The first 200 lines.
Sebelum ini dalam Quantico.
Kita dikurung, puan.
Ada insiden di stesen pengawal.
Hubungi ibu awak.
- Ibu bapa saya masih hidup. - Saya tahu.
Charlie mungkin bantu merancang serangan hari ini.
Sudah tiba masa awak beritahu saya siapa Mark Raymond.
Apa yang awak mahu tahu?
Kita sudah beritahu segalanya yang perlu diberitahu...
...dan kita takkan berjumpa lagi.
Dalam beg tangan Senator ada botol yang sama.
Awak perlu menukarnya.
Saya cuba hubungi telefon bimbit Natalie. Ia tak dijawab.
Awak beritahu perkara sebenar.
Banyak yang perlu difahami.
Ya.
Konspirasi ini bermula sejak di Quantico.
- Pengganas itu... - Kami menggelar mereka Voice.
Saya sangka ia seseorang daripada kelas kami...
...tapi ia boleh jadi sesiapa saja.
Apa yang awak fikirkan?
Tentang apa?
Tentang bagaimana awak menipu jawatankuasa kongres...
...apabila awak katakan Elias Harper bertindak sendirian?
Atau bom yang diikat pada Ejen Vasquez untuk mengenakan awak?
Atau mungkin awak mahu pendapat saya tentang awak seludup Vasquez...
...dan bom itu ke dalam pejabat kami...
...untuk mencuri maklumat sulit daripada komputer FBI?
Saya harap tiada maklumat penting di dalamnya...
...selain...
...semua langkah keselamatan untuk pilihan raya presiden akan datang.
Saya tiada pilihan.
Awak gunakan ayat itu untuk mengatakan tentang sesiapa...
...yang telah dipaksa untuk bekerja dengan pengganas sejak ia bermula.
Elias Harper, si penggodam, Duncan Howell, Natalie...
Bagaimana nasib mereka?
Awak sendiri baru beritahu saya...
...pengganas yang berkongsi panggilan dengan awak ini...
...meletupkan Ejen Vasquez...
...mengancam nyawa semua orang yang awak kata awak sayang...
...dan mengarahkan awak memperdayakan saya...
...untuk menukar ubat yang dipreskripsikan...
...untuk Senator Amerika Syarikat...
...atas sebab yang awak percaya...
...namun awak tak pasti, sebagai tidak berbahaya?
Saya tertinggal apa-apa?
Nuansa?
Bagaimana awak begitu pasti yang pil ini tak berbahaya?
Makmal awak menganalisisnya.
Ia ubat tekanan darah.
Kesan sampingannya cuma suhu badan meningkat.
Pengganas itu cakap...
...jika orang lain tahu tentang apa yang sedang berlaku...
...nyawa mereka juga mungkin dalam bahaya?
Namun awak masih beritahu Simon dan saya.
Saya tak dapat memahami awak, Parrish.
Awak tak takut...
...walaupun baru mengaku melakukan banyak jenayah persekutuan...
...dan juga jika saya teliti lagi, awak juga merancang pembunuhan...
...dan jika awak boleh dipercayai...
...awak baru saja jadikan saya sasaran...
...untuk selamatkan diri awak tanpa rasa bersalah.
Jika awak jadi saya, awak percayakah semua kata-kata awak?
Entahlah, Hannah.
Apa pendapat awak?
Ya, saya percayakan awak.
Sekarang saya akan pergi maklumkan kepada pengarah.
Saya risau akan Parrish sejak serangan itu.
Bagaimana keadaannya dalam kaunseling?
Dia tabah. Penuh ikhtiar untuk hidup.
Memang layak menjadi seorang ejen seperti bapanya.
"Akademi FBI di Quantico"
Drew Perales.
Dialah yang menembak penyerang itu.
Memang sukar perlu membunuh. Tapi dia kelihatan tidak terganggu.
- Hai. - Hai.
Bagaimana sesi dengan pakar psikiatri?
Kami habiskan masa bercakap tentang sukan.
Dia peminat Lion. Percaya tak?
Kamu cuma bercakap tentang itu?
Fletcher! Awak mahu pergi sarapan?
Ya. Tapi jika para wanita memenuhi meja kita lagi...
...kita perlu berkongsi kasih sayang itu.
Ulang cakap saya, "Ini Brandon. Dia baru saja patah hati.
Boleh awak bantu dia?"
Shelby Wyatt agak aneh.
Dia ada ketika Perales tangkap pengganas itu...
...tapi dia langsung tak terganggu.
Saya rasa dia temui cara untuk menanganinya.
- Shelby? - Hai.
Ada apa?
Mahu jumpa awak.
Lebih baik awak diam atau Will akan terjaga.
Will Olsen.
Dia nampak tak selesa dengan semua emosi di kampus.
Dia sibukkan diri dengan kerja.
Apa saya beritahu awak tentang belajar sebelum pukul 9 pagi?
Kenapa awak baca buku itu?
Saya sudah beritahu awak semuanya yang awak perlu tahu.
Tidak. Awak beritahu cara awak cipta alter ego awak.
Juga cara awak menjanjikan wang kepada mereka...
...untuk pastikan awak naik lebih pantas.
Juga bagaimana awak bekerja secara sulit dari...
...dalam untuk musnahkan semuanya.
Tapi, ada banyak lagi.
Seperti bagaimana mereka menculik orang...
...dan menghantar mereka ke ladang di negara asing.
Atau bagaimana duit mereka datang daripada pemilikan paten...
...dan fail media digital.
Atau bagaimana mereka percaya yang kulit kita beracun.
- Awak rasa kerja saya gila? - Tidak. Saya rasa ia berbahaya.
Juga hebat. Saya mahu bercakap tentangnya...
...selama lima ke tujuh minit.
Lain kali saja.
- Kembar Amin? - Kami siasat mereka dengan teliti.
Mereka berhubung terus dengan pengganas itu.
Kita tak boleh berbincang tentang mereka secara umum...
...sehingga siasatan OPR berakhir.
OPR, Pejabat Tindakan Profesional.
Mereka mahukan kenyataan daripada kamu berdua.
Mereka sudah tahu Raina menyamar di rumah kumpulan itu.
Mereka cuma tak tahu jika kamu bertindak sendirian...
...atau di bawah arahan Miranda.
- Bagaimana keadaan Miranda? - Dia mula menerimanya.
OPR ada tinggalkan mesej, tapi dia tidak...
Dia tembak anaknya sendiri.
Dia tak sepatutnya biarkan ia jadi sebegitu.
Dia dalam masalah, Liam.
Apa penilaian awak terhadap keseluruhan kelas?
Beritahu yang awak okey kepada pakar psikiatri...
...dan merasa okey ialah dua perkara berbeza.
Saya akan tahu keadaan mereka berdasarkan latihan hari ini.
Hai.
Awak tidur lena?
- Tentang malam semalam... - Juga pagi ini.
- Ia menyeronokkan, kan? - Ya.
Tapi saya cuma mahu pastikan kita bercakap tentang perkara lain.
Maksud awak, ibu bapa saya?
Tiada apa yang boleh dicakapkan.
Tiada apa yang berbeza.
Mereka tetap sudah mati bagi saya.
Shelby, awak tak boleh cakap begitu.
Ada lebih banyak cara untuk habiskan 10 minit ini...
...berbanding bercakap tentang ibu bapa saya.
Saya tak tahu apa patut saya lakukan.
Ia operasi yang tak dirancang dan saya cuma pelatih.
Jika saya beritahu mereka Miranda terlibat, dia akan dipecat.
Jika saya tipu, saya akan ditendang.
Tak ramai pasangan boleh katakan mereka ditendang dari FBI.
Ia tak kelakar. Kita juga bukan pasangan.
Saya tak suka mendengar yang awak begitu sedih.
Boleh saya jumpa awak hujung minggu ini?
Saya tak jumpa awak sejak Tahun Baharu.
Saya tak tahu. Sukar untuk pergi dari sini.
Ia takkan sukar jika awak beritahu kakak awak tentang kita.
Simon...
Saya akan hubungi awak nanti.
Kita diingatkan dengan sesuatu minggu lepas.
Hidup boleh jadi di luar kawalan sekelip mata saja.
Kamu melalui sesuatu yang amat mengganggu...
...dan kamu seharusnya dipuji.
Kamu semua, bukan hanya Perales.
Tapi, ini yang penting.
Di lapangan, apa yang kamu lalui?
Itu dipanggil Kekecohan.
Bagaimana kamu tanganinya adalah fokus latihan hari ini...
...pengendalian krisis.
Sebagai ejen...
...kamu haruslah berjaga-jaga sepanjang masa.
Kamu harus mampu tangani keraguan dan ketakutan...
...yang ada dalam diri kita.
Sebab jika kamu tak mampu...
...kamu takkan boleh menentang penjahat.
Jadi, kemas barang kamu, kita akan buat lawatan.
Kali terakhir kita bercakap, saya tahu keadaan agak sukar...
...tapi saya harap saya dapat bergantung kepada awak.
Untuk apa?
Dalam krisis, sebuah pasukan perlukan ketua...
- ...awaklah ketua itu. - Saya tak minta itu.
Ya, ketua tak pernah minta semua itu.
Tapi, jika awak ambil berat tentang kawan-kawan awak...
...awak akan terimanya.
Mereka perlukan awak hari ini.
Giliran awak dalam pusingan pertama, budak kaya.
"Pejabat Lapangan FBI, New York"
Hannah, berhenti. Kalau awak beritahu pengarah...
...seseorang yang saya sayang akan mati.
Okey, FBI ada sistem untuk kendalikan orang tak munasabah.
Ia dipanggil rantaian perintah.
Orang ini di dalam FBI.
Sebaik saja awak beritahu pengarah, mereka pasti tahu. Berhenti.
Awak memperjudikan nyawa semua orang yang saya ambil berat...
...termasuklah Ryan.
Okey.
Saya takkan beritahu pengarah dalam masa 24 jam.
Tapi, ada satu syarat, ia tak boleh dirundingkan.
Saya yang akan mengetuai penyiasatan.
Apa yang berlaku bermula dari saat ini, ia tanggungjawab saya.
Baiklah.
Okey, jadi rancangan ini melibatkan Claire Haas.
No comments yet. Be the first to leave one.