Quantico

Quantico

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Quantico S01E15 HDTV x264-LOL
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
x264
HD
Published on: 2016-04-28
Downloads: 20
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sebelum ini dalam Quantico.

Ini bukan awak yang sebenar. Ini Mark Raymond.

Saya mahu minta maaf.

Saya bersikap tidak adil dengan awak.

Jika awak ingin berbual...

Sekarang bukan masa yang sesuai.

Awak akan lakukan seperti yang dijanjikan?

Ya, saya akan lakukannya.

Seorang pelajar? Awak telah menidurinya.

Saya jangkakan untuk terima surat peletakan jawatan awak esok.

Mungkin awak tersilap mengenai Charlie.

Saya kenal dia.

Satu hari nanti, semua orang akan kenal dia juga.

Awak tak perlu libatkan diri dalam segala operasi.

Dahulu awak bukan seorang pengganas, tapi kini, ya.

Dengar baik-baik.

Pagi esok, awak akan terima sebuah bungkusan...

...di pejabat lapangan FBI.

Jangan bukanya sehingga saya beri arahan seterusnya.

Sepanjang malam kita cuba menyahkod suara pengganas ini...

...dan kita masih tidak dapat apa-apa.

Okey, algoritma yang mereka gunakan adalah rumit.

Ia akan ambil masa untuk kenal pasti identiti mereka.

Tapi kita sudah tiada masa, Simon.

Sesiapa pun mereka, mereka ada semua maklumat keselamatan...

...calon-calon untuk pilihan raya minggu depan.

Bungkusan ini adalah rancangan mereka seterusnya.

Kita akan mengakali mereka, saya janji.

Natalie terbunuh sebab saya gagal berbuat begitu.

Apa buat awak fikir saya akan berjaya kali ini?

Sebab saya ada di sini.

Saya takkan boleh ulangi kesilapan saya, kan?

Jenaka yang hambar.

Bagaimana kita nak rosakkan rancangan tanpa pengetahuan mereka?

Mengubah maklumat keselamatan calon-calon itu suatu permulaan.

Tapi, kita tiada kebenaran untuk berbuat begitu.

Ryan ada.

Saya akan cari jalannya.

Saya akan cuba kenal pasti identiti pengganas di sebalik suara ini.

Sesiapa di antara kita berdua yang tidak dipenjarakan...

...atau terbunuh, menang.

Cukuplah dengan jenaka awak yang hambar itu.

Saya tidak bergurau.

Dengar baik-baik.

"Pukul 9:00 pagi Taktik Bela Diri"

Awak belum bersedia?

Kita perlu hadir kelas taktik bela diri dalam lima minit.

Itu untuk ejen pelatih.

Menurut Liam, saya bukan lagi seorang ejen pelatih.

Awak belum terkeluar lagi, kan?

Tiada apa yang rasmi selagi Liam tidak berbincang dengan Miranda.

Masih menghadapi kesukaran untuk memilih?

Shelby?

Kita akan lakukannya atau tidak?

Hei!

Awak tak datang pun selepas pulang semalam.

Bukannya awak perlu datang, cuma...

Ya. Ia sudah lewat dan saya tiada masa.

Awak nak berbual kemudian?

- Ya, sudah tentu. - Okey.

Bagaimana saya nak belajar apa-apa...

...jika awak terus jadikannya terlalu mudah?

Cik Amin.

Cik Amin!

Bawa bertenang!

Bawa bertenang.

Saya ingatkan awak hanya beri perhatian pada adik saya.

Tapi dia tiada di sini, kan?

Awak mulakannya tanpa saya?

Apa awak buat di sini? Saya minta surat peletakan jawatan awak.

Jika awak tak mahu saya di sini, awak perlu pecat saya.

Jumpa di pejabat saya.

Sejam lagi.

Sukar untuk hubungi awak.

Pelan telefon Verizon awak...

...yang perlu tinggalkan mesej pada bunyi terakhir...

...dan saya perlu tunggu dua jam sebelum saya boleh selinap keluar...

...dan telefon semula itu?

Ya, ia sangat menyukarkan.

Seronok dapat dengar awak ketawa.

Seronok untuk bergelak ketawa.

Saya boleh dengar dengan jelas.

Bila saya di Akademi, kami anggapnya seperti hari lahir ke-16.

Ia minggu di mana realiti menyedarkan kami...

...yang ia bukan kerjaya, tapi itulah kehidupan.

Jika awak berbual dengan Shelby, Nimah mahupun Caleb...

...pasti mereka juga sedang melaluinya.

Jadi awak tidak keseorangan.

Nampak seperti sebaliknya baru-baru ini.

Saya sentiasa di sini untuk awak.

Jika awak telefon saya semula selepas parti Tahun Baru...

Kita akan sambung berbual mengenai itu bila ada masa lapang.

Ia takkan jejaskan penyamaran saya...

...jika saya keluar minum dengan seorang kawan lama malam ini.

Saya boleh cuba untuk selinap keluar.

Ayuh.

Mari kita alu-alukan kedatangan Senator Claire Haas.

"Pukul 12:40 Tengah Hari Sesi Pengayaan"

Saya meminta Cik Haas untuk...

...mempengerusikan sesi pengayaan kita pada pagi ini...

...kerana...

...kita akan berbincang mengenai salah satu daripada kesnya.

3 Februari, 2008.

Adakah sesiapa ingat apa berlaku pada hari itu?

Bagaimana dengan awak, Perales?

Super Bowl 42.

Pasukan Giants memenanginya, 17-14.

Memusnahkan seluruh musim bagi pasukan Patriots.

Setelah sejam perlawanan itu berakhir...

...lima orang penyokong pasukan Giants bergaduh...

...dengan empat orang penyokong Patriots...

...di tempat letak kereta di kelab New Haven.

Salah seorang penyokong Patriots telah terbunuh.

Adakah ini jenayah kebencian?

Bagaimana jika saya beritahu kamu yang penyokong Patriots...

...adalah berkulit hitam...

...manakala penyokong Giants adalah berkulit putih?

Ada sesiapa ingin pertimbangkannya?

Jika saya beritahu kamu orang didakwa adalah berkulit putih...

...dengan kesalahan menikam dan membunuh si kulit hitam...

...dahulunya terlibat dengan sebuah pertubuhan militia?

Bagaimana jika saya beritahu ketika jenayah itu berlaku...

...En. Connors telah berubah?

Bagaimana jika saya beritahu yang dia telah...

...kahwini seorang wanita berkulit hitam...

...dan mempunyai tiga orang anak bersamanya?

Mengelirukan, ya?

Ia tugas FBI untuk siasat dan dakwa jenayah kebencian.

Namun untuk kenal pasti jenayah yang didorong oleh sifat bias...

...adalah antara tugas paling sukar bagi pihak FBI.

Kamu akan melihat beberapa kes...

...yang diserahkan kepada FBI untuk tujuan penyiasatan.

Dengan menggunakan bahan bukti yang sedia ada...

...kamu akan tentukan jika ia jenayah unsur kebencian...

...atau hanya jenayah kesalahan biasa.

Okey?

Mak sepatutnya beritahu saya yang mak akan hadir hari ini.

Sebenarnya, mak datang untuk mengawasi kamu.

Juga sebagai antara jawatankuasa penyelia mengenai dana...

...mak membuat lawatan di Quantico.

Mahu makan tengah hari bersama selepas mak selesai melawat?

Cik Wyatt boleh sertai kita.

Atau tidak. Kamu boleh beritahu nanti.

Awak nampak seperti awak sedang buat pengiraan dalam fikiran awak.

Saya rasa saya cuma agak naif...

...kerana fikir saya dan Caleb masih ada peluang.

Tetapi dia tidak bercakap dengan saya.

Tentukan suatu perkara.

Caleb sukakan Shelby atau tidak?

Keadaan emosi Shelby yang sentiasa berubah mengganggu saya...

...daripada tidur lena di waktu malam.

Jadi, kenapa dengan Caleb?

Kalaulah saya boleh beritahu awak, tapi...

...dia bukan sekadar Caleb.

Apa yang awak cakap ini?

Dia ada alter ego bernama Mark Raymond...

...yang pakai pakaian berbeza, guna komputer berbeza...

...dan malam semalam, salah seorang daripada mereka tidur...

...bersama sampul surat yang dia terima...

...daripada seorang wanita di kedai makan.

Caleb ada dua sisi? Menarik.

Tidak, tidak.

Empat orang terakhir awak cakap menarik...

...awak tidur dengan mereka.

Tolonglah jangan. Caleb teman sebilik saya.

Saya cuma mahu tahu apa di dalam sampul surat itu.

Mari mulakan dari situ.

Hei.

Hei, ada apa?

Miranda dapat tahu apa yang berlaku di antara kita.

Hei. Maaf kerana ganggu perbualan kamu berdua.

Tetapi dalam sukan futbol...

...jika mereka singkirkan awak, mereka lakukannya dengan pantas.

Ini bukan sukan futbol.

Jangan terlalu bersenang-lenang, saya maksudkan apa saya cakap.

Saya dalam perjalanan ke pejabat Miranda sekarang.

Dia ada banyak perkara yang dia perlu fikirkan.

Jika awak mempertahankan dia...

...awak ialah sebahagian daripada masalah, sama seperti dia. Faham?

Hai, Nimah.

Saya tiada masa untuk berbual. Saya sedang tunggu seseorang.

Adakah awak hantar Raina, seorang pelatih...

...untuk buat tugasan pengintipan di luar Quantico?

Adakah awak sengaja hantar dia ke dalam kumpulan pengganas...

...walaupun awak tahu dia belum menamatkan latihannya...

...dan tahu dia jenis orang yang bagaimana?

Cik Amin.

Awak bukannya berada di sini untuk mempersoalkan keputusan saya.

Seseorang perlu buat begitu.

Raina, di mana awak?

Miranda, saya di rumah kumpulan itu. Semua orang telah pergi.

Mereka bawa semua senapang.

Raina, keluar dari sana.

Saya perlu laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Dengar baik-baik.

Pagi esok, awak akan terima sebuah bungkusan di pejabat lapangan FBI.

Jangan buka ia sampai saya beri awak arahan selanjutnya.

Bukankah awak tidak sepatutnya berada di sini, Parrish?

Atau awak ke sini untuk guna akaun FedEx kami?

Saya sebenarnya mencari Ryan.

More Malay subtitles for Quantico

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left