Blood

Blood (블러드)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Blood 2015 S01 KOREAN WEB-DL NF
A Commentary by tedi
Pure Retail NF Not sync to any versions yet

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2022-12-23
Downloads: 24
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Jangan mencari maut.

Maut akan mencari kita.

SOBOCKE, REPUBLIK KOCHENIA

Doktor!

Apa yang berlaku?

Pemberontak akan tiba dalam masa dua jam lagi,

jadi kita diarahkan berpindah ke Kem Revesk secepat mungkin.

Tapi, kita belum bedah budak itu lagi.

Awak dah pindahkan dia?

Tak, dia masih di dalam.

Apa?

Dia berisiko tinggi

untuk mati akibat kejutan hipovolemia semasa dipindahkan.

Apa pun, kita tak boleh tinggalkan dia.

Saya akan bedah dia dan bawa dia pergi.

Tak boleh, mustahil awak boleh lakukan pembedahan ini sendirian

tanpa pakar bius atau sesiapa untuk membantu awak.

Saya boleh buat.

Apa awak buat di sini? Kita kena pergi.

Tolong tinggalkan sebuah kereta untuk saya.

Saya akan sertai kamu nanti. Ada seorang budak yang saya perlu bedah.

Awak dah hilang akalkah?

Pemberontak takkan lepaskan sesiapa, termasuk kanak-kanak dan doktor.

Dua minggu lalu...

Aduhai, awak banyak sangat cakap!

Saya kata pergi sajalah tanpa saya.

Suka hatilah. Itu pilihan awak, masalah awak.

Jangan risau. Saya takkan mati.

Aduhai...

Apa yang awak buat? Pergi.

Semoga berjaya, Dr. Park.

Jangan pandang saya seolah-olah saya sudah mati.

Dan saya tak perlukan tuah untuk ini.

Jumpa lagi.

Lubang di bahagian perut.

Kemungkinan besar ia menembusi hati.

Peluru itu terbenam di bawah diafragma,

di mana urat kava inferior bertemu urat hepatik kanan.

Pendarahan berlebihan

akan berlaku akibat kerosakan di urat kava inferior dan urat hepatik.

Pertama, saya akan pisahkan hati dari peritoneum

untuk menggerakkan lobus kanan hati.

Skalpel.

Ya, saya seorang saja di sini.

Kami dah sampai di hospital.

Kesan peluru ditemui di urat kava inferior dan urat hepatik.

Maknanya...

Pendarahan berlebihan seperti yang dijangka.

Bekalan darah mencukupi.

Infusi tak boleh dilakukan tanpa bius.

Ini bermakna saya perlu lakukan maneuver Pringle.

Saya cuba kawal pendarahan dengan penyepit.

Pendarahan dapat dikawal.

Pembuangan peluru diteruskan.

Peluru berjaya dikeluarkan. Sekarang, saya akan jahit lukanya.

BILIK RAWATAN INTENSIF

Kita akan keluar sebentar lagi. Bertahanlah sikit, okey?

Nama awak...

Saya akan panggil awak Yeong-hui. Bertahanlah, Yeong-hui.

Tempat ini kosong. Nampaknya semua orang dah keluar...

Saya doktor sukarela dari Hospital Munich.

Sebagai tanda kemanusiaan, tolong lepaskan saya dan budak ini.

Melutut!

Tolonglah, lepaskan kami.

Melutut atau kami akan tembak.

Kalau kamu lepaskan kami,

saya akan biar kamu semua pergi dengan selamat.

Kalau tidak?

Ini peluang terakhir kamu.

Lepaskan kami.

Saya seorang puntianak.

Lebih tepat lagi, saya dijangkiti virus VBT-01.

VBT-01 ialah virus tak diketahui yang merupakan virus turun-temurun

dan ia tak boleh dirawat.

Virus ini didapati merangsang aktiviti telomerase

dan melambatkan proses penuaan,

membolehkan orang yang dijangkiti hidup hampir 300 tahun lamanya.

Penuaan orang dewasa akan terhenti serta-merta apabila dijangkiti.

Bagi kanak-kanak, penuaan berhenti kira-kira lima ke enam tahun

selepas plat pertumbuhan tertutup dan mereka kekal begitu seumur hidup.

Mereka yang dijangkiti mempunyai kemampuan fizikal yang luar biasa

dan juga keupayaan jana semula kendiri.

Namun, sinar matahari pagi dan sinar UV berbahaya untuk mereka.

Mereka juga sentiasa terseksa dengan keinginan yang dahagakan darah.

Saya bukan manusia.

Saya makhluk tak mati yang wujud antara hidup dan mati.

1979, DAERAH MOORE, TENNESSEE, AMERIKA SYARIKAT

Helah atau hadiah.

Helah atau hadiah.

Helah atau hadiah.

Awak lewat, Daniel.

Saya selesema. Saya makan ubat dan tertidur.

Saya baru bangun tidur.

Okey. Tunggu sekejap.

Cepat balik.

- Terima kasih, Encik Park. - Sama-sama.

Tidak!

Tidurlah, sayangku

Sayangku

Awak tak patut buat perkara yang bodoh.

Awak tak patut lari

atau cuba melawan saya dengan melulu seperti ini.

Mana Seon-yeong dan Jason?

Mana Jason?

Bunuhlah saya.

Bunuhlah saya

dan jangan ganggu isteri saya dan Jason.

Saya merayu sebagai seorang kawan.

Saya tak datang ke pekan ini untuk bantu awak.

Buat pilihan yang bijak.

Benda buruk akan berlaku jika kita tak buat sesuatu sekarang.

Apa pun yang berlaku, saya pasti ia lebih baik

daripada apa yang awak rancang untuk buat.

Awak masih fikir

saya buat begini untuk diri saya sendiri?

Baiklah.

Saya hormat dan setuju

dengan semuanya yang awak cakap dan fikirkan,

jadi jangan ganggu isteri dan anak saya lagi.

Awak buat saya lebih tersinggung.

Jadi, awak hormat saya hanya untuk pastikan keluarga awak selamat?

Tolonglah!

Tolong jangan ganggu mereka.

Mereka tiada kaitan dengan awak.

Malangnya,

itu tak benar.

Saya dah faham dengan kata-kata pepatah ini

walaupun saya tak pernah memahaminya sebelum ini.

"Daripada berpura-pura menjadi kawan,

lebih baik menjadi musuh."

Ikut sajalah kami, sayang.

Tak, ini keputusan terbaik untuk kita semua.

Ini benda terakhir

yang saya boleh buat untuk keluarga kita.

Tolong pastikan...

Jason tak perlu hidup macam kita.

Saya tak boleh lakukannya sendirian.

Ia mustahil tanpa awak.

Saya tahu Jason boleh hidup tanpa saya.

Tolong dia dan bimbinglah dia.

Sayang.

Maafkan ayah. Ini salah ayah.

Tapi ayah percaya

kamu boleh selamatkan diri sendiri.

1994, PULAU JEJU

Mari sini. Awak patut makan sesuatu.

Mesti awak rasa terperangkap.

Bertahanlah.

Saya akan lepaskan awak selepas awak sembuh nanti.

Tapi awak bertuah.

Awak ada tempat untuk dituju apabila awak bebas nanti.

Ji-sang.

Masa untuk sarapan.

Kamu jarang bercakap kebelakangan ini.

Apa yang nak dicakapkan?

Saya nak pergi ke pusat bandar.

- Untuk apa? - Saya perlu beli buku latihan baru.

Esok mak ambilkan di pusat bandar.

Jangan risau, tiada apa akan berlaku.

Baiklah, mak takkan risau. Kamu boleh pergi.

Hei.

Ubat kamu.

Jangan lupa makan.

Kamu perlu makan sebelum sampai ke sana, okey?

- Buku-buku dah sampai. - Okey, awak boleh letak di sana.

Awak patut berhati-hati.

Tengoklah darah yang keluar ini. Aduhai.

BIJAK MATEMATIK

KEDAI ALAT TULIS

Untuk tentukan nilai maksimum dan minimum fungsi sinus dan kosinus,

tentukan "x" terlebih dahulu.

Jika ia terlalu sukar,

nilai sinus dan kosinus...

Kenapa kamu berangan?

Ji-sang.

Jika saya cuma akan bersendirian setiap masa seperti ini,

apa gunanya belajar?

Saya bukannya boleh bersekolah,

jadi apa gunanya?

Ji-sang.

Kamu sedang belajar sekarang

supaya kamu boleh hidup selesa dengan orang lain nanti.

Ia juga untuk bantu kamu belajar semuanya tentang diri kamu.

Mak,

saya tahu saya takkan dapat hidup macam orang lain.

Dan saya kenal diri saya sendiri.

Kamu dah buat dengan baik setakat ini

dan mak tahu kamu akan okey.

Mak rasa begitu?

- Ya. - Mak, kenapa

mak cuma percayakan perkara yang mak nak percaya?

Mak,

saya tahu saya takkan dapat hidup macam orang lain.

Dan saya kenal diri saya sendiri.

Tak guna! Awak tak dengarkah kami hon?

Minta maaf sekarang!

Biadab sungguh.

Berani awak pandang orang dewasa begitu?

Apa? Awak elak?

Dia dah hilang akalkah?

More Malay subtitles for Blood

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left