The first 200 lines.
LUAR TALIAN
PENGGERA
Ya! Awak boleh, Victoria!
Ada apa, Vicky?
E-mel daripada Cloudsystems.
Saya ketua pengaturcaraan.
Awak bergurau?
Tidak, ini detik terbaik buat saya.
Vicky, Victoria.
Setengah jam lagi ada persidangan video.
- Awak tak nampak? - Tidak.
VICENTE MENELEFON
Telefon berdering. Hulurkan kepada saya.
Saya baru duduk.
- Vicente telefon. - Apa?
- Vicente. - Vicky, apa khabar?
Saya sibuk. Nak pergi mesyuarat. Ada apa?
Saya keluar lima minit lagi.
Ke mana?
Ke rumah awak dengan anak-anak.
Kenapa?
Ya Tuhan. Vicky, awak dah lupa?
Tidak, saya masih ingat.
Awak akan ke Panama dan anak-anak tinggal di sini.
Awak patut beritahu melalui WhatsApp.
Saya hantar mesej tiga minggu lalu.
Ya, saya nampak. Mereka tak boleh tinggal di rumah mak awak?
Mak saya mati tahun lepas.
Maaf, saya tak patut cakap begitu. Awak tak rapat dengan dia.
Masih ingat semasa dia minta wang awak dan kemudian buat tak tahu?
Saya pergi empat hari. Melainkan awak tak mahu jaga anak-anak?
Sudah tentu saya mahu. Mereka anak saya.
Saya menunggu mereka dan ingatkan mereka tiba lebih awal.
Semuanya dah sedia. Saya menunggu mereka. Datanglah.
Jangan lupa, Julián ada masalah di sekolah. Saya ada beritahu awak.
Ya, saya tahu. Masalah biologi. Dia tak faham mitokondria.
- Matematik, Vicky. - Ya, hipotenus dalam matematik.
Saya akan uruskan semuanya.
Sebelum awak letak, tolong hadkan masa skrin mereka.
- Mereka dah ketagih. - Saya setuju.
Tiada skrin, tiada masalah.
- Okey. - Tenanglah. Jumpa nanti.
- Vicky, boleh saya tanya sesuatu? - Ya.
Siapa hantar mereka ke sekolah?
Uber, Easytaxi, Cabify, DiDi, Beat...
Siapa akan memasak?
PedidosYa, Glovo, Uber Eats, Cornershop.
Kerja rumah pula?
Untuk kerja rumah ada Wikipedia, Google, YouTube, Duolingo, TED Talks.
- Saya faham perasaan awak. - Betul?
Mak saya teruk juga.
Saya bukan mak yang teruk, Ángela.
Saya berbeza sebab saya ibu moden. Saya faham situasi begini.
Ayah saya sangat garang. Dia buat hidup saya sukar.
Hubungan saya dengan Vicente juga teruk.
Dia selalu berlagak bagus
sebab dia berjaya dan dapat banyak wang.
Dia berlagak dan memperkecilkan orang sebab dia lelaki yang teruk.
Victoria! Saya boleh dengar!
Namun dia lelaki teruk yang baik. Bapa yang baik. Awak patut tahu.
Dia seorang ayah yang baik dan saya menghargainya.
Saya selalu beritahu awak.
Okey, jumpa nanti.
Awak nak ke mana? Mesyuarat saya 20 minit lagi. Tolong saya kemas.
Saya cuma singgah.
Ángela, sudah dua tahun awak di sini.
Awak boleh telefon, Instagram, Messenger, Facebook atau mesej terus saya.
Bersemangat sikit, sayang.
Ayah tak boleh buat apa-apa.
Tolonglah, cuma empat hari.
Empat hari pantas berlalu.
Dia ibu awak.
Hai, jika awak dengar saya,
angkat ibu jari awak.
Baguslah.
Selamat berkenalan. Gembira dapat jumpa awak.
Nama saya Victoria Rooster.
Bahasa Chile, Vicky Gallo.
Saya boleh bertutur bahasa Sepanyol juga.
Baguslah. Saya dah berpeluh-peluh di sini.
Peluang ini amat hebat. Saya ada banyak kebolehan.
Saya bertanggungjawab dan teratur. Saya suka aturan.
Awak tahu kami mahukan komitmen yang tinggi, bukan?
Awak akan dapat. Sebagai pengaturcara, komitmen saya 100 peratus.
Satu lagi calon cakap perkara yang sama. Ada setiap hari, 24 jam sehari.
Ada seorang lagi calon? Saya lebih bersedia, 26 jam sehari.
Apa dah jadi? Ángela masih tinggal di sini?
- Dia enggan kongsi bilik. - Kakak nak katil atas.
Mesyuarat sedang berlangsung. Tolong pergi.
Maafkan saya.
Jangan risau, saya tahu keadaan ada anak.
Mereka bukan anak saya, tapi anak saudara saya.
Biar saya senyapkan sekejap.
Mak ada mesyuarat penting. Keluar!
Pergi, kita uruskan nanti. Tutup pintu elok-elok.
Baiklah, maafkan saya.
Keputusan akhir akan dimaklumkan jam 9.00 malam waktu Chile hari ini.
Awak akan terima e-mel dengan nama pengaturcara terpilih.
Jam 9.00 malam saya akan bersedia.
Malah lebih daripada itu. Saya akan semak setiap masa.
Baguslah. Saya nak log keluar.
Walaupun sebenarnya saya tak pernah log keluar.
Saya dalam talian 28 jam sehari. Terima kasih, jumpa lagi.
- Tolonglah. - Tak boleh.
Awak nampak hebat. Mak suka awak datang. Berminggu-minggu mak tunggu awak.
Mak dah pesan semuanya dan pakai blaus hanya untuk awak. Ayuh peluk!
Awak dah besar. Keriting besar, kepala besar dan saiz pun besar.
Sekejap, mak perlu letak namanya.
VICKY MENCIPTA GRUP "EMPAT HARI"
Mak buat grup WhatsApp untuk kita berhubung.
"Okey, mak." Mak suka dengar suara awak.
Hantarlah emotikon, walaupun cuma kenyit mata.
Ini peraturan pertama rumah ini.
Tepat sekali. Tiada apa-apa sebab rumah ini tiada peraturan.
Mak memang hebat dan menakjubkan!
Ya! Memang tiada peraturan. Awak boleh guna telefon sesuka hati.
Jika kehabisan bateri, tiada masalah.
Ada pengecas di sini, di sana, di bilik tidur, di mana saja.
Semoga tiada apa-apa yang tak bercas.
Mak dah tukar kata laluan Wi-Fi?
Ya, kata laluannya, "Siaplah awak jika curi Internet saya."
Mulakan dengan huruf besar, okey? Mari ke bilik tidur.
- Tak berfungsi. - Awak salah eja.
Dah dapat.
Ini bilik tidur awak.
Jangan risau, Ángela tidur dengan mak. Begitulah keadaannya.
Hei.
- Siapa itu? - Alihkan kaki awak!
- Victoria, kasarnya! - Beratnya!
Katil dah sedia. Pilih katil masing-masing.
- Saya di atas! - Tidak, kakak di atas!
- Saya cakap dulu! - Kakak 15, awak sembilan tahun.
- Beza kita cuma tiga tahun. - Memang betul dia dungu matematik.
- Apa? - Tiada apa-apa.
Victoria! Di mana saya nak letak pakaian saya?
Cuma empat hari. Biarkan saja dalam beg.
Ada bilik almari pakaian di rumah.
Di sini pun ada. Walaupun tiada bilik, tapi ada almari.
Ya.
Atau awak boleh keluar dari bilik ini. Berjalan keluar.
Macam mana nak ke sekolah?
KUNCI BASIKAL ANDA SUDAH DIBUKA!
Dua basikal ini dah dibuka.
Selamat bersekolah. Sayang awak. Jumpa nanti.
- Mak tak ikut? - Mak?
Mak belum bersiap. Tak pakai kasut.
Mak perlu bekerja dan perlu hantar laman web.
Kami tak tahu jalan ke sekolah.
Apa gunanya GPS? Kenapa ia wujud?
Okey.
Mak akan pergi, tapi kali ini saja.
Senang saja. Tengoklah nanti.
Masukkan nama sekolah dalam GPS.
Apa nama sekolah awak?
- Santa Cecilia. - Santa Cecilia.
Gurau saja. Takkan mak tak tahu.
Ada tertulis pada lencana awak.
Baiklah, Santa Cecilia.
Awak tak pandai bergurau.
- Mak ambil ini. Awak ambil ini. - Saya nak ini.
Beli makan tengah hari di gerai.
Saya tiada wang.
Cakap awak bayar esok.
- Sayang awak. - Okey.
Puan! Selamat pagi, Julián.
Awak ibunya?
- Awak... - Alejandra.
Alejandra...
Guru anak awak, Julián.
Ya, gurunya. Awak baharu, bukan?
Tak, sejak dulu lagi.
Saya tak tahu jika awak sedar
prestasi dia teruk dalam matematik sepanjang tahun.
Ya, saya dapat nota dan tandatangan buku nota.
Kami hantar e-mel.
Melalui e-mel. Maksud saya tandatangan secara elektronik.
Saya sedar, tapi tak terlalu serius.
Siapa tak pernah gagal matematik?
Dia masih muda. Baru 10 tahun!
Saya sembilan tahun.
Dia bijak dengan nombor. Dia beri perhatian.
Macam yang kami tulis dalam laporan, anak awak cuma dapat gred teruk.
Peperiksaan akhir dah dekat. Jika tak lulus, dia perlu mengulang.
Mengulang satu tahun?
Ya, dia gagal sepanjang tahun, bukan sebahagian saja.
Sebenarnya, saya risau.
Aplikasi terbaik matematik ialah Math Professor.
Kami sedang muat turun.
Jadi kami akan mengubahnya.
Awak rasa prestasi Julián dalam matematik akan meningkat jika guna aplikasi?
Masuk akal juga.
Macam matematik, semuanya masuk akal.
- Saya faham. - Jumpa petang ini.
Awak dalam detik terbaik dengan rupa terbaik.
Pada masa ini. Jaga diri.
- Victoria. - Vicky.
- Piza. - Terima kasih.
Lima bintang. Lebih baik daripada tip.
- Victoria? - Vicky.
- Susyi. - Terima kasih. Lima bintang!
No comments yet. Be the first to leave one.