Quantico

Quantico

Unduh Subtitle Malay

Musim 1

Informasi rilis

Quantico S01E09 HDTV x264-LOL
Komentar oleh badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami untuk subtitle terbaru : malaysub.com

Tag

HDTV
hdtv
x264
HD
Diterbitkan pada: 2016-03-06
Unduhan: 31
Tuna Rungu: No

Pratinjau subtitle Malay

200 baris pertama.

Nama saya Alex Parrish dan saya telah diperangkap.

Segalanya bermula tujuh bulan lalu di Akademi FBI.

Saya dan ayah awak buat penyamaran...

...bersama kumpulan militia tempatan.

Mereka merancang sesuatu tapi kami terlepas petunjuknya.

Saya merayu kepada awak, lupakanlah.

Apa lagi yang patut saya tahu tentang kawan pembuat bom awak?

Jangan panggil dia pembuat bom. Dia pastinya bukan kawan saya.

Saya ingatkan awak kata awak tak pernah cakap dengan kakak tiri awak.

Ya, saya berbohong.

Saya rasa saya baru tahu sesuatu.

Ada e-mel yang dihantar kepada ayah, "Ejen Godwin baru telefon.

Ada ejen lain menggunakan lencana Alex Parrish...

...untuk masuk ke Pejabat Lapangan New York."

Pastikan dia selamat, okey? - Sudah tentu.

Miranda! Apa yang berlaku? - Charlie...

Saya tak pernah terfikir sebelum selamatkan negara ini...

Ada bom lain tersembunyi di sekitar Bandar Raya New York.

...saya perlu selamatkan diri sendiri.

Alexandra Parrish.

Awak berhak mendiamkan diri.

Apa sahaja yang awak cakap...

...boleh dan akan digunakan terhadap awak di mahkamah.

Awak berhak mendapatkan peguam.

Cukuplah, Ejen Hayes.

Jangan bacakan Hak Miranda kepadanya lagi.

Ini pengecualian demi keselamatan awam.

Bawa dia ke bilik kebal.

Kami teruskan pencarian ke Maryland dan Delaware.

Biro tawarkan bantuan yang diperlukan.

Beritahu saya apabila kamu jumpa dia, okey?

Dalam kenyataan awak, awak kata anak awak serang dari belakang.

Macam mana awak begitu pasti orang itu ialah dia?

Memang dia.

Awak tak apa-apa?

Okey, Shelby?

Pelatih Wyatt.

Pelatih Haas.

Kami okey!

Saya ingatkan awak cakap jangan buat masa kelas.

Ini bukannya kelas.

Awak tahu tentang ini, bukan?

Ia perlu dilakukan.

Sudah tiba masanya.

Mungkin. Tapi saya tak boleh terlibat.

Saya jumpa awak di luar. - Ya.

Macam mana keadaan awak?

Penat, sakit dan terdesak untuk dapatkan cuti.

Awak sudah separuh jalan.

Saya? Bagaimana dengan awak?

Awak tahu, awak tak cakap tentang benda yang kita jumpa...

...tentang ayah dan mak awak.

Saya tak nak masuk campur dalam urusan awak...

...tapi saya ingat mungkin awak...

Saya cuba nak fikirkan apa patut dilakukan seterusnya.

Tunggu. Awak belum cakap dengan O'Connor tentang ini?

Belum. Kenapa?

Dia tak datang selama hampir seminggu.

Mereka bercakap tentang pengganti tetap untuknya.

Saya ingatkan ia ada kaitan dengan awak.

Dia masih di luar?

Saya beritahu Shelby saya akan buat prosedur tangkapan dengannya...

...jadi saya akan jumpa awak sebelum kelas.

Liam?

Awak di mana? Awak okey?

Ayuhlah. Bangun.

Awak tak sepatutnya berada di sini.

Ya, saya tahu. Nasib baik saya ada di sini.

Kita nak ke mana? - Baiklah.

Apa yang awak buat?

Saya tak apa-apa.

Ya, awak memang tak apa-apa.

Jalanlah. Berhati-hati. - Hei!

Jangan berani buat apa yang awak fikirkan.

Banyak kali saya buat begini untuk ayah saya...

...tapi saya hanya akan buat sekali untuk awak.

Tuan. Pencarian sasaran mudah tak berhasil setakat ini.

Tiada petunjuk bom kedua.

Terima kasih. Baiklah.

Keutamaan kita adalah mencari maklumat...

...jika dia ada bom kedua atau dia cuma berbohong.

Dia akan cakap dengan saya.

Dia mungkin akan bercakap tapi dia tak akan beritahu apa-apa.

Ini Parrish. Dia mempermainkan kita.

Tatacara operasi standard, soal siasat pantas.

Syif berubah setiap 20 minit.

Biarkan dia berwaspada...

...supaya dia tak dapat bersedia dengan soalan.

Kita dah ajar dia tentang protokol itu.

Awak perlu buat lebih baik daripada standard biasa.

Awak dapat kebenaran untuk guna apa saja cara yang perlu dengannya.

Ayah dengar itu? Bunyi seperti jawatankuasa kecil senat...

...sedang mengarah ayah.

Ayah dengar pengganas sama seperti penderhakaan dan pembunuhan.

Takrifkan "penderhakaan dan pembunuhan," En. Haas.

Dia bercakap dengan ayah, bukannya saya.

Tuan-tuan. Elias Harper, peguam Alex.

Macam mana awak tahu dia berada di sini?

Dia hubungi saya sebelum dia menyerah diri.

Di mana dia? - Bertenang, peguam.

Awak akan jumpa anak guam awak apabila kami benarkan.

Awak tahu, sebelum awak merekrut saya...

...saya gembira membentangkan kes awak di mahkamah.

Kemudian, awak singkirkan saya dan buat saya marah.

Bayangkan apa yang saya akan lakukan sekarang.

Tuan-tuan, ada masalah.

Penolong Pengarah Eksekutif Haas, Penolong Pengarah O'Connor.

Nama saya Vernon James.

Saya bersama Pasukan Soal Siasat Khas.

Kami dapat kebenaran...

...untuk mengetuai soal siasat Alexandra Parrish.

Tidak. Ini kes kami, suspek kami.

Ini arahan eksekutif daripada Presiden.

Maknanya kami akan ambil alih.

Apa semua itu? - Berita buruk.

Elias, kita tiada pilihan. Ini dah jadi kes Pasukan Khas.

Awak tak nak kes ini semula, O'Conner?

Mereka hanya peduli tentang mendapatkan pengakuan.

Mereka tak peduli tentang kes undang-undang yang sepatutnya.

Mereka akan buat apa saja yang mereka rasakan perlu...

...untuk dapatkan maklumat yang mereka inginkan.

Awak tak nak letak Alex dalam situasi itu dan begitu juga saya.

Ejen Khas Haas.

Awak mencari Ejen Godwin?

Ya, saya cuba hubungi dia.

Ini pemeriksa perubatan FBI.

Okey, saya akan pergi ke sana.

"11:30 pagi - Tugasan"

Saya ingatkan awak akan cari saya sebelum kelas.

Shelby perlukan lebih banyak bantuan daripada yang saya fikirkan.

Saya diminta untuk kenalkan pengajar jemputan kita hari ini...

...bekas ejen khas...

...dan salah seorang ahli patalogi forensik terkemuka dalam bidang...

...Dr. Susan Langdon.

Bukan saja dia salah seorang perunding terbaik Biro...

...untuk kes pembunuh bersiri tapi ada di antara kamu kenal dia...

...sebagai pengarang buku yang laris dan pengulas televisyen.

Awak tangkap Pembunuh Ibu Kebajikan.

Jelaslah, saya tak perlukan pengenalan lebih lanjut.

Saya baca buku awak.

Jadi, awak tahu apa yang saya akan tanya.

Siapa diri kamu yang sebenarnya? Apa yang kamu mahukan?

Jika saya melihat kerja harian kamu...

...adakah saya akan kenal siapa kamu sebenarnya?

Jenayah pembunuh bersiri...

...adalah ekspresi diri mereka yang sebenarnya.

Itu adalah kerja harian mereka.

Mungkin tugas kamu adalah menghalang mereka.

Hari ini, kita akan mengkaji pembunuh bersiri...

...di tempat tinggal mereka yang sebenar...

...bukan di penjara, bukannya dalam filem...

...tapi dalam hidup mangsa mereka semasa mereka mati.

Pembunuh sebenar? - Pembunuh dan mangsa sebenar.

Ada yang kamu akan kenal, ada juga yang tidak.

Hubungan di antara pembunuh bersiri dan mangsa...

...adalah hubungan paling penting dalam penyiasatan.

Ini adalah fail tempat kejadian mangsa...

...daripada kes pembunuh bersiri yang terkenal.

Setiap seorang pembunuh ini ada mangsa yang ditambah.

Mereka hampir padan dengan profil tapi tak sepenuhnya.

Kamu akan bekerja dalam kumpulan untuk menentukan...

...hanya menggunakan profil dan modus operandi...

...tanpa sumber dari luar, siapa yang mereka tak bunuh.

Jadi, pilihlah pembunuh kamu...

...pilih pasukan kamu dan mula bekerja.

Buat yang terbaik. Saya tak mudah dikagumkan.

Saya akan ambil fail. - Simon. Okey.

Nimah, sertailah kami.

Shelby, mari sini.

Kamu tak kisah jika saya sertai kamu?

Saya dah banyak kali menonton filem "Silence of the Lambs"...

...sehingga saya boleh ingat semuanya.

Selagi awak tak buat tarian Buffalo Bill.

Saya rasa Langdon tak tahu tentang pelatih kembar...

...dan awak jadikan kelas ini bernombor ganjil.

Awak nak jadi ahli keenam? - Ya. Terima kasih.

Jadi, kaji pembunuh kamu...

...siapa mereka, apa yang mereka lakukan, cara mereka buat...

...dan ingat kamu tak akan kenal seorang pembunuh sepenuhnya...

...sehingga kamu tangkap mereka.

Dia mati sebelum bom meletup.

Mereka jumpa pengenalan dia semasa keluarkan dia dari runtuhan.

Ejen Khas Diane Goodwin.

Di mana telefonnya? - Tiada telefon bersamanya.

Mungkin ia hancur dalam runtuhan.

Tapi dia ada dompet, lencana, kunci dan pistol?

Elias, saya jumpa lagi satu misteri.

Saya dalam perjalanan balik.

Pastikan Alex tak cakap apa-apa sebelum saya tiba di sana.

Tidak! Mereka dah bawa dia. Tak guna!

Helo, Cik Parrish.

Boleh kita mulakan?

Saya akan kenalkan diri. Nama saya Griffin Wells.

Saya mengetuai khidmat pengumpulan risikan...

...yang melaporkan terus kepada Presiden.

Saya tahu siapa awak.

Kami kaji hasil kerja awak di Quantico.

Saya rasa bangga.

Apa yang awak belajar? - Sebelum awak Pasukan Khas...

...awak mengetuai Bahagian Aktiviti Khas di CIA.

More Malay subtitles for Quantico

Komentar

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left