House of the Dragon

House of the Dragon

Download Malay Subtitle

Season 2

Release info

House of the Dragon S02E06 iNTERNAL WEB H264-NHTFS+MAX
House of the Dragon S02E06 WEB h264-ETHEL
A Commentary by tedi
Retail HBO GO Resync for WEBRip

Tags

webdl
Published on: 2024-07-22
Downloads: 217
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Golden Tooth berbesar hati menerima awak, Lord Lannister.

Saya ada 500 tentera, bersenjata dan bersemangat.

Saya bawa 1,000 kesateria

dan tujuh kali ganda pemanah dan lelaki bersenjata.

Apabila kita selesai dengan Riverlands

Red Fork akan mendapat namanya.

Kami bersedia untuk pergi dengan arahan awak.

Tentu awak akan segera ke Harrenhal.

Saya nak awak hantar burung gagak ke King's Landing.

Beritahu abang saya saya dah sedia untuk pergi

sebaik saja Putera Aemond boleh sertai kita

menunggang Vhagar.

Apa kita buat sementara menunggu jawapan tuan putera?

Tentera saya dah berjalan jauh.

Mereka tak sabar nak menerima layanan baik daripada orang awak.

Berani dia panggil saya.

Dengan segera!

Keluarga Lannister sangat terdesak

sampai tak boleh bergerak dari Tooth ke Harrenhal tanpa pengiring?

Ada naga besar di Riverlands, tuanku.

Tentera abang saya kuat, tapi ia...

Saya putera pemangku raja, bukan anjing untuk dipanggil.

Beritahu abang awak

kalau dia tak hantar hos ke Harrenhal segera

naga Daemon bukan masalah utama.

Kemarahan kamu wajar, Aemond, tapi memang nampak...

Saya ada tugas untuk awak juga, Ser Tyland.

Kita akan buat pakatan dengan Triarchy.

Saya dah bosan dengan sekatan ini.

Tuan putera, tak mungkin awak nak ikut Bandar-bandar Bebas.

Ketua-ketua kapal adalah tentera upahan yang berbahaya

lebih kurang seperti lanun...

Ia sangat dekat dengan seberang Laut Tirus.

Kapal Lannister dan Hightower akan ambil masa berbulan untuk tiba.

Triarchy akan gembira dengan peluang untuk menakutkan Sea Snake lagi.

Biar mereka lemahkan sekatannya

sementara sekutu sebenar kita bergerak ke timur.

Triarchy mungkin terima syarat itu, tapi mereka tak boleh dipercayai.

Ayah kamu tahu tentang ini.

Bagaimana dengan surat kita kepada Greyjoy?

Tiada jawapan.

Red Kraken sedang menunggu peluang terbaik.

Kita boleh tarik dia dengan madu, jika perlu.

Mungkin tawaran perkahwinan kepada permaisuri balu?

Itu tak boleh.

Akhirnya.

Betul kata permaisuri balu, tuanku.

Kalau kita boleh musnahkan sekatan, takkan kita nak jemput penceroboh

ke lautan yang dekat dengan King's Landing?

Saya rasa dah tiba masa untuk awak ke Harrenhal.

Tuanku, jika Daemon menang di Riverlands

saya tak cukup orang untuk mencabar dia.

Kita kehilangan ramai orang di Rook's Rest, seperti tuanku tahu.

Lagi lama kita tunggu, lagi mudah untuk dia menang.

Lannister akan bergerak dari barat, ambil semua tentera yang ada

dan paksa Daemon dan tentera Riverlands untuk lawan di dua medan.

Betul kata tuanku.

Lebih baik kita tunggu hos Hightower

- dan bergerak kemudian. - Kita tiada masa.

Dua minggu perjalanan ke Harrenhal.

Kita perlu serang sebelum dia kumpulkan tentera.

Tuanku pula?

Saya akan datang jumpa awak bila masanya sesuai.

Pak cik saya ialah cabaran yang saya alu-alukan.

Jika dia berani jumpa saya.

Nampaknya semua dah setuju.

Tuanku.

Mak.

Boleh bercakap sekejap?

Mak beri amaran, Aemond.

Berani itu bagus, tapi terlalu yakin...

Apa tugas mak dalam Majlis Kecil?

Kamu tahu mak mewakili ayah kamu pada tahun-tahun akhir dia

- dan mak jadi ahli majlis Aegon... - Dengan baik.

Ayah dah mati.

Aegon pula...

Mak telah berkhidmat dengan baik kepada kerajaan

semasa ia memerlukan.

Tapi sekarang tiada keperluan lagi dan mak tak wajib berkhidmat.

Bukan kerana wajib. Ia memerlukan suara lembut...

Kita dah ada banyak.

Kamu orang muda yang keterlaluan dan angkuh.

Itu bukan sifat baik untuk seorang raja.

Saya lepaskan mak dari tempat duduk mak, seperti sediakala.

Tentu mak lebih suka kembali kepada

tugas domestik.

Penghinaan zaman kanak-kanak kamu belum cukup terbalas?

Mak ada kelebihan mahkota.

Tuanku.

Bawa dia ke depan!

Ser Steffon Darklyn, tuanku.

Ada yang tak kena, tuanku?

Tuan-tuan.

Saya ada masalah yang rumit, Ser Steffon.

Saya kehilangan Puteri Rhaenys dan naganya.

Saya ada pulau, tapi tiada tentera darat.

Saya tak boleh pergi berperang, berkali-kali saya diberitahu

agar saya tak ditangkap atau dibunuh dan membawa harapan kemenangan.

Kita masih ada Daemon dan Caraxes

dan tentera Riverlands.

Kita tengok dulu.

Apa pun, saya perlu teruskan seolah-olah saya sendirian.

Untuk melakukannya, saya perlukan penunggang naga.

Untuk Vermithor dan Silverwing, dan untuk Seasmoke

yang saya percaya rindukan tuannya.

Tapi tiada orang lagi dalam keluarga tuanku.

Anak-anak tuanku masih kecil.

Ada Puteri Rhaena.

Dia dah cuba.

Tapi naga di sini tak terima dia sebagai penunggang.

- Jadi siapa yang boleh? - Awak.

Awak keturunan diraja.

Saya selalu dengar keluarga Darklyn dan Targaryen

adalah keturunan yang sama.

Saya meneliti sejarah dan ia benar.

Nenek kepada nenek awak, Aeriana, lahir sebagai puteri Targaryen.

Saya terfikir

mungkinkah boleh?

Untuk fikir begitu...

Saya bantah, tuanku. Risiko perjalanan ini...

Saya manusia.

Naga adalah dewa.

Tuanku beri saya penghargaan lebih daripada yang sepatutnya.

Awak faham risikonya, Ser Steffon?

Saya tak paksa awak lakukan ini.

Tiada siapa pernah cuba sebelum ini.

Untuk menuntut naga, awak perlu bersedia untuk mati.

Saya faham risikonya dan saya berbesar hati menerimanya.

Saya bersumpah untuk melindungi permaisuri dengan seluruh kudrat saya

meletakkan nyawa saya di tangannya.

Itulah sumpah saya, tuanku.

Mungkin dewa akan menyebelahi kita.

Abang.

Awak kata begitu?

"Waris untuk Sehari."

Awak kata begitu?

Tak mungkin awak marah dengan ini.

Keluarga saya baru saja musnah.

Awak patut ada bersama saya.

Tapi awak raikan kebangkitan awak dan ketawakan saya.

Ketawa dengan orang-orang tak guna itu!

Tidak.

Awak tiada sekutu di istana kecuali saya.

Saya sentiasa pertahankan awak.

Awak khianati semua yang saya berikan!

Saya dah buat keputusan...

- Jangan. - ...untuk lantik waris baru.

Awak perlu pulang ke Runestone dengan isteri awak dengan segera.

Awak perlu lakukannya tanpa membantah.

Ini arahan raja awak.

Tidak!

Buka pintu!

Buka pintu!

Buka pintu. Tolonglah.

Tolonglah.

Tolonglah!

Boleh saya bantu, tuanku?

Apa yang awak cuba buat?

Saya tertanya-tanya jika tuanku cukup tidur.

- Tempat ini... - Awak mengajuk saya?

- Tidak. - Duduk!

Atau awak dalang yang menganggu tidur saya?

Kawan pada waktu siang, tapi musuh pada waktu malam?

- Untuk apa? - Untuk jatuhkan saya.

Mungkin awak tak suka saya berada di sini.

Mungkin

awak ejen keluarga Hightower.

Atau awak masih bersubahat dengan anak saudara awak?

- Atau dengan Rhaenyra sendiri? - Percayalah...

Percayalah, tuanku.

Apa saja rancangan awak, Strong

percayalah

- raja awak sentiasa berwaspada. - Ya, tuanku.

Jangan perhatikan saya.

- Awak tak nak ucap selamat tinggal? - Ada sesuatu tak kena dengan saya.

Ada orang racunkan saya.

Makanan, wain atau mungkin udara di paya ini...

Roh Harren Si Hitam menyumpah dari Menara Kingspyre?

Mengarut! Semuanya!

Roh, sumpahan, katil weirwood itu!

- Cukuplah! - Ya. Itu cara awak, bukan?

Bila awak tak suka sesuatu, awak pergi.

Dragonstone, Stepstones, Pentos, Harrenhal...

Saya bangun dan tak ingat saya pergi mana.

Ada perkara lebih lama daripada kita dan memori kehidupan.

Awak bukan pemain

tetapi sebahagian daripada papan permainan.

Saya juga begitu.

Saya tak seperti awak.

Dari beberapa segi, tidak.

Awak masih tak nampak. Ada kemarahan yang mengaburi awak.

Dia tak mahu pun.

Mahkota itu.

Dia langsung tak memikirkannya.

Mungkin sebab itu abang awak beri mahkota kepadanya.

Mungkin orang yang mahukannya tak layak memakainya.

Jangan nak berleter!

Viserys juga tak mahukannya, kalau awak ingat.

Ia datang kepadanya dan dia buat yang terbaik.

Ia bukan hadiah, tapi tanggungjawab yang perlu dipikul.

More Malay subtitles for House of the Dragon

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left