The first 200 lines.
Mereka kata akan bantu dedahkan hal Oh Gwang Jae.
Jadi saya hampir saja dedahkan semuanya, tapiโฆ
Saya beri awak peluang terakhir.
(Kenalan: Kwon Seong Uk, Kwon Se Myeongโฆ)
Nampaknya Chu Sang Ah akan bertukar kereta.
Saya dah dapat awak.
Kwon Se Myeongโฆ
Hei, Pendakwa Raya Bang!
Cuba tengok ini.
Ini memang hebat.
Hei, tolong tangkap semua ikan dalam tangki.
Saya akan beri amaran teruk pada tempat ini. Faham?
(Chu Sang Ah masih bercakap dengan lelaki tua itu.)
Pendakwa Raya Bang.
Maksud saya,
kalahkan dia sangat memuaskan,
saya tak tahu apa nak buat dengan diri saya.
Awak tahu saya ini manja sebab dibesarkan dalam lingkungan selamat.
Jangan risau. Saya akan lindungi hati awak yang berharga itu.
Dan ini adalah tanda komitmen saya terhadap masa depan kita.
Oh Tuhan. Rasanya saya tak pernah terima hadiah sebelum ini.
Nampaknya kita sedang menyaksikan kisah percintaan abad ini.
Latih dia untuk kempen presiden, Ahli Dewan Choi.
Apa? Dia terus menyertai kempen presiden ke?
Baiklah. Pencalonan parti adalah keutamaan buat masa ini.
Saya bersedia untuk bermula dari bawah dan berusaha naik.
Aduh. Kita takkan tolak bakat bintang, bukan?
- Baiklah, mari lakukan. - Saya akan cuba sedaya upaya.
Betul.
Aduh, Ketua Parti.
Hei, kami di sini mengalu-alukan Pendakwa Raya Bang.
Kenapa awak lambat?
Ketua Parti, lama tak jumpa. Harap dapat bekerjasama dengan awak.
Aduhai, Pendakwa Raya Bang.
Saya selalu tahu awak akan berjaya.
- Mari bekerjasama dengan baik. - Saya harap sokongan awak.
Saya juga di sini.
Aduh, saya tak sangka musang licik ini akan ikut sekali.
Tak sangka jumpa wanita yang saya tinggal bersamanya di sini.
Awak mesti terdesak sangat demi Datuk Bandar Namโฆ
Sampai sanggup datang ke tempat macam ini.
Cepat betul awak bertindak.
Jaga tepi kain sendiri.
Sekejap. Dengan yang ada di sini,
rasanya kita semua tak boleh duduk bersama.
Biasanya tak boleh, tapi saya rasa hari ini adalah pengecualian.
Betul tak?
Betul.
Betul.
Masih macam kucing liar, ya.
Dan sebab itulah saya masih bersabar dengan awak.
Pengerusi Kwon,
ini bukan masanya untuk awak jadi sentimental.
Park Jae Sang.
Dia akan keluar dari penjara tak lama lagi.
Awak tahu Park Jae Sangโฆ
Ada salinan fail Oh Gwang Jaeโฆ
Dengan nama awak di dalamnya, bukan?
Kalau hal itu timbul semula,
awak juga akan berada dalam masalah.
Ayah saya pun bukannya suci sangat.
Dia terlalu curiga pada segala benda,
tapi akhirnya ditipu bomoh palsu.
Dan kerana dia berkahwin dengan isteri kedua yang salah,
dia bawa aib besar pada keluarga kami pada tahun-tahun akhirnya.
Aduh. Kenapa dia cakap begitu kasar?
Anjing.
Awak ingat awak siapa, dasar anjing? Tak guna.
Di vila rahsia awak di Yangpyeong,
awak buat parti kotor setiap malam. Jadi awak suci sangat, ya?
Oh Tuhan, saya patutโฆ Tak guna betul.
Pengarah Lee, saya faham awak marah tentang Datuk Bandar Nam, tapiโฆ
- Mari kita nikmati petang ini. - Baiklah.
Lagipun, malam ini untuk menyambut Pendakwa Raya Bang.
Tak, tunggu, atau patut ke saya panggil Ahli Dewan Bang?
Apa yang berlaku di sini?
Apa, awak beri Bang Tae Seop pencalonan parti?
Aduhai.
Saya cuma menjalankan tugas saya, tapi kalau awak tawarkannya,
saya dengan senang hati menerima.
Hei, kami berbesar hati kalau awak menerimanya.
- Terima kasih. - Baiklah, bersulang!
- Terima kasih. - Jom minum.
Bang Tae Seop,
awak tahu apa persamaan antara selebriti dan ahli politik?
Mereka hidup dan mati bergantung pada imej mereka,
jadi mudah dijatuhkan di depan umum.
Dan bab begitu,
saya memang ada bakat.
Awak dah buat silap besar.
Tak lama lagi, awak akan merangkak di kaki saya, minta ampun.
Lee Yang Mi,
ini hanyalah permulaan.
Sebaik saja saya dah sasarkan orang macam awak,
yang ada segalanya untuk hilang,
saya akan tunjukkan sejauh mana saya boleh jatuhkan mereka.
Jadi tengok saja.
Oh Tuhan.
Betul ke? Kisah macam mana awak dan isteri pertama kali bertemuโฆ
Memang lombong skandal untuk orang macam saya.
Saya berbelah bahagi untuk bangkitkan perkara ini, tapiโฆ
Awak tahu skandal pengelakan cukai waktu Chu Sang Ah lawan agensinya?
Itulah karya agung saya.
Apa yang awak cakapkan ini?
Dia jadi sombong, disokong oleh Pengerusi Kwon,
berlagak seolah-olah dia kebal.
Jadi saya upah beberapa wartawan untuk beri dia pengajaran pahit.
Itu cuma gaya saya.
Faham?
Awak tahu apa yang awak dah buat Sang Ah lalui?
Itulah maksud saya. Saya langsung tak peduli.
Pemandu Kwon!
Dan pasal urusan Oh Gwang Jae yang saya beri amaran pada awak.
Saya yang akan mulakan projek itu.
Ia ada bajet yang besar, jadi lebih baik awak nantikan.
Lee Yang Mi,
saya tak tahu apa awak cuba buat,
tapi saya adalah pendakwa raya dalam kes itu.
Chu Sang Ah telah dibebaskan dari semua tuduhan.
Awak masihโฆ
Tak tahu siapa dia yang sebenar.
Chu Sang Ah.
Perlu ke awak sampai buat macam itu dulu?
Saya percaya Park Jae Sang datang kepada awak untuk didiamkan.
Saya dah tak kisah pun pasal dokumen remeh seperti itu.
Namun,
untuk awak, dengan darah di tangan awak,
kisahnya berbeza.
Tuan pengerusi.
Daripada datang pada saya,
awak patut perhatikan suami awak dengan lebih dekat.
Apa maksud awak?
Sejauh manakah awak benar-benar mempercayai Bang Tae Seop?
Pada tahun 2018.
Kes pembunuhan Oh Gwang Jae di Hotel Pelancong Seogwang.
Saya mula-mula berminat dengan kes ini kerana Chu Sang Ah,
tapi yang buat saya mula tertarik adalah bila saya nampak gambarโฆ
Park Jae Sang yang telah ditangkap sebagai suspek.
Sekarang, bagi yang tak tahu tentang kes pembunuhan Oh Gwang Jaeโฆ
(Tiga orang yang ada hubungan rumit, )
(Pembunuhan upahan: Kenapa pelakon wanita itu?)
(Chu Sang Ah arahkan pembunuhan, Park Jae Sang, pengawal peribadinya)
(Park Jae Sang mengaku membunuh, Oh Gwang Jae, CEO agensi)
(Hubungan Chu Sang Ah dan Oh Gwang Jae?)
Dialah orang yang jadikan Chu Sang Ah bintang terkemuka.
Dan dia juga merupakan mangsa dalam kes pembunuhan mengerikan ini.
- Jadi, siapa Oh Gwang Jae? - Hai, semua. Saya Chu Sang Ah.
Oh Gwang Jae ialah lelaki yang ada sentuhan Midas dalam pawagam Korea.
Seorang gergasi dalam industri perfileman Korea.
Kerana dia ada kualiti bintang dan ketabahan semula jadi,
saya tahu dia akan jadi bintang terkemuka, bukan saja di Korea.
Dia sangat terkenalโฆ
Kerana melancarkan Chu Sang Ah ke puncak populariti.
(Insan banyak berjasa pada saya, yang membentuk saya hari ini)
Dan ketika dia hampir mencapai kejayaan besar,
satu perjanjian dengan konglomerat WR,
dia dibunuh secara tiba-tiba.
Pesalahnya ialah Park Jae Sang,
pengawal peribadi Pelakon Chu Sang Ah.
Oh Gwang Jae telah dibunuh dengan kejam oleh Park Jae Sang.
Lelaki ini ialah Park Jae Sang,
ditangkap sebagai suspek pada masa itu.
Tapi macam mana saya nak cakap?
Dia nampak macam tak boleh cederakan lalat.
(Chu Sang Ah arahkan pembunuhan, Park Jae Sang, pengawal peribadinya)
Saya tertarik.
Macam mana lelaki ini boleh jadi suspekโฆ
Dalam kes pembunuhan yang begitu kejam?
Siapa sebenarnyaโฆ
Memusnahkan hidup lelaki yang tak bersalah ini?
Tapi kemudianโฆ
Data mengenai kes ini dan artikel beritaโฆ
Semuanya telah dihapuskan sepenuhnya.
(Tak ada hasil carian ditemui untuk Kes pembunuhan Oh Gwang Jae)
Yang membawa kepada syak wasangka yang munasabah.
Ada dalang di sebalik semua ini.
Jadi saya mula menggali lebih dalam tanpa henti.
("Tidak, dia sentiasa berada di tengah-tengahnya")
Kemudian pada satu hari,
sesuatu terlintas di fikiran saya.
Daripada semua gosip ini,
tak boleh ke saya ambil pendekatan yang lebih berterus terang?
Jadi sayaโฆ
Pergi ke penjara secara peribadi.
Untuk berjumpa Park Jae Sang.
Tak apa. Saya akan datang balik saja.
Saya juga datang jauh-jauh ke sini.
Jumpa lagi.
Dia enggan berjumpa dengan saya. Jadi saya balik sekali lagi,
dan asyik pergi semula. Satu hari, Park Jae Sang minta berjumpa sayaโฆ
Dan telefon saya sendiri.
Penjara Cheongseong.
Lihat ini.
Agak menakutkan, bukan?
(Penjara Cheongseong: Membina harapan)
Helo, Park Jae Sang.
Dia kelihatan sama polosnya seperti dalam gambarnya.
Tapi dia tak beritahu saya kenapa dia minta berjumpa saya.
Tak apa. Saya rasa dia ada sebabnya.
Jadi saya tunggu.
No comments yet. Be the first to leave one.