The first 200 lines.
Scar, membunuh orang, hukuman penjara seumur hidup
Penjara adalah tempat yang sangat istimewa.
Tempat yang tiada wanita.
Semua penjenayah ditangkap.
Semua orang ada kekuatan.
Oleh itu, kami tunjukkan keganasan setiap hari.
Tiada masalah. Teruskan.
Hanya yang kuat akan terus hidup.
Mak Kin Tin, menggelapkan wang, Hukuman penjara bakal berakhir
Orang yang paling ganas...
...akan jadi ketua.
Lekas!
Namun, ini tanggapan yang salah tentang penjara.
Hari-hari gelap sudah berlalu.
Sebagai banduan,...
...kami berharap dapat kekal selamat dan dibebaskan awal.
Persahabatan lebih penting daripada pertandingan.
Mak Kin Tin menang!
Dia akan dibebaskan dalam masa dua hari.
Sesiapa yang pernah gaduh dengan dia...
...atau rasa dia lebih kacak daripada saya...
...kamu boleh datang balas dendam.
Saya akan kira sampai tiga. Okey?
Tiga, dua, satu!
Saya patut melawat awak lebih awal...
...tetapi saya sibuk sebab saya baru kerja di sini.
Baguslah awak datang jumpa saya.
Kita boleh berbual.
Awak pernah jadi warden di sini.
Awak patut tahu selok-belok tempat ini.
Daripada segi pengurusan,...
...boleh awak bimbing saya?
Tang Hon Chung (Bekas Warden)
Makan rasuah, hukuman penjara sepuluh tahun
Warden Ma Man Ho
Awak dapat pangkat ini...
...kerana awak berkeupayaan. Awak tak perlukan bimbingan saya.
Saya perlu beritahu awak. Kerja ini bukan senang.
Saya masih perlu teruskannya.
Mengapa awak nak jumpa saya?
Bila saya boleh dipindahkan ke penjara awam?
Kami tidak ada rancangan itu.
Saya bukan penjenayah berat.
Mahkamah tidak arahkan supaya saya dikurungkan sendirian.
Ini idea Cheung Yuen.
Dia nak rampas hak saya.
Sebagai warden, awak patut ajar orang bawahan awak.
Awak sudah salah faham.
Saya setuju dengan tindakan Cheung Yuen.
Jadi ini keputusan saya juga.
Kalau begitu, saya mahu memohon dipindahkan ke penjara awam.
Saya menolak permohonan awak.
Hei!
- Bawa dia jumpa doktor. - Ya, tuan.
Bangun!
Potong dadu labu air.
Kemudian gaulkannya dengan kuning telur.
Baik.
Abang Big Roller, berapa banyak garam perlu ditambah?
Secukup rasa, asalkan ia sedap.
Baik.
Labu air akan mengeluarkan banyak air.
Jadi, jangan tambah terlalu banyak air dalam bubur.
Baik.
Big Roller, pematian orang, hukuman penjara 30 tahun
Makanlah sementara masih panas.
Saya yang sediakannya, sedap.
Beri saya pendapat awak.
Nampak macam bubur, tetapi bukan bubur.
Agak tawar.
Ia untuk bayi.
Sudah tentulah tawar dan tiada MSG.
Bagus, bayi patut makan dengan sihat.
- Awak sangat hipokrit. - Cubalah sendiri.
Beri saya pendapat jujur supaya saya boleh perbaiki diri.
Nampak cukup sihat.
Big Roller.
Apabila awak keluar nanti, cucu awak akan berusia sepuluh tahun.
Dia patut makan stik, bukan bubur lagi.
Stik? Bagaimana dengan nasi periuk tanah?
Boleh juga.
Warden datang, teruskan makan.
Tuan, saya ada permintaan dan aduan.
- Apa dia nak buat? - Jangan pedulikan dia, dia kurang siuman.
- Awak Scar? - Ya, tuan.
Saya bukan bercakap untuk diri sendiri.
Saya mahu bantu kawan-kawan minta sesuatu.
Apa permintaan awak? Cakaplah.
Kalau begitu, saya akan berterus terang.
Tuan tahu apa yang paling menyeksakan di penjara?
Kami hanya dapat satu gulung tisu tandas setiap bulan.
Saya sudah buat kiraan. Ada 30 hari dalam sebulan.
Kami hanya boleh guna empat helai sehari.
Itu tak cukup.
Saya cuma tinggal dua helai lagi.
Pak Cik Seven. Saya tiada lagi selepas memberi kepadanya.
Ia bukan permintaan yang tinggi.
Saya cuma mahu empat helai lagi, jumlahnya lapan helai.
Boleh tuan tolong kami?
Semua, warden mungkin boleh beri kita lapan helai tisu tandas!
Bagus!
Hore!
Permintaan kamu munasabah, saya akan uruskannya.
Apa jawapan tuan?
Dana tambahan perlu diluluskan oleh Jabatan Kewangan.
Saya akan hantar permohonan rasmi dengan segera.
Saya akan beritahu kamu nanti.
Tolonglah, warden.
Saya sudah berterus terang, tetapi awak bercakap begini.
- Ini perkara serius. - Serius macam mana?
Tuan, saya akan uruskan hal harian ini.
Baik, yang penting perlu ada suasana yang harmoni.
Ya, tuan.
Bukankah awak kata warden baharu tak banyak kerenah?
Saya sudah beritahu semua orang.
Dia ikut peraturan, saya tak tipu awak.
Bukan susah sangat pun.
Tuan Cheung boleh beli tisu tandas dengan wang sendiri.
Boleh juga.
Tuan Cheung, boleh tak?
Apa lagi yang boleh saya cakap?
Semua, warden akan ambil sedikit masa...
...untuk minta tisu tandas itu...
...tetapi tak apa.
Tuan Cheung akan gunakan wangnya...
...untuk beri kita empat helai tisu tandas tambahan.
- Tuan Cheung! - Tuan Cheung!
Menurut diagnosis saya,...
...oleh sebab pesakit dikurung di tempat gelap...
...dan tertutup untuk tempoh yang lama...
...serta kurang interaksi sosial, dia alami kemurungan.
Dia akan jadi agresif dan mencurigai orang lain.
Dia mungkin akan cederakan diri.
Apa patut kita buat dalam situasi ini?
Ada tiga pilihan.
Pertama, biar dia kembali ke penjara awam.
Biar dia ada interaksi sosial yang biasa.
Kedua, kurung dia dalam sel seorang diri...
...dan beri dia ubat sedatif...
...untuk mengawal emosinya.
Ketiga...
...jangan buat apa-apa. Biar dia bunuh diri.
Kurung dia seorang diri.
Suruh orang perhatikan dia.
Pastikan dia makan ubat tepat pada masa...
...untuk mengawal emosinya.
Itu keputusan saya.
Ucap terima kasih kepada Abang Scar.
Kad terakhir, tiga setiap satu, kocok!
Ya!
Nikmatinya.
Ucap terima kasih kepada Abang Scar.
Terima kasih, Abang Scar.
Ucap terima kasih kepada Abang Scar.
- Terima kasih, Abang Scar. - Susah nak dapatkannya.
Jangan berjudi, jika tak, saya akan pukul awak.
Abang Scar, saya sudah agihkan kepada semua orang.
Ini sahaja yang tinggal.
Begitu banyak?
Beri kepada Abang Big Roller sebagai tanda hormat.
Baik.
Abang Big Roller, hadiah daripada Abang Scar.
Scar, sup lobak merah dan lobak putih bersama daging khinzir?
Nama hidangan itu terlalu ringkas.
Awak sangat cerewet.
Tak apa, beri kepada orang lain.
Idea yang baik.
- Kawan-kawan... - Hei.
Sudah hantar hadiah kepada lelaki itu?
Belum lagi, saya pergi sekarang.
Ini hadiah istimewa daripada Abang Scar.
Awak patut berterima kasih.
Kalau saya, saya akan beri awak tisu tandas yang sudah digunakan.
Selesai.
Ho Chun, mengapi-apikan pembunuhan
Hukuman penjara 18 tahun
Ho Chun serang seorang banduan. Hantar dia ke sel seorang diri.
Semasa di penjara, jangan bertindak terburu-buru.
Jangan berlawan, menyusahkan saya sahaja.
Tuan Wai.
Saya ingin bercakap dengan Tang Hon Chung.
Awak banduan, bukan pelawat.
- Masuklah. - Wai.
Ada apa, Tuan Tang?
Tandas tersumbat, suruh orang baikinya.
Tukang cuci tak bertugas esok. Saya akan uruskannya esok.
Suruh dia buat sahaja.
Ho Chun.
Tolong Tuan Tang bersihkan tandas yang tersumbat.
Saya pergi ambil peralatan, tetapi mungkin akan ambil masa.
Ada tiga perkara untuk diberitahu awak.
Yang pertama...
...wang yang saya hutang sudah dipulangkan.
Awak juga telah jalankan peranan awak.
Kita tiada hutang lagi.
Yang kedua.
Situasi kita sama.
Kita dikurung di tempat yang tidak sepatutnya.
Jadi kita patut saling membantu.
Yang ketiga.
No comments yet. Be the first to leave one.