The first 200 lines.
Kekalkan rentak, semua. Teruskan.
Apa? Jangan.
Auguste!
Auguste, apa kau buat?
Perempuan gila!
Sedarlah, Luna. Jangan panggil orang gila lagi.
Kau buang barang aku keluar tingkap!
Itulah namanya orang gila!
Kau rakam video aku masa tidur!
Untuk tunjuk betapa kuat kau berdengkur.
Kau ada apnea tidur!
Kau pula tinggalkan tuala wanita berdarah di dalam tong sampah terbuka kita.
Seluruh bilik kita berbau macam sandwic Itali!
Auguste!
Jangan buang penggoreng udara!
Kau guna lebih kerap daripada aku.
Kau tak minta izin pun!
Berhenti!
Saya ada penghantaran Chipotle untuk Steve.
Aduh!
Kamu berdua! Ke pejabat saya. Sekarang.
DEKAN HAL EHWAL PELAJAR
- Perempuan tak guna. - Sampah!
Kau perempuan murahan!
Saya nak dia keluar!
Cukup!
Bila kamu tinggal bersama awal tahun dulu, kamu berdua rapat!
Ingat?
Kamu serasi. Lepak, ketawa dan berparti.
Sebelum saya tahu dia teruk.
- Kau tak ada kualiti baik! Tolonglah. - Ya Tuhan!
Hei, sekarang bulan Oktober.
Masih ada dua bulan lagi.
Jika kamu tak boleh hidup bersama di bilik asrama kecil itu,
keadaan akan jadi lebih teruk.
- Mana mungkin lebih teruk? - Tak mungkin lebih teruk.
- Geramnya. "Saya di neraka." - Saya di neraka.
Kita berdua di neraka!
Ya Tuhan, percayalah.
- Saya pernah lihat. - Aku benci kau.
- Diamlah. - Diamlah.
Ia boleh jadi lebih teruk.
- Diamlah! - Kau diamlah!
Semuanya bermula dengan seorang pelajar yangโฆ
Macam mana saya nak gambarkan dia dengan profesional?
Dia rajin, tapi pengecut.
Mari kita sambut pelajar terbaik, Rebecca Anderson.
Tunggu, itu bukan dia.
Itu dia.
Dia bukan pelajar terbaik.
Maksud saya, Devon bijak dan orang menyenangi dia,
tapi mereka tak perasan pun kalau dia tak ada.
Bagi saya, sekolah lebih daripada kelas, perlawanan bola sepak
dan sudah tentu, makanan kantin yang tak sedap.
Kenapa bagel taco?
Pergi matilah.
Apa yang paling saya ingat ialah kawan yang saya dapat di sini.
Kawan yang akan saya hargai sepanjang hayat saya.
Seperti kata-kata si bijak zaman kita,
"Betapa bertuahnya saya ada sesuatu yang membuatkan perpisahan
begitu sukar?"
Itu
kata Winnie-the-Pooh.
Mak nampak kamu! Hai, sayang!
- Kamu paling hebat. - Hai.
Nak kami ambil gambar dengan sesiapa?
Tak. Saya dah ambil sebelum majlis.
- Okey. - Pasti? Snapchat kakak nampak sunyi.
- Yang itu comel. - Ya.
- Yang itu. Yang terakhir pulaโฆ - Sama saja.
- Tutup. - Okey.
Kita nampak cantik sekarang.
Saya nampak kawan saya, jadiโฆ
Oh, mari bertegur sapa.
Tak. Ya Tuhan. Jumpa kamu di kereta.
- Okey. - Okey, bai.
- Hei, Bella, Ella, Emma, Ava. - Devon, mari bergambar.
Oh, boleh.
Boleh kami ambil gambar Empat Sekawan saja?
Oh, ya.
Ya. Boleh.
Terima kasih.
- Memalukan - Devon, tunggu.
Ya.
Kami perlu tambah ahli kelima secara rasmi.
- Seรฑor Michaels! - Seรฑor Michaels!
Uh-oh. Ambil cantik-cantik!
Awak tak kisah ambilnya?
Ya, tiada masalah.
Sekarang, gaya pelacur.
Gaya, sudut, punggung.
Sayang, boleh naikkan sikit? Maaf. Saya dah 40 tahun.
- Awak nak teh, sayang? - Ya, jom tidur.
Hei. Apa yang berlaku?
Parti Emma pukul 10. Sekarang pukul 9.45.
Ya. Saya tak jadi pergi.
Rambut dan mekap dah siap. Tadi kamu nak pergi, kan?
Saya berseluar sukan sekarang. Mustahil saya nak keluar rumah.
Masuk akal.
Memang masuk akal. Kita masak apa?
- Bukan untuk awak. Awak dah makan. - Saya tahu.
Saya cuma nak tahu apa yang sedap sampai anak kita tak nak ke parti.
Sayang, kamu pasti tak nak pergi? Mak rasa malam ini penting.
Ya, sekolah sia-sia. Saya akan cari kawan di kolej.
Ya, tapi kamu sayang kawan sekolah.
Ada Ella, Emma, Enema, Anemik.
Bukan nama mereka.
Emma tak ajak kamu ke parti dia?
Dia ajak saya ke parti yang semua senior diajak.
Tapi selepas itu, semua orang pergi ke parti lain
dengan kawan sebenar mereka.
Bella buat parti tidur dan saya tak diajak, okey?
Sebab mereka nak ambil Special K dan ubat pelali kuda untuk raikan.
Mereka tak nak buat di depan kamu. Mereka tahu kamu baik.
Tak nak ke parti?
Bagus. Persetankan mereka.
Ya, persetankan mereka.
Nasib baik ayah tak tahu nama betina bodoh ini.
- Apa masalah awak? - Ayah!
Apa?
- Jangan cakap begitu! - Macam awak kataโฆ
Bagi ayah ketamina. Dia hilang akal.
Mungkin kita patut ambil ketamina.
Jadi, bila orientasi kakak?
Beberapa minggu lagi.
- Okey. Tak lama lagi. - Ya.
Saya nak tanya.
Kalau orientasinya tentang Walton, kenapa buat dalam hutan?
Mungkin sebab nak eratkan hubungan dan bukan tentang kolej.
Okey, kakak suka aktiviti luar. Jadi, baguslah.
Kakak nak mulakan hidup baharu.
Ya. Memang patut pun.
Kakak tak perlu ramai kawan di kolej.
Kakak cuma nak seorang kawan baik.
Hei, saya kawan baik kakak.
Maksud kakak, di luar rumah ini.
Jangan terlalu terdesak.
Orang boleh tahu kalau kita dahaga.
Sedih, kan?
Kakak nak masuk kolej, tapi tak pernah ada kawan baik.
Tak sedih macam tengok kakak berpura-pura hisap ganja.
Apa? Kakakโฆ
- Kakak hisap. - Entahlah.
- Kena sedut baru nikmat. - Betul, kakak akan sedut.
- Kakak rasa. Janji. - Okey.
Kakak rasa sesuatu.
- Ya? - Ada rasa.
Baguslah.
Hai, semua. Saya Ellie.
Selamat datang ke orientasi.
Ingat, tujuannya berseronok dan berkenalan.
Pakar di sini ialah jurupandu aktiviti, Goose.
Apa khabar? Terima kasih, Ellie.
Saya Goose! Saya tak belajar di Walton sebab saya tak mampu.
Saya kerja di sini. Jom!
Apabila kamu di atas tali, kamu akan ada naluri
untuk sentuh palang.
Jangan. Jangan sentuh palang.
Percayalah, tangan akan terluka.
Okey? Macam filem Final Destination.
Ingat, kamu ada abah-abah.
Tapi anggap saja abah-abah itu tak wujud
sebab walaupun ada abah-abah, jatuh tetap sakit.
Belum ada kematian di sini.
Ada seorang wanita jadi lumpuh, tapi dia gembira sekarang.
Boleh merokok di sini.
Boleh minum kalau kongsi dengan Goose.
- Goose tak kisah. Ada soalan? - Maaf lambat.
Awak sebahagian daripada kumpulan?
- Ya. - Awak terlepas semua penerangan.
Saya boleh fikir sendiri.
Siapa nama awak?
Goose.
Kelakar.
Siapa nama awak?
Celeste.
Kelakar!
Semua pelajar tahun pertama tahu mereka perlu cari kawan semasa orientasi.
Devon bertekad untuk cari perkara yang paling dia mahu,
kawan baik kolej.
Ada orang nak lepak malam ini?
Ada kumpulan Snapchat.
- Aku boleh tambah kau. - Boleh saya masuk?
Tapi semakin Devon cubaโฆ
Ya, boleh.
Okey, saya cari awak nanti.
โฆsemakin terdesak dia nampak.
Terkejut aku.
Semakin lama,
Devon yakin dia akan jadi seperti semasa menengah atas,
gadis yang tiada kawan.
Alamak!
Hei, pegang benda ini.
Okey, terima kasih.
Hei! Ya Tuhan!
Apa hal?
Bro, kau tak ada otak?
Saya suka tatu awak.
Pergi matilah!
Aduhai.
No comments yet. Be the first to leave one.