Season 1

Release info

[๐—–๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐—ฒ๐—ฒ๐—ฃ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ผ๐—ป] ๐—–๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ซ ๐—ฆ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐—˜๐Ÿญ๐Ÿฌ (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ) ๐—ฉ๐—œ๐—จ ๐—ช๐—˜๐—•
A Commentary by Coffee_Prison
๐˜™๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ช๐˜ญ ๐˜๐˜๐˜œ

Tags

webdl
Published on: 2026-04-19
Downloads: 11
Hearing Impaired: No
FPS: 24

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Peranan saya berakhir di sini.

Saya tahu.

Saya dilahirkan sebagai watak sampingan,

ditakdirkan menjalani hidup yang telah ditulis,

dan saya tak akan pernah lepas daripada jerat

yang dipasang oleh mereka yang berkuasa.

Dan dalam mimpi ngeri itu,

impian kecil saya

tak akan pernah menjadi kenyataan.

- Tinggal bersama saya. - Tapi di dalam mimpi ngeri itu,

Tinggal bersama saya!

Jika kepergian saya dapat menyalakan sedikit percikan

- dari nasib yang tak berharga, - Tolong, tinggal bersama saya!

Itu dah cukup untuk menjadikan hidup saya bermakna.

Tak...

Tak...

Tak!

Tolong...

Sang Ah. Awak okey?

Bekerja bersamanya memberi pengalaman mengujakan

dan satu penghormatan.

Dia turut menjadi inspirasi besar bagi saya

semasa di lokasi penggambaran.

Saya ada soalan untuk Cik Chu Sang Ah.

Semasa penggambaran, ada satu video dari filem itu

disalah anggap sebagai rakaman tersembunyi sebenar

yang bocor. Apa perasaan awak bila perkara itu berlaku?

Ia sukar.

Tapi saya lega kerana mengetahui lakonan saya begitu meyakinkan.

Dan berkat itu, filem ini mendapat publisiti percuma.

Syarikat bahkan tawarkan bonus

kepada sesiapa yang mencipta idea itu,

tapi saya rasa mereka takut dan tak pernah tampil ke depan.

Baiklah, terima kasih atas jawapan awak.

Boleh saya tanya satu lagi soalan susulan?

Ya, nampaknya kita ada soalan susulan. Sila, teruskan.

Terima kasih. Satu lagi soalan.

Adegan percintaan antara dua wanita itu sangat memukau.

Awak buat kerja yang hebat. Saya menikmati filem itu.

Dan tahniah kerana berjaya ke festival filem.

Terima kasih. Semuanya kerana awak.

Dan saya nampak di berita

yang awak dapat peranan dalam projek seterusnya.

Itu hebat.

Awak sendiri nampaknya sihat dan okey saja.

Sekarang saya bekerja sebagai staf setiausaha untuk kempen Son Guk Won.

Pilihan raya dah hampir tiba, jadi keadaan dijangka akan lebih sibuk.

Saya faham. Saya akan sokong awak.

Sang Ah. Kita perlu keluar sekarang.

Terima kasih kerana datang hari ini.

Jaga diri.

Sang Ah.

Saya ada sesuatu

nak cakap dengan awak.

Ini adalah tajuk-tajuk berita pagi Isnin anda.

Persaingan antara Son Guk Won Parti Mara Ke Hadapan

dan Gu Hong Seo dari Parti Penciptaan

semakin sengit, tetapi tinjauan terkini

menunjukkan bahawa Calon Son kini

mendahului dalam penilaian kelulusan.

(Perdebatan Calon Pilihan Raya Presiden ke-22)

Sediakan alat peraga. Dan letakkan telefon awak pada mod senyap.

Tuan, saya menggesa tuan untuk pertimbangkan semula.

Orang zaman sekarang terlalu rasional dan sinis.

Awak betul-betul fikir mereka akan percaya

cerita sedih tentang jam tangan lama itu?

Lagipun, Parti Penciptaan tak ada sebarang bukti.

Kita boleh saja menolak serangan mereka sebagai kempen fitnah.

Tuan, tunggu.

Itu mungkin membantu kita menghadapi saat ini,

tapi ia tak akan memenangi pilihan raya ini untuk kita.

Untuk menang pilihan raya, kita perlukan

cerita yang menyentuh hati orang ramai,

dan pada hari seperti hari ini,

mengetahui Parti Penciptaan akan menyerang,

sekiranya kita sebarkan pada waktu yang sesuai,

kepolosan dan semangat patriotik tuan akan semakin menyerlah.

Betul.

Awak lebih tahu dari sesiapa pun

apa yang akan mereka gunakan untuk menyerang kita.

Lagipun, awak sendiri selalu buat macam itu.

Tuan.

Hari ini akan jadi pemangkin yang memastikan momentum kita berterusan.

Saya mungkin tak percaya hati awak,

tapi saya percayakan otak awak itu.

Terima kasih, tuan.

Saya akan berikan tuan isyarat.

(Perdebatan Calon Pilihan Raya Presiden ke-22)

Daripada semua calon presiden, awak paling tak berintegriti, Son.

Dari dana gelap Daeyang

sehingga rasuah korporat dan penyalahgunaan kuasa lain.

Itu baru apa yang terbongkar. Siapa tahu apa lagi yang akan kita temui?

Bolehkah lelaki seperti ini dipercayai

untuk memimpin Republik Korea?

Bagaimana pula dengan rakaman dari pilihan raya umum yang lalu?

Bukankah itu terbukti direka?

Kenapa awak berkeras menyebarkan tuduhan palsu dan tak berasas ini?

Awak akan terus menafikannya?

Bukti yang kami ada sudah cukup untuk menangkap awak.

Saya pasti awak menipu sekarang, Calon Son.

Jika saya salah, saya akan menarik diri dari pencalonan

dan menyerahkan semua yang saya miliki.

Jadi, Calon Son, apa yang sanggup awak pertaruhkan?

Jam tangan ini

kepunyaan datuk saya, pejuang kemerdekaan pada tahun 1930-an.

Sejak itu, ia menjadi pusaka keluarga yang sangat berharga.

Awak nampak kesan darah di sini?

Jika saya memang

simbol rasuah yang didakwanya,

seorang ahli politik yang akan menterbalikkan kemajuan negara,

maka saya akan menarik pencalonan saya untuk presiden sekarang juga.

- Tapi... - Tapi saya...

- Setiap hari, saya melihat jam ini. - Setiap hari,

- Saya melihat jam ini. - Republik Korea kita...

- Republik Korea kita... - Saya tak akan lupa

ia diasaskan atas darah dan keringat nenek moyang kita.

Saya tak akan lupa ia diasaskan oleh

darah dan keringat nenek moyang kita.

- Untuk negara saya, - Untuk negara saya

saya mendedikasikan hidup saya

untuk berkhidmat kepada negara ini.

Namun begitu,

dengan fitnah-fitnah tak berasas ini,

jika awak ingin memfitnah dan mencemarkan nama baik saya, silakan.

Kerana saya percayakan rakyat negara ini untuk menilai apa yang betul.

Jadi, dengan semangat itu, saya akan pertaruhkan

pencalonan ini,

semua yang saya miliki,

dan

legasi patriotik keluarga saya yang telah bertahan selama 100 tahun.

Saya akan pertaruhkan semuanya.

Jadi, Calon Gu. Awak bersedia untuk menarik diri?

Baiklah, tunggu. Tunggu.

Calon Gu, awak telah gunakan semua masa yang diperuntukkan.

Sekarang kita mulakan giliran Calon Son

untuk memimpin perbincangan.

("Perdebatan Presiden: Son Tersenyum, Gu Menangis")

(Perdebatan TV semakin hangat susulan hujan tuduhan.)

Itu memang puas untuk ditonton.

- Tahniah. - Tahniah, tuan.

Minumlah.

Tuan, semasa tuan menyebut jam itu, jumlah penonton naik melebihi 40%.

Tuan mengubah cerita, menenggelamkan isu integriti.

Itu strategi lama, tapi yang klasik selalu berkesan, bukan?

Awak memang dilahirkan sebagai ahli strategi dan penghibur.

Pengarah Lee, perdebatan itu hebat. Kenapa bermasam muka pula?

Kalau kita terlalu cepat bincangkan pindaan undang-undang insurans,

kita cuma beri pihak Gu Hong Seo lebih banyak bahan serangan.

Awak nampak khabar angin kewangan semalam yang kalau saya dipilih,

saya akan beri kawalan Kewangan WR kepada awak?

Awak fikir Parti Penciptaan yang cipta cerita itu?

Sekarang, dengar cakap saya, Calon Son.

Hei! Buat betul-betul!

Calon Son.

Saya yang lindungi awak dan bawa awak sejauh ini.

Awak mesti dah lupa semua yang saya perlu buat.

Dan untuk membimbing awak sepanjang perlumbaan ini,

semuanya ada di tangan saya. Saya harap awak tak lupa.

Kerana kalau saya pulas saja stereng,

cepat atau lambat awak akan terhumban jatuh dari tebing.

Pengerusi Kwon

dah nazak,

jadi berhenti buang masa.

Sebaik saja awak dilantik, awak perlu pinda undang-undang pewarisan.

Fikirkan rancangan baru dan datang semula kepada saya.

Dia betul-betul fikir saya ini boneka dia ke?

Nak minum?

Jadi

apa yang

awak nak bualkan?

Saya akan buat Calon Son

singkirkan Lee Yang Mi.

Bila sifat sebenar Lee Yang Mi terdedah,

hubungan antara mereka mula retak.

Calon Son akan sedar yang walaupun dia menang,

dia cuma akan jadi boneka Lee Yang Mi.

Jadi saya akan bermain dengan ketakutannya,

dan pada masa yang tepat, saya akan wujudkan rangkaian keselamatan

untuk gantikan dana Lee Yang Mi.

Tapi hakikatnya, awak termasuk dalam kedua-dua kelompok rapat mereka.

Apa yang awak cuba perolehi dengan ambil risiko itu?

Kalau saya terus macam ini, Lee Yang Mi akan menjerat saya lagi.

Saya tak boleh biarkan dia rosakkan saat yang saya

laburkan seluruh hidup saya untuk mencapainya.

Dan awak

tak boleh biarkan mereka pijak awak lagi.

Dan saya

nak dapatkan awak kembali.

Selepas semua yang berlaku,

saya fikir saya tak akan jumpa awak lagi.

Tapi setelah setahun berpisah, saya sedar yang saya dah jadi macam awak.

Walaupun ketika saya menempuh rintangan dan hampir putus asa,

saya dapat bertahan

sebab saya sedar awak pun menuju ke matlamat yang sama.

Saya rasa awak betul.

Saya rasa kita memang banyak persamaan.

Semasa saya tidur dan bangun seorang diri di rumah ini,

saya juga fikirkan perkara yang sama.

Saya juga tengah mencari.

Cara untuk hancurkan Lee Yang Mi.

More Malay subtitles for Climax

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle โ€” sync, quality, typos.500 characters left