The first 200 lines.
Tiada orang beritahu ia akan sesejuk ini.
Ia normal.
Cecairnya tak sehangat badan kita, jadi suhu teras kita menurun.
Tiada orang sebut tentangnya.
Lain kali awak datang, suruh mereka panaskan cecair. Ia akan membantu.
Terima kasih.
Hei. Awak seperti arif tentang rawatan ini.
Berapa lama sehingga kita rasa hasilnya?
Saya perlu bekerja sejam lagi,
tapi saya tak mampu minum air pun pagi ini.
Mungkin awak patut berhenti minum tequila malam tadi.
Bagaimana awak tahu?
Ada kesan garam di hujung jaket,
kerengsaan di sekitar kutikel di tangan kanan,
mungkin sebab pegang terlalu banyak limau nipis
dan separuh cap tangan daripada bar HernΓ‘ndez y HernΓ‘ndez.
Awak detektif?
Atau sesuatu.
Awak selalu ke sini?
Sekali seminggu sejak tiga bulan lepas.
Saya dah cuba semua rawatan yang mereka tawarkan.
Jadi, apa penyakit awak?
Saya tak tahu.
Satu lagi hukuman awam yang boleh dibuat melalui e-mel.
VanPelt tak begitu teruk. Terima saja hukuman dan teruskan hidup.
Diam. Dia dah datang.
Selamat pagi, semua.
Saya kagum melihat kamu semua hadir.
Lebih kagum melihat saya dapat helaian jualan tepat pada masanya.
Mari mulakan.
Barat Tengah. Zach.
Tinjauan pelanggan naik setengah mata
dan awak jual duaβ¦
Dua ratus pemegang tunggal.
- Terima kasih, Ivan. - Saya cuma baca nombor.
Chet. Lajur awak terlalu lebar.
Ada format yang betul.
Helaian jualan perlu kemas dan teratur.
- Awak tak apa-apa? - Saya tak apa-apa.
Beralih ke pantai barat, Simone. Awak tahu tentang Aqueduct 4000?
Krom, dipasang di tengah, aliran rendah untuk yang pentingkan alam sekitar.
Sekarang saya faham sebab awak tak jual satu pun. Rachel.
Tuan-tuan dan puan-puan, ini keajaiban reka bentuk dan kejuruteraan moden.
Kemasan berkilau seperti cermin, dibalut mengelilingi muncung berleher angsa
terunggul dalam industri.
Pemegang melengkung ergonomik
yang menjamin aliran sempurna setiap kali.
Sebuah karya agung yang patut terjual sendiri.
Semua peruntukan klien kita terhad sekarang.
Terhad?
Saya tak peduli!
Tiada siapa yang lebih tertekan daripada saya sekarang!
Ivan?
- Apa yang berlaku? - Tolong.
911, apa kecemasan anda?
Saya rasa bos saya mengamuk.
- Apa yang berlaku? - Dia menjerit dan tiba-tiba rebah.
Nama dia Ivan VanPelt. Dia ketua pasukan kami.
Eddie, pergi ke sana.
Ivan, LAFD.
Baringkan dia di atas meja.
Satu, dua, tiga.
Semasa jatuh, kepala dia terhantuk? Dia pegang dada?
Dia pegang kelangkang.
Periksa kawasan itu.
Hen? Ada sesuatu yang keras di sini.
Maksud saya, bukan anggota badan dia.
Baiklah, mari periksa.
En. VanPelt?
Apa itu?
Cawat besi saya.
Ya, sesetengah keseronokan lebih baik ditangguh.
Tekanan darah 160/80. Kita perlu tanggalkan benda ini.
Dikunci. Kita perlu dapatkan kuncinya.
Ivan, awak tahu di mana kuncinya?
Hei, ada sesiapa nampak kunci?
Dia menelannya.
Kenapa dia telan?
Sebab saya paksa dia.
- Siapa awak? - Simone, Naib Presiden Pantai Barat.
Wanita yang mendominasi dia.
En. VanPelt orang suruhan saya, bukan?
Ya.
Simone, kenapa? Dia layan awak dengan teruk.
Dia dapat seperti yang dia beri.
Kapten, saya tak suka bengkak ini.
Jika terlalu lama, ada risiko nekrosis dan dia boleh kehilangan anggota badan.
Jangan buat saya kehilangan anggota badan.
- Buck, ambil pemotong. - Ya, baiklah.
Baiklah, Ivan. Sedikit jeli petroleum untuk melindungi kulit.
Okey, Buck. Bila-bila awak bersedia.
Hati-hati.
Kapten, kalau dia asyik bergerak begini,
saya akan potong "VanPelt" dia.
Simone.
Awak rasa awak boleh buat dia duduk diam?
Tiada siapa kata awak boleh menggeliat, cacing kotor.
Faham?
Ya.
Jangan bergerak.
Jika awak bergerak walau sedikit pun,
kemaluan awak akan dipotong, seperti yang awak layak terima.
Faham?
Ya.
Buck.
- Okey. - Baiklah.
- Sikit lagi. - Okey.
- Berjaya! - Okey.
- Tolong selimutkan dia. - Ya Tuhan.
Kamu masih teringat panggilan "budak suruhan"?
Apabila dua orang aneh temui satu sama lain, iaβ¦
Memberi inspirasi?
Masuk akal, terutamanya apabila awak yang cakap.
- Kenapa saya? - Awak sama dengan lelaki itu.
Kenapa pula?
Sebab awak pun pakai cawat besi.
Itu seluar dalam putih, Buck.
Saya ingat awak suka seluar pendek.
Cawat besi dalam fikiran awak.
Dah setahun awak tak bersama wanita.
- Awak pun. - Itu tak benar dan bukan maksud saya.
Wanita terakhir yang bersama saya buat Christopher pergi jauh dari sini.
Saya perlu fokus pada dia.
Awak perlu berhenti berfikir.
Maksud awak, terlalu serius.
Saya utamakan anak saya.
Dengan gunakan dia sebagai cawat besi.
Tolong jangan kaitkan kedua-duanya.
Awak hukum diri sendiri, Eddie. Saya rasa sebahagian daripada diri awak sukakannya.
Metafora ini memang berkesan.
Ia tak sihat, okey? Manusia perlukan teman.
Jika terlalu banyak kekurangan, badan mula membengkak di tempat yang salah.
Awak nak saya jumpa orang asing dalam aplikasi?
Tidak, kita akan jumpa orang asing depan-depan.
Alamak.
Maafkan saya. Awak ada rancangan? Tidak.
- Bebaskannya, Eddie. - Baiklah.
Jangan cakap begitu lagi.
Saya tak janji.
Apa itu Luna?
Kenapa awak belum tidur?
Luna.
Ia ada dalam bil kad kredit kita.
Saya boleh jelaskan.
Saya harap begitu.
Saya tak nak fikir awak habiskan ribuan dolar
di klinik tanpa sebab yang baik.
Ia lebih kepada pusat kesihatan.
Dari situ awak dapat ini?
Awak selongkar barang saya?
Hen, dah berbulan-bulan awak berkelakuan aneh.
Walaupun awak di sini, awak terlalu penat atau terganggu untuk fokus.
Kemudian saya tahu awak belanjakan ribuan dolar di klinik mencurigakan?
Saya ke Luna untuk rawatan.
Rawatan apa?
Apa yang awak rahsiakan?
Saya alami simptom yang pelik
dan saya tak pasti puncanya.
Simptom apa?
Ruam, sakit otot, migrain,
loya sekali-sekala dan sangat letih.
- Sudah berapa lama? - Tak lama, beberapa bulan.
"Beberapa bulan"?
Apa ini, Hen? Kenapa tak beritahu saya?
Saya tak tahu puncanya dan tak nak awak risau.
Okey.
Apa kata doktor awak?
- Apa pendapat mereka? - Tak jelas.
Mungkin dah tiba masa untuk jumpa doktor lain atau pakar.
Pakar apa? Saya belum tahu masalahnya.
Setiap ujian darah, imbasan, semuanya tak muktamad.
Namun, awak ada jumpa doktor, bukan?
Bukan spa perubatan ini saja?
Ia bukan spa dan lelaki yang uruskannya memang doktor perubatan.
Dia suruh awak bayar beribu-ribu dolar untuk merawat penyakit misteri
yang dia tak tahu pun namanya.
Tidak, dia cuma beri cadangan.
Sebab awak yang uruskan semuanya.
Saya diagnosis orang setiap hari.
Ya, awak akan bawa mereka ke hospital untuk dapatkan rawatan perubatan sebenar.
Awak dah beritahu Chimney?
Saya tak nak buat dia atau sesiapa pun risau.
Dia kawan baik awak, Hen. Dia kapten awak.
Mungkin sebab itu awak tak beritahu.
Awak takut digantung tugas.
Ini tindakan semberono, Hen.
Hentikannya sekarang.
- Beritahu Chimney. - Tidak, Karen.
Jika awak tak beritahu, saya akan beritahu.
- Minum. - Minum.
Hei. Dia.
Tidak.
Dia.
Saya tak nak ganggu dia.
Tolonglah. Dia datang untuk diganggu. Semua orang di sini untuk diganggu.
Pergilah tegur dia.
- Awak pun bujang, Buck. - Ya, dengan pilihan.
Pilihan Tommy.
Okey, Eddie. Hubungan mata, arah pukul sembilan.
- Arah pukul sembilan siapa? - Awak.
No comments yet. Be the first to leave one.