The first 200 lines.
RYAN-LATHROP FASILITI PENYELIDIKAN SENJATA KETENTERAAN
KAWASAN LARANGAN KAKITANGAN DIBENARKAN SAHAJA
AWAS BAHAN BERBAHAYA
BAHAYA DILARANG MASUK
GAS BERACUN
KLORIN
BIOBAHAYA
Lompat!
Dia bagus.
Terlalu bagus.
Sekarang masa untuk berparti, ya, Maggie?
Itu rakan sepasukan awak, dia telah disingkirkan.
Sekarang kita ada banyak masa untuk bermain.
Ini bukan hari bertuah awak.
Cepatlah. Potong ikatan ini.
Ayuh.
- Ayuh. Lepaskan saya. - Ya.
Awak fikir itu akan hentikan saya?
Minumlah, si tampan.
Hentikan!
SETH, hentikan!
Semua unit berundur. Latihan ditamatkan.
Jom pergi.
5:32 PETANG CST
Dr. Cotner, projek UNISOL 2500 telah tiba di ruang R&D.
Analisis Sistem kepada Makmal Kawalan 1.
- Nampak okey. Bagaimana keadaan kamu? - Okey.
Mereka cekap daripada saya dalam air.
Saya boleh pasang alat pernafasan dalam air
kalau awak nak jadi Askar Sejagat semula.
Tak apa. Sekali dah cukup.
- Cantik dada. - Lain pula.
Hei, Maggie. Prestasi yang bagus.
Kawalan MRI kepada Makmal 2.
Saya tak peduli kalau dia dah mati. Dia pegang saya lagi, saya akan bunuh dia.
Saya rasa dia tak suka saya.
Menurut rekod ketenteraannya, dia tak suka sesiapa pun.
Mati tak mengubah keperibadiannya.
- Ayuh kita? - Mari pergi.
Bilik regenerasi kini sedia.
SMT kepada Penjadualan Pusat.
- Bagaimana dengan yang lain? - Mereka semua dah mati!
Pergi berambus dari sini!
Lari!
Program regenerasi selesai.
Romeo, kembali ke bilik pendingin.
Dr. Barnes kepada Makmal Regenerasi.
Dr. Cotner.
Saya syak kerosakan pada implan matriks.
Apa yang awak jumpa?
Tak guna.
Delta.
Semua unit bertenang. Unit Delta mengalami kerosakan fungsi.
Sambungan implan matriks gagal.
Boleh bawa dia keluar dari sini?
Ya.
Tengok? Saya masih boleh tewaskan mereka.
Ya, boleh. Jadi sakit di bahagian mana?
Seluruh badan. Rasa macam dilanggar kereta api.
- Tapi awak okey? - Ya.
Bagus. Pergi bersihkan diri. Kita ada mesyuarat nanti.
6:15 PETANG CST
Kru ET jemput 2271. Kru ET…
- Nanti saya ke sana. - Okey.
Kami boleh lihat cahaya tampak, tapi gelombang lain,
inframerah dan ultraungu yang kami tak dapat lihat.
Sangat bagus, Hillary. Helo, Luc.
- Hei, ayah. - Hai.
Hillary.
SETH, terima kasih jaga anak saya hari ini.
Sama-sama. Bagaimana prestasi askar saya?
Awak tahu. Awak pantau setiap pergerakan.
Saya tidak ganggu sasaran
semasa latihan tembakan sebenar, bukan?
Kami tahu awak akan buat yang terbaik.
Lagipun, tiba masa saya potong rambut.
- Terima kasih. - Ayah ada mesyuarat.
Nanti ayah datang, jumpa nanti.
- Okey. - Okey?
- Jumpa nanti. - Babai. Berseronoklah.
Maaf saya tak sempat ke sana untuk lihat demonstrasi awak, doktor.
Tapi kami akan hentikan projek UNISOL.
Bajet pertahanan dipotong lagi dan beberapa projek perlu dibatalkan.
Tapi sistem ini sudah sedia untuk penilaian penuh Jabatan Pertahanan
sebulan lebih awal dari jadual.
Pihak atasan tak pernah selesa dengan idea
menggunakan semula mayat tentera yang terkorban sebagai Askar Sejagat.
Projek asal itu mengorbankan puluhan nyawa orang awam dan tentera
dan cetuskan krisis perhubungan awam yang ambil masa bertahun untuk pulihkan.
Tapi untuk bandingkan unit hari ini dengan UNISOL generasi asal
ibarat membandingkan kapak batu dengan laser.
Dua kali ganda lebih kuat daripada manusia, lebih pantas…
Dengan sut perisai badan tahap empat,
mereka seolah-olah kalis peluru.
Jeneral, selain peningkatan daripada aspek fizikal,
cip matriks yang ditanam ke dalam setiap otak UNISOL
membolehkan SETH memantau dan kawal tindakan mereka.
Prajurit sentiasa menjadi tulang belakang angkatan tentera.
Kami sukar terima inilah masa depan taktik peperangan.
Ya, rugi rasanya
tak dapat hantar anak muda untuk mati di medan perang.
Mari pergi, Maggie.
Pasukan awak agak pelik, doktor.
Mereka tak pelik. Mereka bersemangat.
Untuk pengetahuan awak,
Luc Deveraux ialah salah seorang UNISOL asal.
Itu tak penting lagi.
Projek UNISOL dan komputer kesayangan awak dibatalkan.
Perbelanjaan besar-besaran era Perang Dingin telah berakhir.
Begitu juga dengan projek awak.
Selamat malam, tuan.
- Selamat petang, Dr. Cotner. - Selamat petang, SETH.
Saya cuma perlu failkan nota daripada latihan hari ini.
Jadi semuanya berjalan lancar?
Ya. Semuanya berjalan lancar. Malah, melebihi jangkaan.
Awak pasti?
Kenapa awak tanya begitu?
Tindak balas galvanik kulit awak menunjukkan ada masalah.
Mungkin saya terjangkit demam selesema itu.
Saya boleh sesuaikan sistem penapisan bangunan
untuk kurangkan risiko jangkitan melalui udara.
Tak apa, terima kasih, SETH. Itu tak perlu.
Saya akan okey. Cuma perlukan tidur yang nyenyak.
- Malam, SETH. - Selamat malam, doktor.
KEMUNGKINAN ANOMALI
1) JANGKITAN VIRUS 2) TEKANAN EMOSI
3) KETIDAKSEIMBANGAN VITAMIN 4) PERNYATAAN MENGELIRUKAN
Baki masa untuk penyejukan UNISOL, 12 jam.
Suhu semasa, 38 darjah.
Unit Romeo, ada tugas perlu diselesaikan.
Hei.
Dah lewat.
Ada yang tak kena?
Saya cuma teringatkan mak.
Boleh beritahu ayah?
Kenapa…
Kenapa mak perlu mati?
Ayah tak tahu.
Kita cuma perlu yakin Tuhan ada sebabnya.
Cuma itu kita boleh buat.
Saya masih rindukan mak.
Ayah pun sama.
Mari tidur, ya?
- Ayah sayang kamu. - Sayang ayah juga.
- Selamat malam. - Selamat malam.
Apa semua ini?
Siapa luluskan aktiviti ini?
Kami.
17 PETANG CST
Apa maksud awak?
Ia diluluskan oleh pegawai PR awak, Betty Wilson.
Apa kata awak tanya dia?
Cik, kami terima arahan tiada pelawat dibenarkan…
Okey. Saya tak nak beritahu bos saya yang saya tak dapat siapkan tugas.
Jadi boleh awak tolong telefon dia? Sambungan 409.
Cik Wilson, ada wartawan dari KTX…
Okey.
Baiklah. Duduk dahulu
dan Cik Wilson akan iringi awak masuk ke dalam fasiliti.
Bagaimana Pentagon sanggup buat begini kepada kita, kepada SETH?
Jeneral, kenapa awak batalkan projek ini?
- Kami dah bincang tentang ini… - Ayah. SETH sakit.
Cotner, apa masalahnya?
- Ada ribut di dalam kiub. - Apa maksudnya?
Itulah yang saya sedang cuba selidik.
Tapi awak yang bina benda ini.
Luc, bawa Hillary keluar dari sini.
Panggil Peterson dan Mishkin secepat mungkin.
Ini Dr. Cotner. Fasiliti sedang dikunci.
Kod 515.
Maaf atas kesulitan ini, Cik Young, tetapi nampaknya hari ini tak sesuai.
Tak apa, Betty. Bawa saja saya ke makmal doktor
dan saya akan beredar dalam 30 minit.
Fasiliti dikunci. Mulakan prosedur pemindahan kecemasan.
- Kakitangan, sila kosongkan fasiliti. - Joe, rakam situasi ini.
Fasiliti dikunci. Mulakan prsedur…
- Apa awak sedang buat? - Erin Young, KTXD …
Dengar. Saya tak peduli awak siapa. Awak harus keluar.
Joe, ayuh.
Maggie, tolong jaga dia. Nanti ayah datang, okey?
Fasiliti dikunci. Mulakan prosedur pemindahan kecemasan.
Ia ambil kuasa daripada bekalan utama.
- Dylan, apa yang dah jadi? - Ia tak endahkan arahan.
- Sistem ini digodam. - Boleh begitu?
Ya, kalau ia buat sendiri.
Ia aktifkan sistem di seluruh bangunan.
- Kita matikan sistem dan but semula. - Tiada pilihan lain.
Fasiliti dikunci. Mulakan prosedur pemindahan kecemasan.
Kakitangan, sila kosongkan fasiliti.
Ayuh. Cepatlah.
Helo, Dr. Cotner. Saya sedia apabila awak sedia.
Namun, satu lagi perkara…
Pergi mati.
Semua unit bergerak ke posisi pertahanan matriks.
Kakitangan, sila kosongkan fasiliti.
Matikan kuasa.
Itu saja kita boleh buat, matikan kuasanya.
Peterson, matikan suis utama.
Putuskan bekalan kuasa sandaran kecemasan, semuanya.
- Luc, bawa mereka keluar. - Awak lagi?
No comments yet. Be the first to leave one.