The first 200 lines.
AGENT KIM REACTIVATED
EPISOD 8
Siapa komander yang lepaskan kau?
Siapa bangsat yang menyusup masuk ke Utara?
Mereka guna laluan mana untuk menyeberangi sempadan?
Kamu tak ada nama pertama atau nama keluarga.
Tengok kalau kau tahan.
Kuatkan semangat!
Kembali ke negara kita sebagai wira.
Kita tengok berapa lama kau bertahan?
Kau akan buka mulut juga nanti.
Utara mungkin dah buang awak,
tapi awak masih perlu hidup di sini.
Siapa ada dalam rantaian perintah Unit Cheonsan?
Senaraikan semuanya, mula dari atas.
Anak haram!
Senaraikan semua operasi yang kau sertai!
Kau takkan boleh tahan ini.
Siapa bangsat yang bekerja dengan kau?
Bagi nama dan rangkaian mereka.
Kau memang lelaki sejati, ya?
Siapa yang buat begitu?
Beritahu aku semua butirannya.
Lupakan semuanya, lupakan kisah silam dan hidup sebagai ayah Min-ji.
Ayah!
Ayah!
Kalau begitu, baiklah.
Biar aku sejukkan badan kau.
Kau faham, bukan?
Tentu kau dahaga.
Kembalilah. Saya akan tunggu ayah.
Saya juga sangat sayangkan ayah.
Min-ji…
Beritahu lokasi unit itu.
Cakap!
Aku akan lepaskan kau.
Kita lupakan kisah silam.
Berkhidmat untuk negara kau.
Ini negara kau!
Akhirnya kau kembali ke tempat asal.
Kau akan kembali jadi pejuang revolusioner berjasa
untuk negara kita!
Bangsat.
Ini yang kau nak?
Anak haram.
Kau tahu?
Aku akan pastikan
anak kau alami nasib yang sama.
Aku boleh buat lebih teruk.
Kau akan jadi gila, betul?
Hei, keparat.
Kau dah pengsan?
Mengecewakan betul.
Sekejap.
Kau belum mati, bukan?
Hei.
Nombor 66.
Selamat kembali ke Korea Selatan.
AGENT KIM REACTIVATED
Helah itu pasti sangat meyakinkan
sampai orang Korea Utara pun percaya.
Pintu itu ibarat garisan selari ke-38.
Saya dah cakap, bukan?
Dia takkan sesekali khianati kita.
Kenapa biarkan saya hidup?
Awak tanya soalan yang sama lebih kurang 20 tahun lepas.
Pendirian kami sama macam dulu.
Bukan sebab kami suka awak
atau kasihankan awak.
Tapi kami memutuskan untuk gunakan awak buat kali terakhir
demi manfaat negara kami.
Kalau awak selesaikan misi ini,
awak akan bebas semula.
Anak awak juga.
Kamu akan dapat identiti baru.
Apa misinya?
Jelaskan.
Beberapa hari lepas, pegawai tertinggi Korea Utara
melarikan diri ke China dan memohon suaka daripada kita.
Membawanya ke sini tak sukar, tapi ia berlaku serentak
dengan rundingan antara Utara dan Selatan
yang menyukarkan kami.
Kalau Utara tahu kami berikan dia suaka…
Tidak, mereka pasti akan tahu juga.
Walau apa pun, kita terpaksa menafikannya.
Sebab itu awak ditugaskan untuk melindungi pemohon suaka itu.
Itu tugas awak sehingga rundingan selesai dan delegasi kembali ke Utara.
Disebabkan masalah yang kau timbulkan,
Utara akan bawa ejen mereka juga.
Macam mana dengan keselamatan Min-ji semasa saya melakukan misi ini?
Jangan risau.
SMD akan melindungi dia.
Kau?
Aku pun tak percayakan kau. Aku tak percayakan perisik macam kau,
tapi anak kau ialah rakyat Korea Selatan,
dan aku akan pertaruhkan nyawa untuk lindungi mereka.
Sudahlah.
Awak pun tahu dia memang bertanggungjawab.
Cuma perangai dia memang teruk.
Saya juga ada permintaan.
Tidak.
Saya ada syarat.
Lepaskan Sung Han-soo dan Park Jin-cheol.
BILIK PENGASINGAN
BILIK TAHANAN
Kamu semua memang kejam!
Apa salah aku, sial?
Tak perlulah ikat mulut aku!
Ingat aku menggigit? Ya?
Aduh, laparnya.
Laparnya.
Aku kelaparan.
Hei.
Rakan sekerja Kim
dan En. Kedai Dobi.
Aku takkan lari.
Macam mana aku nak buat begitu?
Boleh buka ikatan mulut aku?
Tolonglah?
Tolonglah, aku merayu.
En. Park Jin-cheol, awak akan dipindahkan.
Ke mana?
Penjara tentera?
Awak akan diberikan sedatif.
Kami ikut protokol. Sila beri kerjasama.
Sekejap!
Terlalu bahaya. Kita buat dari luar.
Macam mana?
Senapang pelali.
Senapang pelali?
Senapang pelali?
Ya, senapang pelali.
Boleh jangan bergerak? Kau akan cedera!
Tolong beri kerjasama. Kami ikut protokol!
Apa kamu nak buat semasa aku pengsan?
Aku bukan haiwan yang terlepas dari zoo.
Biar aku cuba.
Aku dah cakap itu sia-sia saja.
Sial betul!
Hei, mana boleh baling pada masa sama…
Tak mungkin, celaka!
Kau takkan…
Akhirnya.
Tak mungkin, celaka!
- Tak mungkin. - Tinggal dua.
- Berhenti! - Ini dah melebihi dos maut.
Satu tembakan pun dah boleh pengsankan lembu.
Tak mungkin, celaka!
- Habiskan semuanya. - Cukuplah.
Habiskan saja!
Tembak.
Berhenti. Cukuplah.
Cukup…
Cukuplah.
Jangan tembak lagi.
Tak mungkin, celaka.
Tak mungkin.
Tak mungkin…
Hei!
Jangan biarkan kami begini!
Cengkerik Tanah keparat.
Dia memang berdendam, ya?
Dia boleh lepaskan kita begitu saja.
Dia memang nak balas dendam.
Mereka ejen SMD.
Mana boleh ikutkan perasaan.
Baling kunci pun jauh sangat.
Musibat betul.
Aku akan lapor kepada Hak Asasi.
Aku ini apa, anjing?
Hei.
Bangun.
Biar betul.
Kenapa matanya terbuka? Seramnya.
Tengoklah kau. Patutlah orang SMD itu marah sangat.
Buka sendiri, okey.
Kami di mana?
Aku di mana?
Han-soo?
Han-soo!
Han-soo!
Itu cuma mimpi?
PERHENTIAN BAS
Maafkan saya.
- Ya. - Ada orang di sini?
Ya?
Helo, puan.
Boleh saya tanya?
Saya berada di mana?
Di dalam kedai.
Betul, di dalam kedai.
Seoul jauh tak?
- Orang kata jauh juga. - Okey.
Tapi di Korea, semuanya dekat saja.
- Betul. - Kita di Haenam.
Haenam.
Haenam? Maksud puan, Haenam yang saya tahu?
Bukan nama kejiranan dekat Seoul yang dipanggil Haenam,
tapi Haenam di hujung paling selatan Korea?
Kenapa banyak sangat soalan?
No comments yet. Be the first to leave one.