The first 200 lines.
Segalanya bermula tujuh bulan lepas di Akademi FBI.
Awak hubungi polis?
Langdon palsukan bukti.
Awak tak boleh marahkan saya.
Saya buat perkara yang betul.
Awak tak perlu cakap apa-apa kerana saya akan pergi.
Teman wanita awak berikan jumlah wang yang banyak...
...kepada wanita yang dia kata kakaknya.
Wanita itu mungkin tak wujud.
Hamza!
Dia empat tahun. Ayahnya memohon hak penjagaan penuh.
Awak orang Yahudi konservatif dari keluarga penyokong kuat zionis.
Seperti yang awak minta.
Cetakan biru untuk semua stesen kereta api di New York.
Jika awak membiarkan diri awak ditangkap...
...mereka akan fikir yang mereka masih mengawal keadaan.
Apa pengakuan awak?
Bersalah.
Di luar mahkamah persekutuan...
...di mana bekas ejen FBI, Alex Parrish...
...telah mengaku salah atas semua kesalahan berkaitan pengeboman.
"Pengebom Grand Central Menyerah Diri"
Kita bebas? Kenapa? Macam mana?
Saya tak tahu tapi mereka suruh kami jangan ke mana-mana.
Ini dia.
Saya pergi membeli-belah.
Awak rasa apa yang sedang berlaku?
Miranda, mereka masih belum tangkap pengganas sebenar?
Belum lagi.
Tapi kami nampak berita.
Awak mengaku salah di depan hakim persekutuan.
Hanya itu satu-satunya pilihan.
Walaupun selepas semua yang kami jumpa?
Pengebom itu mahu saya bersalah. Itu rancangan mereka dari mula.
Saya melepaskan awak hentikan rancangan mereka.
Tepat sekali.
Kita takkan tahu siapa mereka, sehingga mereka kembali beraksi.
Yang bermaksud, buat mereka fikir Alex sedang dipenjarakan.
Jadi, kita berikan mereka apa yang mereka mahu...
...dan tunggu untuk tangkap mereka semasa mereka melakukannya.
Itu sangat berisiko.
Jika kita nak cari bom kedua...
...itulah risiko yang kita perlu hadapi.
Kita tahu pengebom itu merancang serangan mereka...
...di sekitar Konvensyen Kebangsaan Demokratik.
Yang bersambung esok, maknanya kita ada 24 jam untuk tangkap mereka.
Macam mana kita nak buat begitu?
Sebelum hari ini, Biro hanya ada seorang suspek iaitu saya.
Bermula sekarang, kita ada 61 suspek.
Kita akan mengesan dan mengawasi setiap ahli kelas awak...
...tamat belajar atau tidak hingga kita jumpa apa yang kita cari.
Alex buat rundingan tentang imuniti kamu sebagai...
...sebahagian pengakuannya.
Jadi, tak kira apa yang berlaku, kamu akan bebas.
Hukuman saya dijalankan dalam 23 jam.
Kita perlu cari bom ini cepat.
Jika ada sesiapa yang tak selesa dengannya, mereka boleh beredar.
Saya nak turut serta.
Saya juga.
Kami pun begitu juga.
"7:00 pagi - Pertarungan tanpa senjata"
Adakah itu adil?
Siapa cakap tentang berlaku adil?
Ejen Pelatih, dengar sini!
Vasquez baru cakap, "Siapa cakap tentang berlaku adil?"
Dia betul. Orang jahat tak bermain dengan adil.
Jadi, buat sekali lagi, selepas ini, dua orang melawan seorang.
Kerana orang jahat tak ikut giliran.
Bukanlah hubungan tiga orang yang saya harapkan.
Awak nak tukar orang? - Tidak.
Saya tak nak terlibat dengan sebarang drama.
Ves kuning, pertahankan diri. - Bersedia?
Saya dapat jatuhkan awak!
Awak tak boleh serang saya sekarang.
Awak nak bertaruh?
Caleb, Brandon, apa yang kamu tunggu?
Salah seorang di antara kamu tolonglah serang saya?
Ini sepatutnya pertarungan dua orang melawan satu.
Awak tak buat bersungguh-sungguh.
Apa yang awak cakap? Kami dah jatuhkan awak.
Saya tahu macam mana rasanya bila kita jatuhkan satu sama lain.
Bukan begini!
Berhenti layan saya dengan lembut!
Awak perlu serang saya.
Awak tak layak berlatih dengan kami.
Nimah.
Ada apa-apa masalah, pelatih?
Mereka tak nak serang saya.
Jadi, awak akan gagal. - Macam mana dengan mereka?
Mereka tak buat apa-apa kesalahan.
Melainkan, awak rasa mereka buat salah...
...dan laporkan mereka tanpa beritahu sesiapa.
Seperti yang awak buat kepada Langdon.
Pergi mandi!
Hei, kerja yang bagus.
Kerja yang bagus?
Apa? Dia buat kerja yang bagus.
Awak berikan pandangan mata yang lebih bermakna kepada dia...
...dalam dua minit berbanding dengan saya dalam seminggu.
Saya sedang melihat awak sekarang.
Okey.
Macam mana awak nak tahu yang awak akan ditinggalkan?
Apa maksud awak? Apa yang berlaku?
Saya tak tahu.
Satu masa kami sangat ghairah dan sejurus selepas itu sangat kaku.
Adakah awak berdua masih...
Ya. Bukan itu masalahnya.
Jika saya inginkan perhatian fizikal, dia sentiasa ada.
Tapi selepas itu dia...
...bergegas keluar dengan pantas.
Pernah awak tanya dia tentang itu?
Saya tak boleh. Saya langsung tak dapat luahkannya.
Dia menjauhkan diri walaupun saya senyum dengannya.
Awak lari daripada perhubungan, kan?
Apa yang awak takutkan?
Saya tak fikir akan berada di sini cukup lama untuk menikmatinya.
Awak tersekat di sini selama 10 minggu berikutnya seperti kami.
Begitu juga Ryan, betul tak?
Ayah, saya merayu, jangan ganggu Shelby.
Saya berjanji, kakaknya memang wujud.
Okey, macam mana jika saya dapat cari bukti?
Selepas itu, ayah tak akan ganggu dia lagi?
Di mana tuala saya?
Awak nampak hebat, Spartacus.
Sangat kelakar.
Ya. Kami fikir awak akan nikmati kebebasan...
...seperti yang awak berikan kepada pembunuh bersiri itu.
Simon.
Nimah dan Brandon memang tak nak lupakan...
...hal berkenaan Langdon, kan?
Saya buat perkara yang betul.
Saya tak kisah apa yang mereka fikir.
Hei.
Kerja yang bagus tadi, Parrish.
Awak buat saya nampak jahat.
Ada sesuatu yang berlaku?
Apa maksud awak?
Parut atau apa saja yang saya nampak di belakang telinga awak.
Apa yang awak fikir awak nampak?
Beritahu saya.
Saya tak nak malukan awak depan orang lain. Tapi...
Saya akan malukan awak di sini.
Jangan masuk campur atau saya akan masuk campur urusan awak.
Awak masih di sini? Saya ingat awak akan tinggalkan Quantico.
Ya. Tiket penerbangan sudah ditempah.
Saya dah dapat tugasan penyamaran baru.
Kenapa? Tak cukup cepat untuk awak?
Apa awak nak saya cakap, Ryan? Saya gembira awak teruskan hidup?
Yang saya takut saya akan rindukan awak?
Ya, itu agak bagus.
Teruskan.
Dengar sini, saya perlukan bantuan, okey.
Saya dalam situasi yang pelik dengan Natalie tadi.
Awak tahu pasal parut dia di bahagian ini?
Ya. - Saya rasa ia palsu.
Awak bergurau? - Tidak.
Saya nampak ia menggelupas.
Kalau begitu, awak patut...
...beritahu seseorang tentangnya serta-merta.
Ya, saya lebih suka siasat apa yang berlaku...
...dan bincang dengan dia tentangnya.
Saya cuma terfikir jika awak boleh tanya kawan di ibu pejabat...
...cari maklumat untuk saya?
Bantuan terakhir sebelum saya pergi dari sini?
Awak tahu saya tak boleh tolak permintaan awak.
CIA, NSA, Kongres, begitu juga Rumah Putih.
Apa persamaannya?
Jika kamu nak kerja di sana, kamu perlu melepasi kami dulu.
Setiap tahun, FBI kendalikan lebih 10,000 pemeriksaan latar belakang.
Kebanyakannya bagi pihak agensi lain.
Mulai hari ini, kamu akan bantu saya semak pemohon akhir...
...untuk kelas Ejen Pelatih Baru.
Seperti kelas sebelum ini, kamu akan teliti pemeriksaan latar belakang...
...yang disiapkan setakat ini dan tentukan siapa sesuai atau tidak...
...untuk temu duga akhir yang menjadi rebutan ini.
Ini bukannya latihan.
Ini adalah kehidupan orang sebenar di luar sana.
Jadi, pilih rakan kamu, bekerjasama.
Buat pengesahan yang tepat.
Kita semua tahu apa yang akan terjadi apabila seseorang itu salah.
Raina, awak nak bekerja dengan saya?
Dia bekerja dengan saya.
Macam mana keadaan Ryan?
Pihak hospital kata dia stabil tapi dia tak dapat keluar buat sementara.
Ejen Kearns baru balik. Di persimpangan 86 dan Columbus.
Kita perlu bersiap sedia dengan pasukan pengawasan.
Pasukan pengawasan akan bergerak dalam masa lima minit.
Liam, apa yang ejen-ejen ini fikir mereka sedang lakukan?
Pemeriksaan latar belakang yang sangat menyeluruh.
Jadi, apabila pengebom sebenar bergerak, jumpa rakan subahat...
...meletakkan bom kedua...
Kita sedang perhatikan mereka.
Saya minta maaf kerana meragui awak. Saya harap awak faham.
Saya buat banyak kesilapan.
Mulai hari ini, kita akan berhenti buat sesuatu yang kita akan kesali.
Terima kasih.
Gembira awak kembali.
Saya tak pernah pergi.
Saya di sini sepanjang masa, digari. Ingat tak?
Miranda, Liam, semua dah bersedia.
No comments yet. Be the first to leave one.