Arrow

Arrow

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

സീസൺ 6

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

Arrow S06E17 480p ms
കമന്ററി എഴുതിയത് rayleigh_30
Episod 17 !!! Kredit Reivano Diego Dela Vega !!! Bukan yang terbaik tapi boleh faham !!!

ടാഗുകൾ

480p
480
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2018-04-08
ഡൗൺലോഡുകൾ: 25
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

Sebelum ini di "Arrow" ...

Star City perlu Green Arrow, jadi aku nak kau jadi Green Arrow.

Kerosakan saraf di lenganku merebak ke belakangku,

dan kerana penggunaan steroid, kecederaanku menjadi kekal.

Sebaik kau sembuh, aku nak kau memakai penutup itu semula.

Aku sudah sembuh selama dua bulan terakhir,

tapi bukannya memberiku tudung itu balik, kau minta Cisco membuatkanku sut baru.

Ricardo Diaz mengedarkan Vertigo.

Aku memeriksa semua kes berkaitan Vertigo, semua sudah dibuang oleh Kapten Hill.

Dia melakukannya untuk Diaz.

Pasar Malam The Orchid Bay ada di 3 blok timur-barat sepanjang Arguelo.

Di sekitar tengah jalan, ada lorong. Di situlah Anatoly Kknyazev melakukan penghantaran.

Dia bukan ancaman fizikal, tapi dua orang yang akan bersamanya.

Aku pernah ke pasar ini, ramai penduduk awam di sana.

Semoga tidak di lorong.

Kita akan kepung mereka, tangkap mereka dengan bersih dan cepat.

Ada soalan?/ Kumpulan ini terlalu sedikit untuk menangani 3 anggota Bratva.

Diaz sangat tahu berapa banyak pasukan di bawah kawalannya, termasuk Kapten Hill.

Polis-polis yang aku boleh percaya dengan yakin hanya ada di van ini.

Tetap saja, ada baiknya jika ada bantuan. /Kita terlindung. Percayalah.

Baiklah. Dua minit lagi.

Jom bersiap.

Sasaran menuju ke lorong./ Ekori.

Nampak kosong setakat ini. /Overwatch, ada kejutan?

Anatoly penuh tipu muslihat. Ada 4 tanda panas bersembunyi, di lorong timur.

Aku akan ke kiri. /Aku akan ke kanan.

Okey, sekarang kita sendirian, aku tahu ini mungkin bukan masa yang tepat ...

Kau faham bahawa aku akan menumbuk orang sekitar 60 saat lagi, bukan?

Ya, tapi sudah seminggu sejak kau memutuskan tidak memberi John tudung itu semula,

dan aku hanya nak tahu bila kau akan cakap padanya tentang itu.

Aku menunggu detik yang sesuai. Detik itu, bukan sekarang.

Cukup adil.

Kau patut cuba epal ini.

Musim yang baik.

SCPD! Bertenang.

Kau ditahan atas pemilikan dan berusaha mengedarkan.

Cik Drake.

Gari dia.

Aku nampak muka kau. Itu mungkin tidak begitu baik untukmu.

Bawa mereka.

Masukkan 3 jahanam itu ke tahanan untuk diproses. Aku nak Knyazev disoal siasat.

Apa yang terjadi di sini?

Kami baru saja menangkap orang kanan Diaz. Luar biasa, kan?

Mengapa aku tak diberitahu? /Itu salahku, Kapten.

Aku yang mengesahkan operasi. Aku rasa kau takkan keberatan mengingat keadaannya.

Dan kami juga memanggil Pendakwa Raya Armand untuk mempercepat dakwaan.

Tidak ada gunanya menunggu, kan? / Aku rasa tidak. Syabas, Leftenan.

Terima kasih sudah membiarkan John dan aku membantumu malam ini.

Kerana kau rasa kami tidak boleh menghentikan Anatoly?

Kerana aku menghargai kepercayaan. /Yah, itu terpaksa. Curtis sibuk mengawasi ...

... Zoe sementara Rene dirawat di hospital kerana luka yang kau berikan padanya.

Aku sudah suruh dia untuk berundur. Bahkan, aku memberinya setiap peluang.

Kamu menyerang pasukan kami di lapangan. /Baiklah, perkara-perkara itu sudah berlalu, okey?

Malam ini adalah malam yang baik.

Di mana Anatoly? / Disoal-siasat.

Kau boleh memberiku masa sebentar bersamanya?

Terima kasih.

Baik sekali.

Kau datang melawat.

Datang untuk melihatmu dipenjara.

Nikmatilah, kak oni skazala , "Selagi boleh."

Aku tahu semua tentang Kapten Hill, polis kotor di polis.

Kau fikir ini hanya polismu?

Ini adalah bandarmu, kapiushon.

Seluruh bandarmu.

Diaz ada orang di mana-mana, semua jabatan kerajaan.

Kita ada masalah.

Maaf, Tuan Datuk Bandar, tapi En. Knyazev tidak ditangkap ...

... mengikut surat waran penangkapan.

Itu mengarut. Kau tahu itu.

Kau benar-benar membuang kes ini kerana alasan teknikal?

Aku tidak mengajukan dakwaan yang hanya akan dibatalkan sebaik berada di depan hakim.

Kau telah membuat pengecualian sebelum ini, Sam. Kau akan menolak kes ini sekarang?

Kau berada dalam dakwaan, Tuan Datuk Bandar.

Adakah kau benar-benar ingin menambah gugatan pendakwaan ...

... untuk hukuman penjara yang salah atas itu?

Bebaskan Knyazev dan kawan-kawannya.

Maaf, Tuan Datuk Bandar.

Apa yang baru saja terjadi di sini? / Nampaknya cukup jelas bagiku.

Bukan hanya Hill yang bekerja untuk Diaz. Dia ada Armand, juga.

Jadi Diaz ada kapten polis, Pendakwa Raya, dan anggota lain dari infrastruktur bandar.

Anatoly tidak spesifik. Dia hanya cakap bahawa Diaz ada orang di mana-mana.

Aku akan memeriksa latar belakang pada semua pegawai bandar.

Masuk akal untuk mulakan dari atas, baru diteruskan ke bawah.

Oliver, jika kau perlu meluangkan masa lebih banyak di dewan bandaraya, aku faham.

Tetap fokus di sana. Aku boleh melindungi kita di sini.

Tidak, fokusku baik-baik saja.

Tapi, Oliver, kenapa membuat dua jati diri?

Biarkan aku membawa beban itu untukmu.

Bandar ini perlukan Datuk Bandar sekarang lebih dari sebelumnya.

Bandar ini juga perlu Green Arrow. /Dan itu bukan aku lagi?

Aku menunggu detik yang tepat, detik yang sesuai untuk memberitahumu.

Aku tidak menyerahkan tudung itu.

Nampaknya aku sepatutnya mengikut petunjukmu tentang terus menundaku, kan?

John, pasukan ini, misi ini, itulah kita semua. Kau membantu membinanya.

Aku tak faham mengapa yang seseorang pakai itu penting.

Aku rasa memang tidak penting.

Tadi itu detik yang kau tunggu? / Sekurangnya sekarang dia tahu.

John sudah dewasa, Felicity. Dia akan baik-baik saja.

Harap begitulah.

Hei, kawan. Berambus dari keretaku. / Makananmu tidak sihat, pegawai.

Jangan bergerak!

Aku mendengar tentangmu. Kau terlalu yakin.

Kau kena menunjukkan pada semua orang betapa kuatnya kau, ya?

Berkeliaran di mana kau tidak sepatutnya berada.

Angkat tangan.

Yang lucu tentang itu, kau selalu berakhir membuat marah orang yang salah.

Kau tak nak menyeksanya sedikit dulu, mungkin mengelar lehernya?

Apa yang terjadi dengan semua pembalasan dendam Rusia yang sering aku dengar?

Ini sut baru.

Mayatnya menghantar mesej baik ke polis lain.

Betul. Masa mereka akan berakhir tak lama lagi.

Masih tak ada suspek dengan kematian Pegawai Hurst,

seorang veteran 6 tahun dari SCPD ditemui mati malam tadi dalam keadaan misteri ...

Tidak begitu misteri jika kau Ricardo Diaz.

Perlu menghubungi Dinah dan minta dia jauhkan ...

... pegawai lain yang terlibat dalam penahanan Anatoly.

Bagaimana kawan Pendakwa Rayamu? Ada yang tahu bagaimana Diaz mengubahnya?

Aku rasa wang tunai yang banyak.

Wang yang dia curi dari bandar? / Sepatutnya sudah habis sekarang.

Jadi dia ada sumber lain./Menurut Curtis, Diaz terlibat dalam operasi Vertigo yang luas,

dan jika matematikku betul dan pastinya, dia akan untung sekurangnya sejuta sehari.

Jadi kita ambil simpanan Vertigo-nya, kita menghilangkan bekalan wang tunainya.

Jika dia tak ada Makcik kaya di suatu tempat, ya, itu akan berjaya.

Benar. Jadi aku akan jumpa Lyla, melihat kalau ARGUS boleh memberi maklumat apapun ...

... pada operasi Vertigo yang dapat membantu kita.

Ya, Luar biasa! Terima kasih, John!

Itu amat berat. /Dia baik-baik saja.

Muka marah, berdiri di sudut, itu baik-baik saja?

John tidak akan marah kerana seragam.

Dia seorang askar, Oliver.

Aku faham apa yang kau katakan bahawa John tidak seperti itu,

tapi kau kena faham apa yang dia tidak katakan. Dia marah.

Maka dia kena melupakannya. Ini bukan perbalahan pertama kami.

Jika kau tak nak menjadi yang terakhir, kau mungkin kena cakap sesuatu.

Seperti apa?/Sesuatu untuk meringankan rasa sakit.

Kita perlu tahu lebih banyak tentang operasi Vertigo Diaz.

Aku kena ke dewan bandaraya dan memberi kesedaran ...

... pada Hill dan Armand sebelum orang lain terbunuh. /Ya.

Nampaknya aku menemui lokasi yang selamat.

Untuk jauhkan diri dari polis bersih? Aku akan ikut.

Oh, tidak, Curtis. Aku yang membawa mereka ke dalam perang melawan Diaz.

Akulah alasan dia membalas dendam pada mereka. Ini semua salahku.

Jangan seperti Oliver Queen padaku sekarang.

Jika kita nak mengalahkan Diaz, memang akan ada korban,

dan mereka takkan menjadi kesalahanmu, Dinah.

Tidak, memang bukan, kerana aku akan memastikan tidak ada korban lagi.

Kita yang akan memastikan./Aku akan membawa polis ke lokasi selamat ...

... yang tak diketahui siapapun kecuali kawan baikku Curtis?

Aku akan menjadi juruteknikmu. Aku tidak suka ideamu melakukan ini tanpa bantuan.

Itu, atau kau nak menghabiskan masa bersama teman lelaki barumu?

Kami baru 3 kali temujanji, tapi dia comel, dan aku tak mahu dia terbunuh, jadi samanlah aku.

Baik. Jom pergi, si mabuk cinta./Ya!

Ini semua yang A.R.G.U.S. boleh jumpa pada perdagangan Vertigo di Star City.

Ya, terima kasih.

Ini bukan percuma.

Aku perlu maklumat sebagai ganjaran. / Maklumat macam apa?

Semacam kau menceritakan apa yang terjadi padamu.

Lyla, kau tahu apa yang terjadi.

Aku kecewa kerana Oliver memperdayakanku begitu lama.

Menjadi Green Arrow, kau tahu betapa bermaknanya itu bagiku.

Tapi kau menyelamatkan bandar setiap malam sebagai Spartan.

Ini tidak seperti kau sangat mempedulikan gelaran atau tudung.

Oliver cakap perkara yang sama.

Tapi?/Tapi, aku tidak tahu.

Aku benar-benar tidak tahu.

Perkara ini menggangguku lebih dari yang aku jangkakan.

Aku rasa kau berhutang pada dirimu sendiri ...

... dan perkongsianmu bersama Oliver untuk mencari tahu sebabnya.

Terima kasih kamu sudah datang.

Aku kena cakap, Tuan Datuk Bandar, aku keberatan melakukan pertemuan denganmu ...

... tanpa kehadiran peguammu. /Ini bukan tentang kes itu, Sam.

Ini tentang kamu berdua bekerja untuk Ricardo Diaz.

Siapa? Aku tidak yakin pernah mendengar nama itu ...

Kau lebih pintar dari ini.

Kau lebih baik dari ini.

Kamu berdua lebih baik dari ini.

Cakap padaku.

Kurang dari 24 jam selepas kau menaikkan pangkatku ...

... untuk mengambil alih kepemimpinan Pike, aku mendapat e-mail.

Gambar pengawasan anak saudaraku, Ayahku, dan kakakku.

Jadi dia menemui cara untuk memberi tekanan./Ya./Okey.

Anakku menderita kanser, leukemia, tahap IV.

Bahkan dengan insurans bandar, Kami tak mampu membiayai rawatan.

Aku perlu wang Diaz./Baiklah. Kami boleh melindungi keluargamu.

Kami boleh membayar rawatan anakmu.

Bandar ini ... /Bankrap, dan ideamu melindungi semua orang hanyalah gurauan.

Seluruh kekuatan di bawah kawalan Diaz,

atau kau sedang menawarkan perlindunganmu sebagai Green Arrow?

Jika aku adalah Green Arrow ...

Aku rasa kau takkan mahu berada di bilik ini sekarang.

Aku rasa salah satu dari kamu tak mahukan itu./Kita sudah selesai di sini?

Kamu sudah selesai.

Kamu berdua dipecat serta-merta. /Kau tidak boleh melakukan itu.

Jika kau bekerja untuknya, maka kamu tidak bekerja untukku.

Keluar.

Aku tahu kau adalah Green Arrow, tapi ini tak seperti apapun yang pernah kau hadapi.

Diaz telah mengalahkanmu, dan kau bahkan tidak tahu itu.

Masih tidak ada suspek dengan kematian Pegawai Hurst,

seorang veteran 6 tahun SCPD ditemui ...

More Malay subtitles for Arrow

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left