نخستین 200 خط.
Nama saya Alex Parrish.
Melindungi negara ini sentiasa menjadi impian saya...
...tapi hidup saya mengalami perubahan drastik.
Semua bermula sembilan bulan lepas...
...dalam perjalanan saya ke Akademi FBI.
Mak saya tak tembak ayah saya, saya yang tembak dia.
- Siapa dia? - Dia bekerja dengan FBI.
Saya akan berikan lebih banyak maklumat selepas ini.
Awak rasa salah seorang antara mereka adalah pengganas?
Kami pasti yang mereka sememangnya pengganas...
...semasa mereka masuk ke Quantico.
Saya tak pernah terfikir sebelum saya selamatkan negara ini...
...saya perlu selamatkan diri sendiri.
Ada pengganas di luar sana dan tiada siapa memburu mereka.
Saya boleh bantu, tapi saya perlu...
...buat ia nampak seperti saya rasa awak bersalah.
Awak tahu siapa yang tembak awak?
Alex Parrish.
Saya perlu cari kebenaran.
FBI! Tangan! Angkat tangan awak!
Angkat tangan!
"Akademi FBI di Quantico"
Ini latihan tenggelam atau berenang, tuan-tuan dan puan-puan.
Buka ikatan kamu dan keluar dari kolam renang.
Tunjukkan kamu dan teman kamu boleh bekerjasama.
Atau gagal, dan tenggelam ke dasar.
Awak ada silangkan pergelangan tangan sebelum mereka ikat?
Tidak, kenapa?
Kerana ia berikan awak ruang yang cukup untuk buat begini.
Ini dia.
Syabas, kawan.
Saya rasa jika kita kuncikan siku...
...kita boleh gunakan daya tuil untuk putuskan tali.
- Perlukan kerja keras juga. - Menunjuk-nunjuk.
Saya ingatkan kita patut lakukannya bersama.
Awak akan rasa lebih baik jika awak selesaikannya sendiri.
Tengok di mana awak jalan, Georgia Peach.
"Pusat Arahan Kecemasan"
Wira dialu-alukan.
Ditembak tak membuat sesiapa jadi wira.
Apa yang penting ialah apa kita buat sekarang.
Awak pasti awak bersedia? Awak tak perlu berada di sini.
Ya, saya perlu.
Jawapan yang betul.
Penolong pengarah eksekutif sedang mencari awak.
Tuan-tuan dan puan-puan...
...saya berjalan masuk ke bilik persidangan tanpa maklumat baru.
Apabila saya keluar, saya nak jawapan.
Saya nak perkembangan.
Saya nak tahu kedudukan Alex Parrish.
Saya ada sokongan lain.
Gembira bertemu awak.
Saya pun begitu.
Jari saya luka semasa buka ikatan. Tiada apa-apa.
Pergelangan tangan saya juga sakit.
Awak cederakan saya.
Saya minta maaf, Shelby.
Tapi awak perlu akui, awak agak hilang tumpuan hari ini.
Mungkin awak penat disebabkan panggilan telefon lewat malam...
...yang awak terima dalam bilik air?
Ada orang rindukan awak dari rumah?
Hanya perniagaan keluarga. Ia tak pernah berhenti.
Nampaknya, Alex juga begitu...
...dia berjaga seperti sedang menunggu loceng pagi berbunyi.
Saya hampir kehabisan masa ujian, terima kasih kepada dia.
Jangan salahkan diri awak.
Vasquez hanya bermain untuk menang.
Saya juga begitu.
Saya dah penat kalah.
Latihan yang hebat. Apa seterusnya?
Berapa pantas awak boleh masukkan sandwic dalam beg Ziploc?
Mengakulah. Awak rindukannya.
Yang terakhir?
Nampaknya awak ada peminat.
Dia lebih kepada pengintip.
Lelaki itu ingin campur tangan tentang apa saja saya beritahu dia.
Mungkin dia dah terlalu lama tak pergi mahkamah...
...jadi dia putuskan untuk letakkan saya dalam perbicaraan.
Apa salahnya?
Awak takut awak tak akan bertahan di bawah pengawasan?
Saya ada teman lelaki.
Awak nak tahu tentang ayah awak.
- Inilah jawapannya. - Apa jawapannya?
Semua maklumat yang Biro ada tentangnya.
Pujian, laporan lapangan...
...20 tahun khidmatnya, semuanya di sini.
Awak pasti awak nak baca?
Itulah tujuan saya datang ke sini, Liam.
Untuk mengetahui siapa dia yang sebenarnya.
Saya cuma nak awak bersedia.
Awak menunggu jawapan dalam tempoh yang lama.
Mungkin ini bukanlah apa yang awak harapkan.
Saya ada di sini jika awak nak berbual.
Terima kasih.
Ians Koperal Ryan Booth.
Berkhidmat empat tahun dalam Angkatan Tentera Marin Amerika...
...termasuklah dua tugasan di Iraq.
Penerima pingat Bronze Star
Cik Shelby Wyatt.
Ya.
Juara ahli tembak, pemegang biasiswa Rhodes.
Juga berbangga dengan majlis gadis awal kenal.
Inilah wajah yang kamu tunjukkan kepada dunia.
Kisah yang kamu beritahu tentang diri sendiri.
Tapi di sebalik itu, kisah penipuan psikologi yang mendorong kamu.
Apabila berdepan dengan jenayah, bukti beritahu kamu bagaimana...
...psikologi beritahu kamu kenapa.
Ia membolehkan kamu mengenali penjenayah.
Sebelum kamu kenal musuh, kamu perlu kenal diri sendiri.
Semasa memohon untuk menyertai FBI...
...kami membuat profil psikologi kamu.
Senaraikan kekuatan mental dan kelemahan emosi kamu.
Tapi ia tak cukup untuk kami melihat siapa diri kamu...
...kamu perlu buktikan kamu boleh lihat dalam diri satu sama lain.
Sama ada ejen pelatih atau juruanalisis.
Dalam bidang ini, inilah kerja yang kamu lakukan...
...dengan subjek yang kamu tak pernah jumpa.
Kamu telah bersama selama tiga minggu.
Jadi kamu akan hasilkan profil...
...berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang kamu nampak.
Berterus terang, cari dengan teliti. Jangan sembunyikan apa-apa.
Kagumkan saya.
Buatlah profil tentang saya, tiada apa saya nak sembunyikan.
Ya, saya pernah dengar. Psiko Amerika.
Ini pastinya senang.
Saya tak pernah ada masalah membaca orang.
Ya, biasanya orang yang paling bijak...
...ada titik buta yang paling besar.
Alex Parrish.
Ejen khas generasi kedua. Yang terbaik dalam kelasnya.
Atau patut saya katakan, terbaik dalam kelas awak, O'Connor.
Awak pasti sangat bangga.
- Tuan... - Tidak, saya cakap, awak dengar.
Seseorang perlu beritahu saya kenapa...
...serangan dahsyat ini dilakukan oleh orang kita sendiri.
Kerana saya perlu beritahu media sesuatu. Apa sahaja.
Kami sedang menahan Miranda kerana bantu dia melarikan diri...
Lebih ramai anggota Biro yang terlibat. Apa lagi?
Kita ada banyak bukti dari tempat kejadian...
...di mana Parrish bina bom itu semasa berada di Quantico.
- Kompenen, cetakan biru... - Awak cuma beritahu saya bagaimana.
Apa yang saya perlukan ialah kenapa.
Ada ramai orang di luar sana.
Kita perlu beritahu mereka sendiri apa yang sedang berlaku.
Jika kita tunggu terlalu lama, orang lain akan buat begitu...
...dan kita tak akan dapat mengawalnya.
Tuan?
Van itu baru sampai.
O'Connor, ada orang lebih penting awak perlu jumpa?
Ya, dan awak juga begitu.
Awak nak tahu kenapa Parrish mengebom Grand Central?
Tanya wanita yang membesarkan dia.
Tapi saya dah cakap, saya tak tahu apa-apa.
Kenapa tiada orang nak dengar?
Dia akan bekerjasama?
- Saya akan pastikan. - Bagus.
Kerana saya dan awak akan berdepan dengan media dalam masa sejam.
"285 London Drive"
Nampaknya awak dapat mesej saya.
Berikan saya satu sebab kenapa saya perlu bantu awak.
Kerana jika kita tak cari siapa yang mengebom Grand Central...
...kita tak akan tahu apa mereka akan buat seterusnya.
Ryan hubungi saya.
Dia minta pertolongan saya.
Saya dah beritahu dia saya tak percayakan awak.
Dia kata saya tiada pilihan.
Dia betul.
Awak rasa saya yang melakukannya, Simon?
Alex Parrish yang saya kenal di Quantico bukan pengganas.
Saya masih orang yang sama.
Awak pula?
Tolong saya cari siapa yang melakukannya.
Bagaimana?
Awak ejen FBI.
Saya lelaki yang disingkirkan dari Quantico, ingat?
Itu tak adil.
Saya sentiasa menyebelahi awak, awak tahu itu.
Awak berhak dapat lebih baik.
Ya, mungkin Ejen Asher boleh bantu awak...
...tapi Simon Asher hanya bekerja dengan syarikat.
Syarikat teknikal.
Dengan peralatan yang awak boleh guna untuk analisis ini.
Orang yang memerangkap saya buat pangsapuri saya...
...kelihatan seperti saya yang bina bom itu.
Tapi mereka tinggalkan itu.
Saya tak pernah lupa cara awak kendalikan bom itu di Quantico.
Semua itu tak penting, betul?
Semua orang nampak diri saya yang sebenarnya.
Mereka tak suka apa yang mereka nampak, kan?
Saya suka.
Lagipun, nampaknya awak buat keputusan yang betul.
Dengar sini, Simon...
...ini sahaja petunjuk yang saya ada...
...untuk mengetahui siapakah pengganas sebenar.
Hanya awak yang boleh bantu saya.
Tolonglah, cuba lihat.
- Ini C-4, jadi ini bom tentera. - Betul.
Ia hanya dibuat di Amerika atau Britain atau Iran.
Britain atau Iran, okey.
Firma saya ada kontrak kerajaan...
No comments yet. Be the first to leave one.