The first 200 lines.
Segalanya bermula enam bulan lepas di Akademi FBI.
Awak sanggup mati hari ini untuk semua orang dalam bilik itu.
Awak kata anak awak serang awak dari belakang.
Macam mana awak pasti bahawa itu adalah dia?
Saya tak pernah kata "Saya cintakan awak" apabila saya betul-betul mahu.
Saya tak pernah cakap langsung.
Awak tidur dengan ayah saya.
Saya tak dapat bayangkan perasaan ibu awak apabila dia tahu.
Dia dah tahu. Ya, saya beritahu dia.
Saya yang buat rancangan ke atas Grand Central.
Ada orang curi rancangan saya dan gunakan untuk mereka sendiri.
Kita tahu pengebom merancang serangan mereka...
...di sekitar Konvensyen Kebangsaan Demokratik.
Hukuman saya dalam 23 jam. Kita perlu cari bom ini cepat.
Awak pernah nak tekan butang dan hentikan segalanya?
Semua orang yang awak pernah sayang dan hilang.
Semua yang pernah menyakiti awak...
Hanya satu butang?
Tiada lagi pergaduhan. Tiada lagi penyesalan.
Tiada lagi bunyi bising.
Letupkan segalanya dan lihat apa yang berlaku.
"Hukuman Parrish Dijatuhkan Hari Ini New York Akan Pulih"
Oleh kerana pengganas Alex Parrish berada dalam penjara...
...Bandar Raya New York sekali lagi membuka pintunya...
...dan meneliti apa yang telah berubah dan yang masih kekal.
Dalam masa beberapa jam. Konvensyen Kebangsaan Demokratik...
...akan disambung semula.
Ribuan orang dijangkakan hadir...
...termasuklah calon presiden...
...dan yang dikatakan pilihan sebagai timbalan presiden...
...Senator Claire Haas.
Tokoh lain juga akan berada di sana, menyerahkan anugerah...
...kepada pucuk pimpinan FBI...
...berharap untuk menunjukkan yang New York mungkin lumpuh...
...tapi ia tak akan menyerah kalah.
Awak bazirkan masa di sini berpura-pura menyoal siasat saya.
Ini bukannya membazirkan masa.
Inilah sebab awak masih ada di pusat arahan bersama kami.
Kita perlu buat mereka fikir semuanya berjalan lancar.
Masih ada pengebom di luar sana.
Dengan saya dalam tahanan, tiada siapa yang mencari mereka.
FBI sentiasa berwaspada.
Apa, standard, "Jika nampak sesuatu, beritahu?"
Itu tak sesuai dalam situasi ini, Liam.
Apa saja yang FBI buat, ia tak cukup.
Pengebom sebenar ada dalam Biro.
Ia berikan mereka akses khas, pengetahuan prosedur.
Ia membolehkan mereka memanipulasi sistem.
Mereka boleh buat apa... - Awak tahu tak, Alex?
Pengakuan bersalah membenarkan awak direman dalam tahanan FBI...
...selama 24 jam.
Selepas itu, kami perlu hantar awak ke Mahkamah Persekutuan.
Yang bermakna, jika kami tak jumpa bom kedua atau pengebom...
...dalam empat jam seterusnya...
...awak akan dipenjara seumur hidup untuk jenayah yang awak tak buat.
Saya ada kawan di CIA.
Dia bersedia keluarkan awak dari negara ini.
Tidak. Saya tak nak lari lagi.
Tidak dengan nyawa ramai orang dalam bahaya.
Dengar sini, awak perlu cari bom itu sekarang.
Awak perlukan lebih banyak tenaga kerja untuk buat begitu.
Mustahil.
Seluruh pihak atasan Biro ada dalam bandar ini untuk...
...berdiri atas pentas dan tunjuk kepada dunia kita dapat atasinya.
Hanya beberapa orang yang tahu kita belum berjaya.
Skuad bom sedang meneliti pusat konvensyen untuk malam ini...
...dan makan malam penderma di hotel sebelum itu.
Jika ada sesuatu, mereka akan temuinya.
"Jika?"
Sekarang, awak meragui saya?
Kami perlu kembali ke atas. Dah lama sangat kami hilang.
Kami akan kembali.
Mereka memang tak peduli tentang hari cuti, betul tak?
Krismas minggu lepas. Hari ini masa untuk kembali bekerja.
Di luar sangat sejuk.
Saya tak tahu macam mana kita boleh lari di Jalan Yellow Brick...
...dengan cuaca 10 darjah?
Atau berlatih tembakan tepat dengan luka beku?
Mengadu pasal cuaca sejuk seperti budak kecil.
Tradisi Akademi yang tak begitu diketahui.
Jika kamu dalam kelas yang ada hari cuti...
...kamu layak mendapat minuman untuk hari cuti!
Krismas pada hari Sabtu.
Awak rasa dari mana kami dapat biskut ini?
Bir untuk sarapan pagi?
Apa yang awak jangkakan? Bellini, Puteri Peach?
Ini memang satu keajaiban Krismas.
Ada minuman sider juga.
Sider dengan rasa rum selepas diminum.
Sekurang-kurangnya kita dapat cuti hujung minggu yang panjang.
Mak awak teruja awak nak balik?
Dia kata begitu. Banyak yang kami nak bualkan.
Saya tak tahu sama ada tiga hari mencukupi.
Awak akan ke Augusta? - Savannah.
Saudara sororiti saya akan anjurkan parti.
Awak akan membencinya. Ia adalah apa yang awak bayangkan.
Kwanzaa-kah adalah yang paling menyeronokkan hingga 2016.
Saya tak percaya saya akan beredar dalam sejam.
Saya pasti awak akan nikmati masa awak di rumah.
Saya gembira awak fikir begitu, Kimmy Schmidt...
...tapi "American Beauty" adalah filem komedi romantik...
...jika dibandingkan dengan hari cuti bersama keluarga saya.
Awak tak nak habiskan Tahun Baru...
...dengan sedozen ejen FBI...
...dan senator mabuk minum punch dan keistimewaan orang kulit putih?
Ya, saya habiskan masa 15 tahun...
...percaya seorang penipu ialah kakak saya.
Saya tak bersedia duduk bersama keluarga sekarang.
Walaupun bersama Lannisters?
Sebab itulah suasananya.
Jika awak perlukan saya...
...saya hanya sejauh 20 minit perjalanan, okey?
Terima kasih.
Minum sambil berdiri terbalik atas tong!
Sesetengah lelaki tak pernah jadi dewasa.
Awak rindukan Simon?
Jangan beritahu sesiapa...
...tapi saya pun sangat merindui Ryan.
Agaknya tak kira siapa awak atau apa yang awak percaya...
...hari cuti akan sentiasa buat awak rasa sedih.
Semoga perjalanan balik awak selamat.
Awak juga, Raina.
Semuanya okey?
Ya.
Adakah ini tentang Charlie?
Saya beritahu awak jika saya ada maklumat yang betul...
...saya akan bawakan kepada awak.
Saya tahu saya boleh menanganinya.
Ejen tak boleh uruskan kes melibatkan ahli keluarga.
Awak pun tahu.
"19 tahun, Afrika-Amerika, rambut pendek.
Luka pertahanan di tangan dan muka. Serangan yang berterusan."
"Empat kaviti."
Bukan dia. Charlie tiada kaviti.
Berhenti mencari.
Saya percaya kamu semua buat senaman yang bagus.
Ya!
Bagus! Kerana sebelum kamu balik untuk hujung minggu tiga hari...
...kami berikan kamu sedikit kerja rumah.
Apa?
Sebagai ejen, kerja akan sentiasa dalam fikiran kamu.
Mangsa akan menghantui kamu, bukti akan menipu kamu...
...kes akan kekal bersama kamu...
...terutama sekali yang kamu gagal untuk selesaikan.
Dalam penguatkuasaan undang-undang tempatan, ia dipanggil...
..."kes lama", kes yang belum ditutup.
Tapi dalam biro, kami tak percayakan "kes lama."
Semua kes kita masih dibuka.
Kes ini dirujuk sebagai "belum selesai dan tak aktif."
Agensi suka tukar ejen dari masa ke semasa...
...berharap seseorang akan temui apa yang orang lain tak jumpa.
Jadi, matlamat kamu ialah meneliti fail tak aktif kamu...
...dan cari petunjuk baru.
Sesuatu yang tak difikirkan oleh ejen dalam kes itu.
Sekarang, ia nampak mustahil...
...kerana ia memang mustahil.
Tapi siapa tahu?
Mungkin salah seorang daripada kamu akan kejutkan kami.
Semoga berjaya, dan Selamat Tahun Baru.
Sedapnya suara awak. Tapi saya ingat awak dah balik.
Alex.
Shelby?
Nimah? - Hei.
Tunggu, kita semua berbohong tentang bercuti?
Awak tak jumpa mak awak?
Habiskan masa Tahun Baru dimarahi dan dikritik...
...dan buka luka lama? Saya tak nak.
Macam mana dengan saudara sororiti awak?
Mereka memang seperti apa yang awak fikirkan.
Saya ingatkan awak akan jumpa Renata.
Bekas suami saya tahu saya nak datang...
...dan dia bawa Renata bercuti ke Disney World.
Balik ke Dearborn dan terperangkap dalam dapur...
...membantu mak dan Raina, masak untuk lelaki di hujung minggu?
Itu tak akan terjadi lagi.
Jadi, hanya kita di sini?
Awak tahu apa maksudnya?
Seseorang akan ke kedai untuk beli arak?
Tidak.
Kita berpeluang selesaikan kes paling sukar pernah ditemui FBI.
Tolonglah. Awak perlu benarkan saya masuk.
Saya peguam Alex Parrish. Ini kecemasan!
Ejen Shaw! Ejen O'Connor!
Apa berlaku kepada awak? - Elias?
Semasa saya balik semalam, saya rasa tak sedap hati...
...seperti seseorang menunggu dalam pangsapuri saya.
Saya sangat takut, saya tidur dalam pejabat.
Ejen Hayes boleh sahkan. Dia sedang mengekori saya.
Tapi apabila saya tinggalkan pejabat pagi ini...
...seseorang cuba tolak saya ke hadapan kereta yang bergerak.
Saya tak nampak siapa dia, tapi...
...jika bukan disebabkan Heyes tarik saya, mungkin saya dah mati.
Saya terus datang ke sini. Saya rasa tak selamat.
Awak tahu sesuatu yang saya tak tahu?
Adakah seluruh kelas okey?
Kamu masih mengekori semua orang, betul tak?
Tapi semua ejen lain diekori.
Hanya untuk Simon yang dibatalkan. - Awak suruh ejen itu beredar.
Kerana saya tak rasa Simon mempermainkan kita.
DITU laporkan tiada aktiviti kad kredit...
No comments yet. Be the first to leave one.