The first 200 lines.
AGENT KIM REACTIVATED
- Min-ji. - Hei, hebatnya rumah ini!
Cantik dan besar.
Apa maksud awak? Rumah ini kecil.
Min-ji, masuk ke dalam. Bahaya.
- Saya rasa lebih kurang 10… - Masuk!
Mungkin boleh muatkan lapan orang.
Angkatlah kotak.
EPISOD 5
Hei, kenapa tak cakap yang tiada lif?
Kalau saya tahu, saya takkan datang.
Awak dah boleh balik.
Betulkah?
Awak dah ada pembantu,
jadi saya pergi dulu.
Awak nak ke mana?
Berhenti merungut. Turun ke bawah dan angkat kotak.
Atlet jenis apa
yang tak boleh angkat barang berat?
Kalau saya kuat, baik jadi atlet angkat berat.
Apa awak kata?
Taekwando bukan tentang kekuatan.
Janganlah halang saya.
Awak tak boleh pusing?
- Biar betul. - Kuat saja, tapi bodoh.
Kena guna otaklah.
Ke tepi sebelum saya lempar ini ke arah awak.
Aduhai, sejuknya.
Sedapnya.
Terima kasih, pak cik.
Sama-sama. Sila datang lagi.
- Okey. - Okey.
Nak ke taman permainan?
- Nak! - Saya pun!
Tapi saya ada kelas tuisyen.
Awak baru pindah ke sini?
Ya.
Nak pergi ke taman permainan?
Awak angkat ini.
Angkat peti sejuk.
Min-ji.
Kenapa?
Min-ji!
- Kenapa? - Mana dia?
Min-ji!
Min-ji tak ada di sini.
- Min-ji! - Dia pergi ke mana?
Min-ji!
- Min-ji! - Kim Min-ji!
Min-ji!
Min-ji!
Min-ji!
Min-ji!
- Saya cari sini. - Ya.
Min-ji!
Min-ji!
- Sorok kaki, sorok hidung - Hei.
- Aku datang - Nak sembunyi di mana?
- Awak ikut sini, saya ke sana. - Sorokkan kaki…
Aku datang
- Moga berjaya. - Sorok kaki, sorok hidung
Aku datang
Sorok kaki, sorok hidung Aku datang
Sorok kaki, sorok hidung Aku datang
Sorok kaki, sorok hidung
PUSAT KEBAJIKAN WARGA TUA JEILWON
- Min-ji! - Min-ji!
POLIS
Jom teruskan mencari.
Ayuh.
Min-ji!
Min-ji!
Tumpang tanya,
tapi kamu ada nampak budak ini?
Tak, kami tak nampak.
Terima kasih.
Hei, Kim!
- Ya? - Ada petunjuk?
Tiada apa-apa.
Mari kita balik. Mungkin dia dah ada di sana.
- Baiklah. - Ayuh.
Min-ji!
Semua orang dah keluar?
Ada sesiapa di sini?
Saya akan kunci pintu!
DITUTUP SEMENTARA
Kakak!
Kakak!
Kakak!
- Dia dah balik? - Belum.
Ke mana dia pergi?
Saya ke kompleks pangsapuri, tak jumpa.
Ya Tuhan.
Dia duduk di sini tadi.
Kenapa tak perhatikan dia?
Ya Tuhan.
- Dah periksa taman? - Aduhai.
- Min-ji! - Dia ada di sini tadi.
Kim Min-ji!
Dia ada di sini tadi.
Ayah!
Min-ji!
- Hei! - Min-ji!
Ayah!
- Min-ji! - Hei!
Kamu ke mana? Puas ayah cari kamu.
Kamu tak apa-apa?
Saya main sorok-sorok di taman permainan.
Saya tak dapat buka pintu untuk keluar,
tapi saya tak menangis.
Wah, Min-ji. Kamu sangat berani.
Terima kasih.
Tentu susah nak cari tempat ini.
Min-ji tunjuk jalan, jadi senang saja.
Dia sangat bijak.
Itu gerai ban berbentuk ikan,
peti surat
dan rumah merah.
Belajar, Min-ji.
- Agar berjaya. - Ya.
Suruh dia jadi doktor atau hakim supaya boleh tolong kita nanti.
Aduhai, itu saja yang awak fikir?
Mulai sekarang,
jangan keluar sendirian, okey?
Tak apa.
Saya minta maaf, ayah.
Ayah okey?
Ya, ayah okey.
- Maafkan ayah. - Terima kasih.
Semuanya okey.
AGENT KIM REACTIVATED
Hei!
Hei!
Buka pintu!
Tunggu dulu. Apa yang berlaku?
Dia masih hidup?
Biar betul?
Hei!
Hei, budak!
Tunggu di dalam.
Sekejap.
Apa hal?
Kau siapa?
Aku minta maaf. Tolonglah.
Aku minta maaf.
Kenapa dia tak jawab? Celaka!
Helo?
Bos, ini Seok-jung.
Kami dah nak sampai. Berhenti di mana?
Hei, kau bawa mereka?
Ya, aku bawa semuanya.
Pergi ke pejabat.
Sang-man dan Gang-min tak jawab telefon.
Baik, bos.
Siapa kau?
Kenapa buat semua ini untuk seorang gadis?
Ju Gang-chan hantar kau?
Ju Gang-chan?
Tidak?
Jadi, siapa kau?
Kau polis?
Cakap.
Mana Min-ji?
Di gudang storan sejuk.
Dia dah beku di sana.
Pergilah tengok.
Aku kata pergilah tengok.
Gudang storan sejuk?
Anak aku…
Kami cuma alihkan dia selepas dihubungi oleh anak Ju Gang-chan.
Dia memang dah mati!
Kalau…
Min-ji betul-betul mati…
aku akan…
bunuh kamu semua.
Si gila bangsat itu. Tak, aku takkan mati.
MG42 semasa Perang Dunia Kedua memang tiada tandingan.
"Gergaji Hitler." Tahu Saving Private Ryan?
Tentera Jerman gunanya untuk hapuskan penduduk Normandy.
Wah. 1,200 das seminit pada zaman itu memang gila, ya?
Kalau 1,200 das seminit, satu saat berapa?
Berapa das?
Kau tahu aritmetik?
Itu 20 das sesaat.
Bukan main-main.
Sayang sekali kita cuma boleh tengok ia di muzium sekarang.
- Sayang, bukan? - Tak juga.
Kau masih kira?
Aduhai, huru-hara betul.
Kenapa beremosi pula?
Betul,
hidup lebih mudah semasa hanya perlu gosok pakaian.
Pasti lebih mudah jika Ejen Kim hidup biasa, bukan?
Dia memang orang yang paling senang dibuli.
Kadangkala, saya tak pasti kalau dia memang Nombor 66.
Saya masih tak pasti.
Kalau saya di tempat dia,
timbalan pengurus cawangan kami pasti dah lama ditemukan mati.
Kalau nak dibandingkan, M249 yang paling hampir dengannya.
Sudah tentu, ia guna 5.56 mm peluru NATO dan ia juga lebih kompak,
No comments yet. Be the first to leave one.