Quantico

Quantico

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Quantico S01E14 HDTV x264-LOL
A Commentary by badh182
Malaysia Subbers Crew (MSC). Kunjungi website terbaru kami : malaysub.com

Tags

HDTV
hdtv
x264
HD
Published on: 2016-04-28
Downloads: 29
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Nama saya Alex Parish. Saya seorang ejen FBI.

Pada bulan Julai, seorang pengganas meletupkan Terminal Grand Central.

Tapi sebelum itu, saya masih lagi seorang pelatih.

Awak berbohong dengan saya.

Awak selalu beritahu saya semuanya.

Siapa saja yang menculik isterinya, mereka minta $5 juta.

Tunang saya, Alicia terbunuh dalam tembak-menembak...

...antara Polis Chicago dan penjenayah bersenjata api.

Polis salahkan FBI.

Chicago adalah kes yang gagal.

Pegawai atasan saya salah langkah, dan ramai orang tercedera.

Pengganas itu telefon.

Saya akan siasat ini.

Awak tak dengar arahan.

Alex, lari!

"Quantico Persimpangan Angkatan Tentera Marin"

Selamat datang ke TEVOC.

Pusat Operasi Kenderaan Kecemasan Taktikal.

Saya harap kamu semua cukup rehat...

...sebab di sini, kita akan mula dengan kepantasan.

Kamu akan dapat dua pusingan.

Pusingan pertama sebagai pemandu...

...pusingan kedua sebagai ejen yang membantu.

Dua Pelatih Amin, perkenalkan kenderaan kamu.

Apa kata saya pandu dulu?

- Tidur nyenyak? - Ya, awak pula?

Olsen dan Haas.

Awak nampak lebih gembira daripada biasa, John Nash.

Awak sedang mengira ketahanan angin sebelum awak memecut?

Angin yang saya dengar cuma kata-kata awak.

Hei, awak semakin bagus.

Saya melihat sambil belajar.

Saya minta maaf sebab saya...

Tolong beritahu dia Mark Raymond telefon.

Saya akan sediakan duit untuk dia secepat mungkin.

Terima kasih kepadanya kerana bersabar dengan saya.

Pelatih Wyatt dan Chang.

Di mana pemandu saya?

Kenapa? Sikap lucu awak tertinggal di bilik tidur?

Diam dan pandu sajalah.

Maaf, saya tiada maklumat baru tentang...

...Samar Hashmi atau Haifaa Said.

Saya dah cuba, tapi tiada apa.

Terima kasih.

Parrish dan Perales.

Awak pandu dahulu.

Saya tak nampak awak di gim.

Pengintip saya beritahu awak berlatih pada jam 5:00 setiap pagi.

Saya tak boleh tidur, jadi saya cuti sehari.

Awak mencari saya?

Nampaknya, awak takkan tahu.

Jadi, kenapa awak berjaga malam tadi?

Sejujurnya? Perbualan kita.

Tentang apa? NFL?

Apa yang berlaku kepada tunang awak di Chicago?

- Saya ada buat kajian dan... - Kenapa awak buat begitu?

Sebab saya juga pernah kehilangan orang tersayang juga.

Saya habiskan hidup saya mencari jawapan kenapa ia berlaku.

Bila saya dapat jawapan, saya rasa lebih lega...

Saya tak perlukan jawapan.

Kalau saya perlukannya, saya akan cari sendiri.

Saya rasa Liam O'Connor ada kaitan dengan hal ini.

Bila saya sampai di sini, saya dapat tahu banyak tentang Liam...

...termasuklah maklumat tentang operasi di Chicago...

...yang menjejaskan kredibiliti FBI pada masa yang sama...

Saya tak berminat.

Saya datang untuk berlatih, bukan untuk olah semula masa lalu.

Hei, sejak bila awak asyik berbalas pesanan?

Adakah itu kawan awak dari masa Tahun Baru itu?

Awak ingat saya hanya ada seorang kawan?

Saya dah tak tahu sekarang.

Mari duduk sebelah saya. Awak boleh ceritakan tentangnya.

Saya okey saja di sini. Sudah berminggu ia jadi tempat saya.

Di FBI, penangkapan bukanlah suatu kemenangan.

Tugas dan kes kamu hanya menang dengan sabitan.

Itu saja yang penting.

Kamu harus buktikan suspek kamu bersalah...

...untuk dapatkan keadilan bagi mangsa dan keluarga yang berhak.

Kunci untuk membina kes adalah soal siasat suspek.

Para pelakon di sini akan memainkan peranan sebagai suspek...

...yang sangat benar dan sangat bersalah.

Kamu harus bekerja dengan pelakon ini...

...sebab penjenayah yang mereka mainkan peranannya, sedang bebas.

Kenapa?

Kerana ejen untuk kes yang sebenar...

...tidak bertanyakan soalan yang betul semasa soal siasat suspek...

...jadi, kes mereka gagal semasa perbicaraan.

Hari ini, dalam pasukan...

...kamu akan dapat peluang untuk jalankan soal siasat suspek...

...dan dapatkan sabitan yang kita tak pernah dapat.

Jika kamu belajar untuk lakukannya dengan betul...

...kamu akan elakkan kesilapan kami...

...dan dapatkan keadilan serta penamatan...

...yang mangsa dan keluarganya berhak untuk dapat.

Baiklah, semoga berjaya.

"Masukkan kata laluan"

"Saya Raina, saya nak datang ke sana."

"Telefon saya dulu. Awak mahu datang?"

"Saya cuba untuk keluar."

"Apa yang berlaku? Awak ada di sana? Balas pesanan saya."

Hei. Saya ingin minta maaf tentang tadi.

Saya tak bermaksud untuk melampaui batas.

Tidak mengapa. Awak berlatih untuk menyertai FBI.

Baguslah awak ingin mendapatkan jawapan.

Mungkin saya juga mahukan jawapan.

Jika awak yakin ada jawapan boleh ditemui, saya mahu mencarinya.

Penamatan itu tentu dapat membantu saya.

Mari kita dapatkan penamat untuk awak.

"Wendy Frye Miller, 42 tahun. Dilahirkan di Albany, New York."

Soal siasat awak bermula sekarang.

Awak tiba tepat masanya untuk sarapan.

- Saya tak mahu itu. - Saya tahu.

Saya bawa juga.

Awak mahu teh?

Awak tak perlu buatkan saya teh, Simon.

Terima kasih.

Jadi rumah ini berbeza daripada rumah awak sebelum ini.

Saya kehilangan rumah itu apabila saya kehilangan pekerjaan saya.

Kedua-dua pekerjaan saya. Ini lebih baik.

Lebih sesuai dengan perasaan saya.

Jadi adakah awak berhubung dengan sesiapa sejak...

Tiada sesiapa bercakap dengan saya, Alex.

Ya, semua orang masih cuba menangani apa yang telah berlaku.

Raina berpindah pulang ke Michigan. Nimah di pejabat di New York.

Shelby kembali ke McGregor-Wyatt.

Tiada sesiapa mendengar khabar daripada Caleb sejak berbulan-bulan.

Saya tidak peduli mereka di mana. Kenapa awak di sini?

Saya ke sini untuk berikan awak pingat itu.

Biar saya fahami dengan betul...

...awak memandu selama enam setengah jam...

...untuk membawakan saya sesuatu yang saya tidak mahu?

Adakah awak akan duduk?

Itu akan menunjukkan saya berminat...

...untuk awak berada di sini lebih lama daripada minum teh itu.

Awak tahu tak?

Saya tak sepatutnya lakukan ini.

Awak patut pergi. Saya perlu bersedia untuk makan malam.

Awak memburu?

- Saya perlu makan. - Saya juga memburu.

Ayah saya ajar saya.

Katanya ia lebih mudah dilakukan secara berpasangan.

Lagipun, awak akan perlukan bantuan untuk membawa apa yang awak bunuh.

Saya baik sahaja sendirian.

Saya tidak.

Sekurang-kurangnya tidak akhir-akhir ini.

Saya tidak berasa seperti mahu masuk ke dalam kereta saya sekarang.

Tolonglah.

Mari kita berjalan.

Saya harap kamu bertanya soalan yang betul...

...dengan dalam sesi soal siasat kamu...

...kerana kamu ada lima minit lagi.

Apa yang saya terlepas?

Katanya FBI telah memerangkapnya.

FBI tidak memerangkap orang.

Saya ingin bertanya awak beberapa soalan ya atau tidak.

Frank Lindsay.

Adik awak yang berusia sembilan tahun, Tracey Lindsay...

...telah hilang pada 10 Julai, 2008.

Saya tak tahu berapa kali saya perlu beritahu kamu semua...

...saya tidak tahu apa yang berlaku kepada Tracey.

Saya ada 10 bukti fizikal di sini...

- ...yang menyatakan awak tahu. - Ya.

Kecuali Tracey.

Kamu masih belum menemuinya.

Dia ada di luar sana, dan kamu berada di sini memandang saya.

Katanya benar. Soal siasat ini membuang masa.

Apa?

Saya tak tahu taktik soal siasat apa...

...yang awak cuba lakukan...

Dakwaan membunuh tanpa mayat ditemui adalah hampir mustahil.

- Mereka telah cari selama dua tahun. - Saya tidak peduli.

Awak tak boleh berhenti mencari begitu sahaja.

Usahakan kes di hadapan awak, okey?

Awak dah habis baca keseluruhan fail ini?

Tiada apa di dalamnya yang belum pernah saya lihat sebelum ini.

Jika benar ada sesuatu di sini, kita perlukan risikan manusia...

...dan Liam enggan bercakap dengan kita.

Dia mungkin bercakap dengan saya.

Kenapa pula dia akan bercakap dengan awak?

Sebenarnya, saya tidak perlu tahu.

Baik. Masa sudah tamat. Kamu sudah selesai bertanya soalan.

Sekarang, giliran kami. Siapkan dan hantar kerja kamu.

Di mana Nimah?

En. Keller, saya ada wang yang awak minta.

Saya inginkan peluang untuk membawanya sendiri.

Jika saya dapat cari masa untuk pergi.

Ia bukan tentang wang.

Ia satu komitmen untuk mencapai tahap kepuasan tertinggi.

- Raina! - Hei.

- Saya sangka awak tidak jadi datang. - Saya baru nak beredar.

- Jumpa awak kemudian. - Baiklah.

"Raina: Maaf saya tidak dapat datang."

Jadi kamu rasa kamu telah temui kesilapan kami?

Kamu rasa kamu boleh lakukan lebih baik berbanding ejen-ejen...

...sebelum kamu?

Bagus. Kerana kamu akan dapat peluang itu.

Kamu akan ke perbicaraan, untuk membentangkan kes kamu...

...dan menguji teori kamu dalam pemeriksaan balas.

Ingat, pihak pembelaan, kami, akan cuba menewaskan kamu.

Segalanya boleh digunakan.

More Malay subtitles for Quantico

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left