolej drama, bukan?
Awak faham maksud saya?
Okey, Trevor. Ini hari terakhir kita.
- Hari terakhir? - Ya.
Kita dah bincang perkara asas. Awak direkrut Aldrich Killian.
Watak ketua geng gabungan hasil idea kumpulan pemikirnya...
Watak yang saya hidupkan. Teruskan.
Satu soalan yang orang ramai tanya saya...
...apabila saya kata saya kenal awak ialah,...
..."Macam mana dia boleh tak tahu apa yang berlaku?"
- Tiga perkataan. - Apa?
Dadah menyeronokkan.
Okey.
Sebagai penutup temu bual ini,...
...saya nak tahu lebih lanjut tentang lelaki di sebalik topeng.
Trevor Slattery yang sebenar.
Banyak gosip tersebar di Internet dan akhbar tabloid.
Tak banyak kita semua tahu tentang awak secara peribadi.
Saya rasa, seorang pelakon perlu kekalkan unsur misteri.
Kalau tidak, ia boleh mempengaruhi persepsi penonton.
Apa itu?
Saya jumpa gambar ini dalam arkib akhbar Inggeris...
...bernama The Liverpool Echo.
Itu awak dan ibu awak, betul?
Ya, betul.
12 Oktober 1964.
Hari itu, saya dapat watak pertama saya.
Bosun 1, karya Shakespeare Tempest.
Saya kata saya pelakon utama. Saya memang pandai menipu.
Pasti kamu berdua rapat.
Dialah segala-galanya bagi saya.
Dia meninggal pada 1986. Tapi awak tiada di sisi dia.
Betul. Saya di Amerika, pertama kali dapat watak utama.
Untuk drama TV rintis di rangkaian CBS.
Caged Heat. Drama yang hebat...
No comments yet. Be the first to leave one.