The first 200 lines.
Nama saya Alex Parrish. Saya seorang ejen FBI.
Pada bulan Julai lepas...
...seorang pengganas meletupkan Grand Central Terminal di New York.
Sembilan bulan lepas sebelum itu, saya masih lagi seorang pelatih.
Mereka ini semua kawan saya.
Paling tidak, itulah apa saya fikirkan.
Seorang daripada mereka ialah pengganas...
...kini saya mengejar masa untuk ketahui siapa mereka...
...sebelum mereka menyerang lagi.
Anak saya ada rancangan. Sebuah serangan. Dia akan dapat parol.
Charlie, siapa buat ini kepada kamu?
Teman wanita awak, ada berikan wang...
...kepada seorang wanita yang dia cakap sebagai kakaknya.
Awak dapat apa yang awak nak. Memperdayakan saya.
Saya dapat panggilan daripada seseorang.
Mereka menyamar suara. - Saya tiada pilihan.
Semuanya selamat. Awak boleh lupakannya.
Kami dah jumpa bom itu.
Bom dalam hotel itu hanyalah satu umpan.
Tapi apakah rancangannya? Apa yang meletup?
Pusat perintah.
Saya percaya yang Elias Harper tidak bertindak seorang diri.
Saya ada di dalam bilik hotel itu...
...dan saya tahu jauh dalam hati saya...
...setiap kata-kata yang mengatakan dia dimanipulasi adalah benar.
Itu ialah Ejen Khas Alex Parrish berikan testimoni pertamanya...
...dalam sidang dengar penyiasatan serangan membunuh di New York...
...lebih daripada tiga bulan lalu.
Parrish masih percaya yang Harper...
...lelaki yang FBI katakan telah bertanggungjawab...
...bagi kematian beratus nyawa...
...termasuklah 32 ejen FBI...
...hanyalah seorang kambing hitam di belakang rancangan pengganas...
...yang masih lagi belum diberkas.
Kini kenyataannya diterima ramai.
FBI memburu semula Alex.
Tapi dia akan buktikan semua orang salah...
...sama seperti insiden di Grand Central.
Itu telah membuatkan Parrish, yang dulunya dikehendaki FBI...
...menjadi seseorang paling kontroversi bagi FBI.
Ramai orang di Washington merasakan...
...Parrish hanya cuba buat semua orang takut...
...itu termasuklah calon naib presiden, Claire Haas.
Suaminya, Timbalan Pengarah Eksekutif Clayton Haas...
...adalah antara 32 ejen FBI yang terbunuh...
...dalam serangan kedua itu.
Tidak dapat disangkal lagi dalam fikiran mereka yang rasional...
...yang Elias Harper bertindak seorang diri...
...meskipun kenyataannya bercanggah.
Awak boleh tukar ke rancangan sukan itu, Mike.
Rakan sekerja saya...
Mengguna tangan yang tidak sah sewaktu menyerang.
Penalti sepuluh ela...
Kami belanja. Senyumlah sikit.
Terima kasih.
Boleh saya belanja awak satu lagi?
Minuman saya percuma. Awak bukan cita rasa saya.
Betulkah?
Baiklah.
Apa kata saya senaraikan lima benda yang membuktikan saya betul...
...dan jika satu daripadanya salah...
...awak boleh duduk dengan saya dan belanja saya minum.
Mulakan. - Satu, awak bermegah diri.
Awak baru putihkan gigi dua bulan lalu...
...daripada buat tampalan gigi awak...
...di geraham bawah sebelah kanan.
Bila awak senyum saya boleh nampak.
Kedua, awak materialistik.
Jam Bremont awak pakai itu mungkin...
...lebih mahal daripada gaji saya sebulan.
Membawa kita pada nombor tiga, awak selalu buat begini.
Kawan awak di sana palingkan muka selepas kita mula berbual.
Awak dah biasa dengan perempuan terpikat dengan awak di bar...
...meskipun nombor empat, awak nampak macam tak pernah...
...ada hubungan cinta yang bermakna.
Tiada siapa pernah sakitkan hati awak...
...sebab awak tak pernah biar wanita mendekati awak dengan intim.
Semua ini mengatakan nombor lima, yang awak tak bagus untuk saya.
Awak tak berminat untuk hubungan serius.
Jadi saya tak boleh duduk dengan awak?
Tak boleh.
Awak tak boleh duduk dengan saya.
Tapi...
Okey, berhenti. - Apa?
Tak, saya tak boleh. - Saya buat salah?
Saya minta maaf. Saya tak boleh...
Sekurang-kurangnya, berikan nombor telefon awak.
Awak tahu, saya ketua pegawai teknologi syarikat telekom.
Saya boleh dapatkan sebarang nombor yang saya mahukan.
Nombor awak juga.
Apa kata kita tengok tentang itu nanti, boleh?
Latihan separuh masa kedua bermula sekarang.
Makin lama ia makin susah.
Parrish, awak sangat perlahan.
Awak buat dengan betul, teruskan. - Apa yang berlaku kepada kita?
Dulu kita selalu cemerlang dalam kelas jasmani.
Kita biarkan diri kita teralih perhatian.
Ada dengar berita daripada Booth? - Tiada apa-apa pun.
Awak bertuah. Diekori bekas kekasih setiap hari memang menjengkelkan.
Sama juga bila Bitmoji cuba menggoda awak setiap malam.
Cukuplah. Mulai sekarang...
...satu-satunya perkara yang kita fokuskan adalah berlatih.
Kita ketepikan semua perkara yang tak penting.
Saya setuju.
Ayuh.
Awak masih ingat rupa penculik awak?
Saya dah beritahu mak saya.
Mereka tutup mata saya dengan kain.
Mereka ada loghat?
Loghat Amerika.
Tiada apa yang istimewa.
Kenapa tak beritahu kami tentang awak larikan diri?
Tiada apa perlu diperkatakan.
Mereka tak ikat saya dengan cukup ketat.
Charlie, Ejen Maxwell cuba cari siapa dalang...
...yang buat semua ini kepada awak.
Mak, saya tak boleh ingat.
Apa kata kamu keluar sekejap?
Biar mak bercakap dengan Ejen Maxwell?
Apa khabar keluarga awak?
Saya masih ingat lagi reaksi mak awak ketika majlis tamat pengajian.
Miranda... - Dia penat.
Saya tahu. - Dia dah berhari tak tidur.
Saya tahu. - Dia cuma perlukan lebih masa.
Sel pengganas yang menahan Charlie adalah...
...sebahagian daripada Islamic Front.
Pada ketika ini, kami percaya mereka sedang merancang satu serangan.
Atas dasar hormat dan segala tunjuk ajar awak...
...saya boleh berikan awak satu hari lagi.
Tapi jika Charlie tak berikan semua nama dan wajah yang terlibat...
...saya perlu bawa dia ke pejabat cawangan...
...dan awak tak dibenarkan untuk ada bersama.
"Shelby: Awak ada di situ?"
"Samar: Hai! Lama tak dengar khabar!"
"Saya ada satu idea hebat..."
Saya datang untuk bertanya apa awak nak saya buat dengan...
...wang 40,000 Riyal Saudi yang telah berada dalam akaun saya...
...selama seminggu atas budi penipu dan kakak tiri awak, Samar.
Caleb, saya tak boleh berbincang sekarang.
Tinggalkan saya bersendirian, ya?
"Jeff Michaels Penyiasatan Aktif"
Sedang berkemas?
Saya datang ke sini dengan pelbagai soalan.
Saya dah dapat jawapan yang diperlukan.
Permulaan baharu. Itu sesuatu yang hebat.
Sebelum ini, awak pernah kata saya yang terbaik.
Mengucap selamat tinggal kepada ini...
...adalah satu-satunya cara saya boleh jadi terbaik semula.
Kita akan lakukannya?
Ya.
Apa yang berlaku?
Pelatih semua. Perkenalkan, kelas atasan kamu.
Mereka sebulan lebih maju dalam latihan daripada kamu.
Ini bermakna, mereka lebih bagus, cepat dan bijak daripada kamu.
Serta lebih bersiap sedia untuk perkara mendatang.
Lihatlah dengan baik-baik.
Sebab inilah para pelatih yang akan luangkan masa...
...mengajar kamu.
Di lapangan, kamu akan berlawan dengan pihak musuh...
...yang sentiasa selangkah lebih maju daripada kamu.
Disebabkan itu, hari ini kamu akan berlawan dengan kelas pelatih...
...yang lebih maju daripada kamu.
Kami mahu anggap ini sebagai perang warna versi Quantico.
Atau, saya lebih suka gelarkannya sebagai titik perubahan.
Pemarkahan bagi ujian ini adalah sangat mudah.
Kelas yang menang akan memilih lima pelatih...
...daripada kelas yang kalah untuk pulang.
Mana-mana pelatih yang mereka mahu.
Selamat maju jaya dan semoga kelas terbaik menang.
Kita boleh kalahkan mereka.
Sidang dengar akan berlangsung dalam 30 minit. Kita tak boleh lewat.
Saya hampir selesai.
Awak sungguh rindukan JTTF, ya?
Ya, saya suka melihat kes-kes saya untuk perkara terperinci.
Apa yang awak sedang buat?
Membezakan rekod telefon bimbit Elias...
...yang pihak Biro hantar sebagai bahan bukti...
...dengan rekod dalaman syarikat telefon bimbit...
...untuk lihat jika ada ketinggalan atau ralat ketukan kekunci.
Awak tahulah, kesilapan terjadi. Saya contohnya.
Awak tahu, jika awak ubah kenyataan awak...
...awak boleh kembali bekerja.
Tidak.
Satu-satunya sebab saya tidak bekerja...
...adalah kerana Liam dan Miranda berikan saya cuti "sakit trauma".
Awak tahu tak, saya berada di dalam hotel itu.
Saya bersama Elias. Saya dengar apa yang dia kata.
Begitu juga saya.
Saya habiskan masa berminggu...
...bersama-sama Ryan, Shelby, Simon, pasangan kembar itu dan Biro itu...
...untuk cuba mencari secebis bukti...
...yang menyokong teori si dalang itu...
...tetapi tiada. Dia merekanya untuk lengahkan kita.
Dia cuma nak buat semua orang pergi ke bank itu.
Hanya kerana awak tak jumpa bukti, tak semestinya tiada bukti.
Kita perlu cari buktinya. - Tiada lagi bukti.
Jika ada pengganas kedua di luar sana...
...sesuatu yang lain pasti akan berlaku sekarang.
Awak akan beritahu Alex Parrish apa yang saya katakan?
Apa kata awak turun dan awak boleh beritahu dia sendiri.
No comments yet. Be the first to leave one.